JAM MAHAL TAPI KEDATANGAN LEWAT

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Jam mahal tapi datang lewat jugak ! Ini adalah petikan tazkirah pagi yang mek dengar semasa mek dalam perjalanan ke pejabat. Kata orang, motivasi pagi ni dapat membantu 'boost-up' emosi kita pada hari tersebut. Jadi korang pun boleh lah amalkan untuk dengar benda yang baik-baik dahulu pada waktu pagi untuk jaga emosi diri sendiri selain menambah ilmu pengetahuan.


#TARBIYAHDIRI
#DEMIMASAMANUSIADALAMKERUGIAN

Setiap orang mesti ada jam. Tak kisah jam tangan, jam dinding ataupun jam di telefon bimbit masing-masing. Soalnya, berapa ramai yang patuh pada waktu yang telah ditetapkan untuk kita? Uihh, bila persoalkan macam ni, banyak pula bayangan pada diri mek sendiri antaranya :

~ Kedatangan waktu ke pejabat
~ Kepulangan waktu ke rumah
~ Tempoh masa untuk siapkan report
~ Ketepatan waktu dalam menunaikan kewajiban


#TARBIYAHDIRI
#DEMIMASAMANUSIADALAMKERUGIAN

MasyaAllah. Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian melainkan mereka yang beramal soleh. Dulu Raihan duk alunkan barisan lirik ni mek hanya sing along. Bila baca Wal As- Innal Insa Nalafikhus, Illazi Naamanu Waamilu Solihat, Watawa Saubil Haqqi, Watawa Saubil Sob. Yang bermaksud 'Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Melaikan mereka yang beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.

Semua orang tanpa berkecuali punya masa 24 jam sehari. Tak lebih tak kurang. Tapi setiap manusia berbeza cara yang dia aturkan masanya. Yelah mek, mana nak sama, kau kerja bank, aku kerja di sekolah - tak sama cara kita uruskan masa. Ye betul, mek setuju sebab setiap orang ada keutamaan mereka masing-masing. Mana yang nak siapkan dulu, mana nak delay-kan bagi laluan kepada yang lebih memerlukan. Itu terpulang atas diri sendiri lah mana nak siapkan dulu.

Apa yang cuba disampaikan dalam tazkirah itu adalah kita ni semua tahu tentang waktu. Masuk waktu sembahyang tahu, kalau tak dengar azan sekalipun mesti tahu masuk waktu sembahyang. Soalnya, bergegas pergi untuk tunaikan kewajipan ke tidak? Mek jawab jujur lah, mek sendiri dengar azan pun kalau time lunch pergi makan dulu. Lepas balik lunch baru solat. Asar pula bergantung kalau tengah sibuk dengan kerja, memang tak tinggal kerja untuk tunaikan solat. Bagus ke tidak macam tu? Semua jawab tak bagus. Tapi cuba tanya diri sendiri pulak, bagus ke tidak korang?


#TARBIYAHDIRI
#DEMIMASAMANUSIADALAMKERUGIAN

Itu yang wajib. Ini pula melibatkan masa yang kita berjanji dengan seseorang. Kalau mek di pejabat, ketepatan waktu adalah penting. Kalau mesyuarat jam 9 makanya 9 bukan 9.05. Kalau minit mesyuarat ditetapkan selepas 5 hari bekerja perlu disiapkan, makanya perlu siap. Tak kisahlah nak bawa balik ke rumah ke nak stay di pejabat sampai Maghrib. Bila diberi tanggungjawab, maka perlu diselesaikan. Sekali dengar macam teruknya boss kau mek arahan memaksa untuk siapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan. Manusia kot bukan robot. Tapi bagi mek, tak kisah boss atau siapa yang suruh, bila kita menerima tanggungjawab kerja kita maka kita kena usaha sebaik mungkin semata-mata nak bersihkan gaji yang kita bawa balik kepada keluarga kita pula. Bukan soal organisasi kejam atau soal boss ditaktor, tapi soal agama yang ajar - janji harus ditepati, tanggungjawab perlu dilaksanakan. 

Itulah relatifnya antara jam mahal dengan ketepatan waktu. Bukan tak nak bagi beli jam mahal, tapi beli jam mahal untuk reward diri, itu bagus tapi teliti lah juga pada jarum-jarum minit dan saat yang ada pada dalam jam itu. Hormat padanya. Ikut aturannya. InsyaAllah kita akan menjadi manusia yang hebat didunia dan juga diakhirat ❤


Sekian ..


#TARBIYAHDIRI
#DEMIMASAMANUSIADALAMKERUGIAN
#MAHALTAKBAWAKESYURGA

2 comments

  1. pengkongsian mek memang betul... masa itu penting... ingat lagi lagu Nasyid Raihan Demi Masa.. kalau hayati lirik2 dia memang betul tu..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dulu masa bekerja selalu alami janji "melayu" bila mesyuarat melibatkan big boss.. stress rasa

    ReplyDelete