PENGALAMAN MENAIKI KLIA EXPRESS DAN LRT KE KLCC DARIPADA STESEN PUTRAJAYA

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Trip menaiki kenderaan awam ni memang idea daripada Sis Gee asalnya. Memang dia dah bagitahu awal-awal 'mek tahun depan aku nak juga complete-kan trip dengan kenderaan awam'. So mek hanya mendengar je la sebab yela tu kan azam Sis Gee untuk tahun depan. Tahun depan katanya. Masa mek planning nak pergi KL, that time Sis Gee tak pun bagi jawapan lagi nak pergi KL ke tak pada tarikh yang mek nak pergi tu. Tapi masa kami sembang saja je mek bagitahu terasa nak bawa Amani dan Amzar naik train ke KLCC. Nak tinggalkan kereta di Stesen Putrajaya. Sis Gee hanya cakap ok je dengan plan mek tu.


#KLIAEXPRESS
#LRT

Bila tahu Sis Gee nak datang sama pada tarikh yang mek pergi KL, masa tu baru confirm betul-betul plan nak naik train ni. Ingatkan nak jumpa di KLCC je memandangkan Sis Gee stay rumah adik dia di Sunway dan mek tinggal di rumah ipar di Putrajaya. Tapi suami Sis Gee cakap boleh je la tinggalkan kereta di Putrajaya so boleh naik train sesama. Nak bagi anak tu enjoy lebih sebab boleh berpengalaman dengan kawan-kawan sekali.


#KLIAEXPRESS
#LRT

Kami di Stesen Putrajaya dalam jam 11.30 pagi lebih kurang. Memang matahari dah meninggi dan suhu panas kian terasa. Paling risau pada Amani dan Amzar sebab takut diaorang mengamuk time naik train boleh mengundang kepanasan hati nanti. Bila dah panas hati nanti kacau mood nak trip dengan train pula. Memang betul-betul jaga mood diaorang lah time kat stesen. Nasib baik Sis Gee bawa stroller so bagi Amzar duduk dulu. Air masak memang kena sediakan sebab tak nak bagi anak dehydrated sebab aktiviti ni tak semua tempat ber-aircond.


#KLIAEXPRESS
#LRT

Disebabkan nak mencuba banyak train instead of KLIA Express dan LRT ke KLCC sahaja, mek sebenarnya tak tahu pun apa beza antara satu train ke train yang lain. Yang mek tahu KLIA Express memang agak conducive dan boleh repeat banyak kali. LRT pun ok juga cuma disebabkan kalau train yang nak ke KLCC kadang kena tukar train so mek lagi prefer KLIA Express terus KL Central terus ke KLCC. Cuma untuk first timer macam mek, boleh la nak try banyak train. Jadi :


#KLIAEXPRESS
#LRT

First Train : ERL Putrajaya ke Stesen Bandar Tasek Selatan
Cost : RM8 dewasa / RM3.60 kanak-kanak


#KLIAEXPRESS
#LRT

Second Train : LRT Bandar Tasek Selatan ke Masjid Jamek
Cost : RM3.20 dewasa

Third Train : LRT Masjid Jamek ke KLCC
Cost : RM1.90

Total untuk one way dengan tiga train : RM13.10 per dewasa

Jumlah masa : Dalam sejam jugak


#KLIAEXPRESS
#LRT

Manakala untuk balik pula terus naik KLIA Express dari KL Sentral.

First Train : LRT KLCC ke KL Sentral
Cost : RM2.40

Second Train : ERL KL Sentral ke Putrajaya
Cost : RM14

Total untuk perjalanan balik dengan menggunakan dua train : RM16.40 per dewasa

Jumlah masa : Lebih kurang sejam juga

Itu ringkasannya perjalanan daripada Putrajaya ke KLCC dengan dua cara. Memang ada beza sikit daripada segi harga. Kalau siang hari boleh nak cuba banyak train kalau dah petang, tak usah la kot. Untuk bagi pengalaman pada anak ye memang mek recommed sangat korang naik train. Tapi kalau mek sendiri nak hadap train hari-hari mungkin tak kot. Mek lagi rela drive. Entah, mungkin sebab mek tak merasai lagi jem di KL. Kata kawan mek, lebih rela berhimpit dengan bangla dalam train daripada drive duk dalam aircond kereta wangi tak bau kepam tapi sampai rumah jam 11 malam.


#KLIAEXPRESS
#LRT

Seperkara lagi kalau korang bawa anak kecil sebaya dengan usia Amani dan Amzar memang korang kena pastikan diaorang cukup tidur. Masa di KLCC mereka tak dapat tidur, badan dah penat so kadar nak meragam tu memang high. Untuk mek yang ada anak kecil macam ni cukup sekali dulu naik train dengan masa yang singkat. Kalau train lama mungkin diaorang sempat nak tidur so boleh rest terlebih dahulu. Tapi apa-apa pun, bila anak sebut train dia boleh cerita macam mana dia naik train, apa dia nampak, apa dia rasa, train bunyi macam mana - itu memang buat hati mek puas sebab bagi peluang pada diri sendiri dan anak-anak untuk merasainya.


#KLIAEXPRESS
#LRT

Selain daripada tu, pastikan waktu makan terjaga. Kalau time makan memang korang kena berhenti dan suap bagi perut anak-anak dan korang sendiri kenyang. Paling tidak beli la roti atau apa sahaja yang boleh mengenyangkan. Mek lebih prefer cara Sis Gee buat iaitu bila sampai di KLCC terus ke food-court untuk isi tangki masing-masing. Jadi kat situ boleh rest dulu sebelum sambung menjelajah dalam KLCC. 

Korang ada pengalaman naik train? Yang hari-hari tu memang tak usah cerita la, dah jemu, kan? Yang mana macam mek konon tourist ni, boleh share di ruangan komen. Kalau ada link gambar atau link entry tentang train, boleh drop di bawah ye ❤


#KLIAEXPRESS
#LRT


Sekian ..


#KLIAEXPRESS
#LRT
#KLCC
#PUTRAJAYA

4 comments

  1. wahh pengalaman menarik. kita singgah sini ya

    ReplyDelete
  2. Ingat nak naik erl lagi la. Last naik 5 thn lps. Dari salak tinggi ke putrajaya je.

    ReplyDelete
  3. Still tak complete lagi tu... Mek miss to include MRT dalam travel list tu...

    ReplyDelete