ADAB BERGURAU DALAM ISLAM DAN MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Perlu tahu adab untuk bergurau sebelum kita bergurau. Siapa dalam kalangan manusia ni yang tak pernah bergurau lansung. Kalau tidak bergurau maknanya hati dia memang amat kering. Tapi kalau terlebih gurauan, mungkin perkara yang tidak diingini juga akan berlaku. Macam dalam perhubungan, kalau kurang sangat kasih sayang risau nanti akan timbul perasaan ingin menjauh. Kalau terlalu banyak kasih sayang akan jadi terkongkong pula. Maka dalam Islam itu mengajar kita untuk bersederhana dalam setiap perkara.


#ADABBERGURAU
#BERGURAUADABATASNYA

Rasulullah sendiri juga pernah bergurau dengan orang disekelilingnya. Tapi bagaimana tatasusila atau adab yang Rasulullah terapkan dalam baginda bergurau dengan mereka yang lain? Ini beberapa gurauan yang mek dengar daripada tazkirah pagi, nak bagitahu hadis mana yang ceritakan memang tak dapat sebab mek tak dimaklumi dengan mendalam.

1. Rasulullah bergurau dengan mak cik tua.


#ADABBERGURAU
#BERGURAUADABATASNYA

Ada seorang mak cik ni, ketika baginda lalu depan rumahnya, maka dia menegur Rasullah. 'Ya Rasulullah, berdoa la kepada Allah moga mak cik diberi masuk syurga.' Seraya Rasulullah menjawab, 'Ahli syurga tiada orang tua, mak cik.' Lalu menangis la mak cik tu. Sedih sebab Rasulullah kata di syurga tiada orang tua. Tapi Rasulullah berkata kembali kepada mak cik tu 'Ahli syurga tiada orang tua kerana siapa yang masuk syurga, semuanya akan menjadi muda kembali.' Lalu tersenyum la kembali mak cik tu.

2. Rasulullah bergurau dengan penjual di pasar.


#ADABBERGURAU
#BERGURAUADABATASNYA

Seorang lelaki sedang berniaga di dalam pasar, macam orang kita jugak, memanggil pelanggan untuk datang membeli. Lelaki ni dalam keadaan berpeluh, Rasulullah datang memeluknya dari arah belakang lalu menyebut 'Siapa nak beli hamba ni.' Lalu lelaki tadi berpaling kepada Rasulullah dan tersenyum. Dia faham maksud hamba yang dikatakan oleh Rasulullah itu. Bukan hamba abdi tapi hamba Allah.

Bergurau ni diibaratkan sebagai secubit garam di dalam masakan. Garam kalau takada, tak sedap juga makanan tu. Tawar takada rasa masin. Tapi kalau terlebih, mahu hypertension pula orang yang makan garam lebih ni. Jadi, kena imbangkan. Tidak terlalu banyak bergurau dan tidak terlalu menjaga pergaulan sehingga kena serius setiap masa. Dan dalam setiap gurauan, Rasulullah sentiasa amalkan perkara-perkara ini :

1. Tidak berbohong dalam bergurau.


#ADABBERGURAU
#BERGURAUADABATASNYA

Rasulullah tidak pernah sesekali menyelit kebohongan dalam senda gurau baginda. Walaupun sikit, atau orang kita lebih suka menggelarkan tipu sunat, pun tidak Rasulullah selitkan dalam gurauannya. Ambik contoh Rasulullah bergurau dengan mak cik tua tentang syurga, baginda menyatakan tiada orang tua yang masuk syurga kerana semua yang masuk syurga akan menjadi umur 33 tahun semuanya. Contoh bagi penjual di pasar pula, memang betul Rasulullah menggelarkan penjual tersebut hamba, tapi hamba yang dimaksudkan adalah hamba Allah bukanlah hamba abdi bagi manusia lain. Maka, jangan sesekali berbohong dalam masa kita bergurau kononnya nak tambah 'perisa' gurauan. Itu adalah tidak mengikut adab bergurau dalam Islam yang sebenar.

2. Menakutkan saudara Islam yang lain.


#ADABBERGURAU
#BERGURAUADABATASNYA

Ada orang bergurau tentang perkara yang boleh buat rakannya atau pasangannya hampir gugur jantung. Gurauan yang melampau sehingga kadang-kadang melibatkan perkara-perkara kematian dan sebagainya. Pernah pada zaman Rasulullah, ada sahabat lain bergurau dengan mengambil pedang kawannya dan sembunyikan. Bila kawan dia bangun, terus panik kerana ingatkan musuh yang mengambil pedangnya itu. Maka Rasulullah bersabda 'Maka haram hukumnya bergurau dengan menakut-nakutkan saudaranya yang lain.' Dah jadi berdosa pulak bergurau. Oleh sebab itu, kita kena tahu adab bergurau supaya ianya boleh mengharmonikan hubungan.

Tidak dinafikan, ada je orang yang dia jenis okei kawan dia nak bergurau apa pun, dia tak terasa. Itu tak apa lah. Kalau niat bergurau je pun tapi kawan dia terasa dengan kata-kata gurauan tadi, bukankah itu boleh memutuskan silaturahim? Mek pernah juga bergurau dengan kata lain macam perli kawan mek tu. Tapi cukup sekali je mek perli, sebab mek takkan perli benda yang sama dua kali, risau kawan akan terasa hati. Bukan nak tunjuk mek baik, ada je orang terasa dengan kata-kata mek walaupun mek tak bergurau. Pun begitu selagi sedar dan boleh kawal, kawal lah lidah semampu boleh. Kerana lidah boleh buat kita masuk syurga dan juga ke neraka. Semoga bermanfaat ❤


Sekian ..


#ADABBERGURAU
#BERGURAUADABATASNYA
#BERGURAUBUKANMENYAKITI

3 comments

  1. part tipu sunat orang selalu salah guna.. perkongsian yang bagus

    ReplyDelete
  2. Seronok baca part Rasulullah bergurau tu..

    ReplyDelete
  3. Selalu jugak bergurau tapi kalau mai xda mood huhu hikhik

    ReplyDelete