SEMPENA KEPUTERAAN SULTAN MUHAMMAD KE V, KELANTAN DITERANGI OLEH CAHAYA LAMPU YANG MEMUKAU !

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Sultan Muhammad ke V atau dengan nama betulnya adalah Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra adalah putra sulung bagi institusi kesultanan di Kelantan (era Sultan Ismail Petra). Sultan Muhammad ke V dilantik menjadi Sultan Kelantan pada tanggal 13 September 2010 setelah Sultan Ismail Petra gering akibat penyakit strok. Lantikan Sultan Muhammad ke V menjadi Yang diPertuan Agong adalah pada 13 Disember 2016 namun majlis lantikan diadakan pada 24 April 2017.


#KEPUTERAANSULTANMUHAMMADV
#KEPUTERAANSULTANKELANTAN

Kalau nak diikutkan biografi Sultan Muhammad ke V, tarikh birthday-nya adalah pada 06 Oktober 1969 namun mek pun tak pasti kenapa tarikh 11 dan 12 November menjadi tarikh pilihan untuk menjadi cuti umum di negeri Kelantan. Mek tak sempat nak cari info tentang tu dengan SUK. Kalau korang ada info tetang tu boleh la share diruangan komen.

ACARA TAHUNAN SEMPENA KEPUTERAAN TUANKU



#KEPUTERAANSULTANMUHAMMADV
#KEPUTERAANSULTANKELANTAN

Memang setiap tahun akan meriah di Pejabat Setiasuaha Kerajaan Negeri Kelantan dengan hiasan lampu sempena birthday Tuanku Sultan Muhammad V. Rakyat jelata pun tumpang gembira dan tumpang 'lepak' di perkarangan SUK ni untuk bergambar.


#KEPUTERAANSULTANMUHAMMADV
#KEPUTERAANSULTANKELANTAN

Kalau korang tengok in real, memang cantik. Kalau ada hari-hari macam ni mungkin dapat dijadikan sebagai tempat pelancongan.


#KEPUTERAANSULTANMUHAMMADV
#KEPUTERAANSULTANKELANTAN

Orang berniaga pun ambil peluang untuk berniaga yang mana mereka rasa sesuai. Contohnya lampu-lampu ni la. Anak mek dah selamat bedal dua benda. Tahun lepas hanya Amani je yang pandai nak lampu-lampu ni. Tahun ni Amzar dah pandai pilih dia punya mainan sendiri so selamat lah RM50. Bahagiakan hati anak serta bantu para peniaga. Tak salah, kan?


#KEPUTERAANSULTANMUHAMMADV
#KEPUTERAANSULTANKELANTAN

Ni untuk orang dewasa remaja. Ni lawa juga kalau beli letak dalam bilik buat lampu tidur. Kalau nak buat suprise birthday pun lawa juga. Cuma harga mek tak tanyakan hari tu so tak dapat nak bantu korang. Sorry.


#KEPUTERAANSULTANMUHAMMADV
#KEPUTERAANSULTANKELANTAN

Ni pedang-pedang the usual one. Nasib baik Amzar tak mintak yang ni. Kalau tak jadi Star Wars anakku.

SOLAT HAJAT SERTA DOA SELAMAT ACARA WAJIB



#KEPUTERAANSULTANMUHAMMADV
#KEPUTERAANSULTANKELANTAN

Tak dilupakan juga solat hajat serta majlis doa selamat untuk Tuanku. Biasanya solat hajat dan doa selamat diadakan di Masjid Muhammadi. Tahun ni pun sama cuma tanpa kehadiran Tuanku. Setiap tahun Tuanku tak pernah miss untuk hadirkan diri ke majlis solat hajat. Siap Tuanku jadi imam untuk solat Isyak lagi. Memang time ni rakyat ambil peluang untuk sembahyang berimamkan Tuanku Sultan Muhammad V. Feel tu lain sikit, kan? Kita punya pemimpin jadi imam solat kita. Itu yang buat rasa macam Allahu, berkatilah kami.


#KEPUTERAANSULTANMUHAMMADV
#KEPUTERAANSULTANKELANTAN

Tapi tahun ni kami pun tak hadirkan diri juga di Masjid Muhammadi bagi program tu. Sebelum kahwin ada juga sekali dua hadirkan diri. Semenjak ada anak masih belum berkesempatan nak hadirkan diri. InsyaAllah bila anak dah settle down, boleh bawa mereka bersama untuk ke majlis solat hajat dan doa selamat.

********

Patik sebagai rakyat jelata tuanku ingin memanjat doa agar tuanku sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dapat membantu rakyat jelata dalam menjalani kehidupan dunia dan akhirat dengan betul dan baik. Semoga Allah merahmati tuanku dan juga rakyat jelata tuanku. Daulat Tuanku ❤


Sekian ..


#KEPUTERAANSULTANMUHAMMADV
#KEPUTERAANSULTANKELANTAN
#ICTKELANTAN

10 comments

  1. masa budak2 dulu hari keputraan sultan kelantan la paling duk tunggu2 tiap tahun leh tengok lampu and leh masuk istana.... meriah sgt...

    ReplyDelete
  2. BROKER TERPERCAYA
    TRADING ONLINE INDONESIA
    PILIHAN TRADER #1
    - Tanpa Komisi dan Bebas Biaya Admin.
    - Sistem Edukasi Professional
    - Trading di peralatan apa pun
    - Ada banyak alat analisis
    - Sistem penarikan yang mudah dan dipercaya
    - Transaksi Deposit dan Withdrawal TERCEPAT
    Yukk!!! Segera bergabung di Hashtag Option trading lebih mudah dan rasakan pengalaman trading yang light.
    Nikmati payout hingga 80% dan Bonus Depo pertama 10%** T&C Applied dengan minimal depo 50.000,- bebas biaya admin
    Proses deposit via transfer bank lokal yang cepat dan withdrawal dengan metode yang sama
    Anda juga dapat bonus Referral 1% dari profit investasi tanpa turnover......

    Kunjungi website kami di www.hashtagoption.com Rasakan pengalaman trading yang luar biasa!!!

    ReplyDelete
  3. sultan yang baik dan alim. semoga panjang umurnya..
    tapi akak wonder lah. ke mana dia ek? sakit ke?

    ReplyDelete
  4. Tak pernah pergi lagi kat sini ni. Last pergi pun masa awal-awal taman orkid padang tembak tu dibuka hehee meriah ! Seronok sangat bila ingatkan dulu-dulu memang tunggu sangatlah hari keputeraan Sultan ni

    ReplyDelete
  5. xpernah datang time keputeraan..:)

    ReplyDelete
  6. Bestnyaaa. Meriah! Seronok tengok lampu sana sini gitu

    ReplyDelete
  7. dulu ingat lagi kalau hari keputeraan sultan kelantan ada kereta berhias bagai2 masa tu duk dari wakaf mek zainab jalan kaki nak pergi tengok perakan kereta berhias dekat kb nuh...

    ReplyDelete
  8. meriahnya! kalau kebetulan ada kat kelate mesti syok habis ni!

    ReplyDelete
  9. masa kecik dulu sanggup berjalan kaki ke pekan semata2 nak tengok kereta berhias n lampu2. dlm 6km gak la jln ramai2. masa tu x de hiburan mana. itulah cara nak berhibur. x silap abe kie la tu dlm thn 1980.

    ReplyDelete
  10. Meriahnya Kelantan!! Pesta lampu terus haa :)

    ReplyDelete