ALERGIC PADA SAYUR PUCUK PAKU DAN UBAT UNTUK MERAWAT ALERGIC

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek yang positif ..

Alergic pada sayur pucuk paku dan ubat untuk merawat alergic. Pucuk paku antara sayur atau ulaman (tak tahu term untuk pucuk paku) yang agak popular. Siapa je yang tak pernah merasa masakan yang berasaskan pucuk paku. Mek sendiri memang agak gemarkan pucuk paku yang dicelur (tahu tak celur tu apa) makan pula bersama budu atau kicap manis, perahan limau nipis serta kepedasan cili. Makan bersama dengan nasi panas serta ikan rebus yang digoreng. Allahu, nikmat !

Masak lemak pucuk paku menjadi pilihan menu mek pada hujung minggu kali ini. Rasa terakhir mek buat masak lemak pucuk paku ni masa mengandungkan Amani. Sekarang Amani dah empat tahun. Masa nak buat tu pun macam was-was sehinggakan minta pertolongan group Tipah nak masak lemak pucuk paku. Dan akhirnya hidangan lengkap nasi ulaman mek siap dengan jayanya. Alhamdulillah.


ALERGIC PADA SAYUR PUCUK PAKU DAN UBAT UNTUK MERAWAT ALERGIC

Amani dan Amzar kemain lagi makan dengan penuh selera. Jarang tengok diaorang berselera macam tu sekali. Sepinggan nasi mek letak ingatkan nak makan sama-sama dengan anak tapi memang habis kat Amani dengan Amzar je. Tanya Amani, sedap ke atau dia lapar. Katanya sedap. Mungkin selera dua beradik tu minat jenis kuah lemak kot. Terus terfikir minggu depan nak buat masak lemak cili api udang la pulak. Ini rasanya bila kita masak, anak makan dengan penuh selera. Memang terus jadi rajin dan timbul idea macam-macam nak masak.


ALERGIC PADA SAYUR PUCUK PAKU DAN UBAT UNTUK MERAWAT ALERGIC

Pun begitu, rasa seronok tu tetiba bertukar menjadi sedih bila tengok Amzar mendapat alergic. Habis kulit dia jadi merah. Sekitar bibir jadi bengkak, bintik-bintik merah seluruh tubuh. Nampak gatal sangat tapi Amzar takada pula merengek macam tak selesa. Amani memang okei sahaja. Setakat ni, Amani hanya pernah alergic pada ubat demam sahaja. Amzar pula pernah alergic pada buah pear. Kalau diingatkan balik, memang sepanjang daripada tempoh Amzar ada, mek tak makan pucuk paku jadi tak dapat nak tahu yang dia alah juga pada pucuk paku. Dan sekarang baru mek tahu. Bertambah la senarai alergic untuk Amzar.

Walaupun Amzar dah ada ubatnya sendiri (cream sapuan untuk masalah kulit Amzar - mild eczema) tapi tetap mek bawa Amzar ke klinik untuk pemeriksaan. Takut-takut mek je yang label anak alergic padahal itu adalah simptom penyakit lain. Maka pemeriksaan daripada doktor juga perlu dibuat bagi mendapat pengesahan daripada mereka yang bertauliah. Seperti biasa, mek akan rujuk doktor yang dah tahu selok belok atau perihal anak mek. Senang nak cerita sebab doktor dah tahu sejarah anak kita semenjak lahir lagi. Bila bawa ke klinik, memang doktor mengesahkan Amzar alergic dan mungkin pucuk paku itu adalah penyebabnya sebab lepas makan benda tu, terus naik ruam merah di tubuh Amzar. 

Doktor nasihatkan mek untuk bagi ubat selesema dan gatal yang untuk kanak-kanak bawah dua tahun iaitu Adezio (cetrizine) sekali sehari untuk tahan gatal pada kulit. Untuk ubat sapuan supaya ruam dikulit Amzar tidak makin merah dan berair, doktor benarkan mek untuk terus guna cream sapuan yang biasa mek guna untuk Amzar iaitu Vizomet. Cream Vizomet ni dapat mengeringkan ruam serta bertindak balas agak cepat juga berbanding cream sapuan alergic yang lain. Secara rumusan, dua ubat untuk rawatan alergic pada kulit :

~ Ubat tahan gatal Adezio (liquid 2.5ml sekali sehari)
~ Ubat sapuan Vizomet (cream sapu tiap kali lepas mandi)

Biasanya alergic akan surut dalam masa 5 - 7 hari. Kalau lebih rasanya baik korang ke klinik lagi sekali untuk dapatkan nasihat daripada doktor. Mungkin ubat yang digunakan tidak sesuai maka ianya tidak begitu berkesan untuk surutkan alergic pada kulit. Apa-apa pun, dapatkan juga nasihat daripada doktor yang selalu check up anak korang. Artikel mek ini hanya sekadar berkongsi pengalaman dan mungkin sebagai rujukan awal kepada para ibu bapa. Mek cerita dalam entry ni bukan untuk elak korang daripada jumpa doktor. Senang cerita, detect je anak alergic terus jumpa doktor untuk dapatkan rawatan dan nasihat. Gituu.

Korang ada pengalaman anak atau anak saudara atau anak kawan yang alergic pada makanan? Boleh share dengan mek diruangan komen, semoga bermanfaat untuk orang lain juga ❤


Sekian ..


#ALERGICPUCUKPAKU
#KAEDAHRAWATANALERGIC
#ALERGICDETECTED

6 comments

  1. malam td baru je makan kerabu pucuk ubi..n then my eczema tetiba menggila. telan ubat n sapu ubat pun mcm x layan sgt..adakah pucuk ubi pun sama dgn pucuk paku? huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. Owh, ada juga alergik dengan pucuk paku ye

    ReplyDelete
  3. Saya ada anak buah yang alergy makanan. memang merah2 dan gatal badan.

    -saya follower yang ke 288

    ReplyDelete
  4. semoga amzar cepat sembuh.. cik ash sendiri ada la alergik dengan makanan.. kalau makan muka naik2 merah2 tu dah taw dah..

    ReplyDelete