PROGRAM JOM TO SCHOOL WITH BSN, CSR BSN KEPADA PARA PELAJAR DENGAN PEMBERIAN KELENGKAPAN SEKOLAH BAGI SESI 2019

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Bank Simpanan Nasional, satu institusi perbankan yang tak asing dalam kalangan masyarakat. Sebut sahaja Bank Nasional, orang akan tahu 'Oh itu BSN'. Kalau sebut BSN sekalipun orang akan tahu itu Bank Simpanan Nasional. Dan dalam kepala mesti keluar lambang pokok Pitih yang memang menjadi simbol BSN daripada dulu sehingga sekarang.

Rakyat Malaysia yang mana tak pernah berurusan dengan BSN? Rasanya golongan 0.5% sahaja yang tak pernah berurusan lansung dengan BSN. Seingat mek, akaun simpanan pertama yang dibuka oleh mummy kepada mek adalah akaun simpanan BSN. Disebabkan mek tak dapat biasiswa mahupun apa-apa bantuan kewangan daripada pihak kerajaan, maka akaun tersebut hanya sepi begitu sahaja. Bila dah meningkat dewasa sekali lagi berurusan dengan BSN untuk pembelian nombor pin. Bila dah kerja dengan abang kandung mek yang buka syarikat pembalakan, beberapa pekerjanya menggunakan akaun BSN maka pada hari gaji perlu ke BSN untuk depositkan gaji mereka. Sehingga kini, alhamdulillah empat tahun memegang title 'kakitangan BSN'.


#BSNMALAYSIA
#BSNKELANTAN

Dah banyak juga program yang mek hadirkan diri. Selaku kakitangan semestinya kena support program yang majikan kita buat, ye dak? Tapi event untuk penutup 2018 ni lain macam sedikit sebab bukan setakat mek je yang kali pertama laluinya, boss mek yang berkhidmat hampir 40 tahun pun kali pertama merasai 'kemanisan' program yang diadakan pada kali ini.


#BSNMALAYSIA
#BSNKELANTAN

Program Jom to School with BSN !

22 November 2018, BSN Kelantan menyambut baik Program Jom to School with BSN yang telah diadakan di Mydin Mall, Kubang Kerian, Kelantan. Bagi program ini, penglibatan daripada enam buah sekolah dengan 80 orang pelajar daripada darjah dua hingga darjah lima, kami pihak BSN memberi sumbangan kelengkapan barangan sekolah bagi persediaan sesi persekolahan 2019. Seronok bila tengok mereka memilih barangan sekolah seperti baju, seluar, tali pinggang, tudung, stokin serta kasut. Yelah, biasanya membeli barang kelengkapan dengan ibu bapa, kali ni dengan kakak, abang serta pak cik dan mak cik daripada BSN. Nak test seluar kemain lagi malu nak buka nak tunjuk size. Memang kenangan betul handle budak-budak. Terfikir nanti Amani dan Amzar macam mana pula.


#BSNMALAYSIA
#BSNKELANTAN


#BSNMALAYSIA
#BSNKELANTAN

Pemilihan untuk 80 pelajar ini ada beberapa syarat tertentu seperti ibu bapa yang berpendapatan rendah. Dengan bantuan yang pihak BSN hulurkan ini dapatlah ringankan beban ibu bapa mereka. Setidaknya, boleh fokus beli kelengkapan sekolah pada adik atau abang yang lain pula. Nak buka sekolah ni, kalau tak ada bajet minima RM250 untuk seorang anak memang tak lengkap barangan sekolah anak. Anak, nak juga merasa beg baru, baju baru, kotak pensel baru. Koyaknya hati mereka bila hanya terjeling barangan baru yang ada pada kawan.


#BSNMALAYSIA
#BSNKELANTAN

Selain daripada memberi kelengkapan barangan sekolah kepada mereka, pihak BSN juga memberi RM50 dengan mengkreditkan ke dalam akaun pelajar bagi membantu mereka untuk tujuan lain pula. Yela, banyak lagi nak guna masa buka sekolah. Barangan di koperasi, yuran sekolah, yuran pibg dan lain-lain bayaran yang berkaitan. Walaupun nilai tidak begitu besar tapi rasanya agak membantu mereka yang betul-betul perlukan. InsyaAllah.


#BSNMALAYSIA
#BSNKELANTAN


#BSNMALAYSIA
#BSNKELANTAN

Dah selesai beli barang sekolah, team BSN bawakan para pelajar ni untuk menikmati hidangan sebelum pulang ke rumah. Kenyangkan perut, hilangkan dahaga serta coret beberapa memori manis bersama team BSN. Di kesempatan ini juga BSN mengambil kesempatan untuk memberi beg sekolah BSN kepada mereka supaya bila mereka ke sekolah nanti, dapat bawa beg baru ! Mek yang staff ni pun terliur nakkan beg tu. Seronok juga kalau boleh bawa pergi travel. Baru lah sesuai dengan title 'kakitangan BSN'. Bawa nama majikan sekali pergi travel. Macam adik-adik ni juga, bawa nama BSN ke sekolah supaya mereka ingat nanti kalau ada wang saku lebih, boleh menabung di BSN.


#BSNMALAYSIA
#BSNKELANTAN

Program ni selesai pada jam lebih kurang 1.00 tengahari. Penat? Ye agak penat sebab layan karenah budak-budak tapi ada satu kepuasan yang mana rasa tak nak ungkit tentang penat pada hari tu. Rasa puas itu lebih berbanding penat. Puas tengok mereka tersenyum bawa balik beg besar penuh dengan barangan sekolah. Puas bila tengok cikgu-cikgu berterima kasih kepada pihak BSN kerana sudi pandang sekolah mereka dan membantu pelajar mereka. Paling puas, walaupun tak nampak di mata, senyuman dan keluhan lega para ibu bapa pelajar ini. Tentunya mereka mengharapkan program sebegini dijalankan lagi pada tahun akan datang. 


#BSNMALAYSIA
#BSNKELANTAN

InsyaAllah tuan dan puan, kami cuba sedaya yang boleh ❤


Sekian ..


#BSNMALAYSIA
#BSNKELANTAN
#NOMALAYSIANLEFTBEHIND

8 comments

  1. memang laa mek...bsn mgkin kewajiban setiap murid dulu kot...bsn mari di sekolh bukak akaun...pas tuu nk masuk u..no pin gapo2 kena gi situu...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, bagus sangat bila ada pihak-pihak yang perihatin tampil untuk memberi bantuan... program sebegini sepatutnya di teruskan lagi.. tahniah buat BSN atas program ini...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah tahniah BSN kerana prihatin 🌸

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..seronok tgk budak2 dapat bantuan macam ni.. semoga akan diteruskan dimasa akan dtg..

    ReplyDelete
  5. tahniah BSN mejayakan program macam ni..

    ReplyDelete
  6. Tahniah BSN atas penganjuran program seperti ni. Semoga dpt menaikkan semangat adik2 utk belajar dgn lebih baik.

    ReplyDelete