COSTA COFFEE HIDANGAN KOPI DARI LONDON UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Costa Coffee, mek pernah dengar dan tak boleh recall di mana dan macam mana dia punya logo dan tentunya mek tak pernah rasa hidangan kopi mereka. Seperti yang mek beritahu sebelum ini, mek ada seorang kawan yang berilmu agak tinggi dalam bab-bab rasa kopi ni. Kalau nak tahu yang mana elok, boleh tanyakan dia sebab dia jenis lidah yang tahu mana kopi yang terbaik. Semenjak ada dia juga lah mek jadi tahu latte is the best for me. Kena consult dulu weih baru tahu kopi mana yang sesuai.

Costa Coffee ni juga dia yang kenalkan. Disebabkan mek ada nak pergi ke Kuala Lumpur semasa cuti Keputeraan Sultan Kelantan pada November tempoh hari, jadi kawan mek ni bagitahu 'dah alang-alang kau ke sana, nampak Shell yang ada Costa Coffee, berhenti dan try Costa Coffee tu. Nanti boleh la kau compare dengan McCafe yang selalu kau suka tu.' Mek pun masukkan lah 'Try Costa Coffee' dalam agenda. Hasut sekali Sis Gee korang.


#COSTACOFFEEMALAYSIA
#COSTACOFFEEMY

Bila dah masuk Gombak, memang jumpa si Costa Coffee di Shell. Spouse tanya nak beli terus atau nak tunggu besok aje? Kalau besok tu mesti dengan Sis Gee sebab one whole day dengan dia. Mek pilih untuk meng-Costa Coffee keesokkan sahaja sebab kononnya nak bergambar sekali dengan Sis Gee sambil minum Costa Coffee, well hello we are in KL now. Macam tu lebih kurang caption-nya nanti.


#COSTACOFFEEMALAYSIA
#COSTACOFFEEMY

Tapi mungkin niat tu riak jadi Allah tak izinkan. Maka sebelum pulang ke Kelantan baru dapat Costa Coffee ni tu pun hampir nak merajuk dengan spouse lepas satu-satu Shell dia blah macam tu je. Mek dah macam ey dia ni kang aku suruh dia duk tepi bagi aku drive la pulak. I need COSTA ! Itulah padahnya bila masa mula-mula jumpa sombong tak nak, kali kedua nak kononnya nak upload caption riak takbur. Kan dah kena Allah bagi kesusahan nak dapatkan pada akhir waktu.


#COSTACOFFEEMALAYSIA
#COSTACOFFEEMY

Tapi at last dapat juga Costa Coffee ni. Alhamdulillah. Flavor yang mek ambil adalah Vanilla Latte. Sebab nak compare dengan Iced Latte McCafe. Beli satu je la bawa bekal balik Kelantan. Kongsi dengan spouse ambik medium punya gelas. Tapi Amzar pun minum jugak katanya 'sedaaapp. Agi' Agi tu nak lagi. Amani macam selalu minum seteguk dua ok dah cukup. Not a big fan macam Amzar. Huhu. 


#COSTACOFFEEMALAYSIA
#COSTACOFFEEMY

Review mek mengatakan bahawa voting mek lebih kepadaaaaa McCafe ! Costa jarang-jarang jumpa boleh. Dia macam Starbucks - sedap tapi a bit pricey and not all flavor suit dengan mek. Haa macam tu. Bukan tak sedap, bukan tak recommend tapi kalau ikut priority adalah :

~ McCafe
~ Starbucks
~ Costa Coffee

Korang yang pernah minum Costa Coffee cer komen di bawah mek nak tengok flavor apa yang korang pilih. Di IG ada yang cadangkan mek ambik Mocha. Kalau mek pergi lagi InsyaAllah akan try this flavor pula. Korang yang ada gambar ke, tulisan untuk Costa ni ke, boleh drop link sekali di ruangan komen. Nanti mek pergi jengah tolong like dan komen sekali ❤


Sekian ..


#COSTACOFFEEMALAYSIA
#COSTACOFFEEMY
#COSTACOFFEESHELL

4 comments

  1. Menariknya coffee ni dijual melalui vending machine! Layan diri jerr.. Tapi mesin dia hanya available kat tempat-tempat yang terpilih.

    ReplyDelete
  2. iols tak pernah beli uols.. tak terbuka pintu hati lagi maybe lepas ni boleh cuba.. btw ada tag u join contest.. dekat sini

    https://www.rodiahamir.com/2018/11/mystery-boxes-giveaway-by-liyana-jasmi.html

    ReplyDelete
  3. i ols baru 1st time cuba. rasanya pilih hazelnut latte.memang worth it dengan harganya. double thumbs up!!

    ReplyDelete