D' NAZ CORNER BUFFET HIDANGAN MAKAN MALAM YANG JELIRO

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

D'Naz Corner Buffet hidangan makan malam yang jeliro. Jeliro tu apa mek? Jeliro ni loghat Kelantan yang membawa maksud sedap, nampak tempting dalam bahasa inggeris. Bila makan sedap pula. Haa itu maksudnya jeliro. Kalau korang datang Kelantan, cuba tanya dengan pekedai-pekedai jual makanan, jeliro ke tak ni. Mesti diaorang akan bagi feedback samada makanan tu jeliro ke tak (tapi mesti semua cakap jeliro kan sebab nak lakukan dia punya makanan). Tapi mata kasar korang pun mesti bijak menilai, ye tak?


D' NAZ CORNER BUFFET HIDANGAN MAKAN MALAM YANG JELIRO

Bersempena dengan Sis Gee datang ke Kelantan, mek pun terfikir la mana nak bawa awek Terengganu ni makan malam. Nak masak macam dah lewat sebab Sis Gee sampai hari Khamis, mek berkerja (alasan sangat kerja tu, kalau nak masak memang masak aje sebenarnya). Jadi bincang dengan spouse nak bawa Sis Gee dan keluarga makan ikan bakar. Tapi bila fikir balik, ikan bakar di Terengganu macam dah banyak. Maksud mek, nak bawak Sis Gee merasa makanan yang ada di Kelantan. Jadi bila tanya kawan mek, dia cakap cuba ke D'Naz Corner Buffet, Jalan Pasir Hor, Kota Bharu.

Zass ! Pada pandangan pertama mek dengan Sis Gee terhadap kedai ni - macam kedai Hipster yang hidang makanan western. Memang kami dah tengok dalam FB D'Naz Corner Buffet apa hidangan menu yang ada, maka tidak tertanya-tanyalah menu apa yang ada di kedai ini. Cuma sekali pandang macam kedai hispter, hidangan western. Waktu mek sampai jam lebih kurang 8.30 malam. Meja memang banyak di D'Naz Corner Buffet ni. Kalau datang ramai pun tak risau. Paling best ada wayang pacak ! Anak-anak memang teruja habis lah. Amani dengan anak-anak Sis Gee siap buat barisan kerusi lagi sambil tunggu hidangan sampai, mereka tengok wayang pacak. Seronok lah kami yang dewasa ni berbual-bual.

Bila sampai makanan yang kami pesan, memang Sis Gee agak teruja dengan menu-menu yang terhidang depan mata dia. Mek pun sama sebab menu macam ni bukan semua kedai yang hidang tau. Menu yang dibawa daripada Thailand ni, tak semua kedai berani buat disebabkan tak boleh nak kekalkan rasa sebenar menu tersebut. Kalau kedai yang boleh hidangkan maknanya memang mereka dah agak expert dalam menu tersebut. Antara yang mek pesan pada makan malam tersebut adalah :


D' NAZ CORNER BUFFET HIDANGAN MAKAN MALAM YANG JELIRO

1. Sam Mix : 

Gabungan ikan talapia bakar kosong, sotong bakar, udang bakar dan laksa siam bersama-sama dua pencicah asli daripada Thailand, sos sambal hijau dan sos pencicah pedas manis. Sam Mix juga dihidang bersama ulam-ulaman. Mereka yang suka dengan ulam memang kecur la tengok Sam Mix. Spouse pun memang agak teruja dengan menu ni kerana dah lama katanya nak makan yang macam dalam video mamat Thailand yang suka review makanan Thailand tu.


D' NAZ CORNER BUFFET HIDANGAN MAKAN MALAM YANG JELIRO

2. Harimau Menangis : 

Ini mek tak pasti mana dapatnya nama sebegitu. Tapi menu harimau menangis ni agak popular sekarang. Dengar cerita, di sekitar KL juga agak popular dengan menu ini. Untuk korang yang masih blur apa benda la harimau menangis ni, ianya daging bakar dihidangkan bersama pencicah pedas pedas masin manis gitu. Pada mulanya mek takot nak cuba sebab mek tak suka dengan kepedasan tapi Sis Gee cakap tak pedas sangat. Sesuai la untuk orang macam mek makan. Kalau nak lebih pedas, nanti bagitahu dekat D'Naz Corner Buffet untuk extra hot.


D' NAZ CORNER BUFFET HIDANGAN MAKAN MALAM YANG JELIRO

3. Sotong Sumbat : 

Sotong sumbat ni dihidangkan bersama sos sambal hijau. Memang sedap sebab dalam perut sotong tu terisi dengan isi ketam, telur dan beberapa lagi yang mek tak berapa nak pasti. Makan dengan nasi panas-panas amat menyelerakan. Menu ni pun agak popular sekarang di Kelantan. Tapi tak semua kedai boleh hidangkan menu ini disebabkan sos pencicah sambal hijau itu tadi. Memang menu ni recommended untuk korang cuba kalau datang ke Kelantan.


D' NAZ CORNER BUFFET HIDANGAN MAKAN MALAM YANG JELIRO

4. Watermelon Bingsu :

 Ini dessert yang mesti cuba. Bingsu ni memang merata juga yang ada. Tapi alang-alang dah ada di D'Naz Corner Buffet, boleh la cuba Bingsu yang mereka sediakan. Bingsu di sini ada lebih kurang 4 - 5 jenis. Paling menarik Bingsu Campur semua buah (buah naga, buah mangga, buah tembikai, buah tembikai susu). 

5. Teh Beng Special Float : 

Ini juga sinonim dengan Kelantan kerana kemanisan teh beng mengikut citarasa Kelantanese. Bila dah float dengan aiskrim vanilla memang makin umpph la dia punya rasa, kan. Menjadi special pula bila syrup choclate dituangkan ke atas aiskrim vanilla tu menjadikan teh beng tersebut terasa manis chocolate serta aiskrim vanilla. 


D' NAZ CORNER BUFFET HIDANGAN MAKAN MALAM YANG JELIRO

Harga yang ditawarkan tidak terlalu mahal bagi mek. Rasanya berbaloi makan dengan seramai ini dan dengan hidangan sebegitu. Sis Gee memang cakap worth any single peny sebab sedap dan harga tidak keterlaluan. Masih lagi dalam kelompok mampu milik. Jadi korang jangan risau bab harga, dijamin tidak cekik darah. Tak kering poket korang. Keseluruhan mek makan malam tu dengan Sis Gee RM145. Selain daripada 5 menu di atas tu, kitaorang ada juga ambil tomyam dan beberapa gelas air lain. Untuk RM145 tu hidangan untuk 7 dewasa dan 6 kanak-kanak. 


D' NAZ CORNER BUFFET HIDANGAN MAKAN MALAM YANG JELIRO


D' NAZ CORNER BUFFET HIDANGAN MAKAN MALAM YANG JELIRO

Yang berkunjung ke Kelantan, ini cadangan mek untuk makan malam korang. Beroperasi daripada jam 5.30 petang hingga 3.00 pagi (cuti pada hari Selasa). Untuk info lanjut, korang boleh usha FB D'NAZ CORNER BUFFET . Nanti dapatkan segala info daripada FB tu je. Menu makan, harga, alamat kedai, nombor phone kedai semuanya di dalam FB D'Naz Corner Buffet. Semoga perkongsian mek kali ini dapat memberi manfaat kepada korang ❤


Sekian ..


#DNAZCORNERBUFFET
#SOTONGBAKAR
#MAKANMALAMDIKOTABHARU

4 comments