MYSTERTY BOXES GIVEAWAY BY LIYANA JASMI

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Giveaway by Liyana Jasmi ! Lamanya mek tak menyertai mana-mana giveaway yang dianjurkan oleh blogger. Biasanya mek akan turut serta bila diseru. Bukanlah nak tunjuk diva tapi biasanya dalam kalangan mek tak berapa kenal lagi Kalau yang dah kenal memang mek join macam tu je la. Tak payah seru. Macam kali ni mek diseru oleh kawan blogger Rodiah Amir. Dah lama dia seru tapi mek baru nak sertainya. Sebab mek suka cari sehari sebelum tarikh tamat supaya mek tak lupa untuk tengok keputusannya nanti. Jangan marah ye Liyana Jasmi.

Mek nak cakap yang mek totally tak kenal Liyana Jasmi ni pun, bila tengok dah follow dia punya blog, maknanya mek pernah berkunjung ke blog dia. Cuma mungkin tak kerap so mek tak boleh nak recall siapakah Liyana Jasmi. Apakah tulisannya. InsyaAllah akan lebih mengenali selepas ini. So jom kita sertai giveaway Liyana Jasmi.


#GIVEAWAY
#GIVEAWAYBLOGGER

Syarat yang ditetapkan pun amat mudah, tak banyak link nak kena tekan :

1. Follow blog Liyana Jasmi
2. Buat entry macam buat ni.
3. Letak gambar macam di atas tu.
4. Pastikan link untuk ke entry giveaway Liyana Jasmi ada dalam entry korang.
5. Tag 3 rakan blogger lain, pastikan diaorang tahu.
6. Publish dan letak link entry kat komen giveaway Liyana Jasmi.

Berbaki lagi sehari ni, jom lah join giveaway Liyana Jasmi. Tak menang pun takpa, at least dapat rapatkan hubungan sesama blogger ❤


Sekian ..


#GIVEAWAY
#GIVEAWAYBLOGGER
#LIYANAJASMI

JAM MAHAL TAPI KEDATANGAN LEWAT

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Jam mahal tapi datang lewat jugak ! Ini adalah petikan tazkirah pagi yang mek dengar semasa mek dalam perjalanan ke pejabat. Kata orang, motivasi pagi ni dapat membantu 'boost-up' emosi kita pada hari tersebut. Jadi korang pun boleh lah amalkan untuk dengar benda yang baik-baik dahulu pada waktu pagi untuk jaga emosi diri sendiri selain menambah ilmu pengetahuan.


#TARBIYAHDIRI
#DEMIMASAMANUSIADALAMKERUGIAN

Setiap orang mesti ada jam. Tak kisah jam tangan, jam dinding ataupun jam di telefon bimbit masing-masing. Soalnya, berapa ramai yang patuh pada waktu yang telah ditetapkan untuk kita? Uihh, bila persoalkan macam ni, banyak pula bayangan pada diri mek sendiri antaranya :

~ Kedatangan waktu ke pejabat
~ Kepulangan waktu ke rumah
~ Tempoh masa untuk siapkan report
~ Ketepatan waktu dalam menunaikan kewajiban


#TARBIYAHDIRI
#DEMIMASAMANUSIADALAMKERUGIAN

MasyaAllah. Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian melainkan mereka yang beramal soleh. Dulu Raihan duk alunkan barisan lirik ni mek hanya sing along. Bila baca Wal As- Innal Insa Nalafikhus, Illazi Naamanu Waamilu Solihat, Watawa Saubil Haqqi, Watawa Saubil Sob. Yang bermaksud 'Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Melaikan mereka yang beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.

Semua orang tanpa berkecuali punya masa 24 jam sehari. Tak lebih tak kurang. Tapi setiap manusia berbeza cara yang dia aturkan masanya. Yelah mek, mana nak sama, kau kerja bank, aku kerja di sekolah - tak sama cara kita uruskan masa. Ye betul, mek setuju sebab setiap orang ada keutamaan mereka masing-masing. Mana yang nak siapkan dulu, mana nak delay-kan bagi laluan kepada yang lebih memerlukan. Itu terpulang atas diri sendiri lah mana nak siapkan dulu.

Apa yang cuba disampaikan dalam tazkirah itu adalah kita ni semua tahu tentang waktu. Masuk waktu sembahyang tahu, kalau tak dengar azan sekalipun mesti tahu masuk waktu sembahyang. Soalnya, bergegas pergi untuk tunaikan kewajipan ke tidak? Mek jawab jujur lah, mek sendiri dengar azan pun kalau time lunch pergi makan dulu. Lepas balik lunch baru solat. Asar pula bergantung kalau tengah sibuk dengan kerja, memang tak tinggal kerja untuk tunaikan solat. Bagus ke tidak macam tu? Semua jawab tak bagus. Tapi cuba tanya diri sendiri pulak, bagus ke tidak korang?


#TARBIYAHDIRI
#DEMIMASAMANUSIADALAMKERUGIAN

Itu yang wajib. Ini pula melibatkan masa yang kita berjanji dengan seseorang. Kalau mek di pejabat, ketepatan waktu adalah penting. Kalau mesyuarat jam 9 makanya 9 bukan 9.05. Kalau minit mesyuarat ditetapkan selepas 5 hari bekerja perlu disiapkan, makanya perlu siap. Tak kisahlah nak bawa balik ke rumah ke nak stay di pejabat sampai Maghrib. Bila diberi tanggungjawab, maka perlu diselesaikan. Sekali dengar macam teruknya boss kau mek arahan memaksa untuk siapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan. Manusia kot bukan robot. Tapi bagi mek, tak kisah boss atau siapa yang suruh, bila kita menerima tanggungjawab kerja kita maka kita kena usaha sebaik mungkin semata-mata nak bersihkan gaji yang kita bawa balik kepada keluarga kita pula. Bukan soal organisasi kejam atau soal boss ditaktor, tapi soal agama yang ajar - janji harus ditepati, tanggungjawab perlu dilaksanakan. 

Itulah relatifnya antara jam mahal dengan ketepatan waktu. Bukan tak nak bagi beli jam mahal, tapi beli jam mahal untuk reward diri, itu bagus tapi teliti lah juga pada jarum-jarum minit dan saat yang ada pada dalam jam itu. Hormat padanya. Ikut aturannya. InsyaAllah kita akan menjadi manusia yang hebat didunia dan juga diakhirat ❤


Sekian ..


#TARBIYAHDIRI
#DEMIMASAMANUSIADALAMKERUGIAN
#MAHALTAKBAWAKESYURGA

HINDI MOVIE REVIEW : PAHELI

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Paheli, kalau diterjemahkan dalam bahasa adalah bermaksud kali pertama. Ni cerita hindi yang bagi mek macam tengok banyak kali tak jemu sebab cerita dia menarik, tak sama dengan cerita hindi yang cinta bagai nak rak. Still, 3 Idiots, Bajraini Baijan, Om Shanti Om adalah senarai terbaik hindi movie yang pernah mek saksikan. Paheli jatuh ke tangga keempat selepas mereka bertiga.


#PAHELI
#HINDIMOVIE

Paheli dikeluarkan pada 2005 semasa mek tingkatan satu. Masa tu tak tengok pun lagi. First time mek tengok rasanya 2007 atau 2008. Kali kedua mek tengok adalah pada 2018. Mesti korang tertanya-tanya, kenapa lama sangat bezanya tu mek, kata kedudukan keempat dalam hati. Mek tahu cerita je mek tak tahu pun tu tajuk apa sehinggalah mek tengok sinopsis cerita-cerita yang dilakonkan oleh Shahrukh Khan. Masa tu lah baru tahu cerita yang mek nak sangat tengok tu namanya Paheli.


#PAHELI
#HINDIMOVIE

Sinopsis cerita Paheli ni macam ni, cerita ni memainkan cerita orang India yang berada dikawasan kampung. Yang betul-betul ikut adat resam keturunan mereka. Yang anak jenis tak lawan keluarga, duduk satu keluarga besar dalam satu rumah. Kawasan rumah pula tempat yang jauh daripada kawasan perkampungan yang lain. Si Shahrukh Khan ni kahwin dengan Rani Mukerjee. Kahwin yang diaturkan oleh keluarga jugak tapi macam berkenan jugak antara satu sama lain. So dah kahwin si Rani kenalah balik rumah Shahrukh Khan. Malam pertama diaorang, Shahrukh Khan tak endah pun dekat Rani. Dia sibuk duk mengira untung rugi perniagaan bapak dia. Kena pulak, besok sesudah subuh nak kena bertolak ke tempat perniagaan bapaknya dan takkan pulang dalam masa terdekat. Rani memang sedih gila sebab apa gunanya kahwin, lepas tu duduk dengan mertua tanpa ada suami, suami pulak tak sentuh pun dia. Just macam kahwin tu nak ikat dia supaya ada menantu dan boleh menolong kerja rumah bapak Shahrukh Khan. Tak diendahkan, Shahrukh Khan blah macam tu je.


#PAHELI
#HINDIMOVIE

Diperjalanan si Shahrukh Khan ke tempat perniagaannya tu, dia berhenti satu kawasan rehat yang dibina oleh datuknya. Di situ ada satu pokok besar, orang India percaya pokok tu ada satu kuasa, so adalah berdoa dan gantung-gantung hajat mereka di pokok tu. Ada satu penunggu atau lebih dikenali sebagai hantu, dia dapat hidu yang Shahrukh Khan ni pengantin baru tapi yang masih suci. Penjelmaan hantu tersebut dalam rupa manusia, sempatlah hantu dan Shahrukh Khan berborak dan bertanya kenapa tinggalkan isteri padahal sehari baru kahwin. Macam biasa, Shahrukh Khan tu bagitahu yang dia sibuk, kena kerja jaga perniagaan bapak dia, kalau tidak siapa nak jaga. Dan Shahrukh Khan blah ke tempat pernigaannya.


#PAHELI
#HINDIMOVIE

Masa ni la hantu tu ambik kesempatan untuk menyamar jadi Shahrukh Khan dan pulang ke rumah. Katanya, cinta yang suci hanya daripada hantu bukan manusia. Masa dia menyamar ni memang sweet dan romantik la dengan Rani. Bapaknya pun memang suka dengan Shahrukh Khan hantu ni sebab nak duit je boleh bagi macam tu je. Tapi diaorang tak tahu la yang si Shahrukh Khan ni sebenarnya hantu. Panjang kisahnya di sini. Pendek cerita, selepas dua tahun, Shahrukh Khan sebenar nak balik. Masa tu Rani dah pun mengandung 7 bulan. Nak terberanak awal la pulak. Masa nak beranak dua Shahrukh Khan ada di situ. Keluarga dia pun pening tapi lebih percayakan hantu lagi. Jadi yang tengok baby, yang teman bini beranak pun Shahrukh Khan hantu.


#PAHELI
#HINDIMOVIE

Part last nak habis, nak menentukan siapakah Shahrukh Khan sebenar. Di sini memang agak sedih sebab dah tahu siapa akan kalah. Untuk menentukan siapa yang betul siapa yang salah, mereka berjumpa dengan seorang pengembala kambing yang dilakonkan oleh Amitabh Bachan. Amitabh Bachan ni pun dah dapat teka mana satu yang betul mana satu yang salah dan dia tahu niat apa sebenarnya hantu itu. Amitabh buat tiga game dan dua game tu memang Shahrukh Khan sebenar menang. Last game, Amitabh minta kalau betul sayangkan Rani, Shahrukh Khan kena masuk dalam botol minuman dia. For sure yang hantu tu dapat masuk sebab yang manusia mana boleh shrink masuk dalam botol minuman. Dah pun selesai tahu Shahrukh Khan yang betul. Ingatkan habis disitu je. Rupanya...

Yang akhir sekali korang kena tengok sendiri tapi cerita hindi memang kena happy ending kalau tak nanti panggung wayang tu kena bakar. Korang jangan lupa tengok cerita Paheli ni. Memang best, tak sempat nak tidur sebab ada je babak yang kena tengok. Untuk korang yang dah tengok, apa komen korang ❤


Sekian ..


#PAHELI
#HINDIMOVIE
#BOLLYWOOD

CARA KEPIMPINAN YANG MANA MENJADI PILIHAN?

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Daya kepimpinan ni daripada bangku sekolah lagi para guru akan cuba untuk cungkilkan dalam diri kita. Betul tak? Mungkin kalau bukan waktu tadika, mesti peluang untuk memimpin pada sekolah rendah akan diketengahkan. Tak percaya? Peluang untuk jadi ketua kelas, pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan apa-apa lagi yang berkaitan - itu menjadi salah satu cara para guru nak cungkil bakat daya kepimpinan para pelajarnya.

Tapi, secara tidak lansung teladan kepimpinan ini telah bermula daripada ibu bapa kita sendiri. Mek percaya dengan segalanya bermula daripada dalam rumah kita sendiri. Bagaimana corak ibu dan ayah, begitulah yang anak akan terjemahkan melalui sifat mereka. Okei, back on topic cara kepimpinan bagaimanakah yang kita terapkan dalam diri kita, yang kita tonjolkan di rumah dan juga di tempat kerja kita?


#PEMIMPINYANGBAIK
#TELADANYANGBAIK

Mek sendiri mempunyai karakter yang berbeza bila dirumah dan ditempat kerja. Well, takkan nak bawak karakter ibu di pejabat. Tak pasal-pasal menjerit pada boss 'heihhhhh, kenapa hisap rokok ni?!' . Lebih baik awak letak jawatan je la besok. Sebaliknya, takkan nak bawak corak seorang kerani di rumah 'Ye bie, ada nak apa-apa tak? Mummy boleh tolong buatkan.' Atau 'Amzar, ni apa ni nak susu main mintak macam tu je, cer emel dulu kat mummy so mummy boleh note dalam kalendar.' Denggg semuanya kalau betul-betul jadi macam ni.


#PEMIMPINYANGBAIK
#TELADANYANGBAIK

Pernah dengar, my character is based on your attitude, its either im just ok with that or i will turn to be rude. Cakap orang putih la. Kadang ada betulnya ayat ni, kadang ayat ni boleh memakan diri kita balik. Kenapa mek? Dia layak kot dapat kekurangan ajar daripada mulut ku bila perangai dia tu macam terkurang baik. Hmm. Dulu mek macam tu la. What you give you will get back. Mana boleh 1-0, kena seri satu sama baru lah adil. Cuma, persoalannya - manusia ni layak untuk mengadili sesama sendiri ke? Kononnya hari pembalasan itu ada dan hari pembalasan itu adalah sekarang.

Kita ambik pendekatan yang Rasulullah ambik ketika baginda menjadi seorang ketua negara. Baginda juga dalam masa yang sama merupakan ketua keluarga. Karakter Rasulullah juga berbeza bila di rumah dan juga ketika mentadbir negara. Maksud berbeza tu bukanlah lembut dayus dirumah dan diluar tegas berani tapi apa yang disampaikan oleh Rasulullah adalah cukup harmoni untuk kedua-dua pihak ini. Senang cerita pergaulan yang disenangi.

Berlainan pula dengan corak pimpinan Firaun. Firaun digeruni oleh pengikutnya disebabkan kekuasaan yang ada pada dia. Kekuasaan pun bukan yang luar biasa seperti yang dimiliki oleh nabi-nabi utusan Allah. Seperti yang korang sedia maklum, corak pimpinan Firaun ni dah banyak contoh depan mata kita sekarang. Disebabkan dia berkuasa so dia boleh buat sahaja, tolak soal halal haram, tolak soal kebersihan apa yang diambil dan yang diterima. Just because, im the boss and i had the authority for anything.

Bila ditanya kepada orang ramai, memang tiada yang suka cara kepimpinan Firaun, mesti nak cara kepimpinan Rasulullah. Pun begitu realistiknya pada hari ini kita harus mendepani para bos yang kebanyakkannya begitu. Nak salahkan ibu mengandung? Tentunya tidak, cuma kita diberi peluang di masa kini untuk mendidik dan mencorak anak kita supaya bila mereka dilatih untuk menjadi seorang ketua, dia akan jadi ketua yang baik, menteladani Rasulullah. Jadi, nak mula dari mana? Tentunya daripada kita sendiri. Kita memang tak sempurna macam Rasulullah tapi usaha untuk ada ciri-ciri kepimpinan Rasulullah dalam rumahtangga dan dalam organisasi itu dah cukup baik. Lama kelamaan ianya akan menjadi rutin yang membawa kita ke syurga.


#PEMIMPINYANGBAIK
#TELADANYANGBAIK

Moga ada manfaat dalam entry mek kali ini. Fikirkan untuk ada pengakhiran yang baik maka berusahalah untuk dapatkan jalan terbaik itu ❤


Sekian ..


#PEMIMPINYANGBAIK
#TELADANYANGBAIK
#PENGAKHIRANYANGBAIK

NIKMATI PUTU HALBA MUSIM TENGKUJUH DI HOTEL PERDANA KOTA BHARU KELANTAN

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Putu Halba, sejenis kuih tradisional orang Kelantan. Uniknya Putu Halba ni, ianya hanya timbul atau ada pada musim tengkujuh. Kiranya, kalau masuk je musim tengkujuh, mesti akan ada kuih ini sebagai minum petang orang Kelantan. Menu lain untuk minum petang pada musim tengkujuh ni juga adalah ubi kayu rebus. Ubi kayu ni ada yang suka makan dengan gula dan ada juga yang suka makan dengan kelapa parut. Sambil layan hujan musim tengkujuh, hirup juga kopi pekat panas-panas. Pergh ! Memang syok !

Orang luar daripada Kelantan biasanya akan bayangkan Putu Piring ataupun Putu Bamboo bila kami mengajak mereka untuk cuba Putu Halba. Padahal Putu Halba tak sama rasanya dengan Putu Piring atau Putu Bamboo. Dengan keunikan rasa halba dengan kemanisan gula melaka, memang buat korang rasa keaslian orang Kelantan punya hidangan makan petang. Mana taknya, Kelantanese sinonim sangat dengan extra sweet.

Pun begitu, nak cari yang keaslian resepi Putu Halba ni memang agak susah. Memang banyak yang jual Putu Halba ni bila musim tengkujuh tiba. Berderet di tepi jalan, masing-masing menggunakan nama masing-masing untuk memudahkan orang ramai, kalau sedap boleh war-warkan pada mereka yang lain, kan? Mek juga tak terlepas menjadi 'tester' Putu Halba bila tibanya musim ini. Tentunya mengharapkan yang sedap untuk dimakan bukan sekadar hanya untuk memenuhi selera anak tekak.


#PUTUHALBAPERDANA
#WARISANPUTUHALBA

Hotel Perdana, Kota Bharu juga mengambil peluang untuk memperkenalkan Putu Halba pada para pelanggannya. Maklum je la, pelanggan Hotel Perdana memang daripada luar Kelantan terutamanya. Tidak terkecuali pengunjung warga asing. Memang elok sangat usaha Hotel Perdana untuk memperkenalkan makanan tradisional Kelantan ni pada pelanggan mereka. Seiring dengan usaha Kerajaan Negeri Kelantan untuk #visitkotabharu2018 .

Mek dapat tahu mengenai perihal ini dengan secara tidak sengaja juga sebenarnya. Niat asal telefon receptionist semata-mata nak tempah bilik pada pegawai yang nak datang ke BSN Kota Bharu. Sebelum tamatkan panggilan tu, saja tanya Hotel Perdana Kota Bharu ada promo apa sempena cuti sekolah ni. Mana lah tahu dapat bilik murah, boleh bawa Amani dan Amzar mandi kolam di Hotel Perdana pula. Dipendekkan cerita, receptionist yang merangkap kawan mek juga tu bagi tahu yang sekarang Hotel Perdana Kota Bharu ada menu minum petang yang baru iaitu Warisan Putu Halba. Dalam kepala mek, waaaa seronoknya bawa keluarga datang minum petang di hotel. Feeling untuk reward diri dan keluarga tu tetiba datang. Jadi set time dan date untuk cuba Warisan Putu Halba !

Bila dah cuba sendiri Warisan Putu Halba di Hotel Perdana Kota Bharu ni, memang terasa sangat keaslian Putu Halba Kelantanese. Kenapa? Ini sebabnya :

1. Putu Halba Cukup Bahan.


#PUTUHALBAPERDANA
#WARISANPUTUHALBA

Putu Halba yang tebal dan banyak gula melaka. Bukan Putu Halba yang nipis-nipis, bukan yang acah-acah manis. Memang serius cukup bahan. Puas anak tekak mek makan yang jenis cukup bahan ni. Takda lah mengomel bila makan 'tak manis sangatlah' 'allah, nipisnya' 'tak rasa halba pun'. Ye, itu lah antara-antara komen murni mek bila tibanya musim Putu Halba ni. Tak semua kedai berniaga macam nak makan di tekak sendiri ye adik-adik. Kebanyakkannya nak isi masa lapang musim tengkujuh je dengan menjual Putu Halba.

2. Harga yang synchronize dengan mutu buatan.


#PUTUHALBAPERDANA
#WARISANPUTUHALBA

Gituu ayat mek. Untuk makan, jangan pernah berkira tau. Rezeki kita dapat, reward-lah diri dengan nikmat makanan yang baik-baik. Bukanlah mek nak cakap kena senantiasa memilih yang mahal, bukan. Tapi pilih biarlah berpadanan dengan harga dan mutunya. Tahu tak mutu? Lama betul tak sebut perkataan mutu buatan ni. Jangan pula korang bandingkan harga yang Hotel Perdana Kota Bharu tawarkan dengan harga mereka yang diluar jual. Memang berbeza. Pun begitu, mutu buatan juga berbeza. Kalau berpadanan dengan harga, apa salahnya korang menikmati sambil bawa keluarga untuk bonding time, kan?

3. Nikmati hidangan dari dapur tradisional di premis yang esklusif.


#PUTUHALBAPERDANA
#WARISANPUTUHALBA

Just, reward diri dan keluarga sementara kita masih berpeluang untuk melakukannya. Mek lebih suka kalau dapat bagi pengalaman kepada anak-anak bersama-sama dengan spouse, kadang pengalaman mahal kadang pengalaman biasa-biasa. Asalkan bagi mereka rasa. Mungkin Amani dan Amzar tu tak faham pun apa beza makan di hotel dan di gerai biasa, tapi gambar sebagai kenangan tu mahal sangat untuk diulang-tayang pada mereka bila mereka dah besar nanti. Konklusinya, jomlah cuba hidangan tradisional musim tengkujuh di Hotel Perdana Kota Bharu.

Untuk sebarang tempahan meja untuk dine in atau korang nak tapau Warisan Putu Halba boleh call 097458888 . Nanti cakap je nak order Warisan Putu Halba, diaorang akan sambungkan pada bahagian F&B. Kalau rasa macam nak sesi mengopi, nak tempah meja pun sama, telefon nombor yang mek bagi tadi. Untuk pengetahuan korang, hidangan Warisan Putu Halba ni boleh dinikmati pada jam 3.00 petang sehingga 9.00 malam tapi biasanya Warisan Putu Halba ni habis sebelum tamat waktu perniagaan. Maklumlah, baunya tu dah menarik hati para pengunjung di Hotel Perdana Kota Bharu. Setiap hari, sebanyak 15kg atau kurang lebih 300 biji Warisan Putu Halba berjaya dijual. Korang rasa, apa keistimewaan Warisan Putu Halba sampai macam tu sekali sambutannya? 


#PUTUHALBAPERDANA
#WARISANPUTUHALBA

Jangan lepaskan peluang untuk cuba Warisan Putu Halba Hotel Perdana Kota Bharu, end soon. Cepat ! ❤


Sekian ..


#PUTUHALBAPERDANA
#WARISANPUTUHALBA
#MINUMPETANGKELANTAN

MACARONE DI MCCAFE? SERIOUS LAH !

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Macarone, satu pemanis mulut yang mek nak sangat cuba semenjak dari tahun 2007. Masa tu mek baru jadi blogger (nak isytihar blogger ke? Yes, but not too serious). Tahu je la kan, masa tu pengaruh blog agak kuat juga berbanding Friendster atau Myspace. Blog ni kawan kita tak limit daripada serata Malaysia bahkan serata dunia, cuma yang selalu baca mestilah blogger cantik menawan serta berpengaruh. That time Hanis Zalikha masih lagi study di Universiti. Irine Nadia masih lagi di bangku sekolah tapi dia punya cantik tu macam terpengaruh la padahal sebab abang dia photographer so nampak la dia cantik dalam gambar. Still, dia memang cantik sampai ke hari ni.

Tak silap mek, macarone ni diperkenalkan oleh Hanis Zalikha kot. Dia pun suka share resipi and dia pun jenis travel bersama family dah masa tu. Bila dengar macarone mek macam apa tu, memang tak dapat bayang lansung apa rasanya, apa texture-nya. Memang Hanis ada sebut yang macarone amat manis ! Macarone ni asalnya daripada France. Masa tu terbayang bestnya pergi France, di Menara Eiffel minum petang with some macarones ! Seronok hanya seronok je la sebab tak sambung belajar sampai ke sana. Sudahnya cerita macarone tu terpendam dalam hati sampai ke hari ini, mek tak pernah cerita kepada sesiapa yang mek pernah mengenali macarone hanya pada nama.


#MCCAFEMACARONE
#MCCAFEMALAYSIA

Bila kawan mek si Yati tu snap gambar dan bagi pada mek dengan caption 'Macarone @ McCafe, tak nak try ke?' mek macam - Yati ni pandai baca kisah lampau orang ke macam mana. Atau dia memang tahu mek suka dengan McCafe so any terbaru di sana have to share with this girl. Terus whatsapp tanyakan sahabat mek di McDonald untuk set date pergi rasa sendiri macarone. Berdebarnya rasa setelah sebelas tahun akhirnya mek dapat rasakan macarone ni !

1. Macarone genetik separuh cookies, separuh kek.


#MCCAFEMACARONE
#MCCAFEMALAYSIA

Dulu masa Hanis Zalikha tulis tentang macarone memang dia ada bagitahu yang macarone ni tak keras sangat tapi tak jugak lembut sangat. Rupa macarone sama macam cookies tapi macarone bukanlah rangup seperti cookies. Macarone ni agak lembut tapi bukan juga lembut macam kek. Masa dia cakap macam tu mek tak boleh nak bayang macam mana rasa si macarone. Betullah kata orang, ada satu dua benda dalam dunia ni, kena rasa dulu baru tahu apa isinya. Bukan semua benda boleh terjemahkan melalui perkataan.

Bila mek makan macarone daripada McCafe ni maka barulah mek mengerti apakah yang dimaksudkan oleh Hanis Zalikha pada sebelas tahun yang lalu. Betullah macarone tak keras macam cookies namun tidak lembut seperti kek juga. Sesedap rasa bila masuk mulut.

2. Kemanisan macarone adalah keutamaan.


#MCCAFEMACARONE
#MCCAFEMALAYSIA

Ini pun diberitahu oleh Hanis Zalikha di mana macarone sememangnya manis. Cuma manis macam mana yang mek tak tahu sebab tak rasakan sendiri. Bila dia bagitahu yang macarone itu manis maka mek bersedia dengan tahap kemanisan macarone itu. Kalau takat manis teh tarik mamak di Kuala Lumpur, itu belum cukup manis bagi mek. Macarone McCafe ni bila mek masuk dalam mulut, lidah merasakan memang manis ! Kalau pedas tahapnya adalah extra hot. Jadi yang manis ni extra sweet ! Mek sempat tanyakan pelanggan McCafe yang beli macarone ni. Katanya macarone di McCafe memang extra sweet, yang dia cuba sebelum ini (bukan keluaran McCafe) adalah tahap mild sweet sahaja.

Pun begitu, kemanisan macarone yang dihidangkan di McCafe masih boleh diterima. Dengan kemanisan tu mek boleh telan sehingga 6 biji. Makan pula dengan Hot Latte Extra Syrup. Memang yummyh !

3.  Enam perisa macarone untuk dicuba di McCafe.


#MCCAFEMACARONE
#MCCAFEMALAYSIA

Dulu masa Hanis Zalikha tunjuk warna warni macarone mek ingatkan hanya sekadar warna tanpa ada rasa perisa tertentu. Ingat manis macam tu je la. Tak pasti samada Hanis Zalikha ada bagitahu ke tak tentang flavor macarone ni yang pasti macarone itu manis. Warna-warna yang ditonjolkan semestinya warna-warna pastel Paris macam ungu lavendar, baby pink, baby blue dan lain-lain warna lembut. Cute betul dan memang cantik untuk ambik gambar berlatar belakangkan Menara Eiffel.

Di McCafe ada enam perisa yang korang boleh cuba seperti dalam gambar di atas. Enam perisa ni mestilah ada rasa mereka tertentu. Semuanya sedap namun semestinya lidah masing-masing mempunyai citarasa yang tersendiri, kan? Kalau mek pula, mek akan lebih memilih :

~ Caramel
~ Chocolate
~ Pistachio
~ Vanilla
~ Rasberry
~ Lemon

Secara rumusan, termasuk dengan harga serta semuanya tentang macarone di McCafe mek berpuas hati dengan hidangan McCafe. Berbaloi dengan harga, senang nak didapati dan yang penting setiap peringkat umur serta lapisan masyarakat berpeluang untuk rasakan sendiri hidangan France ini. Semoga semua antara kita tidak lagi craving dengan macarone. Satu lagi pesanan masyarakat daripada mek, andai kata nampak ada orang terliur dengan macarone ni, tapi tahu dia tak berkemampuan, boleh la kita tolong beli kat dia. Besar pahala menanti di sana, InsyaAllah ❤


#MCCAFEMACARONE
#MCCAFEMALAYSIA


Sekian ..


#MCCAFEMACARONE
#MCCAFEMALAYSIA
#MCDONALDMALAYSIA

RESEPI TOM YAM BURUNG PUYUH

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Burung Puyuh, antara burung yang mek boleh makan. Burung merpati masa mengandung ada juga cuba sekali tapi memang tak boleh nak telan sangat. Nama je satu rumpun iaitu burung namun isinya tak sama. Berlainan dengan burung puyuh yang isinya seakan dengan isi ayam cuma bentuk fizikalnya yang nampak halus sahaja tak gemuk seperti ayam. Mek cuba makan burung puyuh ni masa di bangku sekolah lagi. Di Tanah Merah, Kelantan terkenal dengan Nasi Lemak Tok Wan Ali yang berlaukkan Burung Puyuh Goreng. Memang rangup dan sedap !

Memandangkan burung puyuh ni mudah untuk didapati oleh spouse mek, maka ada satu hari tu dia bawa balik 10 ekor burung puyuh yang frozen. Maksudnya yang dah siap siang semua dah. Kalau nak makan cuma ambik dan goreng sahaja.


#TOMYAMBURUNGPUYUH
#RESEPITOMYAM

Kebetulan pula pada hujung minggu ini mek terasa nak masak Tom Yam. Ingatkan dalam peti ais dah ada lauk ayam yang mek buat stok dulu. Rupanya dah takada, kena buang agaknya sebab dah lama sangat stok paha ayam yang mek beli tu. Jadi yang ada hanyalah burung puyuh frozen tadi. Pendekkan cerita, jom kita masak Tom Yam Burung Puyuh.

Bahan pertama :


#TOMYAMBURUNGPUYUH
#RESEPITOMYAM

Burung Puyuh 
Pes Tom Yam
Air untuk kuah

~ Yang ni mek guna noxxa, high pressure selama 15 minit untuk bagi daging puyuh tu lembut. Korang yang guna periuk biasa, boleh jugak rebus sampai daging tu empuk.

Bahan kedua :


#TOMYAMBURUNGPUYUH
#RESEPITOMYAM

Cendawan
Serai diketuk
Tomato
Hotdog
Bunga Kubis

Lepas dah high pressure daging burung puyuh, dah lembut elok, masukkan bahan-bahan rebusan kejap ni. Alasan mek kenapa tak high pressure-kan deme ni sekali sebab takot deme layu nanti tak sedap nak makan. Ini pun kalau boleh perlahankan api. Macam mek tukar mode noxxa ke stir fry.

Bahan ketiga :


#TOMYAMBURUNGPUYUH
#RESEPITOMYAM

Daun ketumbar
Limau nipis
Lada burung

Yang ni bila dah tomyam tu masuk mangkuk baru mek letak. Kiranya ikut kemasaman, kepedasan seseorang nak letak ni berapa banyak limau nipis dan juga lada burung.

Siap !


#TOMYAMBURUNGPUYUH
#RESEPITOMYAM

Itu je resepi Tom Yam Burung Puyuh mek. Mudah je rasanya. Kalau tak mudah, mek takkan buat masakan tu. Kehkeh. Korang ada resepi tom yam macam mana lagi, boleh share diruangan komen di bawah ye ❤


Sekian ..


#TOMYAMBURUNGPUYUH
#RESEPITOMYAM
#TOMYAMSIMPLE

KEPENTINGAN KAD KREDIT KEPADA KITA, MANA LEBIH BANYAK ANTARA POSITIF ATAU NEGATIF

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Kad kredit, antara satu kad yang kadang-kadang ada orang memang 'alhamdulillah' dapat kad tu, ada orang macam 'nauzubillah' kalau dapat offer untuk ada kad kredit. Banyak alasan yang baik dan buruk mengenai kad kredit ni. Tak kisah la bank mana yang tawarkan sekalipun. Bila dengar je kad kredit, ada telinga sudi mendengar faedah-faedah yang ditawarkan. Ada juga telinga yang awal-awal lagi 'sorry, tak berminat'.


#KADKREDITBSN
#KADKREDITRATERENDAH

Mek lebih suka jika telinga yang 'dengar dulu' lepas tu baru fikir samada ada kebaikan untuk diri sendiri mahupun tidak. Tak salahkan orang yang tak nak ada kad kredit tu juga sebab banyak berita serta statistik yang menunjukkan - muflis di usia muda kerana kad kredit. Biasalah netizen, baca tajuk je. Dia tak baca pulak pecahan golongan yang macam mana boleh muflis akibat kad kredit tu. Bukan sebab yuran kad kredit yang menyebabkan individu tersebut muflis, namun sebab berbelanja tak berpijak pada bumi yang nyata menyebabkan majoriti pemegang kad kredit diisytiharkan muflis.

Mek akan senaraikan apa yang baik, buruk, faedah serta tatacara penggunaan kad kredit :

Kebaikan bila ada Kad Kredit

1. Kegunaan semasa kecemasan.


#KADKREDITBSN
#KADKREDITRATERENDAH

Kecemasan ni korang kena betul-betul pastikan apakah jenis kecemasan yang mungkin akan berlaku pada korang. Contohnya, kalau berada di Sabah atau Sarawak, kampung di semenanjung. Jika berlaku kecemasan, nak beli tiket tentunya dengan harga yang tinggi. Masa ni boleh pakai kad kredit sebagai penyelamat tanpa usik duit gaji bulanan korang. Kalau mereka yang dah berada di semenanjung, ada berlaku kematian, mesti nak tuang minyak untuk balik kampung pun boleh guna kad kredit.

2. Bila nak cash dalam masa yang singkat.


#KADKREDITBSN
#KADKREDITRATERENDAH

Kadang-kadang kita perlukan cash untuk bayar sebagai pendahuluan. Seperti contoh nak bayar downpayment kereta, ataupun downpayment beli tanah mahupun aset lain. Kad kredit boleh menjadi penyelamat daripada korang tanpa usik duit tabungan korang di Tabung Haji atau di ASB. Cucuk je untuk amount yang korang nak (tapi terhad kepada caping kad kredit korang la). Nanti bulan-bulan bayar minimum payment sahaja.

3. Kegunaan tetap setiap bulan.


#KADKREDITBSN
#KADKREDITRATERENDAH

Kegunaan tetap ni kadang orang salah tafsir. Barang dapur pun barangan tetap juga setiap bulan kena tambah stok di dapur, kan? Cuma yang ini mek tak galakkan sangat. Yang ni kalau takat RM150, ikhtiar la untuk bayar dengan tunai. Antara kegunaan tetap lain yang korang boleh guna pakai kad kredit adalah dengan membuat potongan pembayaran bil utiliti melalui kad kredit. Ini ramai orang buat sebab tak perlu susah untuk internet banking dah bila masuk gaji. Atau tak perlu dah nak ke pejabat pos mahupun seven e untuk membuat urusan pembayaran bil. Jimat masa dan juga tenaga.

4. Kumpul mata ganjaran kad kredit untuk barangan yang ditawarkan oleh pihak bank.


#KADKREDITBSN
#KADKREDITRATERENDAH

Ini pun ramai juga yang suka, sehinggakan addicted nak guna kad kredit sebab setiap kali guna akan dapat mata ganjaran dan mata ganjaran tu boleh ditukarkan dengan apa-apa yang ditawarkan oleh pihak bank. Ada yang tawarkan pakej percutian, ada barangan elektrik dan ada juga barangan seperti jam dan telefon bimbit. Yang pasti, hadiah yang ditawarkan tidak lah begitu murah tapi tidaklah begitu mahal. Sederhana tapi berbaloi.

Keburukan bila ada Kad Kredit


#KADKREDITBSN
#KADKREDITRATERENDAH

Keburukan ni kalau cerita takada lah banyak tapi yang buruk ni datang bila diri kita tak disiplin dalam bayaran balik kad kredit. Perlu diingatkan juga, semasa berbelanja, kita perlu bersetuju dan bersedia untuk bayar kadar bayaran balik kegunaan kad kredit. Paling tidak bayar setiap bulan dengan bayaran minima untuk elakkan lebih banyak caj yang akan dikenakan. Konsep ni sama dengan mana-mana pembiayaan yang korang apply. Paling senang adalah pembiayaan kereta. Kalau tak bayar melebihi tiga bulan, tentunya surat penarikan balik kereta akan dikeluarkan oleh pihak bank. Apa-apa pun, kata kuncinya adalah disiplin dalam setiap jadual pembayaran. Barulah hidup takkan diburu keresahan masalah kewangan.

Faedah ada Kad Kredit.


#KADKREDITBSN
#KADKREDITRATERENDAH

Faedah tu lebih kurang dengan apa yang baiknya kita ada kad kredit. Boleh baca balik di atas kalau rasa agak tidak faham pada pembacaan pertama tadi.

Tatacara menggunakan Kad Kredit.


#KADKREDITBSN
#KADKREDITRATERENDAH

Guna kad kredit di mana-mana kedai yang boleh swipe kad kredit. Pembelian online juga boleh melalui kad kredit. Pendek kata kebanyakkan kedai dan website penjualan online sekarang dah boleh guna kad kredit. Kecuali korang beli melalui kawan-kawan lepas tu nak transfer dalam akaun personal seller, itu memang tak boleh la. Itu korang kena thru internet banking ataupun transfer melalui ATM atau CDM. 

Untuk pembayaran kad kredit juga korang boleh pilih untuk settel-kan sepenuhnya penggunaan semasa kad kredit ataupun jelaskan bayaran minima untuk kegunaan semasa kad kredit. Tentunya pada bulan seterusnya akan dikenakan caj extra bagi mereka yang bayar minima. Caj extra ni kalau korang nak tahu berapa peratus korang dikenakan, cara kiranya macam ni : rate setahun untuk kad kredit korang / 12 bulan. Contoh : 8.88% / 12 = 0.74%. Perkadaran itu lah extra caj yang dikenakan untuk korang bayar minima. So balance bring forward + peratusan bulanan. Tidak begitu tinggi kalau korang bayar secara disiplin setiap bulan. Kan?

Jom mohon Kad Kredit BSN sekarang !


#KADKREDITBSN
#KADKREDITRATERENDAH

Dah baca semua kan baik dan buruk kad kredit, tepuk dada tanya iman boleh tak kalau cuba nak mohon kad kredit dengan syarat berjanji dengan diri sendiri akan bayar secara berdisiplin. Kad kredit BSN merupakan kad kredit yang rate-nya paling rendah dalam kalangan bank-bank yang ada di Malaysia. Tak percaya korang boleh rujuk setiap website bank untuk tengok rate yang ditawarkan pada kad kredit. Ada juga yang mengatakan kalau apply bank 'tett' dapat masuk free situ sini sana mana-mana lah. Tapi sebenarnya itu bukan yang bank offer, itu adalah daripada inisiatif syarikat VISA ataupun MASTERCARD yang memberi kemudahan tersebut. Itu dealing antara pihak VISA ataupun MASTERCARD, tiada kaitan dengan pihak bank.

Jadi, jadilah pengguna yang bijak untuk memilih rate kad kredit yang paling rendah. Alah membeli, menang memakai.

Berminat nak apply kad kredit BSN, boleh hubungi mek 01117850280. Atau korang boleh usha-usha apa yang menarik yang ditawarkan oleh BSN bagi pemegang kad kredit BSN KLIK SINI okei. Nanti kita bincang syarat kelayakan dalam whatsapp, okei? Kalau ada soalan boleh juga drop di ruangan komen ❤


Sekian ..


#KADKREDITBSN
#KADKREDITRATERENDAH
#KADKREDITUNTUKMEMUDAHKAN

BAYU MELAWI CHALET PERCUTIAN DI TEPI LAUT CHINA SELATAN YANG BUAT KORANG RASA TAK NAK BALIK !

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Bachok, Kelantan satu daerah yang ada dua jenis geografi sama seperti Perlis. Daerah Bachok mempunyai pantai yang membentangkan Laut China Selatan dan juga mempunyai kawasan tanah aluvium iaitu jenis tanah yang mampu menangkung air untuk satu masa yang lama bagi tujuan menanam padi. Jadi, di Bachok ada kawasan bersawah, berbukit serta berpantai. Hebat, kan? Kalau nak ajar anak tentang geografi elok datang ke Bachok, Kelantan.

Tentunya kalau korang nak bercuti di Bachok, Kelantan ada banyak pilihan chalet untuk seisi keluarga beristeri rehat ditepian pantai sambil mendengar deruan ombak yang menenangkan. Mek yakin, percutian di tepi pantai bukan sahaja boleh buat orang dewasa macam kita ni tenang malah dapat menggembirakan hati anak-anak. Mana taknya, time ni la peluang mereka nak bina istana pasir, tanam diri dalam pasir dan macam-macam lagi la aktiviti di tepi pantai yang boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan.


#BAYUMELAWICHALET
#RESORTBACHOK

Bayu Melawi Chalet adalah satu tempat penginapan dan riadah bersama keluarga yang patut korang cuba sendiri. Berlokasi hanya 30 minit daripada bandar Kota Bharu, satu chalet yang mek rasa agak 'puas' bila menginap di sini. Tentunya beberapa faktor yang membuatkan mek kata begitu. Tak nak simpan dalam hati sahaja, mek akan senaraikan apa yang Bayu Melawi Chalet sediakan kepada pelanggan mereka. Pasti korang akan tertarik.

1. Bilik yang luas, tiada limitation untuk 'sumbat' berapa ramai.


#BAYUMELAWICHALET
#RESORTBACHOK

Bila bercuti, kalau keluarga kecil mungkin tidak menjadi masalah. Macam mek, hanya satu keluarga kecil mek sahaja, dengan satu katil queen dan satu katil single memang sudah cukup memadai. Tapi kalau yang pergi dengan keluarga besar, nak adakan family day, mesti nak juga muatkan satu bilik semuat yang mungkin, kan? Bayu Melawi Chalet, ruang dalam bilik memang luas. Korang nak masuk berapa orang memang dibenarkan, asalkan korang selesa. Nak tidur berguling atas lantai pun boleh. Extra bed dan bantal boleh request upon check in. Harga nanti tanya dengan receptionist. Rumusannya :

~ Nak masuk berapa orang ikut suka asalkan selesa.
~ Jangan rosakkan apa yang ada dalam bilik, dah bagi kelonggaran nak masuk berapa orang jadi kenalah jaga barang tuan rumah pulak.
~ Kebersihan kena utamakan, sekurang-kurangnya tolong letak sampah pada tong sampah yang telah disediakan.

2. Ruang parkir yang luas dan betul-betul depan bilik yang disewa.


#BAYUMELAWICHALET
#RESORTBACHOK

Ini pun salah satu yang bagus. Tahu je la kan, bila bercuti dengan kereta ni barangan yang dibawa pun 'unlimited'. Selagi ruang bonet tu muat, memang sumbat je apa yang nak dibawa. Berbeza kalau makan angin dengan penerbangan, semua benda kalau boleh nak diminimumkan. Jadi, bila barang banyak kena pulak tempat parking kena jalan kaki dengan perkadaran 50 tapak jauhnya, memang agak menggugat tenaga. Bila parking depan mata ni, banyak benda yang menyenangkan kita :

~ Hati tak gelisah takut kereta hilang ke apa.
~ Nak ambil barang dalam kereta pun senang.
~ Nak punggah barang yang dibawa ke dalam bilik pun senang.
~ Anak-anak kecil tak perlu berjalan jauh untuk ke tempat parkir.

3. Kolam renang yang sentiasa menjadi pujaan kanak-kanak dan dewasa.


#BAYUMELAWICHALET
#RESORTBACHOK

Kolam renang mana yang kanak-kanak tak suka, kan? Dewasa pun sama. Acah-acah malu je mula-mula masuk ruang kolam mandi. Bila dah basah seluar terus terjun macam Pandalela Rinong tanpa hiraukan yang lain ditepi kolam. Kanak-kanak tak usah cakap la, kalau tak suruh naik masuk bilik, dari waktu Dhuha sampai ke Zohor berendam dalam kolam renang tu. Seronoknya di Bayu Melawi Chalet, ada dua kolam untuk pengunjung berendam. Satu untuk kanak-kanak dan satu lagi untuk yang dewasa. Tapi keselamatan perlu diutamakan. Kena awasi anak-anak walaupun mereka dah besar dan agak berkemahiran. Jenguk-jenguk la juga anak tu sebab takut yela, budak-budak bila dah jumpa rakan sebaya dia punya keterujaan tu lain sikit. Untuk tips keselamatan semasa mandi di kolam renang :

~ Pakaikan pelampung untuk anak yang tak pandai berenang
~ Jangan bagi anak-anak berlari di kawasan kolam sebab boleh berlaku insiden jatuh, rebah, tersungkur, berdarah dan juga lain-lain insiden yang tak nak kita tempuhi.
~ Pastikan anak-anak mandi di kawasan kolam mengikut umur mereka sebab tahap kedalaman kolam dewasa dan kanak-kanak adalah berbeza.
~ Aktiviti dalam kawasan kolam renang seperti bermain bola dalam kolam renang tidak begitu digalakkan bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini. Kalau nak main jugak boleh tapi kena terkawal sikit.

4. BBQ di depan bilik, di balcony atau di mana sahaja yang korang suka.


#BAYUMELAWICHALET
#RESORTBACHOK

Baca tajuk, macam betul ke bebas nak ber-BBQ ni. Tapi itulah hakikat sebenar yang disediakan oleh pihak Bayu Melawi Chalet. Masa mek pergi haritu, memang musim hujan tapi hujan yang on off dan tidak berlarutan. Jadi sempatlah family mek ber-BBQ pada petang itu sampai semuanya masak dengan sempurna. Alhamdulillah rezeki kami dapat bilik yang mula-mula dan disebelah kolam sahaja. Memang dekat dan cantik view. Depan bilik mek ada juga bilik dan mereka tunggu lepas waktu Maghrib untuk ber-BBQ. Malam tu hujan lebat. Jadi mereka bawa naik tempat BBQ tu ke atas balcony dan ber-BBQ di situ sahaja. Pada mulanya mek macam 'eyh, bahaya kang terbakor bilik' tapi sebenarnya dah selamat sebab pakai arang bukan api besar macam masak di dapur. Sedikit info untuk korang ber-BBQ di Bayu Melawi Chalet :

~ Arang kena beli sendiri. Kedai runcit ada je berdekatan dengan Bayu Melawi Chalet.
~ Lighter pun bawa sendiri juga.
~ Lauk pauk pun kena sediakan juga. Kedai ikan segar ada je tapi dalam radius 5km daripada Bayu Melawi Chalet.
~ Kalau ada Noxxa, nak bawa masak-masak kat situ pun dibenarkan.

5. Aktiviti di pantai sambil tengok terbit matahari serta meransang sensory anak-anak dengan bermain pasir.


#BAYUMELAWICHALET
#RESORTBACHOK

Ini memang love sangat. Bangun pagi semasa subuh tu, memang tengah gelap lagi. Tengok waktu syuruk jam 7.07pg. Gigih kejutkan spouse dan anak-anak nak tengok matahari terbit. Sekali awan tebal menyelubungi matahari. Jadi ajak mereka ke pantai untuk aktiviti sensory je la. Maklumlah, ibu bapa masa kini jenis yang anak main pasir tak boleh, turun depan rumah pun tak bagi. Jadi bila jumpa pasir yang takada cacing ni terus bagi main hinggakan anak pun macam 'nak korek macam mana? Nak buat apa dengan pasir ni?' - Inilah kesan bila ibu bapa terlampau sekat sensory anak-anak. Maka, rajin-rajinlah bawa anak ke tepi pantai supaya mereka lebih kreatif dan inovatif. Untuk aktiviti pantai ni, beberapa aktiviti lain juga korang boleh buat antaranya :

~ Mandi pantai tapi bukan mandi hingga ke tengah. Hanya digigi-gigi pantai sahaja. Ambik syarat kena air laut.
~ Buat istana pasir dengan anak-anak.
~ Tanam diri korang dalam pasir untuk tujuan kesihatan.
~ Volleyball ditepi pantai juga best.
~ Jogging sepanjang pantai.
~ Photoshoot naked face di pagi hari.

6. Breakfast disediakan.


#BAYUMELAWICHALET
#RESORTBACHOK

Ini juga paling mek tak sangka sebab tak pernah lagi chalet yang mek pergi sediakan breakfast. Hidang depan tangga pulak tu. Maksud mek, hidang pada meja di balcony bilik masing-masing. Pagi tu memang mek beraktiviti di pantai. Balik ke bilik dalam jam 10.00pagi sebab nak teruskan aktiviti mandi kolam sebelum check-out pada jam 12.00tgh. Balik bilik nak salin baju, terus tanya Sis Gee, bila keluar beli nasi walhal ada dengan mek je di tepi pantai sambil buat sesi luahan perasan kaum ibu. Bila tengok semua bilik ada, maka tak syak lagi pihak Bayu Melawi Chalet yang sediakan ini. Setiap bilik disediakan tiga bungkus nasi sebab satu bilik dianggap tiga orang yang diami. Satu teko air teh o panas suam disediakan juga. Alhamdulillah, tak perlu mek goreng mee pagi tu. Breakfast ni kita tak perlu request. Ianya dah termasuk dalam harga yang kita bayar. Nasi apa pun kita tak boleh request. Makan je apa yang dia bagi tu. Hari tu mek dapat Gulai Ayam dan Nasi Kerabu. 

7. Harga bilik tak perlu pilih dan pening, all included.


#BAYUMELAWICHALET
#RESORTBACHOK

Bilik di Bayu Melawi Chalet ni ada 20 biji secara keseluruhan. Bilik semuanya sama ada satu katil queen dan satu katil single. Macam mek cakap tadi, nak muat berapa orang ikut suka korang asalkan korang selesa. Bayar hanya RM140 je satu malam terus dapat semua facilities yang mek ceritakan di atas. Senang, kan? Tak perlu dah nak suruh family pilih nak bilik macam mana, sewa je berapa bilik dan bergembiralah di Bayu Melawi Chalet. Secara ringkas dengan membayar RM140 korang akan dapat :

~ 1 bilik yang ada katil queen dan single
~ Kemudahan kolam renang ikut suka nak terjun dan naik jam berapa tiada had masa.
~ Tempat BBQ di atas pilihan sendiri samada nak BBQ di balcony atau di atas tanah.
~ Dapat breakfast dengan tiga bungkus nasi dan seteko air panas.
~ Dapat buat aktiviti pantai.
~ Dapat tengok matahari terbit kalau tak hujan.

8. Facilities extra yang disediakan di Bayu Melawi Chalet.


#BAYUMELAWICHALET
#RESORTBACHOK

Di Bayu Melawi Chalet ni pun ada dewan. Masa mek pergi memang tiada orang guna dewan. Bila mek skrol FB Page Bayu Melawi Chalet, pernah berlansung satu majlis perkahwinan di sini dan memang cantik habis dia punya pelamin. Memang la pelamin bridal yang provide cuma tampak lagi berseri bila buat di Bayu Melawi Chalet. Mungkin sebab kawasan pantai nampak melayu punya beach wedding gitu. Bagi mek, elok buat di sini atas alasan :

~ Rumah takkan bersepah.
~ Terus honeymoon lepas sanding.
~ Bagi peluang tetamu merasai satu majlis perkahwinan yang suasana pantai.
~ Terus photoshoot outdoor di tepi pantai.

Seperkara lagi yang ada di Bayu Melawi Chalet adalah perkhidmatan mendobi. Korang boleh upah pekerja di Bayu Melawi Chalet atau korang boleh basuh sendiri baju di bilik yang telah disediakan. Tapi apa-apa pun tanya receptionist dulu sebelum menggunakan mesin basuh sebab yela, beradab sikit please. Mek sokong dengan perkhidmatan mendobi ni sebab mek memang jenis suka basuh pakaian terus sebab tak nak nanti sampai rumah nak basuh semua, penat weih. Positifnya ada perkhidmatan ini adalah :

~ Balik rumah just basuh baju yang dipakai ketika itu sahaja.
~ Boleh recycle pakai baju yang sama tapi yang telah dibasuh, sekaligus jimat beg tak perlu bawa sampai tiga atau empat persalinan untuk penginapan dua malam.
~ Kalau ada anak kecik yang kencing atau terberry dalam seluar, boleh terus cuci tak perlu tunggu kering dan busuk.
~ Baju mandi pantai perlu dibasuh terus sebab air masin membusukkan dan mereputkan kain baju korang.

Itu lah antara-antara kenapa Bayu Melawi Chalet begitu positif di mata mek. Memang mek mengimpikan satu percutian yang bayar satu harga lepas tu semua tu dah ada terhidang. Tak nak fikir itu ini mana nak buat. Kata lagi nak bercuti. Nak bersantai. Nak lepaskan lelah kerja-kerja serta reward diri dan keluarga di samping bonding time with maximise quality. Semoga ada rezeki lagi untuk ke sini lain kali ❤


#BAYUMELAWICHALET
#RESORTBACHOK

Jemput usha :


Call :

En Rezal 0199686884
Kak Sue 0129147766


Sekian ..


#BAYUMELAWICHALET
#RESORTBACHOK
#FAMILYGATHERING