CONTEST HAPPY ANNIVERSARY MY BLOG 3 YEARS OLD

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Giveaway by Blogger Rabia sempena ulangtahun ketiga blognya. Bagusnya siapa yang buat GA ni sebab mek pernah buat sekali je lepas tu macam dah malas untuk buat GA. Bukanlah penat, tapi entah (ke sebenarnya tak bermurah hati sangat). Entah bila juga nak dapat seru nak buat GA pada semua blogger, boleh merasa sikit sorang, kan? Doakanlah mek terbuka pintu hati nak buat GA ni. 


#BLOGGERRABIA
#GIVEAWAYBLOG

Tapi mek okei je kalau menyertai GA orang lain. Dan seperti biasa mek akan menyertainya sehari sebelum tamat GA. Mek suka duk nombor bawah, senang skrol ke bawah nak semak. Kalau duk tengah-tengah nanti berpinar mata. Kehkeh. Itu pandangan mek. Jangan cedok idea mek sudah. Tapi, idea mek tu mek tak pergi cop akta hak peribadi pun. You are allow to use my idea. Mek dah start merapu.

Untuk join GA blogger Rabia ni, korang ada beberapa syarat kena ikut. Antaranya :

1. Follow blog Rabia
2. Komen semua entry blog dia.
3. Follow jugak IG Rabia.
4. Follow dan add friend di FB Rabia
5. Letak banner dalam entry dan publish untuk ajak rakan blogger join GA Rabia.


Senang je tu, mek dah buat semua kecuali nombor dua. Tak mampu nak komen semua tapi berkesempatan memang mek masuk dan komen entry-entry blogger Rabia. Tak salahkan menyumbang PV kepada blogger lain. Dan tak salah juga jadi pengomen tegar, barulah orang kenal kita, kehkeh. Okei itu mek sengaja buat selingan. Yang penting bantu-membantu, sokong-menyokong antara blogger. Blogger mula-mula wujud indah je semua. Semua orang saling menyokong. Bila mula ada hasad dengki penyakit hati mulut busuk, itu yang boleh buat putus silaturahim antara blogger. Memang tak baik dan tak seiring dengan kehendak agama. Jadi blogger yang baik-baik okei. Rezeki Allah dah tetapkan. Usaha dan jangan ada penyakit hati.

Jemput join GA Blogger Rabia ❤


Sekian ..


#BLOGGERRABIA
#GIVEAWAYBLOG
#SUPPORTBLOGGER

5 comments