PAKEJ BERCUTI KE PHUKET DENGAN TRAVELOKA TAK PERLU FIKIR BANYAK KALI

Salam alaikum untuk semua sahabat mek ..

Percutian ke luar negara semestinya menjadi impian semua orang. Termasuklah mek dan keluarga mek. Mana taknya, dengan keindahan yang disajikan dalam gambar-gambar daripada mereka yang dah 'terjah' negara tersebut, adoii mata memang sentiasa terbayang dengan kebiruan dan kehijauan suasana di sana. Bukanlah sebab di Malaysia tak cukup cantik, tapi perlu juga ke luar negara untuk tengok budaya negara lain pulak, kan? Kata nak majukan diri.


#PHUKETTOURPACKAGES
#TRAVELOKAPHUKET

Antara negara yang mek ingin jejakkan kaki adalah Phuket, Thailand. Kenapa Phuket sebab Phuket ni satu tempat yang boleh tenangkan jiwa dengan keindahan pantai semulajadi. Tipu kalau siapa pergi Phuket tapi tak jatuh cinta dengan tempat berpasir putih dengan air jernih kebiruan. Sure punya tak sabar nak fly kalau plan ke sini ! Dalam kepala mesti dah terbayang pakaian macam mana yang cantik untuk bergambar di Phuket nanti. Lighting terbaik pulak tu !

TERBANG KE PHUKET DENGAN PHUKET TOUR PACKAGES



#PHUKETTOURPACKAGES
#TRAVELOKAPHUKET

Yang seronok bila buka Traveloka ni, diaorang akan suggest-kan kita untuk terus booking terus flight dan hotel supaya korang tak perlu fikir mana nak tidur, mana nak cari tiket flight. Nak survey mana murah mana mahal. Bagi mek, untuk bercuti, korang kena ada per head punya bajet. Contohnya untuk ke Phuket, seorang have to spend dalam RM500 or less untuk tiket kapal terbang serta hotel. Tu pun hotel agak jimat sebab ambik satu bilik sahaja. Bila korang bajet macam tu, senang korang nak menabung. Jika duit tu lebih, itu lah duit bonus untuk korang shopping di Phuket nanti.


#PHUKETTOURPACKAGES
#TRAVELOKAPHUKET

Dengan Phuket Tour Packages juga, korang dapat melawat tempat menarik yang mana tempat wajib singgah bila ke Phuket, Thailand. Memang rugi kalau tak lawat semua tempat menarik sebab bukan selalu kita bercuti ke Phuket. Antara tempat menarik di Phuket adalah :

~ Patong
~ Phuket FantaSea
~ Wat Chalong
~ Thai Hua Musuem

Dan antara makanan yang korang kena cuba sebelum balik ke Malaysia :

~ Tom Yam Goong
~ Gaeng Keaw Wan Gai (Kari Hijau Ayam)

TEMPAH MELALUI APLIKASI TRAVELOKA ATAU WEB TRAVELOKA



#PHUKETTOURPACKAGES
#TRAVELOKAPHUKET

Untuk memudahkan korang dan seiring dengan teknologi semasa, Traveloka telah lancarkan apps untuk mudahkan korang membuat tempahan tiket kapal terbang serta hotel untuk percutian korang. Faham dengan kesibukan harian, Traveloka adalah 'carian' yang terbaik untuk membantu kita dalam bercuti dengan tenang. Hanya sediakan bajet, klik dan jom ke Phuket !

Untuk Phuket Tour Packages ni hanya ada di apps android serta web Traveloka sahaja. Untuk geng ios, tunggu sat naa, depa duk setting baik punya untuk korang guna dengan mudah.

DAPATKAN DISKAUN YANG MENARIK



#PHUKETTOURPACKAGES
#TRAVELOKAPHUKET

Selain daripada mudah, penjimatan juga antara perkataan yang sinonim dengan Traveloka. Mana taknya, setiap tempahan kapal terbang, tempahan hotel malah tempahan tiket kapal terbang bersama hotel juga dapat diskaun daripada Traveloka. Better daripada takada lansung, kan? Ada juga diskaun untuk pemegang kad bagi bank-bank tertentu (yang ventures dengan Traveloka). Jadi double untung ! Tunggu apa lagi, jom la usha Traveloka sekarang !


#PHUKETTOURPACKAGES
#TRAVELOKAPHUKET

So, next to Phuket, Thailand with all in booked with Traveloka. Mummy nak relax tepi pantai dengan anak-anak. Tak nak serabut sebelum, semasa dan selepas pergi Phuket.

Jom booking Phuket Tour Packages DI SINI !

**********

Korang yang pernah sampai Phuket, say hai sikit. Nak tengok entry korang kalau ada yang dah pergi Phuket. Boleh drop link di ruangan komen. Boleh nanti mek baca pengalaman korang semasa di Phuket. Nak tanya, korang dulu pergi ke Phuket pakai pakej atau buat sendirian semuanya? Mind to share okei ❤


Sekian ..


#PHUKETTOURPACKAGES
#TRAVELOKAPHUKET
#PHUKETPACKAGES
#HOLIDAYWITHTRAVELOKA

PERKHIDMATAN MY BALLOON SHOP SUPRISE-KAN ANAK-ANAK DI BANGI WONDERLAND

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Masa mek plan dengan sis gee nak pergi ke Bangi Wonderland Themepark & Resort , sis gee tetiba cakap seronok la Amani dan Ardini sebab birthday diaorang time kami nak pergi ke sana. Mek terfikir, apa nak bagi hadiah kat budak dua ketul ni. Belanja makan macam dah biasa sangat. Lagi pula budak so dia tak faham belanja makan sebenarnya as treat juga untuk birthday. Banyak juga idea dalam kepala mek tapi bila tengok jadual, padatnya bila di KL nanti. Mana sempat nak ke sana ke mari nak aturkan hadiah bagi diaorang teruja dan diingati sampai bila-bila !


#SURPRISEDELIVERYBANGI
#SURPRISEKIDS

Teknologi IG mek gunakan sebaik mungkin (baru berjinak dengan IG). Penggunaan # memang banyak membantu dalam pencarian di IG. Di FB pun mek rasakan benda yang sama. Cuma di Google je belum praktik pencarian melalui # . Akhirnya mek jumpa juga satu perkhidmatan Surprise Delivery yang sanggup dan amat senang nak deal. Pendek kata, tak perlu mek beri idea, dia dah boleh bayangkan apa yang sesuai untuk kanak-kanak. 

KEJUTAN UNTUK SEMUA KERAIAN DAN PELBAGAI PERINGKAT UMUR



#SURPRISEDELIVERYBANGI
#SURPRISEKIDS

Biasa yang kita tengok surprise macam ni kebanyakkannya untuk yang tersayang lah kan. Untuk laki bini, untuk couple sweet gula melaka. Tapi jarang kita nak bagi dekat anak kita atau anak buah kita. Kenapa sebab kita sendiri tak pernah terbayang surprise macam ni boleh didekorasi bersesuaian dengan budak umur 10 tahun but up to 3 years old (of course).


#SURPRISEDELIVERYBANGI
#SURPRISEKIDS

My Balloon Shop kalau korang deal dengan Tuan Zaly memang senang. Mungkin kerana pengalaman dia dah banyak so dia boleh suggestkan kepada korang apa yang sesuai apa yang tak. Dan mungkin korang on budget jugak, kan so dia juga boleh cadangkan apa yang sesuai dengan bajet korang tu. Setakat ni, mek rasa puas hati deal dengan Tuan Zaly sebab cakap je nak surprise-kan siapa, umur berapa, sempena dengan apa terus zass siap !

PENGHANTARAN KE LEBIH 4 BUAH NEGERI



#SURPRISEDELIVERYBANGI
#SURPRISEKIDS

Another specialty yang ada pada My Balloon Shop iaitu penghantaran lebih 4 buah negeri (sekitarnya). Memang padu babe sebab kebanyakkan yang mek tanya mesti, oh Bangi kita tak deliver. Atau deliver dengan extra caj. Banyak juga yang mek dengar dan mengeluh. Seperti mana seller tak nak fussy buyer, begitu juga buyer yang tak nak fussy seller. Win win, kan?

Antara negeri yang My Ballon Shop boleh deliver :

~Selangor
~Kuala Lumpur
~Melaka
~Negeri Sembilan

HARGA YANG BERPATUTAN



#SURPRISEDELIVERYBANGI
#SURPRISEKIDS

Untuk harga setiap dekorasi memang berbeza harganya tapi yang mek sure harga My Balloon Shop agak murah sebab dengan harga serendah RM30 korang boleh surprise-kan kesayangan korang. Dalam nak surprise tapi nak juga jaga bajet, kan? Korang jangan risau, Tuan Zaly akan tolong korang dalam menjayakan surprise yang korang nak buat tu.


#SURPRISEDELIVERYBANGI
#SURPRISEKIDS

Dapat ni, tak jadi nak merajuk. Untungnya coklat tu boleh di makan, bear boleh disimpan tanda kenangan. Paling penting gambar dengan surprise yang akan sentiasa hangatkan lagi perasaan cinta dan sayang kepada kesayangan.


#SURPRISEDELIVERYBANGI
#SURPRISEKIDS

Untuk officemate juga boleh. Tanda kita menghargai mereka. Yang jauh dirapatkan melalui hubungan silaturahim yang tak pernah putus di dalam hati. Melainkan orang tak sudi. 

Korang yang nak dapatkan servis My Balloon Shop boleh usha diaorang di :

FB :

IG :

Whatsapp : 0162919242

Google MapsSHOPLOT MY BALLOON SHOP

**********


#SURPRISEDELIVERYBANGI
#SURPRISEKIDS

Korang yang dah pernah guna servis My Balloon Shop boleh drop komen. Bagi link sekali boleh mek like dan komen di FB / IG / Webpage korang. Mek pun nak tengok juga siapa yang korang surprisekan tu. Seronokkan dapat surprise daripada yang tersayang ❤


Sekian ..


#SURPRISEDELIVERYBANGI
#SURPRISEDELIVERYMELAKA
#SURPRISEDELIVERYNEGERI9
#SURPRISEDELIVERYKUALALUMPUR
#SURPRISEDELIVERYSELANGOR
#SURPRISEKIDS
#SURPRISEDELIVERY

SPENDING WEEKEND DI BANGI WONDERLAND THEMEPARK & RESORT

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Bangi Wonderland Themepark & Resort, dengar nama pun dah macam seronoknya kalau dapat pergi. Lebih-lebih lagi kalau yang dengar itu kanak-kanak. Kita yang dewasa ni pun agak teruja bila dengan terma themepark tu. Bayangan untuk bersuka ria, hilangkan stress, lupakan seketika tanggungjawab kerja semata-mata untuk hiburkan banyak hati bila pergi ke themepark. Paling penting hati sendiri lah kan. Penat kerja siang malam, penat otak dengan stress kerja seharian, semestinya percutian dengan anak-anak adalah satu masa yang amat ditunggu-tunggu.


#BANGIWONDERLAND
#SPENDINGWEEKEND

Tambah pula dapat kawan yang menyambut baik cadangan mek untuk luangkan masa hujung minggu dengan keluarga. Themepark kena pergi at least dua family barulah agak best untuk menikmati apa yang ada di sana kalau tidak agak kesepian la. Orang memang ramai tapi tak dikenali jadi macam krik krik sikit. Bila dua keluarga tentunya ada kawan nak menyembang dan kawan untuk mencabar diri bersama-sama. Peluang yang terhidang ini mek dan sis gee gunakan dengan sebaik mungkin untuk puaskan hati anak-anak serta pasangan kami. Skrol ke bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Bangi Wonderland Themepark & Resort.

14 CARA UNTUK TERJUN DALAM AIR



#BANGIWONDERLAND
#SPENDINGWEEKEND


#BANGIWONDERLAND
#SPENDINGWEEKEND

Seperti heading di atas, di Bangi Wonderland Themepark & Resort ada 14 cara korang nak terjun dalam air. Dua gambar di atas mek ambik thru website Bangi Wonderland. Masa mula-mula tengok dah masyaAllah ! Banyaknya nak cuba mainan ni. Dalam hati dah niat, selagi tak habis 14 slides ni mek tak nak balik. Dan partner in crime mek pun kena ikut sekali mek terjun dengan slides ni. Kalau tak, rugi la datang jauh-jauh tapi tak mencuba, ye dak? Okei jom tengok gambar mek dan yang lain beraksi.


#BANGIWONDERLAND
#SPENDINGWEEKEND

Ni tempat first. Paling seronok adalah Amani dan Amzar sebab tempat diaorang. Dekat sini pun dah ada beberapa slides. Ada orang dewasa boleh naik ada yang tak boleh. Safety memang high sebab ada staff yang jaga untuk anak-anak kita terjun. Macam Amani mek tunggu kat tepi je, dia pergi sendiri naik slides. Kuranglah rasa bimbang tu sebab ada staff jaga. Dia pun seronok dapat main dengan rakan sebaya yang lain. Tapi jangan la korang tinggal terus anak korang di sini. Ramai orang, takot ada kejadian yang tak diingini. Jadi, berendam di tepian sambil mata pantau pergerakan anak.


#BANGIWONDERLAND
#SPENDINGWEEKEND

Sebelum ke Pirates Bay (beach), ada Meander River. Dekat Pirates Bay memang lama juga kami berendam sebab macam air pantai betul. Ada ombak. Amzar paling seronok di sini sebab spouse mek bawak sampai ke tengah. Dengan beraninya dia nak selam kepala. Itu adalah petanda next agenda kena ke themepark lagi. Mek dengan Sis Gee melepet di tepian pantai sebab kami tak pandai berenang maka layan je la ombak datang tu dengan tenang. Sambil tengok kapal terbang membelah awan.

Yang sungai tu mek sekeluarga sempat try. Best juga. Bawa anak-anak duk atas pelampung sambil layan pusaran air. Kiranya tempat untuk relax sekejap selepas mandi di Pirates Bay dan Pirates Spa. Untuk Meander River kena guna pelampung kuning tu. Tak boleh masuk macam tu aje, nanti staff dia tak bagi masuk.


#BANGIWONDERLAND
#SPENDINGWEEKEND

Dah siap bahagian anak-anak, dah nampak diaorang puas hati dengan menyelam dan berendam, maka time untuk mak ayah pulak beraksi dengan cara terjunan bersama 14 slides berbeza. Masa berpindah ke atas ni takada la bunyi orang menjerit kuat maknanya semuanya okei la kan. Dengan yakin mek dan sis gee nak cuba semua slides ni. Spouse kitaorang menyokong penuh usaha kami. Alhamdulillah.


#BANGIWONDERLAND
#SPENDINGWEEKEND

Bila makin dekat dengan giliran, makin dekat nak ambik pelampung macam seriau la pula. Kebanyakkan yang terjun adalah lelaki dan kanak-kanak sebesar Arsyad dan Amani (anak sis gee). Mana geng perempuan ni weih. Mek dan sis gee angkut juga pelampung tu naik atas sampai ke tingkat empat dan zasssss terjun ! Yang slides kuning hijau tu adalah slides kedua mek dan sis gee terjun. Ini nampak biasa tapi melambung tu buat jantung di luar. Tapi best !


#BANGIWONDERLAND
#SPENDINGWEEKEND

Ni tempat kami landed. First slides yang kami naik. Allahu, staff dia siap cakap lagi, kak saya mintak maaf. Bukan buat salah cuma dia tahu kami takut jadi dia tolak je mek dan sis gee turun dengan pelampung. Macam naik roller coster weih. Rasa macam nak terbalik pun ada tapi alhamdulillah mendarat dengan selamat. Lepas tu bagi laki je la main. Dah tahu kenapa perempuan tak ramai di sini. Masa mek dan sis gee turun korang tak yah bayanglah macam mana kami berteriak kat atas tu. Macam kena rasuk. So total yang mek naik adalah Spiralax dan Anaconda Trail.


#BANGIWONDERLAND
#SPENDINGWEEKEND

Ini bukan mek dan sis gee je yang takut. Laki kami pun takut jugak. Ini adalah Water Cannon. Yang main adalah remaja muda mudi. Best jugak tengok diaorang main. Mencabar tapi at the same time korang buat jantung korang berdegup kencang. Berbaloi dengan bayaran tiket masuk.

KEMUDAHAN LAIN YANG DISEDIAKAN



#BANGIWONDERLAND
#SPENDINGWEEKEND

Untuk tempat penyimpanan barang, korang boleh sewa locker. Selamat la barang korang dalam locker tu. Kadar bayaran seperti di dalam gambar. Macam mek dan sis gee ambik satu locker je berkongsi senang. Tapi bergantung dengan barangan yang korang bawa la. Tapi biasanya baju dan barang berharga lain je kan yang akan disimpan di dalam locker.


#BANGIWONDERLAND
#SPENDINGWEEKEND

Ni contoh locker yang paling besar. Yang warna hijau tu locker small. Kebanyakkan yang mek tengok orang ambik yang large dan kongsi ramai-ramai. Locker ni ada hand-band untuk dibuka. Jadi safetynya agak tinggi. Kawasan pun di awasi dengan CCTV. 


#BANGIWONDERLAND
#SPENDINGWEEKEND

Cabana. Tempat singgah rehat ahli keluarga. Yang ni sewa RM75 satu cabana. Kalau korang tak sewa locker, boleh sewa cabana untuk letak barangan korang. Untungnya cabana ni kalau anak kecik macam mek nak menyusu dan nak tidur, elok la boleh baringkan mereka di dalam cabana. Cabana ni macam pondok untuk berteduh. Masa mek pergi semuanya dah di sewa dan kami terpaksa lah simpan barang dalam locker.


#BANGIWONDERLAND
#SPENDINGWEEKEND

Nak sembahyang pun senang sebab surau disediakan. Untuk orang kurang upaya pun ada tandas khas untuk mereka. Untuk para bayi, ada bilik khas untuk mummy dan baby menyusu serta changing diaper. Pengalaman mek hanya di surau dan baby room.

Surau memang alhamdulillah bersih dan kain sembahyang pun ada. Tempatnya luas. Kalau datang satu bas pun muat untuk sembahyang ramai-ramai.

Baby room ada toys untuk anak-anak. Lepas diaorang dah mandi siap bersalin tunggu mak nak sembahyang, boleh la letak diaorang disitu bagi diaorang rehat baring ataupun main toys tu. Bagus facilities yang diaorang ada.


#BANGIWONDERLAND
#SPENDINGWEEKEND

Ni tempat makan. Makanan luar dilarang masuk. Lepas main air kadang dahaga dan lapar, jadi boleh la isi perut di sini. Makanannya bukanlah sepinggan nasi, ianya sekadar makanan yang nak alas perut. Dah cukup elok dah sebab paling suka makanan macam ni adalah kanak-kanak. Yang dewasa beli air dan makan samosa je. Sedap !

HARGA TIKET



#BANGIWONDERLAND
#SPENDINGWEEKEND

Kanak-kanak yang bawah 90cm adalah free entrance. Mek hari tu dapat lagi Amani free sebab 95cm tak sampai seratus. Kalau tak, kena juga tiket tu. Amzar confirm la lepas sebab bawah 90cm.


#BANGIWONDERLAND
#SPENDINGWEEKEND

Dewasa punya tiket time mek pergi berharga RM58 tapi from time to time Bangi Wonderland Themepark & Resort ada buat promosi harga tiket. Korang boleh check thru website Bangi Wonderland Themepark & Resort DI SINI

SAMBUTAN HARI KELUARGA / LAIN-LAIN KERAIAN



#BANGIWONDERLAND
#SPENDINGWEEKEND

Bangi Wonderland Themepark & Resort juga amat sesuai kalau korang nak buat family day. Mereka ada sediakan satu astaka untuk korang berhimpun time family day. Sedang elok masa mek berkunjung hari tu, KPJ sedang lansungkan family day jadi mek dapatlah gambaran macam mana kalau family day berlansung di sini. Meriah habis dapat berkaroks, dapat buat cabutan bertuah, dapat buat persembahan. Untuk pertanyaan lanjut korang boleh hubungi sales marketing diaorang untuk tanyakan quotation.

**********

Korang yang nak datang ke Bangi Wonderland Themepark & Resort, boleh usha dulu mereka punya social media. Biasalah, sebelum pergi, kena survey dulu, betul tak?




Nombor phone : 0389128333

Email : sales@bangiwonderland.com.my

Masa buka dan tutup : 11 pagi hingga 6.00 petang. Setiap Selasa cuti tapi kalau public holiday atau cuti sekolah mereka buka untuk orang ramai.


#BANGIWONDERLAND
#SPENDINGWEEKEND


#BANGIWONDERLAND
#SPENDINGWEEKEND

Korang yang dah pernah datang ke Bangi Wonderland Themepark & Resort jemputlah share pengalaman korang diruangan komen. Kalau ada story di FB, IG dan blog pun dialu-alukan untuk letak link, nanti mek terjah untuk like dan komen sekali. Secara total, mek keluar daripada Bangi Wonderland Themepark & Resort dengan bahagia sebab anak-anak memang puas hati dapat mandi kolam. Next time insyaAllah boleh repeat dengan keluarga yang lebih besar ❤


Sekian ..


#BANGIWONDERLAND
#SPENDINGWEEKEND
#BONDINGWITHFAMILY

DOMINOS IT'S ALL ABOUT YOU HIDANGAN PIZZA YANG IKUT SELERA PELANGGAN !

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Sebut Dominos memang tipu kalau ramai yang tak kenal dengan nama ni. Mana taknya dah 21 tahun dalam Malaysia (since 1997). Kalau korang tanyakan mek, kenapa mek pilih Dominos instead of yang lain, alasannya adalah sebab Dominos menyediakan pizza mengikut citarasa masing-masing. Kena dengan tagline 'Its All About You' - yes, memang Dominos mengikut citarasa pelanggannya.


#DOMINOSMY
#ITSALLABOUTYOU

Dengan pelbagai topping (flavor) serta boleh pilih ketebalan pizza yang korang nak, mek rasa amat dihargai sebagai pelanggan. Yela, kita diberi pilihan untuk ikut apa yang kita suka. Ada yang tak suka tebal, ada yang suka tebal. Macam mek suka yang paling nipis sebab pizza tu akan lebih rangup ! Kan selera masing-masing. Pergi satu tempat tapi dapat puaskan hati semua orang.

ORDER ONLINE UNTUK LEBIH MUDAH



#DOMINOSMY
#ITSALLABOUTYOU

Mek lebih suka order online. Tak kisah untuk makan di Dominos atau nak bawa balik rumah, mek memang mengamalkan tempahan atas talian. Sebab apa, kalau tempah melalui online, korang akan dapat banyak kemudahan seperti :

~Pizza percuma (size single)*
~Dapat pilih waktu yang korang nak makan
~Dapat pilih dengan tenang apa yang nak dimakan
~Boleh buat pembayaran di kaunter kalau takada duit dalam akaun



#DOMINOSMY
#ITSALLABOUTYOU

Bila sampai je di Dominos, walla, siap ! Korang boleh bawa balik atau makan je la di Dominos tu terus. Tak payah beratur dan menunggu pizza korang siap. Senang, kan?

CALL UNTUK DELIVERY PUN BOLEH



#DOMINOSMY
#ITSALLABOUTYOU

Memang ada yang jenis malas online, lebih suka untuk call. Ni nombor Dominos 1300888333 . Jangan lupa okei. Diaorang akan hantarkan pizza yang masih panas pada korang untuk dinikmati sama seperti baru keluar ketuhar.

PILIHAN UTAMA BILA KE DOMINOS



#DOMINOSMY
#ITSALLABOUTYOU

All time favorite. Pepperoni. Roti ambil yang sedang sebab masa nak order yang paling nipis rasa nak cuba yang sedang pulak. Ni first time ambik yang sedang. Ok juga. Tak muak. Cheese tak mengecewakan. Dapat ditarik gitu. So, jom Dominos !


Korang pula macam mana? Suka Dominos atau lebih prefer yang lain? Kalau Dominos menjadi pilihan, kerak dan topping mana menjadi pilihan utama korang? Mind to share ye ❤


Sekian ..


#DOMINOSMY
#ITSALLABOUTYOU
#DOMINOSLOVER

KAKITANGAN PDRM, JOM BUAT LOAN ! BSN BAGI RATE SPECIAL PUNYA UNTUK KAKITANGAN PDRM

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek dan tak lupa juga kepada mereka yang searching mengenai info entry ini ..

Membuat keputusan untuk mengambil satu-satu pembiayaan mungkin akan difikir lebih sepuluh kali oleh seseroang individu kerana bukan sahaja jumlah pinjaman menjadi paling utama malah bayaran bulanan juga perlu dikaji dan ditilik sebaik mungkin. Kalau silap percaturan, setiap bulan dapat gaji, hangus semuanya.


#LOANPDRM
#LOANBSN

Bila berada di dalam sektor perbankan, mek 'agak' berpengetahuan dalam tujuan orang ramai dalam mencari satu-satu pembiayaan antaranya mereka perlukan rate yang paling rendah. Rate paling rendah ini akan membantu para peminjam untuk membayar bulanan dengan kadar yang rendah. Seperkara lagi mereka akan bertanyakan tentang kadar terapung atau kadar tetap. Jadi, jom mek ceritakan apa yang istimewa di BSN dalam soal pembiayaan.

KADAR TERAPUNG VS KADAR TETAP



#LOANPDRM
#LOANBSN

Kadar terapung, satu kadar yang mana korang kena bersiap-sedia dengan perubahan rate. Contoh, rate sekarang korang mohon adalah 3.45%. Untuk kadar terapung, ianya tidak berubah pada setiap hari, bahkan bukan setiap bulan. Untuk kadar terapung ianya akan berubah pada mungkin 4 hingga 6 tahun sekali. Perubahan pula bukan sehingga naik 1%. Ianya mungkin akan menjadi tolak tambah sebanyak 0.02% (bergantung kepada arahan BNM). Ada sesetengah pelanggan nak buat pinjaman tapi tak nak yang terapung sebab katanya akan meningkat jumlah bayaran bulanan. Bila mek bertanyakan para pegawai yang dah terlatih dalam hal ini, kalau meningkat pun dalam RM5 hingga RM10. Tak pernah dalam sejarah meningkat sehingga RM50. Jadi, kenapa perlu risau?

Kadar tetap. Tetap sampai ke sudah. Walaupun ekonomi tak cantik walaupun ekonomi baik tetap dengan rate yang ditandatangani pada hari kelulusan pinjaman. Contoh, kalau hari ni rate untuk pinjaman adalah 3.45%, maka sehingga habis tempoh pinjaman ianya tetap 3.45%. Rate ini tidak akan terkesan dengan perubahan rate yang digazetkan oleh BNM.

Jelas tak? Kalau tak jelas boleh bertanya diruangan komen atau boleh whatsapp mek 01117850280 .

RATE RENDAH UNTUK PDRM



#LOANPDRM
#LOANBSN

Sempena dengan polis lancarkan 50% diskaun untuk bayaran balik saman untuk semua jenis kenderaan, BSN juga nak tawarkan kepada semua anggota PDRM yang mana abang-abang dan kakak-kakak polis boleh buat pinjaman dengan BSN dengan kadar istimewa iaitu 3.45%. Untuk PDRM, BSN telah meletakkan semua kadar adalah terapung untuk mereka. Jadi, kalau ada yang berkenan nak cuba kira kelayakan pinjaman, boleh hubungi mek 01117850280 . Tambahan info, kempen ni akan berkahir pada 31 Disember 2018. Last slip gaji yang boleh diterima adalah Disember 2018. Kena cepat. Cuba kira dulu dapat berapa, rasa sesuai dengan jumlah dan komitmen bulanan, kita proceed untuk tandatangan perjanjian pula.

'ROLLING' DUIT PINJAMAN



#LOANPDRM
#LOANBSN

Mek akui, ada juga mek terima daripada orang ramai, lebih-lebih lagi komentar di blog, FB dan juga IG. Mek, buat apa nak pinjam duit. Daripada takada hutang jadi ada hutang. Daripada takada komitmen jadi ada komitmen. Baik menabung je kalau nakkan apa-apa. Well, itu salah satu pendapat yang mek rasa mek perlu betulkan. Bukan salah, mungkin tak semua benda kita boleh menabung dan beli apa  yang kita mahu. Kalau nakkan telefon mungkin, menabung adalah jalan terbaik. Tapi kalau nak beli aset? Menabung tahun ni dapat 10K, tapi tanah 20k. Simpan lagi tahun depan dah cukup 20K, tapi tanah tahun depan dah bukan 20K, mungkin dah 25K. 

Nak tak nak pinjaman adalah satu tempat untuk korang dapat tambahkan aset yang korang perlukan. Rata-rata yang mek tanyakan, nak buat apa dengan pinjaman ni :

~Beli tanah
~Sambung bahagian rumah
~Nak selesaikan loan yang ada, nak satu komitmen sahaja
~Simpanan 10 tahun dalam akaun pelaburan

Bagi mek, ini bagi mereka yang nampak 'keistimewaan' pinjaman. Kalau yang tak nampak memang dia akan kecam habis. Tapi tak kisah, golongan itu ada 20% sahaja. Semoga mereka lebih terbuka dengan entry mek kali ini. Jangan lupa untuk whatsapp mek kalau nak apply pinjaman dengan BSN 01117850280 .


Korang ada mohon untuk buat pinjaman tak? Mek setakat ni ada pinjaman kenderaan sahaja atas faktor komitmen. Antara faktor lain adalah takada perkara penting yang mek nak pakai duit. Kalau nak buat rumah, atau nak tambah harta memang elok sangat buat pinjaman peribadi. Pinjaman yang memberi pulangan yang besar kepada kita. Jadi, siapa buat pinjaman untuk tambah harta? Komen sikit ❤


Sekian ..


#LOANPDRM
#LOANBSN
#BSNFORYOU

HOTPOT SEOUL GARDEN BENAR-BENAR BAWA PENGGEMAR KOREAN FOOD KE SEOUL KOREA !

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Seoul Garden, antara rangkaian restoren yang dah lama bertapak di KBMall Kelantan. Berkonsepkan buffet steamboat, memang mek tak pernah jejakkan kaki untuk merasai keenakan steamboat daripada Seoul Garden. Officemate mek memang ramai yang dah try Seoul Garden Buffet - Steamboat & Grill. Kata mereka memang sedap dan berbaloi dengan harga. Kalau ada nak meraikan siapa-siapa, Seoul Garden Buffet - Steamboat & Grill menjadi pilihan utama. Tapi, tahukah korang bahawa Seoul Garden Buffet - Steamboat & Grill ada 'adik' sekarang?


#SEOULGARDENHOTPOT
#SEOULGARDENDUBBAP

Bila another Seoul Garden buka di ground floor KBMall, bila lalu je bau best. Buat rasa lapar je. Sehinggalah benda yang sama dirasai oleh spouse mek. Kami decide untuk try. Di ground floor adalah Seoul Garden Hotpot - another restoren Seoul Garden yang berkonsepkan Korean food 100%. Perasaan tak nak cuba korean food (sebab lidah Kelantan yang mirip Thailand) kami letakkan di tepi sebab bau yang terhidang tu rasanya lebih sedap dengan sangkaan kami.

DUBBAP PILIHAN YANG MENARIK DAN BERPATUTAN



#SEOULGARDENHOTPOT
#SEOULGARDENDUBBAP

DUPBAP ! DubBap ni dalam menu ada (pilih salah satu) :
~ Squid
~Chicken
~Prawn
~Fish

Kalau korang first trial macam mek, memang recommended sangat untuk pilih DubBap sebab satu hidangan tu dah cukup untuk korang kenyang. Kimchi pun dah ada dalam hidangan DubBap.
Kalau korang datang berdua, elok pilih Set Meal for Two ni. RM38 sahaja but available hanya pada weekdays (untuk Kelantan Ahad hingga Khamis). Untuk set for two ni ada :

~DupBap (pilih satu antara empat yang ada di atas)
~Classic Bibimbap
~Fried Mushroom
~3 in 1 Naemul (sayuran korea)
~2 mangkuk sup


#SEOULGARDENHOTPOT
#SEOULGARDENDUBBAP

Portion untuk set for two ni adalah cukup untuk dua orang malah mek yang berempat dengan Amani dan Amzar pun dah cukup sangat untuk kenyangkan perut. Dua hidangan nasi bersama appetizer cendawan goreng, memang membuka selera kitaorang hari tu. Lagi-lagi mek yang tak pernah cuba makanan korean. Rasanya not bad. Seoul Garden HotPot ni cara hidangannya ala-carte. Bukan jenis buffet seperti Seoul Garden Steamboat. Kalau korang datang ke Seoul Garden HotPot, banyak juga menu Korean lain yang korang boleh order seperti ayam spicy crispy Korea dan lain-lain lagi. Banyak pilihan sebab Seoul Garden HotPot memang hidangan Korean food 100%.

'TERBANG' KE KOREA DENGAN SATU SUAPAN



#SEOULGARDENHOTPOT
#SEOULGARDENDUBBAP

Squid DupBap. Untuk hari tu, mek decide nak cuba squid DubBap. Dalam sepinggan ni ada :
~Kimchi
~Nasi Korea
~Squid goreng
~Telur dadar
~Rumpai laut

Memang betul, satu suapan boleh buat korang rasa betul-betul berada di Korea sebab nasi dia tak sama dengan nasi beras kita di Malaysia. Nasinya tu macam pulut tapi bukan. Its just nasi Korea. Tak sure nak terangkan macam mana sebab korang kena rasakan sendiri. Untuk yang peminat Korean Food mesti dah pecah liur kan tengok DubBap ni. 


#SEOULGARDENHOTPOT
#SEOULGARDENDUBBAP

Hirup pulak dengan sup yang ada ketulan dadu lembut daripada tauhu. Just nice makan dengan DubBap. Recommend ke idok? Semestinya recommended sebab mek ni tak pernah makan makanan Korea tapi rasanya boleh sahaja telan dan kenyang pulak tu. Jangan bimbang, pihak JAKIM telah pun mengeluarkan sijil HALAL kepada semua outlet Seoul Garden termasuklah Seoul Garden HotPot. Mek pun memang ada dengar tentang hal ni so mek nak kepastian, mek tanyakan manager terus. Logiknya, kalau di Kelantan nak buka kedai kena ada sijil HALAL daripada JAKIM kalau tak memang tak lepas restoren tu nak buka pada umum. Kalau yang takada sijil HALAL memang kena letak signboard non-halal. Jadi Seoul Garden dan Seoul Garden HotPot adalah selamat untuk semua muslim di Malaysia.

RESTOREN BERKONSEP URBAN



#SEOULGARDENHOTPOT
#SEOULGARDENDUBBAP

Another yang mek suka adalah kerana restoren Seoul Garden Hotpot ni betul-betul dihiaskan dengan cara urban Korea. Memang betul mek tak tengok sangat cerita Korea tapi mek ada jugak satu dua KDrama yang mek layan. Terpukau je tengok cara susunan, kekemasan yang diterapkan sama seperti budaya orang Korea.


#SEOULGARDENHOTPOT
#SEOULGARDENDUBBAP

Sitting yang lebih leisure memang sesuai untuk korang yang datang dengan kawan-kawan. Cantik terus nak FOTD dan OOTD.


#SEOULGARDENHOTPOT
#SEOULGARDENDUBBAP

Kalau yang lebih privacy part macam nak bercerita gitu, pun ada ruangannya. Sure tempat untuk korang FOTD dan OOTD juga sebab background dia lawa. Mek rasa tak perlu cerita lebih, instafamous, Facebooker kita semua ni bijak dalam photography.


#SEOULGARDENHOTPOT
#SEOULGARDENDUBBAP

Sambutan yang menggalakkan di Seoul Garden Hotpot KBMall. Sebenarnya ramai je yang boleh ikut selera Korean ni. Mungkin sebab Seoul Garden Hotpot juga dah balance-kan rasanya untuk citarasa orang tempatan kita (sos memang direka khas oleh team Seoul Garden HotPot). Ambik contoh mek yang tak pernah makan Korean food pun dapat habiskan DubBap. Maksudnya, boleh diterima tekak. Jangan takut nak cuba sebab kalau korang tak bagi cuba pada diri sendiri, who else will do.


#SEOULGARDENHOTPOT
#SEOULGARDENDUBBAP

Masuk restoren Seoul Garden HotPot KBMall disambut dengan dinding art macam ni. Coffee ! Antara tarikan juga sebab coffee lover ke mana sahaja dia pergi mesti minta coffee untuk dia cuba. Aside, ada patung-patung yang menarik di Seoul Garden. Jalan pintas untuk pujuk anak serta kaum hawa yang merajuk.


#SEOULGARDENHOTPOT
#SEOULGARDENDUBBAP

Much love.

LOKASI SEOUL GARDEN HOTPOT


Lokasi : Ground Floor, KBMall Kota Bharu Kelantan.

Landmark : Pintu masuk yang berhadapan dengan Tune Hotels. Masuk dari pintu tu terus belah kiri Seoul Garden Hotpot. Kalau dari pintu utama, korang kena straight ahead, sampai la ke pintu keluar yang mengadap Tune Hotels. Seoul Garden Hotpot ada di sebelah kanan korang.

Nombor phone outlet : 097473393 kut kut korang nak buat reservation sambut birthday ke, anniversary ke. Saranghea gitu.





#SEOULGARDENHOTPOT
#SEOULGARDENDUBBAP

Korang dah try ke Seoul Garden Hotpot ni? Untuk setakat Pantai Timur, hanya Kelantan sahaja yang ada Hotpot ni. Kalau datang ke Kelantan, wajib singgah di Seoul Garden Hotpot KBMall. Nanti jangan lupa upload di IG dan FB juga. Untuk kenangan dan sebarkan kepada mereka yang lain juga. Servis di Seoul Garden HotPot KBMall ni juga amat ok sebab staf mereka well-trained. Kalau kita minta suggestion ataupun apa info mengenai makanan Korean, diaorang ada pengetahuan. Bukan main tibai je (selalu tak suka bila pergi restoren yang bila tanya macam blur nak jawab). Pada yang dah cuba Seoul Garden HotPot, apa kata korang tentang dubbap? Mind to share ye ❤


Sekian ..


#SEOULGARDENHOTPOT
#SEOULGARDENDUBBAP
#SEOULGARDENHALAL