KELENGKAPAN UNTUK KE TASKA DAN TADIKA

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Persediaan kelengkapan ke taska dan tadika. Finally anak mek dah pun masuk tadika dan taska. Perasaan nak kata gembira ada jugak sebab anak dah masuk sekolah. Perasaan sedih dan risau pun ada jugak sebab tak pernah tinggalkan mereka dengan orang lain selain mak mertua. Tapi dengan umur Amani empat tahun rasanya elok kalau dia berada di bawah pengawasan pihak tadika sebab di sana mereka lebih terlatih untuk educate kanak-kanak. Untuk Amzar pula, pun mek rasa terbaiknya berada di bawah jagaan taska untuk perkembangan sensory dan lain-lain yang berkaitan.


#PERSEDIAANTASKA
#PERSEDIAANTADIKA

Sebagai ibu yang kali pertama menghantar anak ke taska dan tadika, tentunya pembacaan, pertanyaan melalui kawan-kawan - dalam tempoh seminggu sebelum hantar memang dah banyak google dan banyak juga bertanya pada kakitangan taska dan tadika yang mek nak hantar tu. Tentunya korang nak tahu kan apa soalan yang mek tanya. So di bawah ini mek jelaskan sekali dengan jawapan yang mek dapat.

1. Dalam beg anak-anak, nak letak apa?


#PERSEDIAANTASKA
#PERSEDIAANTADIKA

Dalam beg anak-anak kena ada semua ini :

~ Diapers 3-5 keping sehari
~ 2 - 3 pasang baju persalinan
~ Selipar untuk ke toilet
~ Plastik bag untuk letak baju kotor
~ Tuala mandi
~ Kelengkapan selepas mandi (kalau ada ubat alergic kena bagi juga)
~ Bekalan susu

2. Makanan / bekal kena sediakan tak?


#PERSEDIAANTASKA
#PERSEDIAANTADIKA

Untuk taska dan tadika yang mek mohon ni, makanan atau bekal tidak digalakkan. Sarapan, makan tengahari dan minum petang telah disediakan oleh pihak taska dan tadika. Jadi ibu bapa tak perlu nak sediakan makanan kepada anak. Kalau ada anak yang alergic pada satu dua makanan, sila senaraikan kepada pihak taska dan tadika supaya mereka tahu. Kang alergic nanti susah pulak.

3. Persediaan emosi anak-anak?

Emosi kanak-kanak tak boleh nak kawal. Kalau dia nak menangis dia akan menangis juga. Cuma, mek memang banyak kali cakap dengan Amani dan Amzar yang diaorang kena bangun pagi, mandi dan ikut mek pergi ke tempat kerja. Nanti mek akan letak diaorang dekat sekolah. Di situ ramai kawan, ramai cikgu dan banyak mainan. Memang hari-hari cakap pada diaorang supaya dia alert dan tahu. Pernah juga mek bawa dia ke tempat tadika kononnya tunjuk pada diaorang yang sini lah sekolah diaorang nanti. Komunikasi itu penting. Memang keep repeated the same thing sehingga hari diaorang daftar taska dan tadika.

4. Persediaan kewangan macam mana?

Kewangan tu, alhamdulillah mek dengan spouse bahagi dua je jumlah keseluruhan. Pandai-pandai la korek tabung ke, menyimpan dari awal ke. Untuk mek, mek dah sediakan duit masuk ke taska dan tadika ni sejak November 2018 supaya nanti dapat gaji Disember 2018 takadalah rasa banyak sangat nak kena belanja. Spouse mek pula ambil duit bonus sahaja. Jadi rasanya masing-masing ada kaedah masing-masing dalam menentukan cara nak simpan duit untuk perbelanjaan anak sekolah.

5. Lain-lain tips sebelum daftarkan anak ke taska dan tadika.


#PERSEDIAANTASKA
#PERSEDIAANTADIKA

Yang ni mek pun baru perasan sebenarnya. Sebelum ni mek tak titik beratkan pun soal-soal seperti :

~ Taska dan tadika wajib berdaftar dengan JPN dan KKM
~ BerCCTV
~ Feedback yang baik serta rating yang tinggi (recommendation daripada orang lain)
~ Ruang taska dan tadika yang mesra kanak-kanak

Pada mulanya mek berkenan dengan taska dan tadika untuk Amani dan Amzar ini atas faktor jarak dengan tempat kerja. Dalam 10 minit mek boleh sampai ke taska dan tadika tersebut. Maknanya kalau ada kecemasan, mek rasa itu lah yang terbaik disekitar kawasan pejabat mek. Pun begitu, bila mek dah mula daftarkan anak, mek dibawa untuk tengok surrounding taska dan tadika. Ketika itu kakitangan taska dan tadika tersebut memberi penerangan kepada mek. Antara yang menjadi kriteria pilihan ibu bapa adalah taska dan tadika berdaftar dengan KKM dan JPN. Bila berdaftar dengan KKM dan JPN, kalau terjadi apa-apa isu mudah sikit kita nak panjangkan. Dan pemantauan berkala daripada pihak kementerian memang sangat memuaskan. 

Mek agak sedikit lega dengan pencerahan yang diberikan oleh kakitangan tersebut dan rasanya itulah tadika dan taska terbaik yang paling dekat dengan mek. Maksudnya, dah la dekat, dapat pula yang high kualiti. Maka tak la bimbang sangat nak letak anak di taska dan tadika. Walaupun harganya agak tinggi, tapi bagi mek masih lagi berbaloi dengan jadual dan pembelajaran yang diberikan kepada anak-anak. Mek sendiri belum tentu boleh ajar anak ikut jadual yang diberikan.

Seperkara lagi, persediaan emosi ibu bapa juga penting. Bapa perlu sokong ibu, ibu perlu sokong bapa. Itu formulanya. Jangan salah sorang jadi berat tulang untuk menolong. Kalau tak memang akan buatkan diri korang stress. Entry tentang Amani dan Amzar ni akan bersambung lagi kisah mereka pada hari pertama persekolahan vs hari ketujuh persekolahan. Stay tuned ❤



#PERSEDIAANTASKA
#PERSEDIAANTADIKA


Sekian ..


#PERSEDIAANTASKA
#PERSEDIAANTADIKA
#KELENGKAPANTASKADANTADIKA

7 comments

  1. Wah lengkap, ibu bapa kena saling support antara satu sama lain barulah urusan persekolahan anak ni mudah kan.. Nice sharing mek

    ReplyDelete
  2. Dah ada anak ke taska atau sekolah hidup pon memang akan berjadual..

    ReplyDelete
  3. thn ni dgn rasminya anak2 aida semua ke skola.
    no more tadika, mek :)
    sayu hati bila anak2 da semakin besar. no more babies hu hu hu hu...
    namun happy bila mana mereka membesar dgn sihat dan gembira, tanpa kurang pe pun, depan mata kita.
    alhamdulillah...

    ReplyDelete
  4. its very good and amazing article and i enjoy it, i appreciate the time and effort you put on this, i will share this with my friends thanks
    Heya i'm for the first time here. I found this board and I find It truly
    helpful & it helped me out a lot. I hope to offer something back and aid others
    like you helped me.
    Junk Car Removals is the best cash for cars brisbane and other regions
    cash for cars gold coast
    car removal brisbane

    ReplyDelete