GEMPAK YOUR DAY WITH GCB YANG DIGRIL GEMPAK !

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Grilled Chicken Burger atau lebih senang panggil GCB je, memang burger yang mula-mula buat mek jatuh hati pada McDonald. Dulu tak suka McDonald sebab apa je hidang burger. Mek lagi suka makan ayam. Entah macam mana boleh tersuka dengan McDonald. Rasanya around 2014, mek mengandungkan Amani, that time McDonald masih ada dalam bandar Kota Bharu. Jalan kaki je pergi sana. Masa mengandung memang perangai pelik gila. Makan makanan lain akan muntah balik. Kalau makan GCB dan air coke memang selamat kenyang dalam perut. So itu makanan mek setiap hari sepanjang mengandung sehingga masuk trimester. Trimester dah boleh telan segala yang ada depan mata.


#GCB
#MCDONALDS

Sukakan GCB sehinggalah tahun 2018, hati dah mula berbalik kepada Triple Cheese Burger pulak. Itu pun berkenalan atas dasar McDonald Apps. Cuma, bila sebut GCB - the burger that i used to know. Dah tahu bau si GCB, dah tahu rasa mayo GCB dan empuk daging ayam GCB. Pendek kata kalau bagi cuba di mulut dengan tutup mata pun tahu itu GCB.

Semenjak beralih arah kepada Triple Cheese Burger mek masih lagi tidak mengenakan GCB sepanjang tahun 2018 ni. Mek ada nampak diskaun untuk GCB dalam McDonald Apps di mana potongan sebanyak 20% daripada harga ala-carte GCB akan diberi kepada pengguna McDonald Apps. Hanya tekan butang redeem sahaja dan bayar pada harga diskaun untuk nikmati GCB. 

So, jangan lepaskan peluang sementara diskaun masih lagi ada dalam McDonald Apps. Nanti dah takada, kena beli dengan harga biasa.

Korang kalau makan di McDonald, apa menu yang akan korang order? Maknanya most loved di McDonald. Nanti share diruangan komen ye ❤


Sekian ..


#GCB
#MCDONALDS
#MCDAPPS

7 comments

  1. baru je makan dua hari lepas, sedap, I like, lembut je daging dia..

    ReplyDelete
  2. Tak sempat nak cuba lagi.. tapi nampak macam best

    ReplyDelete
  3. Sha pun suka GCB ini.. tapi makin lama cam makin kecik lak berger dia.. huhuhu..

    ReplyDelete
  4. yesza!!i dah grab discount apps gcb!!!jimat berbaloi2!!

    ReplyDelete
  5. I suka Mc Chicken. Selamanya Mc Chicken gtew hahahha

    ReplyDelete
  6. serro nak gi mcd kok lanas je. tp kena tunggu hari cerah la. lo ni huje sokmo.

    ReplyDelete