Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..
Ice Cream Baba Rantau Panjang, memang satu aiskrim yang korang wajib cuba bila singgah di Rantau Panjang. Semacam simbolik pada Rantau Panjang, memang aiskrim ni permintaannya agak tinggi. Kalau ditanya pada mek, apa yang sedap sangat tu mek sampaikan permintaan agak tinggi. Jawapannya :
~ Aiskrim diperbuat daripada kelapa. Aiskrimnya berperisa kelapa.
~ Letak segala 'lauk tambahan' seperti kacang, jelly, roti, pulut, choclate, jagung, choc rice dan beberapa lagi.
~ Lawa nak FOTD - simbolik ada kat Thailand.
Bila spouse mek cakap, Ice Cream Baba ada yang versi barulah, mek sangat bergembira untuk mencubanya sebab mek tahu ini adalah berita yang dinanti-nantikan oleh para penggemar aiskrim. Walaupun Kelantan sekarang dalam keadaan 'basah menantikan bah' namun tidak mematahkan niat mek untuk mencuba Ice Cream Kelapa Madu by Ice Cream Baba Rantau Panjang.
Lepas Asar mek keluar dari rumah untuk ke pekan Rantau Panjang. Lebih kurang 15 minit sahaja daripada rumah mek. Petang tu memang hujan jugak renyai-renyai tapi biasalah hujan dimusim tengkujuh ni kadang lebat, kadang renyai. Tak boleh nak jangka cuma memang hujan tu ada. Walaupun hujan, tetap jugak nak cuba Ice Cream Kelapa Madu.
Kenapa kelapa madu sebenarnya? Pada awalnya mek berpendapat, aiskrim ni diberi nama sempena letak aiskrim dalam kelapa lepas tu mungkin penjual letak madu untuk maniskan lagi aiskrim tu. Macam letak topping caramel gitu tapi ganti dengan madu. Rupanya ..
#ICECREAMBABA
#ICECREAMKELAPAMADU
Nama diberi sempena air kelapa tu dah manis, letak pulak aiskrim dalam kelapa tu (air kelapa tadi memang dihidang dalam gelas bukan dalam kelapa) jadi lah Ice Cream Kelapa Madu. Bila sebut madu macam tu teringat dengan Teh Tarik Madu yang dimaniskan dengan madu asli. Rupanya ini tidak, madu diambil daripada kemanisan asli air kelapa tadi. Pun boleh lah tuan kedai, asalkan sedap.
Rating untuk Ice Cream Kelapa Madu ni mek bagi tiga iaitu suam-suam kuku sebab bagi mek banyak lagi topping yang boleh diletakkan dalam Ice Cream Kelapa Madu ni contohnya :
~ Jelly
~ Roti
~ Pulut
~ Kacang Hitam
~ Jagung
Kalau boleh kekalkan identiti Ice Cream Baba itu lagi bagus, tambah baik letak dalam kelapa dan buat topping madu sikit di atas untuk synchronize dengan nama tu tadi. Kalau begitu cara hidangannya, RM5 mungkin tidak menjadi masalah kepada orang ramai. Berbaloi dengan harga yang dibayar.
#ICECREAMBABA
#ICECREAMKELAPAMADU
Korang dah cuba Ice Cream Kelapa Madu? Kalau dah boleh komen di bawah, kalau belum jom la ke Rantau Panjang Kelantan untuk cuba Ice Cream Kelapa Madu ❤
#ICECREAMBABA
#ICECREAMKELAPAMADU
Sekian ..
#ICECREAMBABA
#ICECREAMKELAPAMADU
#ICECREAMRANTAUPANJANG
sdapnya..lama xmkn aiskrim baba..:)
ReplyDeletesedapnya lama makan last tahun lepas huhuhu
ReplyDeleteNampak sedap. Okaylah harga dia pun berbaloi tak macam BR tu satu scope jer dah RM7
ReplyDeletehaa kalau toping jagung mesti sodap lagi tuh! manis manis jagung!
ReplyDeleteMenarik ni.. Harga pun mur mur je. Nanti kalau husniey jjcm ke rantau panjang kena cuba lah ni
ReplyDeletehuu~ tengok pun tau sedap yakmat tu dekkkkkkkkkkkkkkk.. terliur akak di sini haa..
ReplyDeleteKreatif betul orang-orang sekarang nie, untuk nampak lebih menarik kelapa pun di komersial kan..
ReplyDeleteTak pernah cuba..
ReplyDelete