KEPENTINGAN KAD KREDIT KEPADA KITA, MANA LEBIH BANYAK ANTARA POSITIF ATAU NEGATIF

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Kad kredit, antara satu kad yang kadang-kadang ada orang memang 'alhamdulillah' dapat kad tu, ada orang macam 'nauzubillah' kalau dapat offer untuk ada kad kredit. Banyak alasan yang baik dan buruk mengenai kad kredit ni. Tak kisah la bank mana yang tawarkan sekalipun. Bila dengar je kad kredit, ada telinga sudi mendengar faedah-faedah yang ditawarkan. Ada juga telinga yang awal-awal lagi 'sorry, tak berminat'.


#KADKREDITBSN
#KADKREDITRATERENDAH

Mek lebih suka jika telinga yang 'dengar dulu' lepas tu baru fikir samada ada kebaikan untuk diri sendiri mahupun tidak. Tak salahkan orang yang tak nak ada kad kredit tu juga sebab banyak berita serta statistik yang menunjukkan - muflis di usia muda kerana kad kredit. Biasalah netizen, baca tajuk je. Dia tak baca pulak pecahan golongan yang macam mana boleh muflis akibat kad kredit tu. Bukan sebab yuran kad kredit yang menyebabkan individu tersebut muflis, namun sebab berbelanja tak berpijak pada bumi yang nyata menyebabkan majoriti pemegang kad kredit diisytiharkan muflis.

Mek akan senaraikan apa yang baik, buruk, faedah serta tatacara penggunaan kad kredit :

Kebaikan bila ada Kad Kredit

1. Kegunaan semasa kecemasan.


#KADKREDITBSN
#KADKREDITRATERENDAH

Kecemasan ni korang kena betul-betul pastikan apakah jenis kecemasan yang mungkin akan berlaku pada korang. Contohnya, kalau berada di Sabah atau Sarawak, kampung di semenanjung. Jika berlaku kecemasan, nak beli tiket tentunya dengan harga yang tinggi. Masa ni boleh pakai kad kredit sebagai penyelamat tanpa usik duit gaji bulanan korang. Kalau mereka yang dah berada di semenanjung, ada berlaku kematian, mesti nak tuang minyak untuk balik kampung pun boleh guna kad kredit.

2. Bila nak cash dalam masa yang singkat.


#KADKREDITBSN
#KADKREDITRATERENDAH

Kadang-kadang kita perlukan cash untuk bayar sebagai pendahuluan. Seperti contoh nak bayar downpayment kereta, ataupun downpayment beli tanah mahupun aset lain. Kad kredit boleh menjadi penyelamat daripada korang tanpa usik duit tabungan korang di Tabung Haji atau di ASB. Cucuk je untuk amount yang korang nak (tapi terhad kepada caping kad kredit korang la). Nanti bulan-bulan bayar minimum payment sahaja.

3. Kegunaan tetap setiap bulan.


#KADKREDITBSN
#KADKREDITRATERENDAH

Kegunaan tetap ni kadang orang salah tafsir. Barang dapur pun barangan tetap juga setiap bulan kena tambah stok di dapur, kan? Cuma yang ini mek tak galakkan sangat. Yang ni kalau takat RM150, ikhtiar la untuk bayar dengan tunai. Antara kegunaan tetap lain yang korang boleh guna pakai kad kredit adalah dengan membuat potongan pembayaran bil utiliti melalui kad kredit. Ini ramai orang buat sebab tak perlu susah untuk internet banking dah bila masuk gaji. Atau tak perlu dah nak ke pejabat pos mahupun seven e untuk membuat urusan pembayaran bil. Jimat masa dan juga tenaga.

4. Kumpul mata ganjaran kad kredit untuk barangan yang ditawarkan oleh pihak bank.


#KADKREDITBSN
#KADKREDITRATERENDAH

Ini pun ramai juga yang suka, sehinggakan addicted nak guna kad kredit sebab setiap kali guna akan dapat mata ganjaran dan mata ganjaran tu boleh ditukarkan dengan apa-apa yang ditawarkan oleh pihak bank. Ada yang tawarkan pakej percutian, ada barangan elektrik dan ada juga barangan seperti jam dan telefon bimbit. Yang pasti, hadiah yang ditawarkan tidak lah begitu murah tapi tidaklah begitu mahal. Sederhana tapi berbaloi.

Keburukan bila ada Kad Kredit


#KADKREDITBSN
#KADKREDITRATERENDAH

Keburukan ni kalau cerita takada lah banyak tapi yang buruk ni datang bila diri kita tak disiplin dalam bayaran balik kad kredit. Perlu diingatkan juga, semasa berbelanja, kita perlu bersetuju dan bersedia untuk bayar kadar bayaran balik kegunaan kad kredit. Paling tidak bayar setiap bulan dengan bayaran minima untuk elakkan lebih banyak caj yang akan dikenakan. Konsep ni sama dengan mana-mana pembiayaan yang korang apply. Paling senang adalah pembiayaan kereta. Kalau tak bayar melebihi tiga bulan, tentunya surat penarikan balik kereta akan dikeluarkan oleh pihak bank. Apa-apa pun, kata kuncinya adalah disiplin dalam setiap jadual pembayaran. Barulah hidup takkan diburu keresahan masalah kewangan.

Faedah ada Kad Kredit.


#KADKREDITBSN
#KADKREDITRATERENDAH

Faedah tu lebih kurang dengan apa yang baiknya kita ada kad kredit. Boleh baca balik di atas kalau rasa agak tidak faham pada pembacaan pertama tadi.

Tatacara menggunakan Kad Kredit.


#KADKREDITBSN
#KADKREDITRATERENDAH

Guna kad kredit di mana-mana kedai yang boleh swipe kad kredit. Pembelian online juga boleh melalui kad kredit. Pendek kata kebanyakkan kedai dan website penjualan online sekarang dah boleh guna kad kredit. Kecuali korang beli melalui kawan-kawan lepas tu nak transfer dalam akaun personal seller, itu memang tak boleh la. Itu korang kena thru internet banking ataupun transfer melalui ATM atau CDM. 

Untuk pembayaran kad kredit juga korang boleh pilih untuk settel-kan sepenuhnya penggunaan semasa kad kredit ataupun jelaskan bayaran minima untuk kegunaan semasa kad kredit. Tentunya pada bulan seterusnya akan dikenakan caj extra bagi mereka yang bayar minima. Caj extra ni kalau korang nak tahu berapa peratus korang dikenakan, cara kiranya macam ni : rate setahun untuk kad kredit korang / 12 bulan. Contoh : 8.88% / 12 = 0.74%. Perkadaran itu lah extra caj yang dikenakan untuk korang bayar minima. So balance bring forward + peratusan bulanan. Tidak begitu tinggi kalau korang bayar secara disiplin setiap bulan. Kan?

Jom mohon Kad Kredit BSN sekarang !


#KADKREDITBSN
#KADKREDITRATERENDAH

Dah baca semua kan baik dan buruk kad kredit, tepuk dada tanya iman boleh tak kalau cuba nak mohon kad kredit dengan syarat berjanji dengan diri sendiri akan bayar secara berdisiplin. Kad kredit BSN merupakan kad kredit yang rate-nya paling rendah dalam kalangan bank-bank yang ada di Malaysia. Tak percaya korang boleh rujuk setiap website bank untuk tengok rate yang ditawarkan pada kad kredit. Ada juga yang mengatakan kalau apply bank 'tett' dapat masuk free situ sini sana mana-mana lah. Tapi sebenarnya itu bukan yang bank offer, itu adalah daripada inisiatif syarikat VISA ataupun MASTERCARD yang memberi kemudahan tersebut. Itu dealing antara pihak VISA ataupun MASTERCARD, tiada kaitan dengan pihak bank.

Jadi, jadilah pengguna yang bijak untuk memilih rate kad kredit yang paling rendah. Alah membeli, menang memakai.

Berminat nak apply kad kredit BSN, boleh hubungi mek 01117850280. Atau korang boleh usha-usha apa yang menarik yang ditawarkan oleh BSN bagi pemegang kad kredit BSN KLIK SINI okei. Nanti kita bincang syarat kelayakan dalam whatsapp, okei? Kalau ada soalan boleh juga drop di ruangan komen ❤


Sekian ..


#KADKREDITBSN
#KADKREDITRATERENDAH
#KADKREDITUNTUKMEMUDAHKAN

11 comments

  1. Ada baik and cont yg ptg kena tahu berbelanja dan ukur baju di badan sendiri...

    ReplyDelete
  2. Dulu dah apply kad kredit bsn khas utk guru tu tp kena reject. Sampai skrg merajuk dgn bsn. Skrg sdg berbahagia dgn maybank sambil tunggu jwpan dari citibank.

    ReplyDelete
  3. Bagus kalau kita pandai nak jaga supaya tak overuse dan bayar ikut date ditetapkan

    ReplyDelete
  4. Kak dah lama guna kad kredit utk isi minyak bila berjalan jauh dan tengah bulan..tp kita kena disiplinkan diri byr hutang kad setiap bln

    ReplyDelete
  5. teringin juga nak apply ni ,nti2 reen pm mek yer..huhu

    ReplyDelete
  6. sekarang pakai sup card je , haha. teringin jugak nak ada sendiri punya . jauh jauh ni boleh ke apply?

    beli pakai kad ni, kena tahan nafsu sikit. I jenis kalau benda kecik mmg takkan pakai. selalu kad pakai utk petrol or barang baby je. flight pun jarang pakai .

    ReplyDelete
  7. Tak pernah ada kad kredit hihihi tahu la sikit pasal kad kredit ni. .

    ReplyDelete
  8. tak pernah ada kredit kad.Tapi suami memag ada satu,dia buat isi petrol sahaja.Tapi kadang-kadang tu terguna juga untuk shopping.Tehehehe

    ReplyDelete
  9. Kalau nak buat card credit biar yg btul2 blh urus dgn baik kan..

    ReplyDelete
  10. Kena disiplin bila ada kad kredit ni. Kalau x, terbeban nanti.

    ReplyDelete