Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Penjagaan gigi kanak-kanak oleh para ibu bapa. Topik ni kalau pergi check-up anak di mana-mana klinik sekalipun, tetap doktor perubatan biasa akan nasihatkan kita para ibu bapa untuk pastikan gigi anak-anak diberus dengan ubat gigi yang disyorkan untuk kanak-kanak sekurang-kurangnya sekali sehari. Mek memang selalu sangat dengar nasihat ni. Bukan sebab gigi anak-anak mek tak elok, tapi sebab gigi anak-anak mek elok maka dibuat contoh kepada ibu bapa lain pula.
Bangga? Tentunya tidak. Cuma mek rasa dengan cara paksaan mek terhadap anak-anak membuahkan hasil. Korang yang ada anak kecil pastinya tahu macam mana usaha kita sebagai ibu nak bagi anak gosok gigi. Bukan sekadar 'nganga dan berus'. Ianya memerlukan daya fikiran inovatif supaya sesi berus gigi itu tidak bertukar menjadi medan perperangan kecil antara ibu dan anak. Bermula dengan Amani, dia tumbuh gigi sekitar usia sembilan bulan. Ketika itu misi nasihatkan mek untuk lap gigi Amani dengan kain basah ketika dia tidur sebab tak nak bagi 'manis susu' lekat pada gigi yang membolehkan gigi menjadi cepat terhakis. Masa itu, mek tak peduli lansung.
Amani tumbuh gigi dua di atas dan dua di bawah ketika usia dia sekitar setahun. Ketika itu mek mulakan rutin berus gigi untuk Amani. Bagi mek, dua di atas dan di bawah senang sikit nak berus. Pun begitu, gusi anak-anak yang sedang nak tumbuh gigi ni, setiap hari ada sahaja gusi mereka yang bengkak, cuma kita je tak sedar. Disebabkan itu, mereka akan meraung setiap sesi berus gigi. Sama macam Amzar sekarang ni. Berus sikit pun akan berdarah satu dua tempat yang bengkak tu. Tapi ibu bapa tak boleh biarkan macam tu sahaja. Tetap kena berus demi gigi yang sihat.
Disini mek kongsikan beberapa kaedah yang mek dah cuba untuk redakan sesi meraung dalam bilik air. Antaranya :
1. Menyanyi lagu yang anak suka.
Mek yakin suara korang akan begitu merdu sekali dalam bilik air, sebab mek pun rasa tetiba suara mek jadi best macam Ella bila menyanyi. Agaknya tu orang gelarkan 'kareoke jamban' ye. Gema jamban tu macam best pulak. Err, terkotor panggil jamban. Maaf. Amani dulu takada lagu spesifik pun. Sama macam Amzar. Ikut terlintas je la lagu apa yang dia suka. Lagu iklan pendek di kaca TV pun boleh. Chacharo Chacha, Chacaro Chacha, Chacaro Chacha, 1 2 3 4 !
2. Tunjukkan video gosok gigi kepada anak.
Ini boleh pilih secara rawak dan mana yang korang suka, di youtube banyak juga video yang korang boleh jadikan contoh untuk menarik minat anak-anak. Biasanya budak dia suka tengok yang umur sebaya dia buat apa-apa. Yang ni mek aplikasikan dalam banyak benda juga contohnya colouring book, belajar ABC dengan kad. Mek tak tahu samada cara mek membosankan mereka atau mereka tak faham apa yang mek nak buat, setiap kali ajak buat ABC (ni sebelum timbul idea nak tunjuk video pada anak), mesti diaorang tak bagi respon yang baik. Tapi lepas mek tunjuk 'haa tengok kawan buat ABC' then kita pun tiru, dia pun ikut sama. Macam mudah giler kerja nak explain pada anak dengan bantuan video-video ini.
Paling terbaru, mek intsall apps Jordan 'Brush Time For Kids'. Apps ni akan buat video gambar anak kita gosok gigi. Amani dengan Amzar kemain excited ! Lebih teruja daripada tengok video kawan dia sedang berus gigi. Mudah je nak buat video muka anak kita sedang berus gigi. Ikut tatacara ini :
#TIPSJAGAGIGIANAK
#PENJAGAANGIGIKANAKKANAK
~ Install app Brush Time For Kids (gambar Hippo)
~ Create new video
~ Upload / capture gambar anak kita
~ Resize bagi betul-betul dengan muka anak
~ Creating video
~ Save video
Kejap sangat, tak sampai lima minit dah siap video anak kita duk berus gigi. Tunjuk pada diaorang, sure senang sikit kerja ibu bapa nak ajak anak gosok gigi. Jom cuba para ibu bapa. Yang dah cuba boleh tinggal testimoni diruangan komen ❤
#TIPSJAGAGIGIANAK
#PENJAGAANGIGIKANAKKANAK
Sekian ..
#TIPSJAGAGIGIANAK
#PENJAGAANGIGIKANAKKANAK
#GIGISIHATDARIPADAUSIAKANAKKANAK
WAH..BGUS NI..:)
ReplyDeletekalo CT kena teman anak2 buah gosok gigi memang surrender. lencun kita jadinya. memang kena panggil mak ayah depa sndirinhahaha..
ReplyDeleteBagus ada app gosok gigi sambil boleh menarik minat anak2 tu
ReplyDelete