Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..
Bangi Wonderland Themepark & Resort, dengar nama pun dah macam seronoknya kalau dapat pergi. Lebih-lebih lagi kalau yang dengar itu kanak-kanak. Kita yang dewasa ni pun agak teruja bila dengan terma themepark tu. Bayangan untuk bersuka ria, hilangkan stress, lupakan seketika tanggungjawab kerja semata-mata untuk hiburkan banyak hati bila pergi ke themepark. Paling penting hati sendiri lah kan. Penat kerja siang malam, penat otak dengan stress kerja seharian, semestinya percutian dengan anak-anak adalah satu masa yang amat ditunggu-tunggu.
Tambah pula dapat kawan yang menyambut baik cadangan mek untuk luangkan masa hujung minggu dengan keluarga. Themepark kena pergi at least dua family barulah agak best untuk menikmati apa yang ada di sana kalau tidak agak kesepian la. Orang memang ramai tapi tak dikenali jadi macam krik krik sikit. Bila dua keluarga tentunya ada kawan nak menyembang dan kawan untuk mencabar diri bersama-sama. Peluang yang terhidang ini mek dan sis gee gunakan dengan sebaik mungkin untuk puaskan hati anak-anak serta pasangan kami. Skrol ke bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Bangi Wonderland Themepark & Resort.
14 CARA UNTUK TERJUN DALAM AIR
#BANGIWONDERLAND
#SPENDINGWEEKEND
#BANGIWONDERLAND
#SPENDINGWEEKEND
Seperti heading di atas, di Bangi Wonderland Themepark & Resort ada 14 cara korang nak terjun dalam air. Dua gambar di atas mek ambik thru website Bangi Wonderland. Masa mula-mula tengok dah masyaAllah ! Banyaknya nak cuba mainan ni. Dalam hati dah niat, selagi tak habis 14 slides ni mek tak nak balik. Dan partner in crime mek pun kena ikut sekali mek terjun dengan slides ni. Kalau tak, rugi la datang jauh-jauh tapi tak mencuba, ye dak? Okei jom tengok gambar mek dan yang lain beraksi.
#BANGIWONDERLAND
#SPENDINGWEEKEND
Ni tempat first. Paling seronok adalah Amani dan Amzar sebab tempat diaorang. Dekat sini pun dah ada beberapa slides. Ada orang dewasa boleh naik ada yang tak boleh. Safety memang high sebab ada staff yang jaga untuk anak-anak kita terjun. Macam Amani mek tunggu kat tepi je, dia pergi sendiri naik slides. Kuranglah rasa bimbang tu sebab ada staff jaga. Dia pun seronok dapat main dengan rakan sebaya yang lain. Tapi jangan la korang tinggal terus anak korang di sini. Ramai orang, takot ada kejadian yang tak diingini. Jadi, berendam di tepian sambil mata pantau pergerakan anak.
#BANGIWONDERLAND
#SPENDINGWEEKEND
Sebelum ke Pirates Bay (beach), ada Meander River. Dekat Pirates Bay memang lama juga kami berendam sebab macam air pantai betul. Ada ombak. Amzar paling seronok di sini sebab spouse mek bawak sampai ke tengah. Dengan beraninya dia nak selam kepala. Itu adalah petanda next agenda kena ke themepark lagi. Mek dengan Sis Gee melepet di tepian pantai sebab kami tak pandai berenang maka layan je la ombak datang tu dengan tenang. Sambil tengok kapal terbang membelah awan.
Yang sungai tu mek sekeluarga sempat try. Best juga. Bawa anak-anak duk atas pelampung sambil layan pusaran air. Kiranya tempat untuk relax sekejap selepas mandi di Pirates Bay dan Pirates Spa. Untuk Meander River kena guna pelampung kuning tu. Tak boleh masuk macam tu aje, nanti staff dia tak bagi masuk.
#BANGIWONDERLAND
#SPENDINGWEEKEND
Dah siap bahagian anak-anak, dah nampak diaorang puas hati dengan menyelam dan berendam, maka time untuk mak ayah pulak beraksi dengan cara terjunan bersama 14 slides berbeza. Masa berpindah ke atas ni takada la bunyi orang menjerit kuat maknanya semuanya okei la kan. Dengan yakin mek dan sis gee nak cuba semua slides ni. Spouse kitaorang menyokong penuh usaha kami. Alhamdulillah.
#BANGIWONDERLAND
#SPENDINGWEEKEND
Bila makin dekat dengan giliran, makin dekat nak ambik pelampung macam seriau la pula. Kebanyakkan yang terjun adalah lelaki dan kanak-kanak sebesar Arsyad dan Amani (anak sis gee). Mana geng perempuan ni weih. Mek dan sis gee angkut juga pelampung tu naik atas sampai ke tingkat empat dan zasssss terjun ! Yang slides kuning hijau tu adalah slides kedua mek dan sis gee terjun. Ini nampak biasa tapi melambung tu buat jantung di luar. Tapi best !
#BANGIWONDERLAND
#SPENDINGWEEKEND
Ni tempat kami landed. First slides yang kami naik. Allahu, staff dia siap cakap lagi, kak saya mintak maaf. Bukan buat salah cuma dia tahu kami takut jadi dia tolak je mek dan sis gee turun dengan pelampung. Macam naik roller coster weih. Rasa macam nak terbalik pun ada tapi alhamdulillah mendarat dengan selamat. Lepas tu bagi laki je la main. Dah tahu kenapa perempuan tak ramai di sini. Masa mek dan sis gee turun korang tak yah bayanglah macam mana kami berteriak kat atas tu. Macam kena rasuk. So total yang mek naik adalah Spiralax dan Anaconda Trail.
#BANGIWONDERLAND
#SPENDINGWEEKEND
Ini bukan mek dan sis gee je yang takut. Laki kami pun takut jugak. Ini adalah Water Cannon. Yang main adalah remaja muda mudi. Best jugak tengok diaorang main. Mencabar tapi at the same time korang buat jantung korang berdegup kencang. Berbaloi dengan bayaran tiket masuk.
KEMUDAHAN LAIN YANG DISEDIAKAN
#BANGIWONDERLAND
#SPENDINGWEEKEND
Untuk tempat penyimpanan barang, korang boleh sewa locker. Selamat la barang korang dalam locker tu. Kadar bayaran seperti di dalam gambar. Macam mek dan sis gee ambik satu locker je berkongsi senang. Tapi bergantung dengan barangan yang korang bawa la. Tapi biasanya baju dan barang berharga lain je kan yang akan disimpan di dalam locker.
#BANGIWONDERLAND
#SPENDINGWEEKEND
Ni contoh locker yang paling besar. Yang warna hijau tu locker small. Kebanyakkan yang mek tengok orang ambik yang large dan kongsi ramai-ramai. Locker ni ada hand-band untuk dibuka. Jadi safetynya agak tinggi. Kawasan pun di awasi dengan CCTV.
#BANGIWONDERLAND
#SPENDINGWEEKEND
Cabana. Tempat singgah rehat ahli keluarga. Yang ni sewa RM75 satu cabana. Kalau korang tak sewa locker, boleh sewa cabana untuk letak barangan korang. Untungnya cabana ni kalau anak kecik macam mek nak menyusu dan nak tidur, elok la boleh baringkan mereka di dalam cabana. Cabana ni macam pondok untuk berteduh. Masa mek pergi semuanya dah di sewa dan kami terpaksa lah simpan barang dalam locker.
#BANGIWONDERLAND
#SPENDINGWEEKEND
Nak sembahyang pun senang sebab surau disediakan. Untuk orang kurang upaya pun ada tandas khas untuk mereka. Untuk para bayi, ada bilik khas untuk mummy dan baby menyusu serta changing diaper. Pengalaman mek hanya di surau dan baby room.
Surau memang alhamdulillah bersih dan kain sembahyang pun ada. Tempatnya luas. Kalau datang satu bas pun muat untuk sembahyang ramai-ramai.
Baby room ada toys untuk anak-anak. Lepas diaorang dah mandi siap bersalin tunggu mak nak sembahyang, boleh la letak diaorang disitu bagi diaorang rehat baring ataupun main toys tu. Bagus facilities yang diaorang ada.
#BANGIWONDERLAND
#SPENDINGWEEKEND
Ni tempat makan. Makanan luar dilarang masuk. Lepas main air kadang dahaga dan lapar, jadi boleh la isi perut di sini. Makanannya bukanlah sepinggan nasi, ianya sekadar makanan yang nak alas perut. Dah cukup elok dah sebab paling suka makanan macam ni adalah kanak-kanak. Yang dewasa beli air dan makan samosa je. Sedap !
HARGA TIKET
#BANGIWONDERLAND
#SPENDINGWEEKEND
Kanak-kanak yang bawah 90cm adalah free entrance. Mek hari tu dapat lagi Amani free sebab 95cm tak sampai seratus. Kalau tak, kena juga tiket tu. Amzar confirm la lepas sebab bawah 90cm.
#BANGIWONDERLAND
#SPENDINGWEEKEND
Dewasa punya tiket time mek pergi berharga RM58 tapi from time to time Bangi Wonderland Themepark & Resort ada buat promosi harga tiket. Korang boleh check thru website Bangi Wonderland Themepark & Resort DI SINI .
SAMBUTAN HARI KELUARGA / LAIN-LAIN KERAIAN
#BANGIWONDERLAND
#SPENDINGWEEKEND
Bangi Wonderland Themepark & Resort juga amat sesuai kalau korang nak buat family day. Mereka ada sediakan satu astaka untuk korang berhimpun time family day. Sedang elok masa mek berkunjung hari tu, KPJ sedang lansungkan family day jadi mek dapatlah gambaran macam mana kalau family day berlansung di sini. Meriah habis dapat berkaroks, dapat buat cabutan bertuah, dapat buat persembahan. Untuk pertanyaan lanjut korang boleh hubungi sales marketing diaorang untuk tanyakan quotation.
**********
Korang yang nak datang ke Bangi Wonderland Themepark & Resort, boleh usha dulu mereka punya social media. Biasalah, sebelum pergi, kena survey dulu, betul tak?
Google Maps : BANGI WONDERLAND THEMEPARK & RESORT
Nombor phone : 0389128333
Email : sales@bangiwonderland.com.my
Masa buka dan tutup : 11 pagi hingga 6.00 petang. Setiap Selasa cuti tapi kalau public holiday atau cuti sekolah mereka buka untuk orang ramai.
Korang yang dah pernah datang ke Bangi Wonderland Themepark & Resort jemputlah share pengalaman korang diruangan komen. Kalau ada story di FB, IG dan blog pun dialu-alukan untuk letak link, nanti mek terjah untuk like dan komen sekali. Secara total, mek keluar daripada Bangi Wonderland Themepark & Resort dengan bahagia sebab anak-anak memang puas hati dapat mandi kolam. Next time insyaAllah boleh repeat dengan keluarga yang lebih besar ❤
#BANGIWONDERLAND
#SPENDINGWEEKEND
Sekian ..
#BANGIWONDERLAND
#SPENDINGWEEKEND
#BONDINGWITHFAMILY
Menarik jugak tu... teman pun pernah lagi sampai kat sini...
ReplyDeletesangat besttt!!! Dan recommended untuk nak quality times bersama keluarga!
ReplyDeleteSyoknya Bangi Qonderland..
ReplyDelete🤣🤣🤣 #wonderland
Delete