Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Perkenalan mek dengan owner Eyzaina Bakery atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ina memang tak dijangka dan tidak diduga sama sekali. Pertemuan mek dengan Kak Ina di BGRC pada Julai 2018 betul-betul tak menjangkakan hubungan mek dengan Kak Ina akan sejauh ini. Jangan terlajak fikir, baca dulu apa mek nak ceritakan ni. Kalau tak nanti rugi.
#KUIHMUIHTRADISIONAL
#KUIHMUIHALORSETAR
Korang pun tahu yang pada Julai 2018, mek dan rakan blogger lain ke BGRC atas urusan kerja kami sebagai blogger. Pada ketika itu, Head Sales Marketing BGRC juga turut ada untuk bantu kami dalam menulis tentang BGRC. Jadi, kesempatan itu lah Kak Ina mengikut suaminya ke BGRC. Jadi korang dah boleh agak la kan siapa Kak Ina ni.
Bila dah dipertemukan oleh suami Kak Ina, memang Kak Ina join program kami. Ke mana sahaja program kami Kak Ina ikut. Daripada situ kami menjadi makin erat dan bersembang. Tahu je lah kan perempuan, boleh bersembang macam dah kenal lama. Daripada situ juga mek tahu yang Kak Ina ni expert dalam membuat kuih muih tradisional. Tengok gambar yang dia tunjuk pun dah tahu mesti lemak elok je ni. Kalau tak, mana boleh dapat feedback dan repeat order daripada pelanggan lebih 3x !
LEBIH 5 JENIS KUIH TRADISIONAL UNTUK DINIKMATI
#KUIHMUIHTRADISIONAL
#KUIHMUIHALORSETAR
#KUIHMUIHALORSETAR
Ketayap. Inti kelapa. Nampak biasa tapi belum rasa takkan tahu apa bezanya.
#KUIHMUIHTRADISIONAL
#KUIHMUIHALORSETAR
#KUIHMUIHALORSETAR
Sri Muka. Paling laris dalam segala yang ada. Kenapa? Sebab lemak santan tu memang betul-betul lemak manis. Bukan tipu punya manis dan bukan tipu punya sukatan santan.
#KUIHMUIHTRADISIONAL
#KUIHMUIHALORSETAR
Qasidah. Mek tak pernah jumpa dan tak pernah rasa kuih ni. Memang tradisional betul kuih yang Kak Ina buat. Pada hemat mek, kalau kuih ni disediakan di tempat keramaian mesti akan laku keras sebab kuih ni jarang-jarang dah wujud di Malaysia. Nak kata pupus sepenuhnya ada je orang buat tapi tak ramai yang tahu nak buat. Paling tidak boleh cerita kat anak cucu je la.
#KUIHMUIHTRADISIONAL
#KUIHMUIHALORSETAR
Cara Berlauk. Yang ini lain daripada Kelantan punya. Sebab mek biasa makan yang lauknya serunding. Bila tengok Kak Ina punya dia buat lauk macam inti karipap. Lauk pulak penuh sehingga ke dalam. Kelantan ada serunding kat atas macam tu je la. Ni kalau makan memang kenyang ni.
#KUIHMUIHTRADISIONAL
#KUIHMUIHALORSETAR
Kuih Koci. Koci yang padat bukan lembik punya version. Ni pun ramai yang ambik order sebab koci pun antara kuih tradisional kegemaran ramai.
KUIH MUIH UNTUK PELBAGAI KERAIAN
#KUIHMUIHTRADISIONAL
#KUIHMUIHALORSETAR
Koleksi kuih tradisional yang Kak Ina buat sendiri. Gambar bukan daripada google tapi daripada hasil tangan Kak Ina.
#KUIHMUIHTRADISIONAL
#KUIHMUIHALORSETAR
Pelbagai kuih muih tradisional untuk dinikmati dan dihidang kepada para tetamu. Pendek kata, tetamu korang akan puji dengan manisan yang korang hidangkan ni. Puas hati bagi mereka yang memakan, puas hati juga bagi korang yang menjadi tuan rumah. InsyaAllah.
#KUIHMUIHTRADISIONAL
#KUIHMUIHALORSETAR
#KUIHMUIHALORSETAR
Selain daripada kuih muih tradisional, Kak Ina juga expert dalam buat Kek Carrot dan Kek Pisang. Korang jangan main-main, retis pun order dengan Kak Ina tau. Antaranya Wan Syarmila, Amar Ayraf, dan pelakon lelaki yang dah agak berusia tu mek lupa namanya. Semua sukakan kuih dan kek air tangan Kak Ina. Repeat order berkali-kali ! Kalau korang tak percaya, boleh tengok IG dan FB Kak Ina testimoni daripada pelanggan Kak Ina.
**********
Korang jangan lupa follow Kak Ina di social media untuk tahu lebih lanjut kuih-muih atau lauk-pauk yang dia buat dan jual. Area Alor Setar boleh COD direct dengan Kak Ina. Ni infonya :
FB : FB KAK INA
IG : IG KAK INA
Nombor phone : 0183633016
Sekian ..
#KUIHMUIHTRADISIONAL
#KUIHMUIHALORSETAR
#KUIHUNTUKMAJLISKERAIAN
alahai..bestnya pandai buat pelbagai kuih tradisional..:)
ReplyDeleteUish.. kuih sha minat pun ada.. suka betul kalau dapat kuih koci yang padat macam tu.. Tepung gomak tu pun nampak menarik..
ReplyDeletekuih tradisional mmg sedap dimakan sepanjang masa..sri muka, nyum, nyum..
ReplyDeletetak tahu pulak kak ina ni ambil tempahan kuih tradisional. ya allah kuih koci dia mengancammmmmm :'(
ReplyDeleteWahhh banyaknya kak Ina buat kuih !! Sedapnya nampak nak-nak kuih koci dengan kuih sri muka tu. My favourite
ReplyDeletewah banyaknya kuih kak ina.. Syok tengok kuih koci tu hahaha terliur hahaha..
ReplyDeleteSerius nampak pun dah boleh agak mesti sedapp ni.. Sedapnya kuih muih dia banyak pilihan
ReplyDeletepeminat kuih koci kat sini..lagi satu kuih serbuk tu apa tah nama uihh layan kuih tradisional ni
ReplyDeletesedap belaka.. kalau ada area sana leh order
ReplyDeleteSedapnya kuih ketayap dengan koci.
ReplyDelete