PICNIC DI TAMAN LAYANG LAYANG METROPOLITAN KEPONG


Assalamualaikum untuk semua sahabat blogger dan pembaca entry ini sekalian ..

Kalau korang wondering kenapa mek tetiba cerita tentang Taman Layang Layang Metropolitan Kepong sedangkan mek berasal dan tinggal di Kelantan, sekali kali lagi mek maklumkan yang mek ke KL pada Disember 2019 untuk hadiri majlis perkahwinan anak saudara mek. Dan paling seronok bila travel buddy mek ikut sekali ke KL tapi bukan dengan tujuan yang sama. Pun begitu tetap kami merancang untuk berjumpa walaupun tak banyak aktiviti kami bersama pada trip kali ini.

Rancang nak jumpa kawan Blogger KL

Idea untuk buat perjumpaan ni adalah timbul daripada travel buddy yang katanya best jugak kalau jumpa ahli blogger di KL (yang mana kami pernah jumpa lah, yang tak pernah jumpa rasa segan pulak nak jemput). Mek pun turut bersetuju memandangkan boleh dijadikan sebagai aktiviti kami di KL. Jika dulu-dulu, mek cadangkan untuk berjumpa di IKEA sahaja. Paling tidak mana-mana kedai makan so senang tak payah fikir apa dah. Just pergi duduk dan makan dan sembang.


Berlainan pula dengan kali ini. Bila dah berbincang dengan travel buddy dan juga blogger KL, mek come out untuk jumpa di taman dan adakan picnic memandangkan di KL banyak taman-taman, tasik-tasik yang sesuai dijadikan port untuk picnic. Dah bagi cadangan picnic, kemain lah kami rancang aktiviti untuk anak-anak dan menu makan-makan. Paling best, letak pulak satu colour tema untuk bagi cantik bila ambil gambar. Seronok habis !

Picnic alaf baru di Taman Layang Layang Metropolitan Kepong



Picnic alaf baru ni tak menyusahkan diri untuk adakan picnic. Dan mek pun tak galakkan untuk diri sendiri dan kawan-kawan untuk susahkan diri demi nak picnic. Elok emosi stabil tetiba sebab stress nak prepare makanan untuk picnic, habis emosi jadi tak elok. So mek dari awal suggest untuk beli makanan yang ditempah sahaja. Dan mereka yang lain pun bersetuju untuk beli sahaja (masing-masing faham komitmen masing-masing).

Pilihan Taman Layang Layang Metropolitan Kepong ini semestinya idea daripada blogger KL. Pada awalnya mek cadangkan untuk ke Taman Tasik Titiwangsa (itu je yang mek tahu tasik kat KL memandangkan itu je la yang sering disebut) tapi menurut Rodiah Amir Blogger KL, taman tasik itu ditutup buat sementara waktu untuk renovation (pada tarikh mek pergi tak open lagi untuk orang awam). So yang paling dekat dan cantik dan selesa adalah Taman Layang Layang Metropolitan Kepong.




Cuaca pada ketika kami ke sana adalah hujan. Lebat pulak tu. Nasib baik sempat jalan ke tempat berteduh. Dan maka bermulalah picnic kami di Taman Layang Layang Metropolitan Kepong dengan aktiviti bermain buih sabun bagi anak-anak dan sesi makan-makan untuk mak-mak dan ayah-ayah. Bagi mek, picnic yang kami lakukan ni seolah well prepared dengan adanya semua perkara (air basuh tangan, tisu, bekas untuk letak makanan kalau tak habis, pinggan kertas, plastic sampah, tikar, sudu plastic). Semoga apa yang mek tulis tadi dapat menjadi panduan korang bila ber-picnic nanti.








Kami akhiri picnic kami pada jam 6.30 petang dan waktu itu memang hujan macam tak nak berhenti. Nak tak nak kena jugak lah keluar dari Taman Layang Layang Metropolitan Kepong. Moment paling tak boleh dilupakan sampai mek tinggalkan dunia ini adalah moment kami semua bersepakat ambil plastic sampah (yang belum digunakan) untuk dipakaikan di kepala kami dan anak-anak supaya tak terkena hujan secara direct. Cuma yang sempat mek ambil gambar adalah dengan Rodiah Amir Blogger KL.

Semoga ukhwah bersama rakan blogger ini berpanjangan dan diredhai Allah.

Info lanjut Taman Layang Layang Metropolitan Kepong


Baju mek dijahit oleh @nik tailor Klang (whatsapp)

Sekian ..

SIMPAN BUAT KENANGAN ; ATTENDING MAJLIS PERKAHWINAN ANAK SAUDARA


Assalamualaikum untuk semua sahabat blogger dan pembaca entry mek sekalian ..

Sebenarnya, kunjungan mek ke KL pada Disember 2019 adalah disebabkan majlis ini. Mungkin tidak membawa apa-apa erti dalam entry blog (sebab ini bukanlah satu entry yang bakal menjadi pencarian di google) namun mek rasa nak juga simpan dalam entry blog mek. Kalau cerita penginapan, makan dan juga lain-lain mek boleh ceritakan, apa salahnya jika mek letak juga kenangan kenduri ini di sini.

Tarikh untuk kenduri ini adalah pada 15 Disember 2019 dan kenduri ini kalau belah luar (cakap orang KL) Majlis Bertandang. Kalau kami di Kelantan panggil Majlis Sambut Menantu. So korang jangan pelik pula bila orang Kelantan tanya ‘ni majlis sambut menantu ke?’. Dan ini adalah satu majlis yang agak besar bagi mek kerana di majlis ini akan berkumpul segala rangkaian sanak saudara yang related dengan arwah papa.

Anak saudara dari abang sebapa






Untuk korang yang belum mengetahui, mek punyai abang dan kakak yang sebapa yang belum Islam dan juga yang dah Islam. Kalau total semua yang sebapa ni mungkin dalam 12 orang kot adik beradik mek dan mek adalah paling bongsu (ni nak seronok ke tak seronok ni). Kalau korang tengok Majlis Bertandang mek, yang ikut serta adalah abang mek yang non muslim. Untuk majlis kali ini adalah anak kepada abang mek yang Islam.

Baca sini majlis bertandang mekyunie tahun 2015

Majlis Kenduri @ Dewan Bahasa dan Pustaka




Majlis Bertandang ni berlansung di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur which tempat kakak ipar mek berkerja (tapi rasanya nak end soon dah kot, pencen). Dan sini juga lah tempat mereka melansungkan majlis perkahwinan mereka (tapi masa tu mek pun tak ada lagi kot). Dan disebabkan itu juga lah mek memilih Ancasa Express Hotel untuk menjadi tempat mek menginap untuk dapatkan jarak yang dekat (check out terus ke DBP).

Seperti yang mek agak, memang betullah berjumpa dengan semua sanak saudara sebelah arwah papa. Tapi memang lost contact dan juga lost ingatan. Tak ingat dah macam mana boleh relate, contoh ni sepupu ke, mak cik ke, pak cik ke dan seangkatan dengannya. So nak ramah mesra tu diskala 2 ataupun 3 per 10 sahaja. Mek lebih banyak berada di meja sambil makan sambil berborak dengan pak cik (bapa saudara disebelah mummy) dan juga abang sebapa seibu.

Kelainan pada majlis bertandang belah luar ni memang majlisnya bagaikan ‘dinner’ which ada susun atur jadual siap. Jam berapa pengantin tiba, jam berapa nak bersanding, jam berapa nak merenjis dan jam berapa nak bergambar. Well planned. Mek rasakan yang ianya lebih smooth compare dengan ‘haa masuk lah makan.’ Duk sat ‘mummy meh la bergambar’. Pengantin duk makan ‘weih jom lah bergambar di pelamin’. So its better korang berada dalam majlis yang well planned so both side tak penat.

Bab makanan ye lah memang akan menang orang Kelantan lah as depa masak sendiri (jarang pakai catering). Bab masakan mek tak nak komen lebih sebab tak over expect makanan orang luar (weih jangan kecam, korang bab makanan memang menjaga kesihatan sebaik mungkin). Terfikir jugak if caterer Kelantan open kat sana, agak agak ada permintaan ke tak. Kut masa test food kena reject sebab terlebih rasa.

Penutup


Ucapan untuk anak saudara mek, sebab masa kenduri hari tu tak sempat nak cakap apa lah. So mek nukilkan di sini, semoga yang lain membacanya juga dapat manfaat.

Perkahwinan tak seindah yang kita bayangkan daripada awal. Walaupun dijanjikan rezeki, pahala yang berlipat kali ganda namun hati manusia sentiasa digoda oleh syaitan untuk terlalai daripada nikmat yang Allah janjikan. Melayari rumah tangga tak seindah seperti waktu bercinta, ada masa merajuk menyendiri membawa diri. Bila dah berumah tangga segalanya kena hadap berdua, sentiasa. Jangan sesekali alpa dengan tanggungjawab dan membantu antara satu sama lain. Ikut lah apa yang Islam sarankan, tentu perkahwinan akan membawa bahagia hingga ke syurga.

Sekian ..

TAMARIND SUITES CYBERJAYA ROOMSTAY REVIEW


Assalamualaikum untuk semua sahabat blogger dan pembaca entry ni ..

Malam last mek di Kuala Lumpur, mek cari penginapan di sekitar Putrajaya atau Cyberjaya. Yang pasti harga memainkan peranan paling penting. Caping yang mek tetapkan adalah di bawah RM100. Di Putrajaya kebanyakkan hotel melebihi RM100 dan kalau ada sekali pun homestay tetap melebihi RM100. The only yang ngam dengan bajet mek adalah Cyberjaya. Tawakal, mek booked satu bilik di Tamarind Suites Apartment.

Whats on earth memang tak pernah dengar nama Tamarind Suites Apartment di Cyberjaya dan mek sendiri tak pernah ke Cyberjaya (tiada urusan dan tak pernah tahu apa yang menarik di Cyberjaya). Dulu mek gambarkan Cyberjaya ini sebuah bandar yang mana pesatnya dengan teknologi sebab Cyberjaya digazetkan sebagai Bandar Multimedia. So ingat pusat internet asasnya di sana. Biasalah, imiginasi melebihi segalanya.


Mek sampai di Cyberjaya dah malam. Masuk laluan pun ikut Google Maps, laluan belakang Tamarind Suites Apartment. Jadi tak nampak apa yang menarik di Cyberjaya pada waktu malam. Cuma, bila tiba di Tamarind Suites Apartment, mek agak senyum lebar kerana layout Studio Suites yang mek dapat adalah yang terbaik sepanjang travel 2019. Mengena dengan kehendak mek yang sangat pentingkan keselesaan sepanjang penginapan.

Amenities di Tamarind Suite Apartment

#1 Free Parking. Untuk residential Tamarind Suites Apartment, caj parking adalah percuma. Jadi tak bermasalah jika korang berkereta ke sini. Dan mek rasa memang hidup di Cyberjaya ni perlukan kereta memandangkan untuk keluar dari Cyberjaya memakan masa juga. Yang menjadi ‘jiran’ kepada Cyberjaya adalah Putrajaya dan juga Puchong. Kalau nak tengok wayang boleh ke IOI Mall Putrajaya yang paling dekat.



#2 Free Laundry. Ini paling mek suka. Masuk bilik terus nampak washing machine. Rasa macam Allah, ringan beban dapat membasuh kain baju semua ni. Hanya korang perlu beli sabun untuk membasuh dan juga perlu ke laundry untuk keringkan baju. Dah jimat masa untuk menunggu. Kalau tidak, biasa kena spend masa sebelum balik kat kedai dobi almost sejam sebab membasuh dan juga mengeringkan baju. So kalau dah basuh, boleh jimat masa 30 minit.






#3 Swimming pool. Ini, memang heaven dunia. Kalau dulu mek lebih gemar untuk mandi pool bersama anak-anak tapi sekarang lebih seronok untuk tidur di tepi swimming pool dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Kalau rajin boleh juga bawa laptop untuk update entry. Tapi most important, anak-anak seronok berendam dalam kolam. Biasa mek spend masa untuk mandi kolam about 30 – 45 minit. Lama-lama sangat nanti tak sempat pula nak ke tempat lain.

#4 Gym. Yang ni mek tak sempat nak pergi memandangkan pagi keluar breakfast kemudian naik ke bilik terus menuju kolam sebab masa dah suntuk untuk check out. Mungkin next time bila mek ke sini lagi boleh cuba Gym pula. Tapi memang bagus lah setiap apartment sekarang disediakan perkhidmatan Gym so tetamu boleh spend masa untuk bersenam juga instead masuk bilik dan tidur. Sekurang-kurangnya bertambah lah aktiviti semasa penginapan di sini.

Yang berdekatan dengan Tamarind Suites Apartment

#1 7 Eleven.

#2 99 Speedmart.

#3 Kedai runcit.

#4 Kedai makan Islam.

#5 Laundry.

Semua di atas bagi mek agak menjadi kemudahan kepada kita sebagai tetamu atau penginap. Paling mek suka adalah kedai makan Islam yang memudahkan mek dan keluarga untuk dapatkan breakfast atau dinner. Tak perlu lah meninjau tempat makan yang jauh-jauh (kecuali dah well plan nak dinner atau breakfast di mana-mana). Paling suka juga di tepi kedai makan ada kedai dobi which kalau tunggu dobi tak lah rasa buang masa sangat (boleh 2 in 1 terus, lunch and dobi).

Info lanjut Tamarind Suites Apartment




Kalau korang juga berminat untuk mencuba menginap di Tamarind Suites Apartment ni boleh tekan link yang mek dah sediakan di bawah. Bagi mek, menginap di Cyberjaya sesuai dengan jiwa mek yang tak sukakan kesibukan kota. Cyberjaya satu Bandar yang urban tapi tak sibuk. Just nice untuk staycation sambil chilling di pinggir badanraya KL (walaupun geografi Cyberjaya bukan pinggir KL actually).



Call receptionist Tamarind Suites Apartment @0182169772

Sekian ..

BELI APA DI GHPO


Assalamualaikum untuk semua sahabat dan pembaca entry mek ..

Lepas check out di Erya by Suria, Janda Baik terus menghala ke GHPO (Genting Highland Premium Outlet). Memang dari awal plan untuk ke sini sebab macam best pulak hunting barangan murah aka sales di GHPO. Dulu macam segan jugak lah nak masuk sebab title GHPO tu sendiri dah macam barangan mahal, butik dan tentunya bukan untuk mereka yang seperti mek (seorang yang mencari barangan dengan kadar ketetapan harga sendiri).


Disember 2019 adalah kunjungan kali kedua mek di GHPO. Pada kali pertama adalah pada Julai 2019. Dan fun fact, di GHPO lah mek mengerti tentang sales, diskaun dan outlet yang ‘sesuai’ dengan prinsip / pendirian mek. Dan mek dah cerita panjang lebar tentang GHPO pada kunjungan pertama mek pada entry lepas (mek dah letak link di bawah untuk korang baca). Kiranya jika berkunjung ke Kuala Lumpur, GHPO adalah salah satu destinasi wajib kena singgah.


Nak juga mek kongsikan dengan korang, pada kunjungan mek ke GHPO pada Disember 2019 ini teramat ramai manusia ! Serius ramai. Berbeza dengan kunjungan mek pada Julai 2019. Pada tarikh yang mek pergi sememangnya sedang berlansung sales 12.12 yang bermula pada 11 sehingga 15 Disember. Hampir semua outlet beratur panjang di luar untuk tunggu giliran bagi memasuki outlet. Chicken Rice Shop pun penuh meja oii.

Barangan yang dibeli di GHPO

So di bawah ini adalah barangan yang mek dapatkan di GHPO. Mungkin bagi korang jenama sebegini boleh sahaja dibeli di mall lain (bahkan di Kelantan pun ada dua jenama ini) cuma seperti mek katakan tadi, caping untuk pembelian adalah ditangan mek dan mek bukanlah jenis hunting barang branded. Hanya untuk penuhi keperluan sahaja dengan kadar yang mek mampu. Korang mampu untuk membeli lebih, silakan. No heart feeling, ye.


#1 Sweater Cheetah. Kisah nak beli sweater ni timbul secara spontan sahaja. Masa mek di GHPO memang hujan turun dengan lebat. Memang pengunjung tak boleh lalu lah bawah open air, kena lalu kawasan yang ada atap sahaja. Kabus tak usah cakap memang tebal. So spouse pun cakap yang malam nanti nak tengok wayang sure sejuk ni. Kami pun pusing-pusing untuk pilih sweater.

Banyak tawaran sweater dengan pelbagai jenama tentunya. Cuma atas bajet korang lah pulak untuk pembelian tu. Yang mek dapat adalah RM35 (kena pulak dengan taste mek yang nakkan sweater ala luar negara tu). Untuk spouse pulak RM69 sebab paling berkenan design Cheetah. Yang lain tak kena dengan taste dia plus harga pun lebih RM100 ke atas. Untuk anak-anak mek cuba juga carikan namun tak dapat dengan caping harga mek tetapkan.


#2 Baju PDI. Ini pula memang mencari baju untuk seisi keluarga tapi yang dapat hanyalah untuk anak-anak. Bagi mek baju PDI dengan harga RM13 pun dah cukup cantik dan selesa untuk mek dan anak-anak pakai ketika travel. Dengan harga yang ditawarkan pun tak lah rasa sayang sangat nak kosongkan almari bila perlu. Setakat mek ‘tukar gaya penampilan’ bila travel ni, mek dapat rasakan stress mek makin berkurang dengan tidak perlu memikirkan iron baju dan juga rimas bila perlu mendukung anak (tahu sahajalah bila anak meragam).

Penutup

Korang pula kalau ke Premium Outlet, perkara apa yang korang akan cari dan apa pandangan korang dengan Premium Outlet? Bagi mek, Premium Outlet bukan sahaja tempat orang mencari barangan branded malah untuk yang biasa-biasa pun boleh ke sini. Mek ibaratkan Premium Outlet sebagai satu mall yang open air, sambil menghirup udara natural, sambil tengok pelbagai butik yang ada. Mampu beli, silakan masuk. Jika tak mampu, senyum sahaja.

Sekian ..

ANCASA EXPRESS HOTEL REVIEW


Assalamualaikum untuk sahabat blogger dan pembaca entry mek sekalian ..

Ancasa Express Hotel, memang mek yang pilih untuk menginap hotel ni bila ke Kuala Lumpur pada Disember 2019. Hotel ini dipilih disebabkan kenduri anak saudara mek adalah di Dewan Bahasa dan Pustaka. Nak dekat punya pasal, tak nak rushing (sebab tentatifnya mek check out hotel kemudian boleh sampai tempat kenduri within 15 minit sahaja). Sebelum mek booking, mek dah call receptionist untuk tahu sikit sebanyak tentang hotel ni.


Dalam pengetahuan mek yang Ancasa Express Hotel ini adalah attached bersama UTC Pudu. Dalam pengetahuan mek juga yang Ancasa Express Hotel ini berkongsi ruang parking dengan UTC Pudu. Dan bila mek bagitahu spouse dan kami sanggup sahaja menginap di sini. Tapi bila dah sampai ke Pudu, lain pula yang diberitahu oleh spouse memandangkan kawasan Pudu ini adalah kawasan yang hot. Pendek kata, kalau boleh elak baik elak.

Disebabkan dah bayar, nak tak nak kami perlu juga menginap di sini dengan harapan semuanya akan baik-baik sahaja. Semoga Allah lindungi mek dan keluarga. Dan Alhamdulillah, sepanjang penginapan kami di sini, semuanya kelihatan baik sahaja di depan mata mek kecuali jalan yang jem memanjang dan bunyi hon daripada ane teksi yang saling bersahutan. Macam ‘welcome to Kuala Lumpur’ gitu. So yang itu kena pendam sahaja lah.

Amenities Ancasa Express Hotel



#1 Free Breakfast. The only amenities yang ada pada Ancasa Express Hotel memandangkan hotel ini diwujudkan untuk orang stay for one night (macam singgah kejap / transit). Bayaran bilik semalaman adalah termasuk dengan sarapan pagi di restaurant hotel. Jika korang tak ambil breakfast di sini, korang boleh breakfast di Food Court UTC Pudu. Untuk mek memang booking thru Agoda so bilik mek tak termasuk breakfast hotel.




#2 Free Wifi. Wifi disini superb laju. Layan Netflix pun tak buffering. Update blog, blogwalking apatah lagi. Paling seronok upload story yang berdesup kejap sahaja. Pendek kata wifi Ancasa Express Hotel memang fully rated. Mek memang pentingkan wifi yang boleh diakses thru bilik memandangkan computer adalah sebahagian kegunaan mek untuk lakukan kerja-kerja blog. Sambil tu untuk anak-anak tengok kartun mereka di Netflix.

Yang berdekatan di Ancasa Express Hotel

#1. UTC Pudu. Ini seperti yang korang sedia maklum yang UTC menempatkan beberapa jabatan (agensi kerajaan dan badan berkanun) dan ada juga kedai-kedai swasta yang sewa tapak dalam UTC. Kalau korang nak berurusan dengan jabatan yang ada di UTC ini memang baguslah menginap di Ancasa Express Hotel. Cuma yang tak best adalah caj parking yang mahal. RM5 per masuk. Okei lah mek terima. Tapi bila kita stay overnight, nak keluar besok RM29 caj parking. Macam tercekik biji rambutan kat tekak tengok amount tu.

#2. Central Market. Nama singkatannya CM. CM ni gayanya macam pasar kraftangan lah kot. Mek sendiri tak sempat nak pergi tapi sempat lah lalu tengok daripada luar. Memang cantik untuk bergambar dan ‘feel’ jalan jalan Kuala Lumpur tu tebal, like a tourist lah senang ceritanya. Dan paling penting kalau korang minat yang mendalam dalam photography sila lah ke sini. Banyak barangan dan mural dan juga diri korang yang boleh dijadikan objek untuk shoot. Very nice.


#3. Stesen Pudu. Mek ni bengap sikit nak bezakan LRT, Komuter. MRT je yang mek kenal tu pun sebab stesen dia nampak lain daripada yang lain. Maklumlah orang Kelantan kan tahu KTM aje. Okeih yang ni walking distance sahaja. Tak penat korang berjalan. Boleh ke sana ke sini ke mana-mana menggunakan perkhidmatan awam ini. Yang mek tahu kalau nak pergi KLCC lebih baik naik train daripada korang drive jika korang menginap di Ancasa Express Hotel.

Review mek on Ancasa Express Hotel




Bagi mek, untuk menginap semalaman di Ancasa Express Hotel adalah tidak menjadi masalah jika korang tak datang dengan kereta. Kiranya kalau korang turun bas ke, datang dengan train ke then untuk ‘walking distance sightseeing’ bandaraya Kuala Lumpur then it just nice. Tapi kalau datang dengan kereta, kemudian nak ke mana-mana pun dengan kereta dan Ancasa Express Hotel is not very suit you best sebab its located centre of town dan high traffic.

Mind to share jika korang ada cadangan hotel lain yang sesuai untuk menginap bila ke Kuala Lumpur atau kalau korang berpengalaman dengan Ancasa Express Hotel, boleh juga share diruangan komen. Harap entry mek dan komen daripada korang dapat membantu mereka yang lain dalam mendapat overview Ancasa Express Hotel.

Info lanjut mengenai Ancasa Express Hotel

Call reception 0320722688





Sekian ..

SAMBUTAN HARI LAHIR AMANI DI RUMAH RONALD MCDONALD USM KUBANG KERIAN


Assalamualaikum untuk semua sahabat blogger mek dan pembaca entry sekalian ..

Selamat Hari Jadi Amani, yang keempat tahun. Dah empat tahun berlalu, mendapat pengalaman macam mana rasanya mengandung, alahan dan juga sakit contraction. Selain itu dapat juga pengalaman menjadi seorang ibu, kadang gembira kadang duka kadang masyaAllah this far I became. Semuanya takdir dan ketentuan Allah. Diberi amanah untuk dijaga dan dibimbing maka insyaAllah akan tunaikan kewajipan tersebut.

Setiap tahun memang mek takkan lepaskan peluang untuk merakam saat sambutan hari lahir anak mek. Jika untuk mek, tak ada kek pun tak apa sebab dah tua, lebih untuk menikmati saat hari lahir dengan reward diri sahaja. Tapi untuk anak, perlu ada kek dan perlu nyanyi untuk ‘feel’ sambutan hari lahir. Tapi ini adalah pendapat mek, tak semua orang bersetuju dengan apa yang mek bagitahu ini.

Dari first, second dan third birthday semuanya mek ada entry dan ada tempat yang berlainan untuk sambutan hari lahir Amani. Untuk tahun ini, mek diberi peluang untuk buat majlis sambutan hari lahir Amani di Rumah Ronald McDonald USM Kubang Kerian. Sangat bersyukur kerana tak perlu pening pilih tempat hanya sediakan makanan untuk tetamu dan kek untuk Amani. Mek tambah goodies untuk kanak-kanak yang ada menginap di Rumah Ronald McDonald USM Kubang Kerian.

So di bawah mek ceritakan how the celebration goes :



#8.20 malam : mek tiba di Rumah Ronald McDonald USM Kubang Kerian and masa tu jemputan dah start bacaan Yassin (dah halfway pun) so mek dan spouse continue sahaja bacaan Yassin sementara anak-anak berada di Bilik Permainan. Mek sangat berpuas hati memandangkan kita tak kan sibuk untuk tengok anak atau nak melarang anak (tahu sahajalah kan anak-anak kalau ada majlis keramaian dia punya excited tu macam mana). Total jemputan (penghuni dan kakitangan Rumah Ronald McDonald USM Kubang Kerian serta jemputan luar, lebih kurang 25 orang.




#8.45 malam : bacaan Yassin dah siap, so jemput lah makan. Makanan ada nasi bungkus, ada kuih-muih dan ada juga burger McD yang depa letak untuk penghuni Rumah Ronald McDonald USM Kubang Kerian makan. Seperti yang mek sedia maklum space untuk Rumah Ronald McDonald USM Kubang Kerian memang luas, cukup untuk memuatkan 25 orang. Layout Rumah Ronald McDonald USM Kubang Kerian tu mek berkenan sungguh, rasa nak tiru je kalau nak bina rumah sendiri nanti.









#9.30 malam : kami dah start panggil kanak-kanak untuk berkumpul untuk sambut birthday Amani. Parents juga dijemput cuma yelah mereka segan nak masuk gambar juga. So ambil gambar dengan anak-anak sahaja lah. Di sini mereka ambil goodies dan makan kek sama-sama lepas nyanyikan lagu Allah Selamatkan Kamu pada Amani. Part paling ‘terindah’ adalah Amani menangis sebab orang nyanyikan untuk dia (bukan menangis gembira).


#11.00 malam : majlis bersurai dengan sempurna. Alhamdulillah sangat mek dapat kesempatan ini sambil sambut birthday Amani sambil dapat memberi sumbangan kepada Rumah Ronald McDonald USM Kubang Kerian untuk majlis bacaan Yassin mereka yang diadakan pada setiap malam Jumaat. Semoga amalan kita diterima oleh Allah dan menjadi payung di akhirat kelak. InsyaAllah jika ada rezeki boleh sumbang majlis di sini juga.

Info lanjut tentang Majis Sambutan Hari Lahir Amani di Rumah Ronald McDonald USM Kubang Kerian :

Tempahan nasi dan kek : @Whatsapp Kak Pah


Sebarang urusan majlis atau sumbangan di Rumah Ronald McDonald USM Kubang Kerian @whatsapp Pn Wahida




Sekian ..