Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Bercuti ke Cameron Highland memang kalau boleh nak masuk dalam list setiap tahun. Nak pergi luar negara belum mampu jadi nak ke tempat sejuk dan yang agak sama dengan luar negara - Cameron Highland pilihan yang agak tepat. Kalau mek, bercuti ni kalau boleh nak semua yang dalam tentatif tu, satu tempat yang boleh mencipta memori, boleh dikenang sepanjang hayat melalui foto-foto.
Ada juga yang berpendapat, homestay ni untuk tempat letak barang dan rebahkan badan je. Selebih masa kita akan keluar dan shopping sahaja. Ye betul, tapi bagi mek yang nak percutian tapi dalam masa yang sama untuk rehatkan badan, homestay paling mek utamakan. Lagi-lagi kalau bercuti bersama keluarga dan kawan, mesti nak berborak. Nak juga satu ruang 'mengopi' yang best in trip.
BILIK TIDUR YANG URBAN
#THEWOODZXLOFTCAMERON
#HOMESTAYBRINCHANG
Pertama kali mek tengok gambar dalam google, mek dah rasakan yang homestay The Woodz x Loft ni memang akan beri satu kelainan sebab dia punya decoration agak unik. Mek dengan Sis Gee memang tak sabar nak tengok sendiri depan mata macam mana dalam sebuah bilik, boleh muatkan lagi satu katil di atas untuk anak-anak tidur. Jimat ruang dan juga memberi sentuhan klasik.
#THEWOODZXLOFTCAMERON
#HOMESTAYBRINCHANG
Seperti korang sedia maklum, di Cameron memang tak perlukan kipas pun untuk tidur malam. Tapi tetap kena ada kipas untuk pengaliran udara. Jadi untuk bilik yang unik urban ni adalah satu kipas dinding tapi kitaorang tak pasang pun. Cuaca dah sejuk ! Buka kipas diluar sahaja untuk tak nak bagi udara statik. Seronok anak-anak Sis Gee tidur kat atas ni. Amani pun sama juga, lawa bagi mereka.
#THEWOODZXLOFTCAMERON
#HOMESTAYBRINCHANG
#HOMESTAYBRINCHANG
Ni bilik tidur nombor dua. Ada satu queen dan satu single. Tetap dilapik di atas kepingan kayu. Bilik ni boleh muat tiga orang. Kalau nak sembahyang, korang kena sembahyang di luar sebab ruangnya agak terhad. Tapi ok je kan sembahyang berjemaah di ruang keluarga. Bilik nombor dua ni tiada bilik air tapi bilik air di luar tu berdekatan je. So, takda kena berkemban jauh-jauh kalau nak mandi.
#THEWOODZXLOFTCAMERON
#HOMESTAYBRINCHANG
#HOMESTAYBRINCHANG
Sejuk ! Selimut di The Woodz x Loft ni dah disediakan. Nanya kalau korang nak bawa selimut sendiri. Untuk Amani dan Amzar mek pakaikan diaorang sweater sebab tahu diaorang tak suka dengan selimut. Lagipun kalau umur baya Amzar bahaya untuk diselimutkan. Kita yang dewasa sedap tidur, anak dah dalam selimut boleh jadi panas and tak cukup oksigen. Nauzubillah.
PASAR MALAM CAMERON HANYA JALAN KAKI
#THEWOODZXLOFTCAMERON
#HOMESTAYBRINCHANG
#HOMESTAYBRINCHANG
Untuk pengambilan kunci homestay The Woodz x Loft, korang kena ke bangunan yang bertentangan. Kalau dari lorong main tu, korang ke bangunan belah kiri terdahulu untuk ambik kunci dan korang punya hometay adalah bangunan sebelah kanan. Yang ni akan diterangkan oleh owner The Woodz x Loft. Jangan risau, korang takkan sesat dan ianya tidak susah pun. Deposit seratus untuk ambil kunci.
#THEWOODZXLOFTCAMERON
#HOMESTAYBRINCHANG
#HOMESTAYBRINCHANG
Ini adalah pintu masuk dan keluar daripada bahagian hadapan bangunan. Nama bangunan ni adalah Barrington Square B. Berada di tengah-tengah antara Barrington Square A dan C. Kalau korang nak ke pasar malam, boleh keluar ikut pintu ni. Kalau nak ke basement kena turun lagi setingkat untuk akses ke kereta anda. Pasar malam betul-betul di hadapan bangunan Barrington Square ni. Jalan saja.
RUANG PARKIR YANG SELAMAT
#THEWOODZXLOFTCAMERON
#HOMESTAYBRINCHANG
Ruang untuk parkir korang punya kenderaan adalah di basement. Tiada limit juga untuk parkir. Masuk aje lah selagi muat. Seronokla kereta korang tak kena embun dan panas. Selesa tidur di basement. Dan ianya juga baik untuk korang yang beranak kecil. Kalau hujan takada la fikir susah nak turun kereta. Cuma kunci kereta korang elok-elok ye. Jangan buka ruang untuk penjenayah.
#THEWOODZXLOFTCAMERON
#HOMESTAYBRINCHANG
The Woodz x Loft ni berada di tingkat tiga. Daripada parkir, korang just naik lif sahaja. Beg semua angkut sekali arung je. Untuk masuk ke tempat lif ni pun ada pintu yang lock di mana hanya boleh akses dengan kad yang diberikan sahaja. Jadi korang jangan letak merata kad akses tu nanti hilang nanya korang nak kena ganti tu satu hal and nak ke mana-mana dalam bangunan ni pun susah.
#THEWOODZXLOFTCAMERON
#HOMESTAYBRINCHANG
#HOMESTAYBRINCHANG
Pintu yang bergril demi keselamatan penduduk. Daripada lif, korang belok ke kiri untuk masuk The Woodz x Loft. Rumah bernombor 15. Masa spouse duk buka kunci pintu ni, mek dengan sis gee dah kemain duk excited nak masuk bukan sebab penat tapi sebab tak sabar nak tengok keindahan decoration The Woodz x Loft yang kami sama-sama tengok dalam google. Cepat la bang buka pintu.
APARTMENT MODEN MENSELESAKAN
#THEWOODZXLOFTCAMERON
#HOMESTAYBRINCHANG
Ruang melepak. Ada TV yang bersiaran Njoi. Ada Wifi free untuk korang akses. Nikmat sangat bila update blog, FB dan IG tanpa ada sekatan. Mek tak tahu lah kenapa di Cameron Highland sekarang coverage phone agak slow. Kalau nak update secara terus memang agak azab kena menunggu. Better tunggu wifi di rumah. Superb laju dan yes, its on package dah. Pengguna internet memang sukalah.
#THEWOODZXLOFTCAMERON
#HOMESTAYBRINCHANG
Mini bar. Ni adalah ruang untuk mek dan sis gee meng-update blog kami. Sebelum buka laptop, mini bar ni tempat untuk anak-anak kami makan. Dekat rumah takda oii mini bar macam ni, so depa amat excited makan di meja ni. Licin nasi lemak yang sis gee tapau. Balik daripada pasar malam, tempat ni dah di conquer oleh mek dan sis gee sambil kami makan ubi keledek yang manis dan suam-suam tu.
#THEWOODZXLOFTCAMERON
#HOMESTAYBRINCHANG
Ruang untuk ambik udara segar. Ruang untuk tenangkan fikiran. Ruang untuk korang borak-borak manja dengan pasangan. Dan juga ruang untuk anak-anak korang ber-bonding antara satu sama lain. Mek dengan sis gee tak sempat nak buat sesi luahan perasaan di balkoni ni. Masing-masing sibuk dengan tugasan. So kami biarkan anak-anak dan spouse yang conquer ruang ini agar mereka happy.
#THEWOODZXLOFTCAMERON
#HOMESTAYBRINCHANG
Bila korang selak langsir, ini pemandangan daripada The Woodz x Loft. Memang nampak atap bumbung tapi udara Cameron Highland, amat menyegarkan. Bangun pagi tengok sunrise daripada penjuru belah kanan. MasyaAllah, sungguh mendamaikan jiwa. Walapun bukit di depan tu telah ditereskan, tapi disebabkan ada rumput jadi sejuk juga mata memandang. Kalaulah terus di sini.
#THEWOODZXLOFTCAMERON
#HOMESTAYBRINCHANG
#HOMESTAYBRINCHANG
Tempat anak nak tengok TV. Mak ayah semua melepak di meja makan dengan handphone masing-masing dan setin Wonda setiap sorang. Seronok bila anak-anak ada kawan yang boleh get long bersama. Mak ayah tentunya ada agenda tersendiri juga. Bila anak-anak tengok TV, mek tak risau sangat sebab jarak dekat boleh jeling sambil buat kerja. Jadi, idok lerr gundah gulana tak nampak dia.
CIPTA MEMORI BER-BBQ DI ROOFTOP
#THEWOODZXLOFTCAMERON
#HOMESTAYBRINCHANG
Menarik juga di The Woodz x Loft Homestay ni ada rooftop. Rooftop pulak yang bertemakan garden atau lebih senang kalau mek cakap laman hijau. Mendamaikan. Kalau korang nak naik lepak minum petang, atau nak sembang dengan kawan sambil menghirup udara segar Cameron Highland, memang amat bersesuaian la. Jangan risau, naik rooftop pakai lift, korang takkan mengah naik tangga.
#THEWOODZXLOFTCAMERON
#HOMESTAYBRINCHANG
Di rooftop ni juga korang boleh ber-BBQ. Cuma kenalah bagitahu dekat owner dulu. Bukan apa, kena la bagitahu dekat tuan rumah nak guna kemudahan yang ada di apartment dia, kan? Arang dan lauk pauk BBQ korang kena bawak sendiri la. Di rooftop ni hanya ada tempat untuk BBQ je. Memudahkan korang supaya tak perlu angkut sarang arang untuk membakor di petang hari.
#THEWOODZXLOFTCAMERON
#HOMESTAYBRINCHANG
Kemudahan tempat duduk juga ada. Idok lerr kena bawa tikar nak berBBQ. Boleh je duduk kat pondok yang disediakan tu. Macam japanese style dia punya meja makan. Untuk di rooftop ni korang tak perlu risau sangat dengan safety untuk anak-anak sebab penghadang dia tinggi. Melepasi paras kita yang dewasa ni. Cuma just jaga kalau anak-anak berlari je la, kut licin ter-rebah terberdarah pula.
#THEWOODZXLOFTCAMERON
#HOMESTAYBRINCHANG
Korang yang nak stay The Woodz x Loft ni boleh contact direct owner dia yang diberi nama Mr Douglas - 0122048486 . Dia tak garang dan bercakap dengan nada baik sahaja. Korang boleh tengok juga dia punya gambor bilik apartment yang ada dengan klik DI SINI . Mek bet korang akan jatuh hati dengan decoration yang Mr Douglas hias di homestay miliknya. Pasti nak bergambor je rasa.
**********
Korang kalau ke Cameron Highland, homestay atau hotel yang menjadi pilihan? Dan kalau homestay ataupun hotel, yang mana satu ye? Kalau boleh letak reason kenapa lagi bagus. Mek pun nak tahu jugak isi hati korang apa yang korang nak bila ke Cameron Highland. Mind to share ye ❤
Sekian..
Jangan lupa like dan follow FB MEK
Jangan lupa like dan follow IG MEK
#THEWOODZXLOFTCAMERON
#HOMESTAYBRINCHANG
#HOMESTAYCAMERONHIGHLAND
Menarik gak tempatnya kalau ajak reunited dengan kengkawan ni. Berapa harga semalaman sis?
ReplyDeletewahhhh cantiknya! Saya haritu dekat rumah teres bawah tu je
ReplyDeleteMenarik jugak !! Kalau pergi sana kena book cepat-cepat tempat ni.
ReplyDeleteKemas menarik lagi best bila dekat dengan Pasar malam, jem teruk kalau nak ke sini
ReplyDelete