HOTPOT SEOUL GARDEN BENAR-BENAR BAWA PENGGEMAR KOREAN FOOD KE SEOUL KOREA !

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Seoul Garden, antara rangkaian restoren yang dah lama bertapak di KBMall Kelantan. Berkonsepkan buffet steamboat, memang mek tak pernah jejakkan kaki untuk merasai keenakan steamboat daripada Seoul Garden. Officemate mek memang ramai yang dah try Seoul Garden Buffet - Steamboat & Grill. Kata mereka memang sedap dan berbaloi dengan harga. Kalau ada nak meraikan siapa-siapa, Seoul Garden Buffet - Steamboat & Grill menjadi pilihan utama. Tapi, tahukah korang bahawa Seoul Garden Buffet - Steamboat & Grill ada 'adik' sekarang?


#SEOULGARDENHOTPOT
#SEOULGARDENDUBBAP

Bila another Seoul Garden buka di ground floor KBMall, bila lalu je bau best. Buat rasa lapar je. Sehinggalah benda yang sama dirasai oleh spouse mek. Kami decide untuk try. Di ground floor adalah Seoul Garden Hotpot - another restoren Seoul Garden yang berkonsepkan Korean food 100%. Perasaan tak nak cuba korean food (sebab lidah Kelantan yang mirip Thailand) kami letakkan di tepi sebab bau yang terhidang tu rasanya lebih sedap dengan sangkaan kami.

DUBBAP PILIHAN YANG MENARIK DAN BERPATUTAN



#SEOULGARDENHOTPOT
#SEOULGARDENDUBBAP

DUPBAP ! DubBap ni dalam menu ada (pilih salah satu) :
~ Squid
~Chicken
~Prawn
~Fish

Kalau korang first trial macam mek, memang recommended sangat untuk pilih DubBap sebab satu hidangan tu dah cukup untuk korang kenyang. Kimchi pun dah ada dalam hidangan DubBap.
Kalau korang datang berdua, elok pilih Set Meal for Two ni. RM38 sahaja but available hanya pada weekdays (untuk Kelantan Ahad hingga Khamis). Untuk set for two ni ada :

~DupBap (pilih satu antara empat yang ada di atas)
~Classic Bibimbap
~Fried Mushroom
~3 in 1 Naemul (sayuran korea)
~2 mangkuk sup


#SEOULGARDENHOTPOT
#SEOULGARDENDUBBAP

Portion untuk set for two ni adalah cukup untuk dua orang malah mek yang berempat dengan Amani dan Amzar pun dah cukup sangat untuk kenyangkan perut. Dua hidangan nasi bersama appetizer cendawan goreng, memang membuka selera kitaorang hari tu. Lagi-lagi mek yang tak pernah cuba makanan korean. Rasanya not bad. Seoul Garden HotPot ni cara hidangannya ala-carte. Bukan jenis buffet seperti Seoul Garden Steamboat. Kalau korang datang ke Seoul Garden HotPot, banyak juga menu Korean lain yang korang boleh order seperti ayam spicy crispy Korea dan lain-lain lagi. Banyak pilihan sebab Seoul Garden HotPot memang hidangan Korean food 100%.

'TERBANG' KE KOREA DENGAN SATU SUAPAN



#SEOULGARDENHOTPOT
#SEOULGARDENDUBBAP

Squid DupBap. Untuk hari tu, mek decide nak cuba squid DubBap. Dalam sepinggan ni ada :
~Kimchi
~Nasi Korea
~Squid goreng
~Telur dadar
~Rumpai laut

Memang betul, satu suapan boleh buat korang rasa betul-betul berada di Korea sebab nasi dia tak sama dengan nasi beras kita di Malaysia. Nasinya tu macam pulut tapi bukan. Its just nasi Korea. Tak sure nak terangkan macam mana sebab korang kena rasakan sendiri. Untuk yang peminat Korean Food mesti dah pecah liur kan tengok DubBap ni. 


#SEOULGARDENHOTPOT
#SEOULGARDENDUBBAP

Hirup pulak dengan sup yang ada ketulan dadu lembut daripada tauhu. Just nice makan dengan DubBap. Recommend ke idok? Semestinya recommended sebab mek ni tak pernah makan makanan Korea tapi rasanya boleh sahaja telan dan kenyang pulak tu. Jangan bimbang, pihak JAKIM telah pun mengeluarkan sijil HALAL kepada semua outlet Seoul Garden termasuklah Seoul Garden HotPot. Mek pun memang ada dengar tentang hal ni so mek nak kepastian, mek tanyakan manager terus. Logiknya, kalau di Kelantan nak buka kedai kena ada sijil HALAL daripada JAKIM kalau tak memang tak lepas restoren tu nak buka pada umum. Kalau yang takada sijil HALAL memang kena letak signboard non-halal. Jadi Seoul Garden dan Seoul Garden HotPot adalah selamat untuk semua muslim di Malaysia.

RESTOREN BERKONSEP URBAN



#SEOULGARDENHOTPOT
#SEOULGARDENDUBBAP

Another yang mek suka adalah kerana restoren Seoul Garden Hotpot ni betul-betul dihiaskan dengan cara urban Korea. Memang betul mek tak tengok sangat cerita Korea tapi mek ada jugak satu dua KDrama yang mek layan. Terpukau je tengok cara susunan, kekemasan yang diterapkan sama seperti budaya orang Korea.


#SEOULGARDENHOTPOT
#SEOULGARDENDUBBAP

Sitting yang lebih leisure memang sesuai untuk korang yang datang dengan kawan-kawan. Cantik terus nak FOTD dan OOTD.


#SEOULGARDENHOTPOT
#SEOULGARDENDUBBAP

Kalau yang lebih privacy part macam nak bercerita gitu, pun ada ruangannya. Sure tempat untuk korang FOTD dan OOTD juga sebab background dia lawa. Mek rasa tak perlu cerita lebih, instafamous, Facebooker kita semua ni bijak dalam photography.


#SEOULGARDENHOTPOT
#SEOULGARDENDUBBAP

Sambutan yang menggalakkan di Seoul Garden Hotpot KBMall. Sebenarnya ramai je yang boleh ikut selera Korean ni. Mungkin sebab Seoul Garden Hotpot juga dah balance-kan rasanya untuk citarasa orang tempatan kita (sos memang direka khas oleh team Seoul Garden HotPot). Ambik contoh mek yang tak pernah makan Korean food pun dapat habiskan DubBap. Maksudnya, boleh diterima tekak. Jangan takut nak cuba sebab kalau korang tak bagi cuba pada diri sendiri, who else will do.


#SEOULGARDENHOTPOT
#SEOULGARDENDUBBAP

Masuk restoren Seoul Garden HotPot KBMall disambut dengan dinding art macam ni. Coffee ! Antara tarikan juga sebab coffee lover ke mana sahaja dia pergi mesti minta coffee untuk dia cuba. Aside, ada patung-patung yang menarik di Seoul Garden. Jalan pintas untuk pujuk anak serta kaum hawa yang merajuk.


#SEOULGARDENHOTPOT
#SEOULGARDENDUBBAP

Much love.

LOKASI SEOUL GARDEN HOTPOT


Lokasi : Ground Floor, KBMall Kota Bharu Kelantan.

Landmark : Pintu masuk yang berhadapan dengan Tune Hotels. Masuk dari pintu tu terus belah kiri Seoul Garden Hotpot. Kalau dari pintu utama, korang kena straight ahead, sampai la ke pintu keluar yang mengadap Tune Hotels. Seoul Garden Hotpot ada di sebelah kanan korang.

Nombor phone outlet : 097473393 kut kut korang nak buat reservation sambut birthday ke, anniversary ke. Saranghea gitu.





#SEOULGARDENHOTPOT
#SEOULGARDENDUBBAP

Korang dah try ke Seoul Garden Hotpot ni? Untuk setakat Pantai Timur, hanya Kelantan sahaja yang ada Hotpot ni. Kalau datang ke Kelantan, wajib singgah di Seoul Garden Hotpot KBMall. Nanti jangan lupa upload di IG dan FB juga. Untuk kenangan dan sebarkan kepada mereka yang lain juga. Servis di Seoul Garden HotPot KBMall ni juga amat ok sebab staf mereka well-trained. Kalau kita minta suggestion ataupun apa info mengenai makanan Korean, diaorang ada pengetahuan. Bukan main tibai je (selalu tak suka bila pergi restoren yang bila tanya macam blur nak jawab). Pada yang dah cuba Seoul Garden HotPot, apa kata korang tentang dubbap? Mind to share ye ❤


Sekian ..


#SEOULGARDENHOTPOT
#SEOULGARDENDUBBAP
#SEOULGARDENHALAL

5 comments

  1. Balik kelantan boleh try seoul garden hotpot pulak.. Sebelum dating first kahwin yg satu lagi hahaha

    ReplyDelete
  2. Wahh..kena try nih..menarik sungguh, daebak..dekorasi cantik..mmg nmpk urban..

    ReplyDelete
  3. Lama dah teman tak pegi ke Seoul Garden nie... Last hari tu bersama office mate😊

    ReplyDelete
  4. Oh kire dia tukar sediakan hidangan set pulak ye. Menarik ni. Diah tak jumpa lagi kat kl nanti carik la

    ReplyDelete