DIVIDEN ASB PEMBAYARAN BONUS BAGI SIMPANAN 2018

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Dividen ASNB bagi tahun 2018, pengumuman telah pun dibuat pada semalam 21 Disember 2018 (Jumaat). Mek sendiri pun tak tengok pengumumannya secara lansung, hanya mengetahui bila spouse mek tunjuk daripada FBnya. Bila mek tengok rasa macam menurun sahaja dia punya nombor itu. Untuk lebih yakin dengan fakta yang ditunjukkan, maka mek google Dividen ASB dari tahun ke tahun dan ini yang mek jumpa :


#DIVIDENASB2018
#DIVIDENASNB

Memang ada penurunan dan perbezaan daripada tahun sebelum ini. Perbezaan antara 7.25 dengan 7.00 agak ketara juga. Mek nak perincikan cara pengiraannya pun mek tak pandai sangat kalkulatif ASB. Cuma, congak kasar yang mek tahu adalah jika asas simpanan kita RM1,000 selama setahun maka :

2017 dengan 7.25 dapat RM1,072.50
2018 dengan 7.00 dapat RM1,070.00

Itu kalau seribu lah, kalau yang berpuluh ribu tu memang berpeluh juga la perbezaan bonus tahun ni dengan tahun lepas. Apa-apa pun, korang janganlah mengambil tindakan dengan mengalihkan dana pelaburan tersebut ke tempat yang lain (MLM ke, apa-apa je la yang untung cepat). Biar sedikit bonus asal kita tahu dia bersih. Oh dan jangan lupa, dividen ASB ni ada sikit gharar iaitu bonus yang diragui, maka sedekahkan sikit dengan niat untuk membersihkan harta kepada mereka yang lebih memerlukan. InsyaAllah sama-sama kita nikmati kemanisan didunia dan akhirat.


#DIVIDENASB2018
#DIVIDENASNB

Semua urusan bagi ASB akan dibuka semula pada 02 Januari 2019. Boleh nak semak baki ataupun nak draw buat bayar zakat tahunan. Tapi janganlah draw sampai habis ye, simpan sikit untuk kegunaan kecemasan. Mek pun sebenarnya dah lama tak menabung dalam ASB walhal urusan ASB boleh je dibuat dikaunter BSN.


Korang biasanya buat apa dengan dividen ASB? Mek secara jujurnya diamkan disitu sahaja. Nanti dah terdesak baru pergi draw. Simpanan tetap secara bulanan dibuat tetapi secara manual sahaja, bukan melalui potongan gaji. Pun begitu semenjak bulan Julai 2018 mek tak ke kaunter lagi dah. Portion untuk ASB disimpan namun tidak dilaburkan. Macam rugi, kan? Apa pula pandangan korang? ❤


Sekian ..


#DIVIDENASB2018
#DIVIDENASNB
#PELABURANMASAHADAPAN

3 comments

  1. mmm... semakin menurun... Nasib baik kebanyakkan investment dan saving dah transfer ke tempat lain... Tabung Haji pun bagi better deviden... dah siap calculate zakat sekali...

    ReplyDelete
  2. Diah dulu berkira-kira nak labur dekat ASB.. menyimpan sendiri je

    ReplyDelete
  3. Semakin menurun la pulak.. Patut la suami dah mula fikir bab asb huhuhu.. Cik Ash ada simpanan kat sana tak pernah buat keluar dividen hahaha

    ReplyDelete