Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
#123 oleh Khai Bahar, mek tanpa sedar tersuka lagu ni. Lagu ni mek dengar melalui corong radio sambil pandu kereta pergi dan balik kerja. Masa mula-mula dengar, tak berminat sangat. Entah apa lagu ni campur bahasa dengan english. Lepas tu dengar pulak, suara macam Khai Bahar. Biar begitu sahaja. Sehinggalah sangkut dalam jem, korang yang mengalami perasaan sangkut dalam jem faham la kan - boring, penat, kalau lagu dalam radio pulak tak membantu rasa macam baik baca yassin daripada dengar lagu makin sakit kepala.
#123
#KHAIBAHAR
#KHAIBAHAR
Tetiba keluar la lagi single Khai Bahar yang ketiga atau keempat ni. Sedap pulak dengarnya. Catchy dalam english. Kata spouse mek, banyak-banyak lagu yang dia tahu mek suka mesti rentaknya catchy gitu. Mek pun tak perasan sebab mek pun layan juga lagu Jutaan Purnama Datin Aliyah. Pun begitu, lagu ni selamat menduduki dalam 10 playlist MP3 mek. Liriknya bunyi begini :
Kau bagiku paling terindah
Wajah ayumu itu
Membuatku terpaku
Aku manusia tak sempurna
Tapi ku bisa berkata
Demi untuk mencari cinta sejati
Satu dua tanda tanya
Banyak persoalan yang terlintas
I wonder how to tell you this
Aku malu padamu
Ku pejam mata
Terlihat bahagia akan tiba
Bersamamu yang terindah
Semua pasti bahagia
#123
#KHAIBAHAR
#KHAIBAHAR
Ni pulak daripada Youtube. Kut-kut korang nak dengar sekali.
Apa pendapat korang mengenai lagu ni? Maksud mek, suka ataupun tidak. Atau korang tak suka dengan penyanyi ni? Dalam kalangan mek ada juga tak suka Khai Bahar ni. Mek tak pasti kenapa. Tapi kalau mek, mek suka lagu je, retis tu nombor dua. Kecuali Sajat. Yang tu lagu ke tuan empunya diri ke, memang tak masuk list lansung. Hmmm sangat. Okeilah, Moh komen ye ❤
Sekian ..
#123
#KHAIBAHAR
#LAGUCATCHY
#LAGUCATCHY
No comments