Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
November 2018, memang mek dah set dari awal tahun lagi yang this becoming November nak pergi KL sebab that date Kelantan memang cuti bersambung empat hari. So memang seronok if dapat hilangkan penat lelah di KL sebelum balik sambung kerja pula. Yela hujung tahun biasanya buat prestasi so memang akan sibuk. As expected.
Cuma perangkaan nak pergi ke KL memang buat dalam Oktober 2018 macam tu. Ajak Sis Gee dan Sis Hawa sekali but Sis Gee je yang dapat ikut tu pun last minute punya joining sebab Terengganu tak cuti pun on Sunday and Monday 11th and 12th November 2018. Sis Hawa pula kena bawa team ke Bidor end of November 2018 jadi dia kena prepare banyak benda, cuti empat hari tu katenya tak sempat so maka berdualah dengan Gee ke KL. Bukan berdua but dua keluarga.
Bila mek susun jadual nak buat program di KL, Sis Gee bagitahu nak tak kalau kita jumpa blogger KL. Yang mana sudi dan lapang la, kan. Sis Gee bagitahu tentang kedatangan kami ke KL kepada team Blogger Pantai Timur tapi yang berdekatan semuanya dah ada hal. Mek pula terlintas pada seorang blogger yang lama dah mek janji nak belanja dia tapi selalu pergi KL tak sempat jumpa dia. Yang sempat adalah komen di FB dan blog sahaja.
#KAWANBLOGGER
#BLOGGERSINCEREMAJA
Mommy Cici
Korang mesti agak kenal dengan mumbling mummy ni sebab sekarang dia dah agak aktif ke sana ke sini dengan program dan event yang berdekatan. Well, event di KL tak pernah sendu macam negeri lain dan tentunya program dan event di KL memang yang agak high brand. InsyaAllah kalau buka di Kelantan boleh jemput kami pula ye.
Mommy Cici ni kenalan blogger mek bila mek start up blog balik. Mek pernah jadi blogger dari 2007 hingga 2010 then berhenti atas faktor malas. Asyik cerita hal peribadi je, bila nak jadi blogger famous review barang ni. Arrgh tak nak so tak pedulikan blog. Masa tu ada follow a few blogger yang sekarang ni dah tak ingat pun siapa dia. 2014 hujung-hujung macam tu mek start balik dengan menulis blog sebab rasa tak puas la nak tulis dalam FB. FB ni kita tulis panjang-panjang dikatanya nak bercerita soal hidup media sosial. Kadang nak cerita pasal pengajaran je. Jadi medium blog adalah pilihan paling tepat. Time tu ada beberapa juga dalam circle blog iaitu :
~ Nadia Izzaty
~ Siqah Husin
~ Cik La
~ Reen
~ Mommy Cici
Ini blog wajib terjah setiap hari. Kitaorang sama, cerita pasal apa yang kami rasa dengan selit pengajaran. Masa tu takada review, takada event atau program. Kalau review makan pun yang bayor sendiri. Kalau review makeup remover pun yang beli sendiri. So memang honest review dan rasa seronok la juga baca kau punya pendapat, then kau baca aku punya pendapat. Terjebak untuk beli apa yang depa review. Memang life goes on sehingga 2017 macam tu. Start 2017 Mommy Cici pun dah start join event mek pun dah start masuk group. Siqah dan Nadia nak sangat tapi kekangan kerja memang tak dapat. Cik La tak pasti sebab sekarang dah ada juga penglibatan dia dengan dunia blog secara serius.
Panjang pula cerita pasal perkenalan. Nak dijadikan cerita, dalam ramai-ramai mek ajak datang ke Ikea Cheras pada 10th November 2018 hari Sabtu, Mommy Cici je yang berkelapangan. Jadi kami set nak makan meatball kat situ je walaupun dulu pernah mek janji dengan cici masa birthday dia 'babe nak nombor akaun kau, aku nak belanja kau makan Kenny Rogers sempena birthday kau' sampai ke sudah aku tak bank in-kan pada Cici. Tu cerita dua tahun lepas sebelum dia ada Ash, sekarang Ash dengan Amzar dah pun nak masuk dua tahun.
#KAWANBLOGGER
#BLOGGERSINCEREMAJA
Alhamdulillah terlepas juga tunaikan janji dengan sahabat blogger. At least tak rasa sangkut dah sebab berjanji dengan orang. Selain tak nak digelar Munafik, mek juga tak nak nanti di akhirat kena cari sorang-sorang sebab tak tunaikan janji di atas dunia. Allahu, pakat beringat okei.
So tu lah cerita kami dapat jumpa setelah bertahun-tahun berkomen dalam blog dan FB. Berbual dalam phone memang tak ada lah. InsyaAllah moga Allah jaga hubungan ni dan diberi manfaat sebaiknya untuk kita semua.
#KAWANBLOGGER
#BLOGGERSINCEREMAJA
Sekian ..
#KAWANBLOGGER
#BLOGGERSINCEREMAJA
#BLOGGERDIHATI
Alhamdulillah, terlepas dah 1 janji.
ReplyDeleteWow syoknye dah Lama x g ikea rindu meatball
ReplyDeleteAlhamdulillah tulis Munafik atas tu terus teringat movie tu hahahha. apa pun next time kalau ada rezeki in sha Allah berjumpa jua..
ReplyDeleteSeronok dapat jumpa begini selalu kenal nama dan ikuti perkembangan di alam maya..
ReplyDeleteBila jumpa tentu banyak cerita kann Mek..
bestnya dapat jumpa semua..nanti giliran rabia pulak..mana tahu dapat jumpa kak yunie.
ReplyDeletebestnya dpt jumpa geng2 blogger..
ReplyDeleteBlogger reen mcm da lama x update kan,ke dia ada blog lain..
Bestnya dapat jumpa rakan blogger! Siqah nak sangat jumpa Mek dan rakan blogger yang lain, nak jugak join program yang Mek ajak, tapi tue lah, kekangan masa tak dapat nak join. Maybe one fine day :)
ReplyDeletenext meet up kena mintak mommy cici datang ke pantai timur pulak!kiki
ReplyDeleteseronoknya dapat blogger makan pulak di ikea.. hihihi
ReplyDeleteSeronok kan walaupun sesekali jumpa....
ReplyDelete