ANAK BY ACHEY, SINGLE KEDUA ACHEY YANG BUAT ORANG MENANGIS LAGI

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Anak, single kedua daripada Mohd Nasir Hamzah sebagai penutup bagi tahun 2018. Kenal tak siapa Mohd Nasir? Kalau sebut Achey Kintang Kintung ataupun lebih dikenali dengan Achey Bocey, mesti korang dah nampak gaya lawak yang dibawakan oleh individu ini. Bersuara nyaring, berbakat juga dalam bidang nyanyian, tentunya Achey tak lepaskan peluang untuk menzahirkan luahan hatinya kepada orang tersayang melalui alunan lagu.


#ANAK
#ACHEY

Terdahulu, lagu Yang Terindah berjaya memikat ramai hati netizen yang mana rata-ratanya mengatakan luahan tersebut dilihat begitu tulus kepada isterinya yang bernama Nor Hasanah Yahaya atau lebih mesra dipanggil Anne. Ramai mengetahui pernikahan Achey dan isterinya hampir lapan tahun lamanya dan menantikan cahaya mata mereka sendiri. 


#ANAK
#ACHEY

Pada ulangtahun kelahiran Achey yang ke 32, isterinya memberi kejutan kepada Achey dengan membawa pulang seorang bayi perempuan, kalau tak silap mek bayi tersebut diberikan nama Tiara. Video klip surprise oleh Anne itu tular di sosial media dan rata-rata sebak melihat rakan video tersebut. Dan kini, Achey menerusi single terbarunya, meluahkan rasa melalui alunan lagu Anak yang dicipta khas untuk anakandanya itu. Jom dengar lagu nukilan Achey kepada Tiara.


#ANAK
#ACHEY

Rasa ini
Kasih ini
Hanyalah untuk kamu seorang

Kesukaran
Kepayahan
Ku lakukan untuk mu wahai sayang

Kasih ku lama telah terpendam
Dan tiba masanya untuk aku luahkan

Oh Anakku
Dari dulu ku ingin bersamamu
Akhirnya kau muncul dalam hidupku
Menjadi penyeri
Menjadi penyuntik
Semangat dalam hidupku

Oh Anakku
Jagalah dirimu selalu
Hormati kedua ibu bapa mu
Dari dulu lagi
Hingga akhir nanti
Sehingga nafas pun terhenti

Dan tiba masanya
Untuk aku luahkan

Oh Anakku
Dari dulu ku ingin bersamamu
Akhirnya kau muncul dalam hidupku
Menjadi penyeri
Menjadi penyuntik
Semangat dalam hidupku

Oh Anakku
Jagalah dirimu selalu
Hormati kedua ibu bapa mu
Dari dulu lagi
Hingga akhir nanti
Sehingga nafas pun terhenti


#ANAK
#ACHEY

Bagi mek, sekali lagi Achey berjaya menyentuh hati para netizen melalui karyanya. Tentunya lagu ini juga merupakan lagu yang tulus daripada hati Achey sendiri. Mek berdoa agak Tiara menjadi yang solehah dan taat pada Achey serta Anne. Moga yang diluar sana, yang agak sama jalan cerita kehidupan dengan Achey, tabah menghadapi dugaan. Allah sebaik-baik perancang ❤


Sekian ..


#ANAK
#ACHEY
#ONTRENDING

9 comments

  1. semoga achey dan isteri dikurniakan zuriat sendiri satu hari nanti..

    ReplyDelete
  2. Semoga achey dimudahkan urusan bersama isterinya aminn ;)

    ReplyDelete
  3. Belum dapat dengar lagi. Comel la baby tu itu baby Tiara ke muka ada iras baby iQy dalam drama Pujaan Hati Kanda.

    ReplyDelete
  4. Yes lagu ni memang berhantu. suka bila dengar dah melekat.

    ReplyDelete
  5. kali kedua cik ash nangis bila dengar lagu achey dulu yg terindah ni anak..

    ReplyDelete
  6. Acheyy ni nyanyi dari hatiii.. Sayuu sangattt.. Suka tengok dia dan isteri.. Sweet.. Diuji belum dikurniakan zuriat yang menanti saja tau rasa ituu. Perit.. Kita nak tapi orang kata kita macam macam. Sedihh weh

    ReplyDelete
  7. Alaa kita tak dengar lagi. Lepas ni nak cari lah dekat Youtube. Heheh

    ReplyDelete