CLAIM INSURANS KERETA, BERAPA LAMAKAH JANGKAAN MASA?

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Claim insurans, berapa lama nak tunggu? Semenjak pakai kereta daripada tahun 2011, mek diberi peluang untuk claim insurans kenderaan sebanyak dua kali. Kali pertama mek claim insurans kenderaan pada 2014 dalam November macam tu. Masa tu kereta keluar Jun 2014. Tapi itu bukan kesalahan mek. Kesalahan orang belakang yang tak sempat break lalu merempuh 3 kenderaan di belakang mek. Dan mek adalah mangsa paling ringan kena sebab dah masuk gear D, kereta gerak sikit tapi still kena juga akibat momentom kuat daripada belakang.

Untuk kes langgar belakang macam tu, kita yang dihadapan ni agak beruntung sebab tak perlu claim insurans kenderaan kita sendiri. Cuma langkah-langkah untuk claim insurans kenderaan lain dan baiki kereta kita di pusat baiki yang kita pilih adalah agak sama dengan kita claim insurans kenderaan sendiri. Macam berbelit ayat. Untuk senangkan pembacaan korang, tengok steps yang perlu diambil bila korang excident.

1. Buat repot polis.


Claim insurans, berapa lama nak tunggu?

Ini basic, kalau nak claim insurans kenderaan, kena ada repot polis. Tak kisah siapa langgar siapa, setiap kereta yang terlibat kena buat repot polis untuk permohonan claim insurans kenderaan. Kalau korang rasa tahap kerosakkan kereta korang tak serius dan berniat untuk baiki sendiri, settle luar balai ajelah. Tak perlu bazirkan masa untuk bagi keterangan kepada pihak polis. 

Masa buat repot polis ni, mungkin masa yang diambil agak lama sebab ada tiga langkah wajib yang dikenakan iaitu :

~ Buat repot polis
~ Polis akan tangkap gambar kenderaan korang
~ Bagi keterangan kepada Investigate Officer

Mungkin la ambik masa dalam sejam dua macam tu. Kalau dapat awal kiranya alhamdulillah sebab boleh korang ke langkah seterusnya pula. Macam mek hari tu memang sempat dua je, yang nak berketerangan dengan Investigate Officer tu rasa macam kena tunggu lagi dalam sejam sebab ramai pula yang nak bagi keterengan. So mek cakap dengan trafik kat kaunter, mek nak balik. Apa-apa roger. Gitu.

2. Ke kedai repair kereta.


Claim insurans, berapa lama nak tunggu?

Ini banyak pilihan korang. Nak pilih kedai Ah Chong pun boleh nak pilih tempat jenama kereta korang pun boleh. Mek lebih suka untuk pilih tempat jenama kereta mek iaitu Perodua. Antara alasan mek adalah kualiti yang dipersembahkan kepada pelanggan tidak mengecewakan. Sama macam kita beli kereta baru. Walaupun lambat, tapi mek agak rela menunggu (tu pun mek jenis estimate masa, pihak Perodua biasanya akan bagi estimating time untuk siap kereta pelanggan). Walaupun harga di Perodua agak mahal, namun mek tak berapa nak kisah sebab insurans yang bayar. Kalau sayangkan NCD, bela lah NCD tu sampai 9 tahun korang pakai kereta. Sudahnya tak dapat balik pun NCD tu. 

Di tempat repair kereta ni, biasanya kakitangan akan tengok apa yang perlu dibetulkan. Apa yang tak perlu. Kakitangan juga akan sediakan sebut harga pada korang. Jangan risau, insurans kenderaan yang bayar. Korang takkan keluar duit pun. Masa ini juga korang akan diberi pilihan samada untuk tinggalkan kereta korang sehingga selesai baiki atau nak bawa balik. Kalau nak bawa balik kena tandatangan satu akur janji. Macam mek, kereta mek boleh lagi dipandu cuma hodoh je la lepas tu bising orang asyik tanya kereta tu kenapa. Tapi disebabkan mek kerja dan memerlukan kereta untuk bergerak maka mek minta kereta mek diberi pelepasan untuk tidak berada di bengkel. 

Lupa, di kedai repair ni dokumen yang perlu korang tinggalkan kepada kakitangan mereka untuk tindakan selanjutnya dalam urusan claim insurans kenderaan adalah :

~ Salinan lesen kenderaan korang
~ Salinan cover note insurans kenderaan (kalau claim insurans kenderaan sendiri)
~ Salinan repot polis

3. Tunggu kelulusan claim insurans kenderaan.

Ini biasanya makan masa seminggu jugak daripada tarikh hantar semua dokumen tadi. Kalau dalam tempoh seminggu tak dapat kelulusan lagi, korang boleh telefon insurans kenderaan korang tu bertanya khabar. Kalau untuk claim insurans kenderaan lain, korang boleh telefon kakitangan tempat korang hantar baiki tu. Nanti minta dia tolong tanyakan status permohonan korang. Tapi biasanya memang seminggu je la. Mungkin tak terjadi pada mek yang lebih seminggu.

4. Dapat kelulusan claim insurans kenderaan.


Claim insurans, berapa lama nak tunggu?

Bila dah dapat kelulusan, pihak bengkel akan tempah bahagian kereta korang yang nak dibaiki tu. Ini pun ambik masa seminggu jugak. Seminggu tu untuk tempoh pesanan berserta cat. Di sini pun korang takkan dapat buat apa-apa juga sebab yang ni pihak bengkel yang akan mainkan peranan mereka. Cuma korang boleh notify mereka yang claim insurans kenderaan korang dah pun lulus. Kut kut diaorang terlepas pandang. Lambat pula tempah body parts kereta korang nanti.

5. Tunggu call daripada bengkel untuk pasang body parts baru.


Claim insurans, berapa lama nak tunggu?

Call yang paling dinanti-nantikan. Proses untuk pasang ni biasanya boleh siap dalam masa sehari. Pun begitu kena ikut budi bicara tuan bengkel juga, bila dia boleh pasangkan kereta korang dengan body parts yang baru. Macam mek haritu, dia nak kena simen sikit pada fender di bahagian lampu depan maka kena juga tinggal sehari semalaman. Maka, mek akur demi kereta nampak cun balik. 

Selesai !

Total masa yang diambil dalam masa tiga minggu juga sebab kerosakan mek alami tak serius sangat. Kalau yang serius mungkin lebih lama. Ini untuk yang macam langgar kecik-kecik. Contohnya kemek pintu, kemek bumper atau calar di mana-mana bahagian lain. Kalau melibatkan enjin, tangki air dan lain-lain yang kronik, itu mungkin dalam sebulan lebih sehingga dua bulan lebih. Agak patah kaki jugek lerr. Maka, sayangi kenderaan anda. Tanpa mereka, anda tidak boleh ke mana-mana dengan sesuka hati ❤


Sekian ..


#CLAIMINSURANS
#INSURANSKENDERAAN
#BAIKIKERETA

8 comments

  1. kalau terlibat kemalangan ibarat patah kaki juga la. insurance memang penting saat tu mana nak cekau duit kan. Good sharing Mek.. siapa insurance provider yang bagus eh? i mean proses senang etc

    ReplyDelete
  2. Info yang berguna untuk sesiapa yang mengalami kemalangan, bila ada info nie takdelah panik sangat apa nak dibuat... bagus info nie, Mek..

    ReplyDelete
  3. Sangat berguna.. Boleh rujuk sini nanti.. Insurans memang penting, bila dah jadi kemalangan memang kena cepat bertindak untuk report

    ReplyDelete
  4. Manakala untuk kumpulan kereta sewa paling popular di Langkawi Malaysia, adalah Ekonomi, kereta paling murah dari Merge-Car-Rental di Langkawi ialah Perodua Myvi, diletakkan harga pada USD15.74 sehari.

    ReplyDelete
  5. This is awesome I wish y'all the best giving my wife and I some inspiration to do a much smaller trip but yet get away from life and enjoy it as y'all are! Car-Rental-UK

    ReplyDelete
  6. Great Post! Thanks for your Share.


    Quality Onesie: Kigurumi Onesie Pajamas For Adults And Kids

    Qualityonesie offers Pikachu, Disney, Anime, Hello Kitty, Animals, Winnie the Pooh, Stitch, Unicorn Kigurumi Onesie Pajamas for Adults and Kids.

    ReplyDelete
  7. Lepas diaorang siap repair tu, diaorang trus call suruh ambik atau kena tunggu insurans check lagi kereta yg siap repair?

    ReplyDelete