JADILAH PEMANDU BERHEMAH DAN HEMAT DI JALAN RAYA, ANDA MAMPU MENGUBAHNYA

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Jarak rumah mek dengan tempat kerja sejauh 40km. So in total mek pandu 120km sehari (termasuk hantar dan ambik anak di rumah mertua).

Sepanjang tempoh empat tahun mek berulang-alik dari Kota Bharu ke Rantau Panjang, pernah sekali kemalangan berlaku pada mek sendiri dan yang berlaku depan mata tak usah kira, memang banyak. Purata dalam seminggu akan ada dua atau tiga.

Gentar? Takut? Semestinya. Sebab kemalangan bukan 100% daripada kita sendiri, kadang kecuaian orang lain dan kadang kerana persekitaran. Berdasarkan pengalaman mek, tiga kondisi ini mampu meragut nyawa pemandu serta penumpang yang di-bawa. 

TELEFON BIMBIT ANTARA PUNCA BESAR UNTUK KEMALANGAN


#PEMANDUBERHEMAH
#BEASAFEDRIVER

Telefon pintar, memang pintar, tapi pintarkah anda? Mek ada juga jumpa pemandu yang memandu sambil menaip telefon pintarnya. Tapi, korang tak rasa ke perkara itu amat berbahaya? Bukan sahaja pada diri korang malah kepada orang lain juga. 

Mek pernah memberi hon yang panjang kepada pemandu yang menggunakan telefon bimbit. Macam mana mek tahu dia tengah layan phone? Daripada cermin sisi, mek boleh nampak matanya kejap ke bawah kejap tengok depan lepas tu tengok bawah lagi. Tengok apa tu bang? Takkan tengok seluar sampai macam tu sekali. 

MICRO SLEEP MAMPU LENYAPKAN NYAWA DALAM SEKELIP MATA


#PEMANDUBERHEMAH
#BEASAFEDRIVER

Micro sleep ni terlelap ketika memandu. Ini amat bahaya sebab pemandu bukan tidur sepenuhnya tapi hanya tidur separa sahaja. Kita sedar kita tengah pandu kereta tapi fikiran kita melayang. Melayang bukan yang macam termenung tu.

Mertua mek pernah kena dengan micro sleep ni. Kereta kami hanya terpisah oleh dua kereta lain sahaja. Mek tak tahu pun yang di depan sana adalah mertua mek sebab tak nampak nombor plat. Ketika itu bulan puasa dan waktu tengah hari. Mek dan spouse memang dah nampak ada lori yang membawa konkrit dari arah bertentangan dan secara tiba-tiba kereta mertua mek masuk ke arah bertentangan. Lori konkrit tu sempat mengelak namun kereta mertua mek melanggar bahagian belakang tayar lori tersebut menyebabkan keretanya berpusing 180 darjah. Alhamdulillah tiada kecederaan yang serius cuma kereta memang kena towing.

HAIWAN LIAR DAN PELIHARAAN MAMPU JUGA UNTUK MENJADI PUNCA KEMALANGAN


#PEMANDUBERHEMAH
#BEASAFEDRIVER

Haiwan liar seperti khinzir, gajah, monyet / kera dan sebagainya memang dapat memberi kemalangan kita. Jadi, kenalah tumpukan perhation sepenuhny masa memandu. Bukan sekadar nyawa, jika berlakunya kemalangan kereta kena masuk bengkel. Bagi Mek, time kereta masuk bengkel akibat kemalangan, dua minggu pun terasa lama apatah lagi mereka yang berbulan-bulan akibat kerosakan teruk.

Bila kemalangan berlaku, perkara pertama yang terlintas dalam benak fikiran adalah bagaimana dengan kos pembaikian kereta. Kalau tak teruk mungkin dapat keluarkan duit poket sendiri. Tapi kalau beribu, tibalah masanya untuk menggunakan perkhidmatan insurans yang kita bayar setiap tahun itu. Tapi tahukah korang dengan insurans yang korang ambil tu apa je sebenarnya yang di-cover? Adakah memenuhi keperluan korang?

Insurans motor sama untuk semua orang.! Mana ada customize ikut citarasa masing-masing? Ha, tu dulu! Sekarang, memang dah berbeza.

~ Perlindungan kemalangan ~

     Insurans motor di Malaysia telah diliberalisasikan

     Mulai Julai 2017, premium insurans yang dikenakan juga mengambil kira profil risiko pemandu. Lebih tinggi risiko, lebih tinggi premium yang dibayar.

     Banyak produk atau pelan baharu yang diperkenalkan jadi, bolehlah pilih ikut
keperluan

Sebagai contoh kereta mek dan spouse tidak sama insurans yang kami ambil.
  
Mek tahu korang dah agak terbuka minda sekarang ni kan. Bukan hanya call dan tanya quotation sahaja dengan pihak insurans. Kita sebagai pemandu berhak memilih apa yang terbaik untuk lindungi kita. Jangan fikir nak murah sahaja. Murah tapi bila berlaku kemalangan tak boleh itu tak boleh ini, membazir juga, kan?

Lebih senang, layari laman web di bawah. Boleh dapatkan senarai penuh produk dan
pelan malah juga boleh dapatkan sebut harga dari pelbagai syarikat insurans / pengendali Takaful.

Untuk info lanjut mengenai insurans boleh rujuk sini :



#PEMANDUBERHEMAH
#BEASAFEDRIVER


Sekian ..


#PEMANDUBERHEMAH
#BEASAFEDRIVER
#KITAMAMPUUBAH
#PERLINDUNGANDIRI

3 comments

  1. Micro sleep tu plg bahaya. Kadang kita tak sedar kan. Kena rehat dan tidur secukupnya especially bila nak drive jauh.

    ReplyDelete
  2. Micro sleep tu selalu jadi kat orang yang ada masalah low blood pressure. Member office husband selalu kena, last accident sebab tertido masa bawak motor. Patah kaki..

    ReplyDelete
  3. Atas jalanraya ni bukan tempat bermain main.. seram

    ReplyDelete