SAMBUTAN BIRTHDAY DI MCDONALD WAKAF CHE YEH, AMANI TURNS THREE

Salam alaikum untuk para sahabat blogger mek ..

Sambut Birthday Amani yang ke Tiga di McDonald ! Alhamdulillah, dah tiga tahun anak perempuan mummy. Penghuni pertama rahim mummy. Yang membuatkan satu masa dulu mummy dan papa teruja tengok the little dot Amani dalam perut. Sekarang dah keluar, dah ada depan mata, dah pandai bercakap berceloteh dan juga pandai untuk tantrum. Tapi bukan Amani je macam tu, budak lain yang normal juga macam tu. Fitrah seorang kanak-kanak.

8.24 pagi 19 Disember 2015 di Labour Room HRPZ II, mummy lahirkan Amani. 38 minggu mengandungkan Amani, ke sana ke sini dengan pelbagai aktiviti memang bagi mummy satu pengalaman yang tak dapat dilupakan walaupun ada satu dua kenangan semasa mengandung mummy lupa. Pilihan nama Aimy Amani memang idea daripada mummy dan papa. Mummy cadangkan Aimy dan papa cadangkan Amani. Gabungan yang sangat sedap ditelinga mummy serta memberi maksud yang baik - Kesejahteraanku / Keamananku, Cita-citaku.



#BIRTHDAYCELEBRATIONATMCDONALD
#BIRTHDAYPARTYBYMCDONALD

Bila dah besar, pandai minta dengan mummy 'Kakak nak Happy Birthday to You kat McD'. Mula-mula macam tak serius. Bila dah semua orang dia bagitahu nak buat di McDonald, itu maknanya mummy kena aturkan Birthday Party di McDonald. Tapi hati ini sedikit lega sebab McDonald yang sememangnya mesra kanak-kanak dan tetamu dewasa, mek pasti mek boleh harapkan kakitangan McDonald untuk sempurnakan Birthday Amani yang ketiga ni. Terus laju whatsapp kenalan di McDonald Wakaf Che Yeh yang mesra dipanggil Bie. Pun begitu dia takada kat Kelantan masa tu jadi mek minta pertolongan another Bie yang ada di McDonald Wakaf Che Yeh iaitu Mira.

Birthday Party di McDonald ada empat pakej utama. Korang boleh pilih mana yang sesuai dengan ahli korang. Maksud mek, ramai ataupun sikit jemputan untuk menghadiri Birthday Party anak-anak. Antara yang ada di McDonald adalah :


#BIRTHDAYCELEBRATIONATMCDONALD
#BIRTHDAYPARTYBYMCDONALD

Pakej A : RM154*

~ Dapat 10 Happy Meal (boleh pilih nak bubur, burger atau nugget)
~ Dapat 10 party packs (yang ni macam goodies untuk kanak-kanak)

Pakej B : RM230*

~ Dapat 10 Happy Meal (boleh pilih nak bubur, burger atau nugget)
~ Dapat 10 party packs (yang ni macam goodies untuk kanak-kanak)
~ 5 pilihan McValue (yang burger-burger tu)
~ 9 ketul ayam goreng McD.

Pakej C : RM200

~ Menu pilihan akan diberikan.
~ Sesuai untuk Birthday Party orang dewasa juga.
~ Sesuai untuk 10pax.

Pakej D : RM350

~ Menu pilihan akan diberikan.
~ Sesuai untuk Birthday Party orang dewasa juga.
~ Sesuai untuk 15 - 20 pax.


#BIRTHDAYCELEBRATIONATMCDONALD
#BIRTHDAYPARTYBYMCDONALD

Ni party packs yang korang boleh pilih kalau nak bagi goodies pada anak-anak kawan korang yang hadir. Mek pun ambik juga satu untuk Amani yang B. Boleh buat kenangan pada Amani sempena Birthday Party dia di McDonald. Budak-budak memang suka la kan dapat goodies daripada McDonald. Itu juga antara yang menyenangkan korang para ibu bapa tanpa perlu berfikir banyak, goodies apa yang nak diberikan kepada kanak-kanak. Zasss McDonald dah sediakan. Senang !


#BIRTHDAYCELEBRATIONATMCDONALD
#BIRTHDAYPARTYBYMCDONALD

Mek juga turut memuji dengan usaha para team McDonald yang buat game kepada kanak-kanak yang turut serta dalam Birthday Party. Korang tahu kan budak-budak dengar mak bapak bercakap memang membosankan. Memang diaorang boleh pergi main di Playland tu tapi macam datang biasa-biasa je. Bila adanya game ni, diaorang akan lebih seronok. The real Birthday Party ! Main game dapat hadiah, sambil berhibur dengan rakan-rakan sebaya. Memang seronok sangat lah. Mek yang muda belia ni pun teruja tengok game yang team McDonald anjurkan pada malam tersebut.

Secara keseluruhan, mek berpuas hati dengan harga yang mek spend di McDonald untuk Birthday Party Amani. Kalau mek nak buat di rumah, dengan harga kegembiraan hati Amani, rasanya belum mampu kot. Bila dah jadi mak, bila anak meminta yang kita sendiri tahu kita mampu nak buat, kalau tak tunaikan rasa macam menyesalnya. Sebelum perasaan menyesal tu datang, lebih baik kita aturkan masa kita semampu yang boleh agar bila kita tidur malam, tidur dalam senyuman dan bukannya tidur dalam penuh kekesalan.


#BIRTHDAYCELEBRATIONATMCDONALD
#BIRTHDAYPARTYBYMCDONALD

Korang yang ada pengalaman sambut birthday anak di McDonald, jom share diruangan komen. Kalau ada yang dah berkongsi cerita tentang sambutan hari jadi di McDonald, pun boleh drop link di ruangan komen. Much appreciated ❤


#BIRTHDAYCELEBRATIONATMCDONALD
#BIRTHDAYPARTYBYMCDONALD


Sekian ..


#BIRTHDAYCELEBRATIONATMCDONALD
#BIRTHDAYPARTYBYMCDONALD
#AMANITURNSTHREE

5 comments

  1. happy belated birthday! tetiba rasa nak ajak kawan gi celebrate birthday kat mcd haha

    ReplyDelete
  2. Happy belated besday amani.. Senyum dia dapat suprise daripada daddy n mummy hihihi

    ReplyDelete
  3. Akak, saya nak tanya, biasanya nak buat birthday party kena tempah berapa hari sebelum party tu?

    ReplyDelete