BOX 26 CAFE MEMUKAU MATA DENGAN KEINDAHAN SUNGAI KELANTAN MEMIKAT RASA DENGAN MAKANAN YANG SEDAP !

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

BOX 26 Cafe, dah setahun berada dalam negeri Kelantan. Mek sedar kewujudan cafe ni dah agak lama. Maklumlah Box 26 Cafe ni memang laluan untuk mek ke tempat kerja. Daripada mula kewujudan mek ada niat nak ke sana tapi disebabkan beberapa isu dan halangan maka setahun dah berlalu, baru sempat merasa pada minggu ini. Its better late than never, kan?


#BOX26CAFE
#CAFECONTENA

Bila menjejakjkan kaki ke Box 26 Cafe (sebab sebenarnya dah tengok thru FB dan juga google), mek rasa sangat eye-catching dengan pemandangan sungai Kelantan yang terbentang di sebelah sisi kanan Box 26 Cafe. Masa mek sampai tu tengah tak ramai orang, waktu beberapa minit lagi nak masuk Maghrib jadi pilihan tempat duduk memang banyak. Sempat la mek nak rakam beberapa gambar sebelum 'diserbu' orang ramai.

KEUNIKAN KONTENA UNTUK PELANGGAN


#BOX26CAFE
#CAFECONTENA

Trend kontena ni agak menarik minat para pelanggan untuk dine-in. Antara menjadi penyebab adalah keunikan sebuah kontena dijadikan sebuah restoren atau kedai makan. Tambahan lagi, kontena ni juga menjadi salah satu 'backdrop' yang cantik untuk ber-OOTD serta FOTD. Maka tak salah kalau anak-anak muda sekarang memilih kedai makan yang berkonsepkan 'hipster' ini.


#BOX26CAFE
#CAFECONTENA

The beauty is not come alone with that single contena. Dekorasi dalam kedai juga memainkan peranan yang penting dalam menarik minat pelanggan untuk berkunjung. Perlu memahami bahawa sekarang 'the power of picture' antara elemen yang perlu dititik beratkan, so owner memang menghias kedai dengan 'skil keunikan'. 


#BOX26CAFE
#CAFECONTENA

Nampak tak keunikannya? Kuali dijadikan sinki. Haa cuba cari mana kuali tu.

HIDANGAN DARIPADA WESTERN KE EASTERN


#BOX26CAFE
#CAFECONTENA

Menu baru. Korean food. Ternyata mek agak ketinggalan dalam bab ni. Malu? Tidak, belajar cara makan. Mula-mula ayam ni sampai mek just ambik keju tu makan. Ingatkan cicah macam tu aje. Sekali owner dia datang, 'kak, meh saya tunjukkan cara makan'.


#BOX26CAFE
#CAFECONTENA

Deng ! Cheese tu tunggu sampai cair then ambik and putar pada ayam. Lalu di makan. Mek bagitahu korang supaya nanti korang ke sini tak jadi jakun macam mek. Tapi sedap weih. Cheese kan. Hantu cheese memang akan suka la. Rating 4.5*.


#BOX26CAFE
#CAFECONTENA

Burger Cheese leleh ketepian roti. Set western yang tak mengecewakan. Malam tu mek tak order yang ni. Gambor pinjam daripada owner. Memang teramat variaty di Box 26 Cafe. Korang akan kenyang dan tak risau kalau antara yang datang tak nak makan nasi, nak western at the same time eastern pun ada.


#BOX26CAFE
#CAFECONTENA

Spaghetti Carbonara with cheese. Yang ni lemak manis amboi amboi. Sedap dan yang penting tak muak sangat. This spaghetti kalau tak pandai buat carbonara tu akan jadi muak. Tapi ni alhamdulillah just nice. Boleh makan sepinggan dengan berlaukkan meatball. Rating 4*. 


#BOX26CAFE
#CAFECONTENA

Macaroni Extra Cheese. Yang ni unik. Why? Tengok gambor next.


#BOX26CAFE
#CAFECONTENA

Cara hidangnya dibakar depan pelanggan terus. So terpukau kejap waaa ada pertunjukan. Macaroni dia sedap. Kalau datang beramai-ramai boleh order satu untuk pakat rasa. Nak kata macam pencuci mulut tak juga sebab makan dia satu plate tu memang kenyang. Cuma macam mek haritu dah ada main course nasi so order macaroni cheese nak banjir ni satu bagi hilang terliur. But worth it.


#BOX26CAFE
#CAFECONTENA

Nasi Goreng Patayya USA. Ni portion dia untuk dua orang makan. Mek makan dengan spouse mek sambil suap dekat anak-anak juga. Sebab nak try banyak lagi yang menggiurkan di sini so order serba satu. Yang ni ratingnya 3*. Bukan tak sedap, sedap cuma dia just unik sebab gabungan dua jenis nasi goreng di dalam satu pinggan.


#BOX26CAFE
#CAFECONTENA

Bakso. Uih, sampai hari ni masih teringatkan kuah sup dia. Alahai. Sedapnya makan di kala hujan tengah renyai. Sup dia 4.5*. So untuk bakso mek vote 4.5*. 


#BOX26CAFE
#CAFECONTENA

Colek Sotong Mek Bungo. Wah, tetiba ada nama mek dalam colek ni. Yang ni rasa thai asli. Best sebab satu plate ada serba sikit untuk kita rasa. As dessert ataupun appetizer. Kalau korang tak nak makan nasi, boleh ambik ni as kudapan sambil borak dengan kawan-kawan. Sos thai ni tak pedas sangat. Tahap mild sahaja. Korang boleh mintak extra hot kalau nak. Mek ambik mild sebab mek tak boleh makan pedas sangat. Suam-suam boleh. Rating 4.5*.


#BOX26CAFE
#CAFECONTENA

Resepi terbaru. Taugeh rangup digoreng dengan telur dan beberapa lauk seperti sotong dan isi ayam. Teramat sesuai dengan mereka yang nak makan tapi tak nak makan nasi. Kenyang weih this one. Plus sedap. Taugeh tu macam pengganti nasi. Macam pataya gitu cuma taugeh tu tak dibalut. Rating 4*.


#BOX26CAFE
#CAFECONTENA

Carrot and Mango Float. Ada aiskrim gitu. Menepati citarasa sebab dia betul-betul guna mangga, bukan kordial punya. Aiskrim vanilla as usual menjadi agen pemanis tambahan kepada kedua-dua rasa ini. Gabungan yang tak pernah mengecewakan. Rating 4*.

RAIKAN YANG TERSAYANG DI BOX 26 CAFE


#BOX26CAFE
#CAFECONTENA

Pinjam gambar owner kedai. Yes, korang plan nak surprisekan korang punya pasangan, kawan, mak ayah atau siapa je la boleh buat di Box 26 Cafe. Lawa portnya. Nanti booking siap-siap dengan dia punya owner untuk berapa sitting.


#BOX26CAFE
#CAFECONTENA

Lawa okeih. Cair di hati, kenyang di perut, bertambah rasa kasih sayang.

LOKASI BOX 26 CAFE



#BOX26CAFE
#CAFECONTENA

Landmark : Dari Pasir Pekan, kiri korang akan jumpa Sekolah Rendah Kebangsaan Pasir Pekan. Daripada situ lebih kurang 500 meter kedepan sahaja.

Lokasi : Dari Pasir Pekan menuju ke Kota Bharu, sebelum jambatan ada simpang masuk ke kiri jalan. Macam susur keluar daripada jambatan. Turun ikut susur tu then terus sahaja. Akan ada batu bata yang menghalang untuk memberi laluan kepada mereka yang nak lalu bawah jambatan. Di situ korang kena guna kemahiran untuk 'melangkah' batu penghalang tu. Terus sahaja ke depan dan Box 26 Cafe disebelah kiri korang. Kalau kedepan lagi sure masuk sungai Kelantan. TEKAN SINI untuk gambaran lebih jelas.

Waktu operasi : 5 petang hingga 1 pagi

Kemudahan lain : Tempat solat ada. Toilet semestinya. Ada 'mini playground' untuk kids.

Nombor phone : 0162264626 (owner nama Aiman)

**********

Korang pernah datang Box 26 Cafe? Atau pernah usha diaorang punya FB dan juga IG? Kalau datang Kelantan, bila berkunjung ke Kota Bharu jangan lupa masukkan Box 26 Cafe dalam list korang, okei. Tempat perlu singgah untuk try masakan Kelantan sehinggalah ke western. Semua ada untuk semua peringkat umur ❤


Sekian.


#BOX26CAFE
#CAFECONTENA
#KEDAIMAKANKOTABHARU

5 comments

  1. Sedap eh menu dia.. Terliur tengok eh

    ReplyDelete
  2. Semua nampak sedap hurmm... rambang mata banyak sangat pilihan

    ReplyDelete
  3. Ok, cun... good info... dah masuk dalam wish list... teman balik Kelantan nanti boleh singgah makan-makan kat sini...

    ReplyDelete
  4. Konsep cafe yang sangat menarik..pilihan makanan dia pun ohsem..

    ReplyDelete