BLOGLIST EXCHANGE SEGMENT BY ABAM KIE

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Bloglist Exchange Segment by Abam Kie. Untuk 2019, ini yang pertama mek sertainya. Mek rasa macam aktif juga untuk giveaway atau segment macam ni pada 2019 tapi mek letak juga syarat, kalau ada bentuk wang tunai mek nak sertai (tiba-tiba jadi mata duitan). Untuk segment yang blogger Abam Kie buat ni, memang dah biasa dibuat oleh blogger lain juga. Mek dulu tak percaya sangat kepada bloglist kerana mek tak nampak apa kesannya. Bila mek letak juga bloglist di blog mek, rupanya itu amat membantu dalam PV kita. Maksudnya, bila kita ada dalam bloglist orang lain, kita juga akan terkesan untuk mendapat PV bila orang view page kita of course.


BLOGLIST EXCHANGE SEGMENT BY ABAM KIE

Bloglist ni juga antara medium yang digunakan oleh blogger untuk blogwalking. Sebagai contoh, kalau korang ke blog mek dan ditepi ada bloglist maka korang boleh juga baca entry mereka yang mek senaraikan. Secara tak lansung kita boleh kenal blogger lain dan juga dapat input daripada mereka juga. Kalau korang tanya patut ke tidak untuk ada bloglist, mek rasakan patut untuk ada bloglist kerana ianya amat membantu blogger-blogger lain juga. Lagi bagus kalau korang setiap bulan buat segment untuk dapatkan bloglist baharu. Tapi itu atas kreativiti korang juga. Nak tukar ikut bulan, nak tukar ikut suka, nak tukar ikut mood. Terpulang.

Jangan lupa untuk turut serta dalam bloglist exchange segment by Abam Kie. Klik link di bawah ni untuk tengok apa tawaran dan syarat yang ditetapkan. Untuk mek, Abam Kie dah selamat ada dalam bloglist mek. Jemput tengok yang lain-lain juga ye kawan-kawan ❤



Sekian ..


#SEGMENTABEKIE
#BLOGGERABEKIE
#ABAMKIE

7 comments