TOFFEE NUT CRUNCH LATTE HANYA KELUAR SETAHUN SEKALI DI STARBUCKS

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Selaku peminat kopi, mana-mana kedai atau restoren yang serving kopi mestilah sedaya upaya mek cuba. Bukanlah sebab ketagih tapi saja la nak cuba rasa kopi yang disediakan. Yang paling mek suka adalah jenis latte. Kopi susu kalau ikut kedai biasa. Jadi kalau ke mana yang ada serving kopi, mek akan cuba latte diaorang.


#TOFFENUTCRUNCHLATTE
#STARBUCKSSEASONINGOFFER

Kewujudan Starbucks di Kelantan juga memang buat mek agak teruja dengan hidangan kopi yang mereka sediakan. Tapi paling suka adalah spouse mek sebab mek kalau yang latte di Starbucks, not really in dengan mek. Kalau spouse dua perisa dah mek beli, semua dia in. Kena dengan selera dia. Di office, mek ada seorang kawan yang memang coffee lover. One step above daripada mek. Dia agak berpengetahuan dalam bab kopi ni. Oleh kerana dia la mek tahu tentang Toffee Nut Crunch Latte yang hanya keluar setahun sekali di Starbucks.

SEASONAL OFFER



#TOFFENUTCRUNCHLATTE
#STARBUCKSSEASONINGOFFER

Inilah rupa Toffe Nut Crunch Latte yang hanya keluar setahun sekali sahaja. Keluarnya dia menandakan Christmas is around the corner. Yang ni mek memang terpikat dengan kemanisan caramel bersama latte. Terpikat juga dengan Crunchy Nut tu. Memang gabungan yang hebat ! Betul lah kata kawan mek, dalam banyak-banyak keluaran Starbucks, ini yang paling best. Dan yang paling best ni hanya setahun sekali dapat merasa.

MENU SEASONAL OFFER DI TAMBAH PADA 2018



#TOFFENUTCRUNCHLATTE
#STARBUCKSSEASONINGOFFER

Untuk 2018, Starbucks keluarkan lagi satu menu yang akan memikat hati para penggemar kopi. Snowy Cranberry Latte, mek sendiri tak sempat lagi nak merasa this one. Tapi dengar pada nama tu macam buah Cranberry masam-masam gitu kan? Campur dengan latte, apakah rasanya. Agak teruja juga nak try. Mungkin gaji next boleh try Snowy Cranberry Latte pula. Toffee Nut Crunch Latte memang sudah melekat di hati pada hirupan pertama.

LIMITED OFFER



#TOFFENUTCRUNCHLATTE
#STARBUCKSSEASONINGOFFER

Biasanya tarikh yang diaorang jangkakan snow akan turun, diaorang akan release-kan seasonal offer ni. Untuk tahun ni di Malaysia Toffe Nut Crunch Latte dikeluarkan pada 13 November 2018 dan tamat pada entah tak diberitahu. Tapi kebiasaannya akan tamat pada pertengahan Januari. Tamat snow maka tamat lah Toffee Nut Crunch Latte ni.

**********


#TOFFENUTCRUNCHLATTE
#STARBUCKSSEASONINGOFFER

Korang dah pernah cuba ke Toffee Nut Crunch Latte ni? Mek 2018 baru kenal dengan this latte. Sebelum adanya Starbucks di Kelantan memang mek tak pernah masuk mana-mana Starbucks. Jemput komen ye. Kalau ada link korang dengan Toffe Nut Crunch Latte, boleh letak link diruangan komen nanti mek visit FB / IG dan blog korang ❤


Sekian ..


#TOFFENUTCRUNCHLATTE
#STARBUCKSSEASONINGOFFER
#LIMITEDOFFERSTARBUCKS

6 comments

  1. Alahai mek.. why.. why.. sha pun teringin nak cuba perisa nie.. malangnya starbucks is very far away.. hahaha..

    ReplyDelete
  2. alorhh, dok pernah try pun starbucks, orang hado-hado boleh la, haha kita nya student lagi :')

    ReplyDelete
  3. ala Kulim xdop pun lagi mek Starbucks ni sedap tengok air dia aduhaiii teliur pulak. .

    ReplyDelete
  4. Olohh sedapnya mek.. Teringin nok rasa 😍

    ReplyDelete
  5. dah lama tak minum kat starbucks ni...

    ReplyDelete