NIKMATI PUTU HALBA MUSIM TENGKUJUH DI HOTEL PERDANA KOTA BHARU KELANTAN

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Putu Halba, sejenis kuih tradisional orang Kelantan. Uniknya Putu Halba ni, ianya hanya timbul atau ada pada musim tengkujuh. Kiranya, kalau masuk je musim tengkujuh, mesti akan ada kuih ini sebagai minum petang orang Kelantan. Menu lain untuk minum petang pada musim tengkujuh ni juga adalah ubi kayu rebus. Ubi kayu ni ada yang suka makan dengan gula dan ada juga yang suka makan dengan kelapa parut. Sambil layan hujan musim tengkujuh, hirup juga kopi pekat panas-panas. Pergh ! Memang syok !

Orang luar daripada Kelantan biasanya akan bayangkan Putu Piring ataupun Putu Bamboo bila kami mengajak mereka untuk cuba Putu Halba. Padahal Putu Halba tak sama rasanya dengan Putu Piring atau Putu Bamboo. Dengan keunikan rasa halba dengan kemanisan gula melaka, memang buat korang rasa keaslian orang Kelantan punya hidangan makan petang. Mana taknya, Kelantanese sinonim sangat dengan extra sweet.

Pun begitu, nak cari yang keaslian resepi Putu Halba ni memang agak susah. Memang banyak yang jual Putu Halba ni bila musim tengkujuh tiba. Berderet di tepi jalan, masing-masing menggunakan nama masing-masing untuk memudahkan orang ramai, kalau sedap boleh war-warkan pada mereka yang lain, kan? Mek juga tak terlepas menjadi 'tester' Putu Halba bila tibanya musim ini. Tentunya mengharapkan yang sedap untuk dimakan bukan sekadar hanya untuk memenuhi selera anak tekak.


#PUTUHALBAPERDANA
#WARISANPUTUHALBA

Hotel Perdana, Kota Bharu juga mengambil peluang untuk memperkenalkan Putu Halba pada para pelanggannya. Maklum je la, pelanggan Hotel Perdana memang daripada luar Kelantan terutamanya. Tidak terkecuali pengunjung warga asing. Memang elok sangat usaha Hotel Perdana untuk memperkenalkan makanan tradisional Kelantan ni pada pelanggan mereka. Seiring dengan usaha Kerajaan Negeri Kelantan untuk #visitkotabharu2018 .

Mek dapat tahu mengenai perihal ini dengan secara tidak sengaja juga sebenarnya. Niat asal telefon receptionist semata-mata nak tempah bilik pada pegawai yang nak datang ke BSN Kota Bharu. Sebelum tamatkan panggilan tu, saja tanya Hotel Perdana Kota Bharu ada promo apa sempena cuti sekolah ni. Mana lah tahu dapat bilik murah, boleh bawa Amani dan Amzar mandi kolam di Hotel Perdana pula. Dipendekkan cerita, receptionist yang merangkap kawan mek juga tu bagi tahu yang sekarang Hotel Perdana Kota Bharu ada menu minum petang yang baru iaitu Warisan Putu Halba. Dalam kepala mek, waaaa seronoknya bawa keluarga datang minum petang di hotel. Feeling untuk reward diri dan keluarga tu tetiba datang. Jadi set time dan date untuk cuba Warisan Putu Halba !

Bila dah cuba sendiri Warisan Putu Halba di Hotel Perdana Kota Bharu ni, memang terasa sangat keaslian Putu Halba Kelantanese. Kenapa? Ini sebabnya :

1. Putu Halba Cukup Bahan.


#PUTUHALBAPERDANA
#WARISANPUTUHALBA

Putu Halba yang tebal dan banyak gula melaka. Bukan Putu Halba yang nipis-nipis, bukan yang acah-acah manis. Memang serius cukup bahan. Puas anak tekak mek makan yang jenis cukup bahan ni. Takda lah mengomel bila makan 'tak manis sangatlah' 'allah, nipisnya' 'tak rasa halba pun'. Ye, itu lah antara-antara komen murni mek bila tibanya musim Putu Halba ni. Tak semua kedai berniaga macam nak makan di tekak sendiri ye adik-adik. Kebanyakkannya nak isi masa lapang musim tengkujuh je dengan menjual Putu Halba.

2. Harga yang synchronize dengan mutu buatan.


#PUTUHALBAPERDANA
#WARISANPUTUHALBA

Gituu ayat mek. Untuk makan, jangan pernah berkira tau. Rezeki kita dapat, reward-lah diri dengan nikmat makanan yang baik-baik. Bukanlah mek nak cakap kena senantiasa memilih yang mahal, bukan. Tapi pilih biarlah berpadanan dengan harga dan mutunya. Tahu tak mutu? Lama betul tak sebut perkataan mutu buatan ni. Jangan pula korang bandingkan harga yang Hotel Perdana Kota Bharu tawarkan dengan harga mereka yang diluar jual. Memang berbeza. Pun begitu, mutu buatan juga berbeza. Kalau berpadanan dengan harga, apa salahnya korang menikmati sambil bawa keluarga untuk bonding time, kan?

3. Nikmati hidangan dari dapur tradisional di premis yang esklusif.


#PUTUHALBAPERDANA
#WARISANPUTUHALBA

Just, reward diri dan keluarga sementara kita masih berpeluang untuk melakukannya. Mek lebih suka kalau dapat bagi pengalaman kepada anak-anak bersama-sama dengan spouse, kadang pengalaman mahal kadang pengalaman biasa-biasa. Asalkan bagi mereka rasa. Mungkin Amani dan Amzar tu tak faham pun apa beza makan di hotel dan di gerai biasa, tapi gambar sebagai kenangan tu mahal sangat untuk diulang-tayang pada mereka bila mereka dah besar nanti. Konklusinya, jomlah cuba hidangan tradisional musim tengkujuh di Hotel Perdana Kota Bharu.

Untuk sebarang tempahan meja untuk dine in atau korang nak tapau Warisan Putu Halba boleh call 097458888 . Nanti cakap je nak order Warisan Putu Halba, diaorang akan sambungkan pada bahagian F&B. Kalau rasa macam nak sesi mengopi, nak tempah meja pun sama, telefon nombor yang mek bagi tadi. Untuk pengetahuan korang, hidangan Warisan Putu Halba ni boleh dinikmati pada jam 3.00 petang sehingga 9.00 malam tapi biasanya Warisan Putu Halba ni habis sebelum tamat waktu perniagaan. Maklumlah, baunya tu dah menarik hati para pengunjung di Hotel Perdana Kota Bharu. Setiap hari, sebanyak 15kg atau kurang lebih 300 biji Warisan Putu Halba berjaya dijual. Korang rasa, apa keistimewaan Warisan Putu Halba sampai macam tu sekali sambutannya? 


#PUTUHALBAPERDANA
#WARISANPUTUHALBA

Jangan lepaskan peluang untuk cuba Warisan Putu Halba Hotel Perdana Kota Bharu, end soon. Cepat ! ❤


#PUTUHALBAPERDANA
#WARISANPUTUHALBA

P/S : Untuk 2019, hidangan Putu Halba ini telah boleh dirasai mulai 07 November sehingga diberitahu kelak. Jangan lepaskan peluang untuk merasai hidangan musim tengkujuh ini.

Sekian ..


#PUTUHALBAPERDANA
#WARISANPUTUHALBA
#MINUMPETANGKELANTAN

18 comments

  1. Baru kelmarin kawan PC bagi tau dua makan putu halba..kawan PC balik Kelantan rumah mertua dia...sedap katanya.

    ReplyDelete
  2. pertama kali dengar Putu Halba mek, kenapa masa musim tengkujuh eh? kenapa tak setiap masa? hahhaha

    ReplyDelete
  3. dok pernoh makan!!!boleh try pasni!

    ReplyDelete
  4. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa xaci mek bagi cik ash mengidam ni... nak balik kelate laaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  5. wah entri tahun 2018! hehe saya tak pernah lagi makan putu halba ni. bolehlah nnti nak makan. terima kasih share ya :)

    ReplyDelete
  6. Kita tahu putu bamboo dan putu piring sahaja tak pernah tahu pasal putu halba ni mesti kena cuba kalau macam ni sebab kita memang suka makan putu ni kalau pergi pasar malam memang beli lah tapi kat KL tak ada ker cawangan hehehehe...

    ReplyDelete
  7. Pertama kali ni sis dengar putu halba. Nak kena try ni tapi ada ke orang jual kat KL ni? Teringin jugak nak cuba bila baca entry ni

    ReplyDelete
  8. pernah try sekali haritu trip ke KB! Sedap jugak rasa berempah gitu..

    ReplyDelete
  9. Baru pertama kali dengar tentang Putu Halba ni. Rasanya ada rasa-rasa halba lah kan? Teringin nak rasa.. kena cuba cari di tempat sendiri dulu agaknya sebelum jauh ke KB hehe

    ReplyDelete
  10. omgggggggg thank you so much for the introduction. mmg suka sgt hidangan2 cultural sprti ini, tp jauhnya kt kota bahru, harap2 dpt jmpe di sekitar KL

    ReplyDelete
  11. bENTUK MCM NI MCM PUTU BAMBU..HEHHEE..FIRSTIME DNGR PUTU HALBA..MAN AYANG BERCUTI DEKAT KELANTAN BOLEHLA RASA KAN..

    ReplyDelete
  12. Mmacam mana ek rasa dia? sebab tahu halba ni macam rempah2 sikit kan rasa dia? but new idea for putu piring, why not cuba kan

    ReplyDelete
  13. aduyaii nak kena pergi sini ker jugak kalau nak makan putu halba yang viral nih ...tapi apa salahnya kan kalau dah berdekatan ....ramai orang kata sedap tu yang rasa teringin jugak

    ReplyDelete
  14. uish! uniknya. putu halba? putu memang sedap. rasa macam nk cuba pulak yang ni. macam susah je nk cari.

    ReplyDelete
  15. Ya Allah nampak sedap betul putu halba nie. Awat jauh sangat kita dah rasa teringin nak makan n cuba nie. Uwaaaa

    ReplyDelete
  16. sedap makan time musim sejuk2 ni kan. kalau jumpa memang beli juga sesekali

    ReplyDelete
  17. Wahhh first time dengar. Bila lah nak sampai Kelantan cuba makanan macam ni. Boleh cuba putu halba dan pelbagai lagi kuih muih Kelantan kalau ke sana. Nanti kena masuk list. Kalau tak..lupa pula nak cuba

    ReplyDelete