Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..
#10yearschallenge so much had been changed ! Ramai pulak yang terlibat dalam # ni ye. Dekat FB memang meriah juga yang upload gambar 2009 vs 2019. Ada yang dengan pasangan, ada yang single, ada yang berkerjaya masa tu. Macam-macam kenangan pada tahun 2009 dan sekarang 2019 sedang melakar sejarah dan memori suka duka. Baru suku bulan pertama melakar, berapa peratus sahaja. Nak sampai ke hujung tahun entah apa lagi yang bakal terjadi. Apa-apa pun (sebab kita tak tahu hari esok masih lagi ada untuk kita), untuk hari ini pada setiap hari, buatlah dengan yang terbaik. Jangan tidur dalam keadaan menyesal. Kalau esok diberi lagi peluang untuk baiki, maka baiki lah dengan lebih baik. Allah sentiasa membuka ruang dan peluang untuk kita menjadi hamba yang lebih baik sebelum dia ambik kita kembali ke pangkuan-Nya.
#10YEARSCHALLENGE SO MUCH HAD BEEN CHANGED !
2009
Mek masih lagi bergelar PELAJAR pada tahun 2009. Ini adalah tahun mek bergelar calon SPM. Mek daripada tingkatan satu ditempatkan di Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh, Kelantan. The 4th Boarding School with all girls. Hebat? Yes, SCIPP memang hebat walaupun kami semua perempuan. 2009, sekolah berasrama penuh di Kelantan hanya ada 3 sahaja iaitu Sains Faris Petra, Kota Bharu, Sains Machang dan Sains Pasir Puteh. Thru out the years from 2005 till 2009, tak menyesal menimba ilmu di sekolah ini walaupun kalau boleh diputarkan masa, waktu sekolah menengah la paling mek tak nak hadap. Its been scheduled what you have to do from day to day, hours to hours. Tapi kebaikannya adalah kita tahu arah tuju matlamat hidup. Selain daripada diri ini dah dijadualkan setiap pergerakan, mek juga banyak dapat input agama semasa di sekolah menengah. Mek pandai baca yassin masa sekolah menengah, hafal al mulk masa sekolah menengah. Solat hajat solat sunat lain pun banyak belajar masa sekolah menengah. Dan alhamdulillah, part of it masih lagi continue sehingga sekarang. My girls from boarding school ada yang masih lagi keep in touch. Masih juga rapat dan gila seperti zaman sekolah walaupun kami dah 30% menikah and it continously dari tahun ke tahun, dapat jemputan menikah daripada geng boarding school. So reunion secara tahunan tu memang ada ditempat kenduri kendara para sahabat. Alhamdulillah.
2019
Tahun kelima memegang title KAKITANGAN BSN KELANTAN. Masih lagi dengan jawatan yang mek mula lapor diri dulu. Tapi rasanya tahun kelima ni tahun akhir dah kot pegang jawatan ni. Tiba masa untuk ke department lain pulak. Tapi tak tahu la ianya terjadi pada 2019 ataupun tidak. Seronok dengan jawatan sekarang? Yes, seronok daripada mula pegang title itu. Suka duka memang banyak tapi input perbankan pun banyak juga. Untuk umur rebung macam mek ni, kalau tak kerana asuhan daripada bos sendiri, tanpa sokongan rakan kerja yang lain, memang agak menyimpang juga la (maksudnya disiplin kerja). Thru out the years from 2014, mek dah dapat dua bos. Bos pertama yang ambik mek bekerja di BSN kini bergelar pengurus di ibu pejabat. Pada mulanya mek takot dengan bos mek ni. Dia graduated from overseas. Bila mek masuk kerja, speaking, write email in english also. Bila dia tanya soalan, mek ibarat google, zass kena bagi jawapan terus. Takot sebab kita kena peka dan knowledgeable sangat. Hujung 2015 dia berpindah ke Johor dan mek dapat bos baru. Bos baru ni lagi banyak pengalaman jadi pengarah. Lagi la mek kena belajar bending with his style dan juga kena knowledgeable sekali ganda daripada dulu. Menangis pada tahun pertama itu biasa. Masuk tahun kedua dah okei sikit dan seterusnya learning process tak pernah tamat. Mek harap dapat kekal lama dengan BSN sebab umur dah 26 tahun, bukan lagi umur untuk cari kerja lain. Maka, doakan lah mek berjodoh panjang dengan BSN.
Itu kisah mek di 2009 vs 2019. Tentunya banyak kisah-kisah lain yang tak diceritakan. Mek cerita apa yang jarang mek kongsi. Tentang 2019 ada dua anak, itu memang korang dah tahu. Jadi, apa pula cerita 2009 vs 2019 korang? Kalau korang ada ceritakan di blog, FB atau IG, mind to tepek the link diruangan komen. Nanti mek jenguk-jenguk ❤
Sekian ..
#10YEARSCHALLENGE
#BUDAKSEKOLAH
#IBUANAKDUA
seronok alam persekolahan.... sekolah asrama byk belajar berdikari dan disiplin... semoga 2019 lebih cerita dan dimurahkan rezeki...
ReplyDeleteWaaaa 10 tahun dulu masih bersekolah yeee...
ReplyDeleteSis 10 tahun dulu dah anak 3 dah hehehehe skrg dah 42tahun doh...
Tapi masih okay lagi tu, maintain lagi Mek..
http://www.sislin76.com/2019/01/wordless-wednesday-10yearschallenge.html
oh emmm geeee!!budok skoloh mane tuh??hahahahahaahaha
ReplyDeleteWeh tuanya aku hahahha
ReplyDeleteya allah muda lagi mek masa tu cik ash umur 24tahun hahaha.. duk kerja dengan syarikat security dekat KB nuh hahaha
ReplyDeletemek supo amani doh msa zaman sekoloh..hihi
ReplyDeleteHehe tak sanggup nak buh gambaq dulu. Kelakar hehe.
ReplyDeleteIka datang singgah sini https://ikashoid.blogspot.com/2019/01/movie-review-ratsasan-2018.html
Cantik kak mek masa sekolah dulu. Skrg pun masih lagi cantik
ReplyDelete2009 masih bergelar student juga..2019 mak anak 2..huhu
ReplyDeleteBaby face nya masa 2009 tu.. Zaman anak dara / budak sekolah. Lain gok la perubahan muka tu.. Hehe
ReplyDeleteBeza setahun je kita
sgt la berbeza status, mek.
ReplyDeleteohsem ni :)
lain dari challenge yg aida jumpa merata i fb.
this status of yours sgt rare tau!!!
aida tak daya kot nak cari gambo ha ha ha ha ha...
tak byk beza pun.
2009 - anak dah 3. dah keje. rupa? masih sama. berat / tinggi? sama jer.
hi hi hi hi hi...
Aaa dah sepuluh tahun kita tinggalkan SCIPP...such a great memories..
ReplyDeletekereta proton pertama saya telah berada di sana untuk saya selama 10 tahun! Proton X70 2020, saya akan datang!
ReplyDelete