MERAIKAN TETAMU DAN ADAB MENJADI TETAMU MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Meraikan tetamu dan adab menjadi tetamu mengikut sunnah Rasulullah. Islam cukup indah sebab semua benda dalam kehidupan daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara mesti ada sunnah dan ada tatacara yang mengharmonikan setiap perasaan. Sebagai manusia yang beragama Islam dan juga berbangsa Melayu, agama, sunnah dan adab mestilah diterapkan dalam kehidupan seharian kita. Kalau tertinggal, mesti kita akan tergelincir dari landasan menuju akhirat dengan sempurna.

Meraikan tetamu.


#RAIKANTETAMU
#ADABMENJADITETAMU

Sirah dulu ada menyatakan melalui hadis mana mek tak pasti sebab mek hanya dengar tazkirah dalam radio sahaja. Tapi sahabat Rasulullah begitu memuliakan tetamu sehinggakan kisah ini diriwayatkan dalam satu hadis. Mek lupa apa nama sahabat Rasulullah itu, tapi ketika Rasulullah berhijrah ke Madinah, dia telah menumpangkan Rasulullah dirumahnya. Rumah sahabat Rasulullah ini dua tingkat. Begitu dia memuliakan Rasulullah sehinggakan dia menyuruh Rasulullah untuk tinggal ditingkat atas rumahnya. Pun begitu Baginda menolak dengan cara yang baik dengan memberi justifikasi jika tetamu yang lain datang ingin berjumpa dengan Baginda, susah orang kena naik ke atas.


#RAIKANTETAMU
#ADABMENJADITETAMU

Soal makan pula, sahabat Rasulullah tadi mendatangkan setandan kurma kepada Rasulullah sehinggakan Rasulullah terkejut. Yela, kalau kita pun hidang dalam pinggan macam tu je kan. Contoh ada biskut dua tiga jenis pun, bawak keluar sepinggan jugak, kan? Bukan orang lain, mek pun macam tu juga. Kenapa sahabat Rasulullah bagi setandan terus kepada Rasulullah? Supaya, Baginda dapat memilih mana-mana kurma yang Baginda mahukan. Begitu variety sahabat bagi pada Baginda supaya Baginda dapat yang terbaik daripada sahabat.


#RAIKANTETAMU
#ADABMENJADITETAMU

Sahabat tadi akur yang Rasulullah nak juga tinggal di tingkat bawah rumah sahabat maka dia kenalah naik ke atas untuk tidur. Bila dia naik tingkat atas, dia berjalan di dinding. Haa, macam mana mek nak terangkan. Sahabat berjalan ditepian dinding gitu. Korang boleh bayangkan tak? Takpela kalau tak boleh bayang, cuma bila isteri sahabat tu tanya 'Kenapa kamu berjalan begitu?', maka jawab sahabat Rasulullah 'Aku takut kalau aku berjalan di atas kepala Rasulullah'. Takutnya sahabat kalau-kalau dia berjalan itu sebenarnya Rasulullah di bawah, seolah-olah kedudukannya memijak kepala Rasulullah. Subhanallah.


#RAIKANTETAMU
#ADABMENJADITETAMU

Ada juga pernah mek dengar, meraikan tetamu ni ibarat kita menjemput rezeki. Tapi mek tak boleh nak buktikan samada itu adalah dalil daripada Quran mahupun hadis. Kalau siapa-siapa tahu, boleh kongsi diruangan komen. Apa yang mengejutkan mek, selama ini mek takada lah titik beratkan sangat soal tetamu. Maknanya, kalau datang, datang je la. Takada la macam bersungguh-sungguh beria-ia mengajak orang ke rumah. Pun begitu ada sahabat mek yang berkunjung ke Kelantan, mek jemput dia ke rumah. Memang rasa dalam hati, Allah bagi lah peluang dia kenal rumah aku. Jadi Allah izinkan. Pendekkan cerita, pada malam itu juga mek mendapat tawaran kerja blog. Memang tak disangka ! Maka, mek benar-benar percaya kalau kita muliakan tetamu, maka Allah akan menolong kita lebih daripada apa yang kita jangkakan.

Menjadi tetamu.

Semua orang pernah menjadi tetamu. Dalam sirah yang diceritakan pada tazkirah pagi itu, Baginda Rasulullah juga menjaga adab menjadi seorang tetamu walaupun sahabatnya begitu meraikan kedatangan Baginda ke rumahnya. Tatasusila serta kesopanan yang diketengahkan oleh Rasulullah dalam setiap perkara, kita boleh contohinya semampu yang boleh. 


#RAIKANTETAMU
#ADABMENJADITETAMU

Semasa berkunjung ke rumah saudara ataupun sahabat, beri salam terlebih dahulu sebelum memasuki ke dalam rumah mereka. Jika mereka masih tidak menjawab salam, maka jangan sesekali kita sebagai tetamu, menolak daun pintu kerana dikhuatiri aurat tuan rumah masih lagi tidak ditutup rapi. Berapa kali kita wajar untuk memberi salam? Ada hadis yang mengatakan, kita wajar untuk memberi salam sebanyak tiga kali dan kalau tuan rumah masih tidak menyahut, maka kita perlu berhenti memberi salam dan mengetuk pintu. 


#RAIKANTETAMU
#ADABMENJADITETAMU

Di dalam rumah pula, walaupun tuan rumah memberi layanan seperti rumah itu kita yang punya, namun begitu bukanlah hak tetamu untuk mengambil dan menggunakan barangan tuan rumah sesuka hati. Minta izin untuk menggunakan barangan tuan rumah dan guna dengan sebaik mungkin, jangan membazir serta merosakkan barangan tersebut.


#RAIKANTETAMU
#ADABMENJADITETAMU

Ada juga tetamu yang suka bertanyakan tentang harga barangan, misalnya harga langsir, kerusi dan beberapa barangan lain lagi. Kadang kala tuan rumah tidak kisah untuk berkongsi harga dan mana tempat dia belikan barangan tersebut, pun begitu, adab menjadi seorang tetamu tidak perlu untuk bertanyakan harga untuk barangan dalam rumah yang kita berkunjung. Dikhuatiri akan menyinggung perasaan tuan rumah ataupun menimbulkan perasaan riak oleh tuan rumah sendiri. Jadi, bercerita lah tentang kebaikan, jangan timbulkan perasaan yang tidak senang semasa berkunjung. Ada juga yang suka membandingkan barangan rumahnya dengan rumah yang dikunjungi, kalau mek memang tak perlu datang pun tak apa orang macam gini. Kita raikan kamu sebagai tetamu, bukan sebagai pengomen harga barangan.


#RAIKANTETAMU
#ADABMENJADITETAMU

Rasulullah juga menitik beratkan masa keberadaan Baginda ketika berkunjung ke rumah sahabat. Tempoh untuk kita berada di rumah saudara atau kenalan kita, mestilah tidak terlalu lama berkunjung kerana takut mengganggu aktiviti di dalam rumah tersebut. Contohnya pada hari raya. Disebabkan raya, maka kita dari pagi hingg ke Maghrib melepak di rumah saudara, Ada yang okei, ada yang tidak. Maka ambil yang pertengahan. Tuan rumah juga tentunya ingin berehat, tentunya juga ada perkara lain yang ingin dilakukan. Kalau yang menginap, itu lain pula caranya. 

Perkongsian ini diharapkan dapat dimanfaatkan kepada semua orang dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita semua. Jaga adab kita semasa berkunjung, dan jaga adab kita semasa menjadi tuan rumah. Jangan sampai nanti, orang takut untuk menerima kunjungan kita, dan orang juga takut untuk berkunjung ke rumah kita. Berkunjungan ini untuk merapatkan silaturahim, maka jaga dan bina sebaiknya silaturahim ❤


Sekian ..


#RAIKANTETAMU
#ADABMENJADITETAMU
#SUNNAHRASULULLAH

2 comments

  1. Adab tetamu dan juga menerima tetamu.. Kadang ada yang terlepas pandang.. nice sharing..

    ReplyDelete
  2. betul tu.. itulah terbaek dalam islam. ada adab merai tetamu dan menjadi tetamu. kat mana2 kita mesti beradap :)

    ReplyDelete