BLOGLIST EXCHANGE SEGMENT BY ABAM KIE

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Bloglist Exchange Segment by Abam Kie. Untuk 2019, ini yang pertama mek sertainya. Mek rasa macam aktif juga untuk giveaway atau segment macam ni pada 2019 tapi mek letak juga syarat, kalau ada bentuk wang tunai mek nak sertai (tiba-tiba jadi mata duitan). Untuk segment yang blogger Abam Kie buat ni, memang dah biasa dibuat oleh blogger lain juga. Mek dulu tak percaya sangat kepada bloglist kerana mek tak nampak apa kesannya. Bila mek letak juga bloglist di blog mek, rupanya itu amat membantu dalam PV kita. Maksudnya, bila kita ada dalam bloglist orang lain, kita juga akan terkesan untuk mendapat PV bila orang view page kita of course.


BLOGLIST EXCHANGE SEGMENT BY ABAM KIE

Bloglist ni juga antara medium yang digunakan oleh blogger untuk blogwalking. Sebagai contoh, kalau korang ke blog mek dan ditepi ada bloglist maka korang boleh juga baca entry mereka yang mek senaraikan. Secara tak lansung kita boleh kenal blogger lain dan juga dapat input daripada mereka juga. Kalau korang tanya patut ke tidak untuk ada bloglist, mek rasakan patut untuk ada bloglist kerana ianya amat membantu blogger-blogger lain juga. Lagi bagus kalau korang setiap bulan buat segment untuk dapatkan bloglist baharu. Tapi itu atas kreativiti korang juga. Nak tukar ikut bulan, nak tukar ikut suka, nak tukar ikut mood. Terpulang.

Jangan lupa untuk turut serta dalam bloglist exchange segment by Abam Kie. Klik link di bawah ni untuk tengok apa tawaran dan syarat yang ditetapkan. Untuk mek, Abam Kie dah selamat ada dalam bloglist mek. Jemput tengok yang lain-lain juga ye kawan-kawan ❤



Sekian ..


#SEGMENTABEKIE
#BLOGGERABEKIE
#ABAMKIE

PESTA THAI DI KELANTAN JANUARI 2019

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Pesta Thai di Kelantan Januari 2019. Saban tahun mesti ada pesta thai di Kelantan. Seingat mek tahun lepas dua kali juga mereka bertapak di Kota Bharu. Setiap sesi mek tak pernah lepaskan peluang untuk merasai hidangan Thai yang asli ini. Walaupun kebanyakkannya adalah menu yang sama, orang yang sama tapi makanan yang dihidangkan itu memang menarik minat para pengunjung untuk tidak melepaskan peluang setiap kali mereka diadakan. 


PESTA THAI DI KELANTAN JANUARI 2019

Banyak juga komen-komen yang mengatakan harga semakin mahal dan kadang kuantiti makin sedikit. Bagi mek ada betulnya dan ada juga gerai yang masih lagi mengekalkan harga dan kuantiti makanan pada skala seperti awal mereka menapak di Kota Bharu. Pun begitu, korang kena juga faham perbezaan mata wang antara salah satu punca kenapa mereka dah naikkan harga pada menu mereka. Cuma tidak lah begitu ketara. Mungkin dulu nasi Khoumok sebekas RM5 sekarang dah RM8. Sama juga untuk makanan lain ada peningkatan harga. 


PESTA THAI DI KELANTAN JANUARI 2019

Untuk pesta Thai kali ini mek baru sempat memburu dua menu iaitu :

~ Pulut Mangga (RM7)
~ Jus Mangga (RM6)


PESTA THAI DI KELANTAN JANUARI 2019


PESTA THAI DI KELANTAN JANUARI 2019

Baca juga entry pesta Thai 2018 :


Selari dengan mutu buatan dan harga, sedikit pun tak lari rasa asli daripada Thailand. Pulut mangga mungkin nampak biasa di mata kasar tapi rasa mereka tidak sama antara satu sama lain. Yang mek beli ni memang cukup lemak dia punya pulut serta kuah santannya. Mangga pula manis, tak masam jadi memang gabungan yang cukup baik. Untuk air juga mek amat berpuas hati sebab dia memang guna mangga yang banyak, kordial hanya 10% sahaja maka rasa mangga asli tu memang terserlah. Diletak pula aiskrim vanilla untuk perasa manis. Dua menu ni mek bagi bintang penuh. Pasti akan repeat lagi untuk kunjungan seterusnya.

Kawan-kawan mek semuanya mencuba Nasi Khoumok iaitu menu asli daripada seberang. Kita di Kelantan pun jarang jual nasi khoumok ni. Kalau yang jual tu maknanya orang Thai la tu. Bila bertanyakan mereka tentang rasa nasi Khoumok ni katanya memang sedap dan betul-betul rasa rempah nasi Khoumok. Maksudnya, kualiti untuk pesta Thai masih lagi dijaga dan diberi sepenuhnya kepada pelanggan. Tidak berkurangan rasa rempah mereka itu. Kiranya kalau dinaikkan harga pun mek masih lagi bersetuju kerana mereka deliver yang terbaik daripada mereka.


Korang yang berada di Kelantan, jangan lupa untuk datang ke Pesta Thai di Stadium Muhammad ke IV. Tarikh sah sehingga 06 Februari 2019 sahaja. Yang mana isteri-isteri mengidam tu elok sangat bawa ke pesta Thai Kota Bharu ni untuk lepaskan mengidam tu. Yang tak mengandung, mengidam anak tekak pun boleh juga datang. Bawa kawan-kawan dan keluarga sekali. Cuma satu nak pesan, meja memang ada disediakan cuma limited. Jadi kalau korang yang bawa anak kecil, pastikan dapatkan meja terlebih dahulu sebelum membeli makanan. Kesian dekat anak bersesak dengan orang ramai nanti. Tak salah nak bawa anak-anak tapi selesakan mereka terlebih dahulu. Semoga bermanfaat ❤


Sekian ..


#PESTATHAI
#PESTATHAIKOTABHARU
#PESTATHAI2019

EPISOD 1 QNA : BLOGGER SIS GEE

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Episod 1 : QNA bersama blogger Sis Gee. Amboi mek, kemain lagi ada episod satu bagai. InsyaAllah mek agak serius dalam pembikinan QNA bersama blogger ni dan mek sasarkan sekurang-kurangnya ada dua puluh episod sehingga ke penghujung tahun 2019. Tapi berjayakah mek untuk dapat seramai sembilan belas lagi blogger untuk turut serta dalam QNA bersama blogger ini. Harapnya ramai lah blogger sudi untuk berada di dalam channel youtube mek. Walaupun tak berapa nak banyak view, tapi sekurang-kurangnya video tersebut boleh dijadikan sebagai satu kenangan antara mek dan blogger tersebut.


EPISOD 1 QNA : BLOGGER SIS GEE

Untuk episod pertama QNA bersama blogger, mek mulakan dengan blogger Sis Gee kerana secara kebetulan, Sis Gee nak berkunjung ke Kelantan dan mek pun menawarkan untuk adakan sesi QNA bersama blogger ini. Dia bersetuju dan akhirnya terjadilah episod pertama mek ber-QNA bersama blogger. Alhamdulillah. Pada awalnya, mek juga segan sebab mek tak berapa petah untuk bercakap di depan kamera. Tapi bila berdua, rasa segan itu hilang. Korang boleh play video di bawah ini untuk tengok Episod 1 QNA : Blogger Sis Gee.


Soalan yang mek dapat :

1. Siapakah yang banyak membantu awak dalam dunia blog?

2. Ada niat nak berhenti berblog?

3. Siapakah orang yang paling disayangi?

4. Berapakah harga emas sekarang?

5. Bagaimana boleh ceburi bidang blog dan daripada mana dapat inspirasi untuk berblogging?

Soalan yang Sis Gee dapat :

1. Apakah nama dan tempat bekerja sekarang?

2. Sejauh mana keseriusan berblog?

3. Sejak bila berblogging?

4. Umur sekarang di tahun 2019?

5. Cara Sis Gee bahagikan masa untuk menulis entry?

Korang kena tengok video penuh baru korang akan tahu apakah jawapan-jawapan daripada kami. Jadi, selamat menonton ❤


Sekian ..



#QNABERSAMABLOGGER
#SISGEE
#MEKYUNIE

CELOH ROCK KEDAI MAKAN TENGAHARI DI KOTA BHARU

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Celoh Rock kedai makan tengahari di Kota Bharu. Bila sebut tentang Kelantan, kebanyakkanya akan membayangkan keenakan makanan yang disajikan di negeri ini. Daripada yang sedap, unik dan hanya ada di Kelantan sahaja, memang membuatkan ramai orang luar daripada Kelantan datang ke sini semata-mata untuk #foodhunting . Mek sendiri yang di Kelantan ni kadang buat juga dengan spouse sebab bila kedai itu disebut-sebut, mestilah kami juga nak cuba sendiri bagaimana dengan citarasanya.


Celoh Rock kedai makan tengahari di Kota Bharu

Elok sangat masa Sis Gee buat trip #jjcm di Kelantan tempoh hari, spouse mek terus cadangkan satu kedai yang agak unik ini. Mek sendiri pun pernah lalu je, tak pernah singgah untuk makan. Elok lepas balik daripada solat Jumaat, terus spouse ajak pergi sana sebab mek dengan Sis Gee tak masak. Haha. Kata datang untuk #jjcm . Maka semua waktu makan kita cari kedai untuk mencuba ye. Mek memang sengaja juga tak bagitahu Sis Gee ke manakah destinasi untuk makan tengahari pada hari tu. Kononnya nak buat kejutan.

Sampai je di hadapan kedai Celoh Rock ni, terus Sis Gee tanyakan mek kenapa parking kereta di luar, kenapa tak parking di AEON je. Betullah kejutan mek menjadi. Sis Gee sangkakan mek nak bawa dia makan tengahari di dalam AEON Mall Kota Bharu. Dan sangkaan Sis Gee itu agak tidak mengena sebab mek sebenarnya nak bawa dia makan di hadapan AEON Mall Kota Bharu. Kedai ni memang betul-betul berhadapan dengan AEON Mall Kota Bharu. Tapi kedai makan Celoh Rock ni, kalau korang tak perhatikan betul-betul, memang korang takkan perasan.


Celoh Rock kedai makan tengahari di Kota Bharu

Kedai makan Celoh Rock, Kg Lembah Sireh Kota Bharu ni dah agak lama beroperasi katanya. Celoh bermaksuh di celahan. Rock pula, kami Kelantanese memanggil rock / ghok sebagai semak-samun. Atau boleh juga untuk hutan yang tidak dipedulikan. Teramat sesuai untuk nama kedai, depan AEON Mall Kota Bharu masih lagi terdapat sedikit hutan sebelum ada beberapa kawasan penempatan penduduk asal. Jadi, di celahan itu lah kedai Celoh Rock ini beroperasi. Hanya ada banner seketul di luar, sekali tengok macam tiada apa-apa, tapi sekali dah masuk kedai ni, nahhh !


Celoh Rock kedai makan tengahari di Kota Bharu


Celoh Rock kedai makan tengahari di Kota Bharu

Hidangan yang ada di Celoh Rock ni pelbagai juga. Tapi hidangan yang paling utama adalah Sup Urat Keting. Tahu ke korang urat keting tu apa? Kehkeh. Urat keting tu urat yang dekat kaki. Sedap ! Dia macam lemak-lemak sikit dan ada juga daging. Kalau digoreng pun sedap juga tapi kebanyakkan yang mek jumpa, mereka lebih gemar buat sup. Di Celoh Rock Kota Bharu memang ramai yang minta menu ni. Untuk lauk tambahan, boleh juga telur goreng, daging goreng ataupun ayam goreng. Mek ambil telur goreng untuk suapkan kepada anak-anak. Untuk mek sendiri dah cukup dengan lauk daging dalam sup tu. Memang banyak sehingga kena ratah. Diingatkan juga yang sup yang dihidangkan di Celoh Rock ni agak pedas. Korang kena bagitahu jika tak nak pedas. Pedasnya tu kalau makan dengan nasi okei. Tapi kalau nak bagi dekat kanak-kanak, agak tidak sesuai.

Air yang ada di Celoh Rock ni juga air regular. Tiada yang istimewa ataupun signature kepada kedai tersebut. Mek memilih nesface ais sementara spouse memilih teh o ais sahaja. Anak-anak air suam. Ada juga kuih-muih yang dihidangkan. Boleh buat sebagai pencuci mulut atau umpan kepada anak untuk duduk diam seketika. Maklumlah anak-anak bila dah lapar, dia akan mula untuk tantrum. Maka makanan yang boleh mengenyangkan mereka amat diperlukan. Kalau tidak, mahu kedai tu jadi haru biru dengar suara budak menangis.


Celoh Rock kedai makan tengahari di Kota Bharu

 Secara keseluruhan mek suka dengan suasana, hidangan yang ada di Celoh Rock Kota Bharu. Walaupun kedainya nampak macam tidak begitu seia dengan suasana sekarang tetapi dengan mengekalkan suasana semula jadi itu menjadikan ia sebagai satu tarikan serta memberi keselesaan kepada mereka yang hadir. Dengan hidangan lauk-pauk yang tidak mengecewakan, ianya menguatkan lagi untuk pelanggan membuat kunjungan kali kedua di Celoh Rock. Selain itu juga, harga yang dikenakan tidak tinggi dan seiring dengan harga semasa. Bagi mek, itu tidak menjadi isu jika hidangan itu sedap. Untuk mencadangkan kepada korang, semestinya ! Jemput datang ke Celoh Rock Kota Bharu untum rasai sendiri pengalaman yang diceritakan oleh mek tadi. Masuk dalam list #mustvisit bila ke Kelantan ye ❤


Sekian ..


#MAKANDIMANA
#NAHCADANGAN
#MENULUNCH

MAKAN PAGI DI KELANTAN NASI KAK WOK JJ JALAN TELIPOT KOTA BHARU

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Makan pagi di Kelantan, Nasi Kak Wok JJ Jalan Telipot Kota Bharu. Selaku orang Kelantan sejati, mestilah mek nak juga mencuba nasi-nasi yang dijadikan sebagai sarapan pagi ini. Nasi Kak Wok JJ ni dah lama ada di Jalan Telipot Kota Bharu. Mek mula kenal dengan nasi kak wok JJ ni tahun 2011. Masa tu baru-baru kenal spouse jadi ada la keluar dating, dia bawa lah makan di kedai kak wok JJ Jalan Telipot Kota Bharu. Sesuai dengan citarasa maka pilihan utama bila nasi kak wok adalah semestinya Nasi Kak Wok JJ Jalan Telipot.


MAKAN PAGI DI KELANTAN NASI KAK WOOK JJ JALAN TELIPOT KOTA BHARU

Bila kawan-kawan mek yang luar daripada Kelantan datang berkunjung ke Kelantan, mek biasanya akan recommend kepada mereka untuk makan di sini. Maka, bila Sis Gee datang ke Kelantan (sebenarnya tempat ni adalah dah beberapa mek suggest-kan kepada Sis Gee cuma tidak berkesempatan untuk datang dan cuba), mek pun bawa lah dia merasai the originality of nasi kak wok JJ. Terlepas satu hutang dengan dia. Dan alhamdulillah, walaupun pada hari tu ramai orang, agak penuh sebab hujung minggu tapi Allah permudahkan juga untuk kami menikmati hidangan nasi kak wok JJ.

Nasi Kak Wok JJ ni simple je menunya. Ayam goreng yang dipotong kecik-kecik, sambal dan kuah gulai ayam. Apa yang membezakan antara yang sedap dan yang tak berapa nak sedap adalah kuah gulai ayam tu. Mek tak berapa pasti kuah gulai yang macam mana yang mengena dengan istilah nasi kak wook ni. Yang pasti, kalau gulai yang macam mummy mek buat, memang tak mengena dengan nasi kak wok. Susah betul mek nak describe dalam perkataan (mungkin sebab mek tak expert dalam buat gulai-gulai). Nanti korang boleh terjah sendiri kedai Nasi Kak Wok JJ.

Berita baik juga untuk korang, kalau tak datang Kelantan masih lagi boleh mencuba nasi kak wok JJ di Shah Alam. Katanya anak kepada pemilik Kak Wok JJ ada buka cawangan di Shah Alam dengan membawa 100% resipi Nasi Kak Wok JJ yang berada di Jalan Telipot, Kota Bharu. Pernah juga mek bertanyakan kepada mereka yang pernah mencuba nasi kak wok JJ di Shah Alam adakah sama rasanya dengan yang di Kelantan. Kata kawan mek memang sebiji rasanya sama cuma nasi je agak lain kerana di sana mungkin menggunakan beras Malaysia (mungkin). 


MAKAN PAGI DI KELANTAN NASI KAK WOOK JJ JALAN TELIPOT KOTA BHARU

Jadi, korang yang berkesempatan untuk datang ke Kelantan ni, jangan lupa untuk singgah di kedai kak wok JJ Jalan Telipot Kota Bharu. Kalau ke Shah Alam boleh juga mencuba nasi kak wok JJ ni. Sekurang-kurangnya bila kawan korang cakap apa rasanya boleh la korang bayangkan macam mana rasa nasi kak wok JJ. Kalau sedap boleh suggest kepada mereka yang lain pula. Kalau tak sedap, diam-diam je la (macam bias pulak). Cuma satu nak pesan, taste manusia tak sama antara satu sama lain. Ada suka gemuk ada suka kurus. Ada suka pedas ada suka masam. Jadi, be wise. Jangan hina dan herdik pandangan orang lain. Hormat adalah kata kunci yang paling sesuai untuk setiap perhubungan. Semoga bermanfaat ❤


Sekian ..


#MAKANPAGIDIKELANTAN
#NASIKAKWOOKJJ
#KAKWOOKTELIPOT

D' NAZ CORNER BUFFET HIDANGAN MAKAN MALAM YANG JELIRO

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

D'Naz Corner Buffet hidangan makan malam yang jeliro. Jeliro tu apa mek? Jeliro ni loghat Kelantan yang membawa maksud sedap, nampak tempting dalam bahasa inggeris. Bila makan sedap pula. Haa itu maksudnya jeliro. Kalau korang datang Kelantan, cuba tanya dengan pekedai-pekedai jual makanan, jeliro ke tak ni. Mesti diaorang akan bagi feedback samada makanan tu jeliro ke tak (tapi mesti semua cakap jeliro kan sebab nak lakukan dia punya makanan). Tapi mata kasar korang pun mesti bijak menilai, ye tak?


D' NAZ CORNER BUFFET HIDANGAN MAKAN MALAM YANG JELIRO

Bersempena dengan Sis Gee datang ke Kelantan, mek pun terfikir la mana nak bawa awek Terengganu ni makan malam. Nak masak macam dah lewat sebab Sis Gee sampai hari Khamis, mek berkerja (alasan sangat kerja tu, kalau nak masak memang masak aje sebenarnya). Jadi bincang dengan spouse nak bawa Sis Gee dan keluarga makan ikan bakar. Tapi bila fikir balik, ikan bakar di Terengganu macam dah banyak. Maksud mek, nak bawak Sis Gee merasa makanan yang ada di Kelantan. Jadi bila tanya kawan mek, dia cakap cuba ke D'Naz Corner Buffet, Jalan Pasir Hor, Kota Bharu.

Zass ! Pada pandangan pertama mek dengan Sis Gee terhadap kedai ni - macam kedai Hipster yang hidang makanan western. Memang kami dah tengok dalam FB D'Naz Corner Buffet apa hidangan menu yang ada, maka tidak tertanya-tanyalah menu apa yang ada di kedai ini. Cuma sekali pandang macam kedai hispter, hidangan western. Waktu mek sampai jam lebih kurang 8.30 malam. Meja memang banyak di D'Naz Corner Buffet ni. Kalau datang ramai pun tak risau. Paling best ada wayang pacak ! Anak-anak memang teruja habis lah. Amani dengan anak-anak Sis Gee siap buat barisan kerusi lagi sambil tunggu hidangan sampai, mereka tengok wayang pacak. Seronok lah kami yang dewasa ni berbual-bual.

Bila sampai makanan yang kami pesan, memang Sis Gee agak teruja dengan menu-menu yang terhidang depan mata dia. Mek pun sama sebab menu macam ni bukan semua kedai yang hidang tau. Menu yang dibawa daripada Thailand ni, tak semua kedai berani buat disebabkan tak boleh nak kekalkan rasa sebenar menu tersebut. Kalau kedai yang boleh hidangkan maknanya memang mereka dah agak expert dalam menu tersebut. Antara yang mek pesan pada makan malam tersebut adalah :


D' NAZ CORNER BUFFET HIDANGAN MAKAN MALAM YANG JELIRO

1. Sam Mix : 

Gabungan ikan talapia bakar kosong, sotong bakar, udang bakar dan laksa siam bersama-sama dua pencicah asli daripada Thailand, sos sambal hijau dan sos pencicah pedas manis. Sam Mix juga dihidang bersama ulam-ulaman. Mereka yang suka dengan ulam memang kecur la tengok Sam Mix. Spouse pun memang agak teruja dengan menu ni kerana dah lama katanya nak makan yang macam dalam video mamat Thailand yang suka review makanan Thailand tu.


D' NAZ CORNER BUFFET HIDANGAN MAKAN MALAM YANG JELIRO

2. Harimau Menangis : 

Ini mek tak pasti mana dapatnya nama sebegitu. Tapi menu harimau menangis ni agak popular sekarang. Dengar cerita, di sekitar KL juga agak popular dengan menu ini. Untuk korang yang masih blur apa benda la harimau menangis ni, ianya daging bakar dihidangkan bersama pencicah pedas pedas masin manis gitu. Pada mulanya mek takot nak cuba sebab mek tak suka dengan kepedasan tapi Sis Gee cakap tak pedas sangat. Sesuai la untuk orang macam mek makan. Kalau nak lebih pedas, nanti bagitahu dekat D'Naz Corner Buffet untuk extra hot.


D' NAZ CORNER BUFFET HIDANGAN MAKAN MALAM YANG JELIRO

3. Sotong Sumbat : 

Sotong sumbat ni dihidangkan bersama sos sambal hijau. Memang sedap sebab dalam perut sotong tu terisi dengan isi ketam, telur dan beberapa lagi yang mek tak berapa nak pasti. Makan dengan nasi panas-panas amat menyelerakan. Menu ni pun agak popular sekarang di Kelantan. Tapi tak semua kedai boleh hidangkan menu ini disebabkan sos pencicah sambal hijau itu tadi. Memang menu ni recommended untuk korang cuba kalau datang ke Kelantan.


D' NAZ CORNER BUFFET HIDANGAN MAKAN MALAM YANG JELIRO

4. Watermelon Bingsu :

 Ini dessert yang mesti cuba. Bingsu ni memang merata juga yang ada. Tapi alang-alang dah ada di D'Naz Corner Buffet, boleh la cuba Bingsu yang mereka sediakan. Bingsu di sini ada lebih kurang 4 - 5 jenis. Paling menarik Bingsu Campur semua buah (buah naga, buah mangga, buah tembikai, buah tembikai susu). 

5. Teh Beng Special Float : 

Ini juga sinonim dengan Kelantan kerana kemanisan teh beng mengikut citarasa Kelantanese. Bila dah float dengan aiskrim vanilla memang makin umpph la dia punya rasa, kan. Menjadi special pula bila syrup choclate dituangkan ke atas aiskrim vanilla tu menjadikan teh beng tersebut terasa manis chocolate serta aiskrim vanilla. 


D' NAZ CORNER BUFFET HIDANGAN MAKAN MALAM YANG JELIRO

Harga yang ditawarkan tidak terlalu mahal bagi mek. Rasanya berbaloi makan dengan seramai ini dan dengan hidangan sebegitu. Sis Gee memang cakap worth any single peny sebab sedap dan harga tidak keterlaluan. Masih lagi dalam kelompok mampu milik. Jadi korang jangan risau bab harga, dijamin tidak cekik darah. Tak kering poket korang. Keseluruhan mek makan malam tu dengan Sis Gee RM145. Selain daripada 5 menu di atas tu, kitaorang ada juga ambil tomyam dan beberapa gelas air lain. Untuk RM145 tu hidangan untuk 7 dewasa dan 6 kanak-kanak. 


D' NAZ CORNER BUFFET HIDANGAN MAKAN MALAM YANG JELIRO


D' NAZ CORNER BUFFET HIDANGAN MAKAN MALAM YANG JELIRO

Yang berkunjung ke Kelantan, ini cadangan mek untuk makan malam korang. Beroperasi daripada jam 5.30 petang hingga 3.00 pagi (cuti pada hari Selasa). Untuk info lanjut, korang boleh usha FB D'NAZ CORNER BUFFET . Nanti dapatkan segala info daripada FB tu je. Menu makan, harga, alamat kedai, nombor phone kedai semuanya di dalam FB D'Naz Corner Buffet. Semoga perkongsian mek kali ini dapat memberi manfaat kepada korang ❤


Sekian ..


#DNAZCORNERBUFFET
#SOTONGBAKAR
#MAKANMALAMDIKOTABHARU

HUT'S LUNCH SPECIAL TAWARAN MAKAN TENGAHARI DI PIZZA HUT

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Hut's Lunch Special tawaran makan tengahari di Pizza Hut. Dua tiga hari ni terasa terliur je nak makan pizza. Entah kenapa. Nak cakap ada promo atau iklaneka yang menarik pun tidak juga. Nak cakap tengok restoran pizza hut ni hari-hari pun tidak juga. Cuma dalam bayangan mek, bestnya dapat makan pizza personal panas-panas cicah dengan sos cili, hirup mushroom soup. Perghh ! Jadi, tiba lah masanya mek ajak geng makan tengahari mek ke pizza hut untuk menikmati bersama-sama. Nasib baik mereka okei je.


HUT'S LUNCH SPECIAL TAWARAN MAKAN TENGAHARI DI PIZZA HUT

Daripada office mek, hanya berjalan kaki sahaja nak ke pizza hut ni. Dalam lima minit je sampai la. Tiba masuk je ke dalam pizza hut, tak ramai lagi orang, alhamdulillah. Kalau tak, menunggu que tu rasanya agak lama jugak la untuk kami yang rehat hanya satu jam ni. Bila dah seated tu, terus diaorang tanyakan menu apa yang kami nak. Mek memang dah agak, setiap fast food restoran akan ada menu lunch masing-masing. Cuma untuk 2019 ni apa yang pizza hut hidangkan, mek pun tak tahu. Kalau dulu rasanya ada juga dua tiga menu lain.


HUT'S LUNCH SPECIAL TAWARAN MAKAN TENGAHARI DI PIZZA HUT

Ini dia Hut's Lunch Special yang berharga RM12.90 (tak termasuk service caj). Dapat la satu slice garlic bread, satu mangkuk mushroom soup, satu personal pizza yang ada beberapa flavor korang boleh pilih dan satu soft drinks dengan beberapa pilihan juga. Alhamdulillah, bagi mek menu ini dah cukup untuk mengenyangkan pada waktu lunch. Sesuai untuk bawa anak-anak sebab tempat berhawa dingin maka tidaklah anak meragam panas. Sesuai juga untuk makan tengahari bersama kawan-kawan. Sesuai juga untuk korang buat kerja assignment atau kerja blogger since pizza hut ada wifi free untuk pelanggan mereka.

Untuk set Hut's Lunch Special ni juga, satu lagi pilihan adalah menu pasta. Ini mek tak berapa nak cuba sebab tekak mek nakkan pizza berbanding pasta. Kawan mek ada yang ambik pasta. Katanya okei je rasanya. Cuma dia tak dapat habiskan sebab kenyang. Sama juga kalau ambik pasta, dapat juga satu slice garlic bread, mushroom soup dan soft drinks dengan aneka pilihan. Cuma harga pasta ni berbeza satu ringgit je dengan harga pizza iaitu RM14.90 (tidak termasuk caj perkhidmatan). Untuk korang yang suka pasta boleh cuba yang daripada pizza hut pula.


HUT'S LUNCH SPECIAL TAWARAN MAKAN TENGAHARI DI PIZZA HUT


HUT'S LUNCH SPECIAL TAWARAN MAKAN TENGAHARI DI PIZZA HUT

Seiring dengan galakkan daripada pihak kerajaan, pihak pizza hut juga tidak memberi straw lagi kepada pelanggan mereka. Kalau korang nak straw boleh aje mintak dengan krew pizza hut, nanti diaorang akan bagi. Cuma untuk provide terus kepada pelanggan itu tidak. Masa mek makan haritu memang ramai juga yang mintak straw. Biasalah, netizen dah terbiasa minum dengan straw, kan. Untuk berubah mungkin mengambil masa. Tapi usaha semua restoran yang menyahut seruan pihak kerajaan ini boleh dipuji. Teruskan usaha untuk kekalkan bumi ini hijau.

Korang yang dah cuba Hut's Lunch Special ni, boleh juga komen di bawah. Apa yang korang pesan untuk makan? Kalau korang yang ada entry, boleh juga drop komen di bawah ye. Nanti mek baca pengalaman korang pula ❤

Sekian ..


#PIZZAHUTLUNCH
#HUTSLUNCHSPECIAL
#MENUFORLUNCH

DEWI REMAJA 2018 ANTARA MENYALAHKAN ATAU MENGAMBIL IKTIBAR

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Dewi Remaja 2018 antara menyalahkan atau mengambil iktibar. Oh, buka FB penuh dengan cerita Haneesya dan dua lagi rakan yang terpalit dengan isu kontroversi berliburan di satu kelab malam sehari selepas dinobatkan sebagai Juara Dewi Remaja 2018 (tapi isu ni a bit cliche kerana ada yang cakap video tersebut adalah video bulan sebelumnya). Isunya itu menjadi lebih hangat bila dalam video yang sempat dirakam, Haneesya dikatakan mengambil minuman keras. Dan disebakan itu, gelaran Dewi Remaja 2018 digugurkan daripada menjadi milik Haneesya. Pun begitu, tempat kedua masih lagi dipegang oleh Naib Juara Dewi Remaja 2018. Julung-julung kalinya, Dewi Remaja tiada juara disebabkan oleh kontroversi yang timbul.


DEWI REMAJA 2018 ANTARA MENYALAHKAN ATAU MENGAMBIL IKTIBAR

Di youtube dan FB, banyak sangat versi cerita yang keluar. Kenyataan demi kenyataan. Yang tentunya semua nak pertahankan diri sendiri. Mek sempat juga layan dua tiga versi. Tak larat jugak otak nak di-input-kan dengan perkara sebegini. Cuma kebetulan hari Jumaat, hari santai di rumah, kebanyakkan masa layan youtube dan FB je maka mendengar dan juga membaca lah pasal Haneesya ni. Lepas dah dengar dan baca, rasa mek pulak nak menulis. Walaupun mek diusia yang muda, anak baru dua, tu pun kecil lagi rasanya tak salah kot nak tegur demi kebaikan orang yang lebih dewasa.


DEWI REMAJA 2018 ANTARA MENYALAHKAN ATAU MENGAMBIL IKTIBAR

Majalah Remaja Official ada keluarkan satu video macam sidang media mengenai penarikan balik gelaran Juara Dewi Remaja terhadap Haneesya selepas dihimpit oleh netizen yang mengecam katanya layak ke si Haneesya ni jadi ikon remaja kalau itu cara sosial life-nya. Dalam video ni juga Haneesya tampil memberi kenyataan jangan palitkan ibunya dalam hal ini. Dia sendiri yang memilih jalan ini dan dia akan tanggung akibatnya. Komen mek pula - Kesalahan yang berlaku ni memang betul mak dia tak suruh. Cuma sebagai mak mesti juga kena tanggung malu tanggung kesalahan sebab kita ibu kepada anak kita. Anak kita dalam jagaan kita maka tentunya akan terkena juga sedikit sebanyak. Cuma, mek tak salahkan mak dia seratus peratus. Mek pertikaikan mak dia tak tanya ke dia pergi mana. Takkan la se-open itu kalau anak jawab pergi club malam? Itu je yang mek persoal mak dia. Bab Haneesya memang waras akal, salah besar dik. Salah dan berdosa. Cuma, Allah tu maha pengampun. Minta keampunan daripada Allah dan yang lain tak perlu risau dah. Mulut netizen sekejap je dia akan cakap. Time tengah panas ni ingat la. Tanya bulan enam nanti dah tak ingat kisah ni.


DEWI REMAJA 2018 ANTARA MENYALAHKAN ATAU MENGAMBIL IKTIBAR

Team Hanee Official (rasanya Admin akaun tersebut adalah ibunya) pun ada keluarkan satu kenyataan yang mengatakan ibu Haneesya mintak maaf pada semua netizen dan dia gagal mendidik anak dia menjadi anak yang baik serta ikon kepada remaja lain. Bagi mek, mak Haneesya mintak maaf tu dah jadi part sayu pulak. Yela, anak buat perangai mak kena tanggung. Tapi apakan daya, sebagai penjaga kepada anak kita, memang kita kena ambik tanggungjawab tu. Contohnya kalau anak kita sedang berada di kawasan permainan then tetiba dia hempuk kawan yang ada dekat situ, of course sebagai ibu kita kena minta maaf kepada parents budak tadi. Sebab anak adalah amanah dan kena jaga sebaik mungkin. Cuma kesian la, anak dah besar disebabkan kita terlampau percaya kepada anak dan memberi kebebasan kepada mereka, disalah guna pula. Lebih teruk perbuatan anak kita bukan setakat netizen yang mencela malah Allah juga sudah melarang secara terang. 

Sedikit lagi pandangan mek kepada isu ini adalah kepada netizen yang cakap ibu tak pandai jaga anak. Bukan tak pandai. Dah bagi pelajaran, dah mendidik cuma kita ibu terkalah dengan permintaan anak yang nak kan kebebasan. Alah rilex la mummy, semua kawan-kawan keluar lepak malam, kita je duduk rumah. Maka kita ibu terkalah dengan pujukan itu. Peringatan juga kepada ibu-ibu yang akan ada anak mengenjak ke umur remaja, umur paling kritikal - semua benda nak cuba. Ini juga peringatan kepada mek. Memang kita betul-betul kena siapkan diri dengan agama yang betul, seiring dengan landasan dan kehendak agama. Tak moden, tak chill, tak ikut situasi semasa pun tak apa lah asalkan ikut apa yang Allah perintahkan. InsyaAllah. Jadi, berhenti menunding jari, perbaiki diri, persiapkan diri masing-masing


Sekian ..


#DEWIREMAJA2018
#KISAHVIRALDEWIREMAJA
#PARENTINGISSUE

IF I WERE A BOY DAN KISAH USTAZAH YANG HILANG

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

If I were a boy dan kisah ustazah yang hilang. Sedang mek bercerita dengan spouse tentang ustazah yang hilang (spouse yang buka cerita tentang ustazah yang hilang tu). Katanya ustazah tu agak tertekan dengan jarak perjalanan ke tempat kerjanya yang memakan 100km sehari. Kata spouse mek, ustazah tu pernah mendapat rawatan daripada doktor, mungkin sesi kaunseling agaknya untuk redakan tekanan emosi. Mek banyak diam, skrol youtube. Tetiba keluar lagu If I Were a Boy nyanyian Boyence. Mek tanyakan spouse, pernah dengar tak lagu ni? Katanya tak sebab tak memahami what is Beyonce singing about. So mek macam okei patot lah.


IF I WERE A BOY DAN KISAH USTAZAH YANG HILANG  

Well, setiap lelaki kena dengar lagu ni. Lagu ni dah lama. Mek ingat masa mek sekolah menengah lagi lagu ni tapi serius mek CD kan lagu ni untuk mek pasang dalam kereta mummy. Just because alunan muziknya tu memang mek suka. Tapi tersedar tanpa sengaja pada malam ini yang yes every man have to know this song and understand it well. Lelaki, dengar sini - ni mek sertakan video dan liriknya sekali. Skrol bawah untuk tahu kenapa.


IF I WERE A BOY DAN KISAH USTAZAH YANG HILANG  

"If I Were A Boy"


If I were a boy
Even just for a day
I’d roll outta bed in the morning
And throw on what I wanted and go
Drink beer with the guys
And chase after girls
I’d kick it with who I wanted
And I’d never get confronted for it.
'Cause they’d stick up for me.
[Chorus]
If I were a boy
I think I could understand
How it feels to love a girl
I swear I’d be a better man.
I’d listen to her
'Cause I know how it hurts
When you lose the one you wanted
'Cause he’s taken you for granted
And everything you had got destroyed
[Verse]
If I were a boy
I would turn off my phone
Tell everyone it’s broken
So they’d think that I was sleepin’ alone
I’d put myself first
And make the rules as I go
'Cause I know that she’d be faithful
Waitin’ for me to come home (to come home)
[Chorus]
If I were a boy
I think I could understand
How it feels to love a girl
I swear I’d be a better man.
I’d listen to her
'Cause I know how it hurts
When you lose the one you wanted (wanted)
'Cause he’s taken you for granted (granted)
And everything you had got destroyed
[Bridge]
It’s a little too late for you to come back
Say it's just a mistake
Think I’d forgive you like that
If you thought I would wait for you
You thought wrong
[Chorus 2]
But you’re just a boy
You don’t understand
Yeah, you don’t understand, oh
How it feels to love a girl someday
You wish you were a better man
You don’t listen to her
You don’t care how it hurts
Until you lose the one you wanted
'Cause you’ve taken her for granted
And everything you had got destroyed

But you’re just a boy



Lelaki, bila isteri meluah korang kena dengar. Kadang isteri dah pernah luah rasa sakit dalam hati dia tapi korang sekadar dengar, tanpa kata-kata semangat, tanpa nasihat dan even worst tanpa bantuan yang korang hulurkan. Sebab apa? Sebab lelaki selalu dimomokkan perempuan adalah makhluk paling beremosi. Yes, we are beremosi teruk tapi apa guna ada laki tapi tak boleh nak tenangkan kami perempuan? Baik kami single, tak payah ada laki jadi semua keputusan boleh buat sendiri. Contoh kisah ustazah ni. Nak salahkan laki dia pun macam tak jugak sebab bukan berjiran dengan dia tapi hello bang, 100km per day. Seminggu kerja 5 hari. Penat bang. Serius. Itu tidak termasuk hadap jem lagi. Along the way 100km bang (ye mungkin 50km pergi dan 50km balik) banyak giler kemungkinan yang akan terjadi. Kenapa mek amat memahami because im also a traveller 80km per day. Penat tak? Ye penat amat sangat sehinggakan kalau balik, mood nak bercakap hilang. Hilang along the way 40km. Berjumpa dengan pelbagai ragam dijalanan, hadap jem, hadap panas, hadap mengantok. Balik rumah nak cerita dekat laki, dikata pulak kita ni macam-macam. Oh well, baik berdiam sahaja kalau begitu. But berdiam ini makan diri. Lama-kelamaan rasa tak boleh fikir dengan waras. Rasa nak hilangkan diri, rasa tak nak hadap dah apa yang sedia ada. Mek pernah rasa ke? Ye, pernah. Rasa tinggal je lah anak-anak dirumah, kita menyewa dekat dengan pejabat. Tapi masih lagi waras dan tebal sayang pada anak jadi tak buat kerja gila macam tu. Dan mek rasa Ustazah ni dah cukup habis fikir, sebab tu dia ambil tindakan untuk larikan diri sekejap. Tergamaknya. Oh, kalau dah tak rasional, semua benda jadi possible tau. 

Berbalik kepada lagu If I were a Boy, ye ada betulnya Beyonce tu katakan. You just a boy, you dont listen to her, you dont care how she hurts. Tulis melayu la bagi faham sikit. Kau lelaki memang tak penah nak cuba memahami kaum hawa lagi-lagi bini kau. Tak pernah nak dengar apa yang bini nak cakap dan tak penah pun rasa kesian dengan bini apa yang bini lalui (oh ini adalah statement kepada lelaki yang tak guna, lelaki yang tunggu bini di pintu syurga masih lagi wujud tapi hanya 10%). Ini lagu Beyonce bang. Lagu orang putih yang bukan islam tapi dia boleh bagitahu sebab majority lelaki, inilah peelnya.

Tertarik juga mek nak kongsikan dengan korang tentang ceramah yang mek dengar pagi tadi. Mengenai isteri yang suka membebel. Saidina Omar, paling garang pada zaman Rasulullah. Term paling garang ni sehinggakan syaitan pun takot nak goda Saidina Omar. Satu hari ada seorang sahabat ke rumah Saidina Omar untuk mendapatkan nasihat mengenai isterinya yang suka membebel. Sampai je sahabat ke rumah Saidina Omar, sahabat ni tengok Saidina Omar berada di depan pintu rumahnya, duduk berdiam diri sambil isteri Saidina Omar sedang membebel. Allah. Terkejut sahabat ini. Pada pendapatnya, isteri Saidina Omar mesti gerun nak bebelkan Saidina Omar tapi salah sangkaannya. Maka, sahabat tadi nak patah balik sebab terbatal niat nak dapatkan nasihat daripada Saidina Omar. Saidina Omar terlihat sahabat itu tadi dan memanggil sahabat itu untuk datang kembali. Pendekkan cerita, sahabat itu pergi kepada Saidina Omar dan meluahkan apa hajatnya datang ke mari. Dan Saidina Omar menerangkan kepadanya. 'Isteriku yang menjaga makan minum ku, pakaian ku, rumah ku, yang melahirkan zuriatku. Maka bila dia meluahkan apa yang terbuku dihatinya, aku akan mendengar tanpa mencelah supaya perasaannya itu akan lega.' Subhanallah. Itu yang dikatakan oleh Saidina Omar. Tapi orang perempuan, ini bukan tiket untuk membebel. Cuma di sini, meluah perasaan itu adalah dibenarkan. Dan lelaki harus mendengarnya. Kalau salah ditegur dengan cara yang baik. Kalau perlu dipertimbangkan, perlu dibantu, semampu yang boleh tolong hulurkan bantuan anda. 

Semoga cerita sebegini menjadi pengajaran kepada ramai pihak. Allahu, setiap hubungan perlu dijaga demi Allah. Maka, suami jaga isteri korang dengan baik. Niat untuk ke syurga. Jangan ambil mudah dengan apa yang diperkatakan oleh isteri. Mereka tidak akan meluah jika itu tidak menjadi bebenan kepada mereka. Kalau mereka meluah, dengar dan bagi kata-kata semangat. Kalau apa yang diperkatakan itu salah, tolong betulkan. Jangan biarkan hati isteri memendam rasa. Kelak binasa ❤ 


Sekian ..


#IFIWEREABOY
#USTAZAHHILANG
#BEARINMIND

KENANGAN 2015 DI SEBALIK LAGU MULANYA DI SINI

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Kenangan 2015 di sebalik lagu Mulanya Di Sini. Pagi ni masa pandu kereta nak ke tempat kerja, tetiba berkumandang lagu Mulanya Di Sini nyanyian Freedom (jangan tanya whos this fella sebab mek totally have no info about them). Zass mek dilayangkan kembali ke tahun 2015 pada bulan Mac macam tu. Tetiba terasa berada dalam dewan di Hotel Renaissance Kota Bharu. Berada di barisan hadapan bersama kakitangan BSN Kelantan yang lain juga. Ingatan mek tu seiring dengan alunan musik yang berdendang di radio.


KENANGAN 2015 DI SEBALIK LAGU MULANYA DI SINI 

Mulanya Di Sini

( P: )
Tibanya di sini
Bagai terulang lagi
Kisah yang indah
Di antara kita berdua
( L: )
Sehingga di sini
Tiada berpaling lagi
Kita berteman
Seiring jalan dan sehaluan
( L: & P: )
( korus )
Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai
( P: )
Mulanya di sini
Ku kenali dirimu
Sehingga kini
Sehingga ke akhir waktu
( L: )
Akhirnya di sini
Ku kenali hatimu
Sehingga kini
Kita akan terus berlalu
( L: & P: )
( korus )
Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai
( L: )
Di hadapan kita ada jalan
Menuju di kejauhan ada sinar menanti
Di penghujung perjalanan ini
( P: )
Oh... sambil bernyanyi
Mendendang senandung yang syahdu
Riangnya hati dan indah duniaku
( L: & P: )
( korus )
Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai


Mek cuba cari video yang kami semua nyanyi sama-sama lagu ni tapi sayangnya tak jumpa. Paling best dalam video tu adalah kemunculan pengarah BSN Kelantan yang nyanyikan part lelaki. Mengimbau kembali saat persidangan itu berlansung, biasanya masa persidangan ni lah pihak pengurusan tertinggi akan bentangkan kepada kakitangan mengenai hala tuju sepanjang tempoh setahun. Semasa persidangan juga kakitangan dibenarkan untuk bertanyakan pengurusan apa-apa soalan yang berkaitan dengan hala tuju bank pada tahun tersebut. Dan ianya tamat dengan sempurna. Untuk 2015, kami sama-sama dendangkan lagu ini untuk sama-sama dapat suntikan serta semangat untuk berusaha meningkatkan prestasi organisasi. Tahun 2014 kalau tak silap mek lagu Gemuruh by Faizal Tahir.


KENANGAN 2015 DI SEBALIK LAGU MULANYA DI SINI 

Ini sekadar minor throwback untuk BSN Kelantan. Korang yang berkerja mesti ada juga lagu-lagu semangat yang korang nyanyi sama-sama kan? Kalau ada, boleh share diruangan komen. Boleh mek cadangkan untuk persidangan 2019 pulak. Kehkeh


Sekian ..


#LAGUKENANGAN
#MULANYADISINI
#BSNCONFERENCE2015


SULTAN ABDULLAH ADA KISAH DISEBALIK NAMA ?

Salam alaikum sahabat blogger mek ..


SULTAN ABDULLAH ADA KISAH DISEBALIK NAMA

Sultan Abdullah ada kisah disebalik nama. Alhamdulillah, setelah memegang title Tengku Mahkota Pahang selama 44 tahun, akhirnya Sultan Abdullah ditabalkan menjadi Sultan Pahang keenam pada 15 Januari 2019 diusia 59 tahun. Walaupun baru ditabalkan menjadi Sultan Pahang, Sultan Abdullah memang sudah biasa turun padang mencemar duli berjumpa dengan rakyat jelata. Kalau korang perasan, Sultan Abdullah juga merupakan ahli lembaga FIFA. Mek memang tak sempat tengok secara lansung pertabalan Sultan Abdullah menjadi Sultan Pahang tapi mek ada baca biodata Sultan Abdullah di Wikipedia and mek agak terkejut dengan beberapa info yang mek baru ketahui setelah Sultan Abdullah ditabalkan menjadi Sultan Pahang.


SULTAN ABDULLAH ADA KISAH DISEBALIK NAMA

Sultan Abdullah punyai ramai anak. Masa mek dengar cerita ofismate mek bercerita tentang Sultan Pahang ni, mek macam kagum bila tahu Sultan ada ramai anak. Sebab tak ramai Sultan yang ada anak sampai sepuluh orang. Disebabkan Sultan Abdullah adalah Sultan Pahang maka salasilah baginda tidak la mek begitu ambik port sangat. Cuma bila diangkat menjadi Sultan Pahang ke enam maka terasa juga nak tahu info-info Sultan Pahang. Bila godek-godek tengok ramainya anak Sultan Pahang. Dan paling mek tak sangka adalah ..


SULTAN ABDULLAH ADA KISAH DISEBALIK NAMA

Sultan Pahang punyai dua isteri ! Ini serius baru tahu juga. Pada mulanya terfikir, betul ke Wikipedia ni bagi info? Tapi takkan la Wikipedia boleh keluarkan maklumat kalau tak betul. Mesti kena dakwa kalau tak betul. Lagi terfikir bila  Wikipedia adalah source yang dipercayai. Takkan dia nak tulis maklumat yang tak pasti. Okei then mek percaya. Cuma, tak sangka Sultan Pahang declaire yang dia ada dua isteri. Media di Malaysia memang tak ceritakan sangat tentang perkara ini. Mungkin agak sensitif sebab melibatkan institusi raja-raja. Tapi bagi mek, ini tindakan yang patut dipuji sebab Sultan Abdullah tidak menyembunyikan perkahwinan keduanya walaupun perkahwinan kedua adalah bukan daripada kerabat diraja. 


SULTAN ABDULLAH ADA KISAH DISEBALIK NAMA

Pelakon era 80-an menjadi pilihan Sultan Abdullah. Mek agak tertarik dengan perkahwinan kedua Sultan Abdullah kerana pelakon era 80-an - Julia Rais . Siapa tak kenal dengan pelakon yang mempunyai wajah pan-asian ini. Terkenal melalui filem Mira Edora, Julia Rais disunting oleh Sultan Abdullah pada 1991 dan kini telah menetap di London bersama-sama puteri mereka. Dengan Cik Puan Julia Rais ni, Sultan Abdullah dapat tiga cahaya mata dan semuanya puteri. Kalau yang ikut mek tengok dalam youtube dan juga sumber-sumber google, anak-anak Sultan Abdullah memang kenal dan agak rapat antara satu sama lain. Walaupun mereka jarang berjumpa. Mungkin sebab Sultan Abdullah yang merapatkan mereka. Jadi darah daging saling kenal dan tidak kekok untuk meluangkan masa bersama. Another part yang patut diberi pujian kepada Sultan Abdullah.


SULTAN ABDULLAH ADA KISAH DISEBALIK NAMA

Sultanah Azizah adik beradik Sultan Johor? Ini pun mek baru tahu juga bila baca Wikipedia Sultan Pahang. Rupanya Sultanah Azizah ni adik beradik Sultan Johor yang sekarang. Anakanda kepada Sultan Iskandar. Patut la Sultanah Azizah putih melepak gitu orangnya. Maka dengan menjadi adik beradik kepada Sultan Johor, Pahang dengan Johor ada pertalian juga la kaum kerabatnya. Macam Kelantan pula ada pertalian dengan Raja Perlis. Mak saudara Sultan Muhammad ke V berkahwin dengan Raja Perlis. Bila tahu salasilah macam ni, kita akan lebih menghargai raja-raja kita. Ke korang tak rasa macam tu? Kalau mek rasa macam kuat juga ukhwah sesame raja ni. 


SULTAN ABDULLAH ADA KISAH DISEBALIK NAMA

Salah seorang anak Sultan Abdullah adalah anak angkat. Daripada sepuluh orang anak Sultan Abdullah, baginda juga mempunyai seorang anak angkat lelaki yang bernama Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah. Sultan Abdullah dan Sultanah Azizah pernah ada anak yang dilahirkan dan terus disimpan (tahun 1990). Jadi, Sultan Abdullah mengambil Tengku Amir Nasser pada tahun 1987 iaitu ketika Tengku Amir berumur setahun. Tengku Amir ni bukan lah orang luar, malah Tengku merupakan anak saudara kepada Sultan Pahang juga. Jadi tiada isu sangatlah kan ambik anak angkat yang sudah tahu salasilah keturunan mereka.

Itulah serba sikit yang agak menjadi info-info baru kepada mek tentang Sultan Pahang, Sultan Abdullah. Mungkin ada antara korang dah tahu tentang ni. Ada juga yang tak tahu macam mek, kan? Ini bukanlah nak buka cerita tentang Sultan Pahang. Mek just look at the bright sight of Sultan Abdullah. Sifat Tuanku patut dicontohi, baik daripada segi kekeluargaan dan perhubungan. Manusia tetap sama walaupun di dunia dia ditabalkan menjadi raja. Tapi setiap insan yang bergelar Islam, tetap berpaksi pada yang satu ❤


Sekian ..


#SULTANPAHANG
#SULTANABDULLAH
#PEMASYHURANSULTAN