BAYU MELAWI CHALET PERCUTIAN DI TEPI LAUT CHINA SELATAN YANG BUAT KORANG RASA TAK NAK BALIK !

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Bachok, Kelantan satu daerah yang ada dua jenis geografi sama seperti Perlis. Daerah Bachok mempunyai pantai yang membentangkan Laut China Selatan dan juga mempunyai kawasan tanah aluvium iaitu jenis tanah yang mampu menangkung air untuk satu masa yang lama bagi tujuan menanam padi. Jadi, di Bachok ada kawasan bersawah, berbukit serta berpantai. Hebat, kan? Kalau nak ajar anak tentang geografi elok datang ke Bachok, Kelantan.

Tentunya kalau korang nak bercuti di Bachok, Kelantan ada banyak pilihan chalet untuk seisi keluarga beristeri rehat ditepian pantai sambil mendengar deruan ombak yang menenangkan. Mek yakin, percutian di tepi pantai bukan sahaja boleh buat orang dewasa macam kita ni tenang malah dapat menggembirakan hati anak-anak. Mana taknya, time ni la peluang mereka nak bina istana pasir, tanam diri dalam pasir dan macam-macam lagi la aktiviti di tepi pantai yang boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan.


#BAYUMELAWICHALET
#RESORTBACHOK

Bayu Melawi Chalet adalah satu tempat penginapan dan riadah bersama keluarga yang patut korang cuba sendiri. Berlokasi hanya 30 minit daripada bandar Kota Bharu, satu chalet yang mek rasa agak 'puas' bila menginap di sini. Tentunya beberapa faktor yang membuatkan mek kata begitu. Tak nak simpan dalam hati sahaja, mek akan senaraikan apa yang Bayu Melawi Chalet sediakan kepada pelanggan mereka. Pasti korang akan tertarik.

1. Bilik yang luas, tiada limitation untuk 'sumbat' berapa ramai.


#BAYUMELAWICHALET
#RESORTBACHOK

Bila bercuti, kalau keluarga kecil mungkin tidak menjadi masalah. Macam mek, hanya satu keluarga kecil mek sahaja, dengan satu katil queen dan satu katil single memang sudah cukup memadai. Tapi kalau yang pergi dengan keluarga besar, nak adakan family day, mesti nak juga muatkan satu bilik semuat yang mungkin, kan? Bayu Melawi Chalet, ruang dalam bilik memang luas. Korang nak masuk berapa orang memang dibenarkan, asalkan korang selesa. Nak tidur berguling atas lantai pun boleh. Extra bed dan bantal boleh request upon check in. Harga nanti tanya dengan receptionist. Rumusannya :

~ Nak masuk berapa orang ikut suka asalkan selesa.
~ Jangan rosakkan apa yang ada dalam bilik, dah bagi kelonggaran nak masuk berapa orang jadi kenalah jaga barang tuan rumah pulak.
~ Kebersihan kena utamakan, sekurang-kurangnya tolong letak sampah pada tong sampah yang telah disediakan.

2. Ruang parkir yang luas dan betul-betul depan bilik yang disewa.


#BAYUMELAWICHALET
#RESORTBACHOK

Ini pun salah satu yang bagus. Tahu je la kan, bila bercuti dengan kereta ni barangan yang dibawa pun 'unlimited'. Selagi ruang bonet tu muat, memang sumbat je apa yang nak dibawa. Berbeza kalau makan angin dengan penerbangan, semua benda kalau boleh nak diminimumkan. Jadi, bila barang banyak kena pulak tempat parking kena jalan kaki dengan perkadaran 50 tapak jauhnya, memang agak menggugat tenaga. Bila parking depan mata ni, banyak benda yang menyenangkan kita :

~ Hati tak gelisah takut kereta hilang ke apa.
~ Nak ambil barang dalam kereta pun senang.
~ Nak punggah barang yang dibawa ke dalam bilik pun senang.
~ Anak-anak kecil tak perlu berjalan jauh untuk ke tempat parkir.

3. Kolam renang yang sentiasa menjadi pujaan kanak-kanak dan dewasa.


#BAYUMELAWICHALET
#RESORTBACHOK

Kolam renang mana yang kanak-kanak tak suka, kan? Dewasa pun sama. Acah-acah malu je mula-mula masuk ruang kolam mandi. Bila dah basah seluar terus terjun macam Pandalela Rinong tanpa hiraukan yang lain ditepi kolam. Kanak-kanak tak usah cakap la, kalau tak suruh naik masuk bilik, dari waktu Dhuha sampai ke Zohor berendam dalam kolam renang tu. Seronoknya di Bayu Melawi Chalet, ada dua kolam untuk pengunjung berendam. Satu untuk kanak-kanak dan satu lagi untuk yang dewasa. Tapi keselamatan perlu diutamakan. Kena awasi anak-anak walaupun mereka dah besar dan agak berkemahiran. Jenguk-jenguk la juga anak tu sebab takut yela, budak-budak bila dah jumpa rakan sebaya dia punya keterujaan tu lain sikit. Untuk tips keselamatan semasa mandi di kolam renang :

~ Pakaikan pelampung untuk anak yang tak pandai berenang
~ Jangan bagi anak-anak berlari di kawasan kolam sebab boleh berlaku insiden jatuh, rebah, tersungkur, berdarah dan juga lain-lain insiden yang tak nak kita tempuhi.
~ Pastikan anak-anak mandi di kawasan kolam mengikut umur mereka sebab tahap kedalaman kolam dewasa dan kanak-kanak adalah berbeza.
~ Aktiviti dalam kawasan kolam renang seperti bermain bola dalam kolam renang tidak begitu digalakkan bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini. Kalau nak main jugak boleh tapi kena terkawal sikit.

4. BBQ di depan bilik, di balcony atau di mana sahaja yang korang suka.


#BAYUMELAWICHALET
#RESORTBACHOK

Baca tajuk, macam betul ke bebas nak ber-BBQ ni. Tapi itulah hakikat sebenar yang disediakan oleh pihak Bayu Melawi Chalet. Masa mek pergi haritu, memang musim hujan tapi hujan yang on off dan tidak berlarutan. Jadi sempatlah family mek ber-BBQ pada petang itu sampai semuanya masak dengan sempurna. Alhamdulillah rezeki kami dapat bilik yang mula-mula dan disebelah kolam sahaja. Memang dekat dan cantik view. Depan bilik mek ada juga bilik dan mereka tunggu lepas waktu Maghrib untuk ber-BBQ. Malam tu hujan lebat. Jadi mereka bawa naik tempat BBQ tu ke atas balcony dan ber-BBQ di situ sahaja. Pada mulanya mek macam 'eyh, bahaya kang terbakor bilik' tapi sebenarnya dah selamat sebab pakai arang bukan api besar macam masak di dapur. Sedikit info untuk korang ber-BBQ di Bayu Melawi Chalet :

~ Arang kena beli sendiri. Kedai runcit ada je berdekatan dengan Bayu Melawi Chalet.
~ Lighter pun bawa sendiri juga.
~ Lauk pauk pun kena sediakan juga. Kedai ikan segar ada je tapi dalam radius 5km daripada Bayu Melawi Chalet.
~ Kalau ada Noxxa, nak bawa masak-masak kat situ pun dibenarkan.

5. Aktiviti di pantai sambil tengok terbit matahari serta meransang sensory anak-anak dengan bermain pasir.


#BAYUMELAWICHALET
#RESORTBACHOK

Ini memang love sangat. Bangun pagi semasa subuh tu, memang tengah gelap lagi. Tengok waktu syuruk jam 7.07pg. Gigih kejutkan spouse dan anak-anak nak tengok matahari terbit. Sekali awan tebal menyelubungi matahari. Jadi ajak mereka ke pantai untuk aktiviti sensory je la. Maklumlah, ibu bapa masa kini jenis yang anak main pasir tak boleh, turun depan rumah pun tak bagi. Jadi bila jumpa pasir yang takada cacing ni terus bagi main hinggakan anak pun macam 'nak korek macam mana? Nak buat apa dengan pasir ni?' - Inilah kesan bila ibu bapa terlampau sekat sensory anak-anak. Maka, rajin-rajinlah bawa anak ke tepi pantai supaya mereka lebih kreatif dan inovatif. Untuk aktiviti pantai ni, beberapa aktiviti lain juga korang boleh buat antaranya :

~ Mandi pantai tapi bukan mandi hingga ke tengah. Hanya digigi-gigi pantai sahaja. Ambik syarat kena air laut.
~ Buat istana pasir dengan anak-anak.
~ Tanam diri korang dalam pasir untuk tujuan kesihatan.
~ Volleyball ditepi pantai juga best.
~ Jogging sepanjang pantai.
~ Photoshoot naked face di pagi hari.

6. Breakfast disediakan.


#BAYUMELAWICHALET
#RESORTBACHOK

Ini juga paling mek tak sangka sebab tak pernah lagi chalet yang mek pergi sediakan breakfast. Hidang depan tangga pulak tu. Maksud mek, hidang pada meja di balcony bilik masing-masing. Pagi tu memang mek beraktiviti di pantai. Balik ke bilik dalam jam 10.00pagi sebab nak teruskan aktiviti mandi kolam sebelum check-out pada jam 12.00tgh. Balik bilik nak salin baju, terus tanya Sis Gee, bila keluar beli nasi walhal ada dengan mek je di tepi pantai sambil buat sesi luahan perasan kaum ibu. Bila tengok semua bilik ada, maka tak syak lagi pihak Bayu Melawi Chalet yang sediakan ini. Setiap bilik disediakan tiga bungkus nasi sebab satu bilik dianggap tiga orang yang diami. Satu teko air teh o panas suam disediakan juga. Alhamdulillah, tak perlu mek goreng mee pagi tu. Breakfast ni kita tak perlu request. Ianya dah termasuk dalam harga yang kita bayar. Nasi apa pun kita tak boleh request. Makan je apa yang dia bagi tu. Hari tu mek dapat Gulai Ayam dan Nasi Kerabu. 

7. Harga bilik tak perlu pilih dan pening, all included.


#BAYUMELAWICHALET
#RESORTBACHOK

Bilik di Bayu Melawi Chalet ni ada 20 biji secara keseluruhan. Bilik semuanya sama ada satu katil queen dan satu katil single. Macam mek cakap tadi, nak muat berapa orang ikut suka korang asalkan korang selesa. Bayar hanya RM140 je satu malam terus dapat semua facilities yang mek ceritakan di atas. Senang, kan? Tak perlu dah nak suruh family pilih nak bilik macam mana, sewa je berapa bilik dan bergembiralah di Bayu Melawi Chalet. Secara ringkas dengan membayar RM140 korang akan dapat :

~ 1 bilik yang ada katil queen dan single
~ Kemudahan kolam renang ikut suka nak terjun dan naik jam berapa tiada had masa.
~ Tempat BBQ di atas pilihan sendiri samada nak BBQ di balcony atau di atas tanah.
~ Dapat breakfast dengan tiga bungkus nasi dan seteko air panas.
~ Dapat buat aktiviti pantai.
~ Dapat tengok matahari terbit kalau tak hujan.

8. Facilities extra yang disediakan di Bayu Melawi Chalet.


#BAYUMELAWICHALET
#RESORTBACHOK

Di Bayu Melawi Chalet ni pun ada dewan. Masa mek pergi memang tiada orang guna dewan. Bila mek skrol FB Page Bayu Melawi Chalet, pernah berlansung satu majlis perkahwinan di sini dan memang cantik habis dia punya pelamin. Memang la pelamin bridal yang provide cuma tampak lagi berseri bila buat di Bayu Melawi Chalet. Mungkin sebab kawasan pantai nampak melayu punya beach wedding gitu. Bagi mek, elok buat di sini atas alasan :

~ Rumah takkan bersepah.
~ Terus honeymoon lepas sanding.
~ Bagi peluang tetamu merasai satu majlis perkahwinan yang suasana pantai.
~ Terus photoshoot outdoor di tepi pantai.

Seperkara lagi yang ada di Bayu Melawi Chalet adalah perkhidmatan mendobi. Korang boleh upah pekerja di Bayu Melawi Chalet atau korang boleh basuh sendiri baju di bilik yang telah disediakan. Tapi apa-apa pun tanya receptionist dulu sebelum menggunakan mesin basuh sebab yela, beradab sikit please. Mek sokong dengan perkhidmatan mendobi ni sebab mek memang jenis suka basuh pakaian terus sebab tak nak nanti sampai rumah nak basuh semua, penat weih. Positifnya ada perkhidmatan ini adalah :

~ Balik rumah just basuh baju yang dipakai ketika itu sahaja.
~ Boleh recycle pakai baju yang sama tapi yang telah dibasuh, sekaligus jimat beg tak perlu bawa sampai tiga atau empat persalinan untuk penginapan dua malam.
~ Kalau ada anak kecik yang kencing atau terberry dalam seluar, boleh terus cuci tak perlu tunggu kering dan busuk.
~ Baju mandi pantai perlu dibasuh terus sebab air masin membusukkan dan mereputkan kain baju korang.

Itu lah antara-antara kenapa Bayu Melawi Chalet begitu positif di mata mek. Memang mek mengimpikan satu percutian yang bayar satu harga lepas tu semua tu dah ada terhidang. Tak nak fikir itu ini mana nak buat. Kata lagi nak bercuti. Nak bersantai. Nak lepaskan lelah kerja-kerja serta reward diri dan keluarga di samping bonding time with maximise quality. Semoga ada rezeki lagi untuk ke sini lain kali ❤


#BAYUMELAWICHALET
#RESORTBACHOK

Jemput usha :


Call :

En Rezal 0199686884
Kak Sue 0129147766


Sekian ..


#BAYUMELAWICHALET
#RESORTBACHOK
#FAMILYGATHERING

6 comments

  1. wahh dekat je dnegan rumah ni. tq mek for sharing

    ReplyDelete
  2. sedapnya set awak berdua berkelah

    ReplyDelete
  3. best jugok ni kalau sekali sekala balik kampung bawak mak dan adik-adik bercuti di sini..tak jauh pun padahal..ni baru tahuu

    ReplyDelete
  4. berpatutan betul harga tu dengan facilities yang ada. thanks for sharing. boleh masuk list

    ReplyDelete