TERKINI !! MCDONALDS KBMALL PULA YANG BERUBAH WAJAH !

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Kewujudan McDonalds dalam KB Mall memang daripada awal pembukaan KB Mall lagi. That time sekitar 2005. Mek form one that time. Memang McDonalds sentiasa penuh dengan orang ramai. Beratur panjang keluar setiap weekend. Kalau weekdays ok sikit. Tapi memang selalunya ramai orang. Tak pernah lengang. Kalau ke McDonalds KB Mall biasanya mek take away je. Penuh !


#MCDONALDSKBMALL
#MCDONALDSBERUBAHWAJAH

Tapi bila spouse bagitahu yang McDonalds KB Mall sedang renovate, mek terfikir, apa yang mereka nak ubah suai ye? Yela outlet McDonalds besar tu je, bukan tambah space pun. Apa la agaknya dekorasi yang diaorang nak 'lukis' pada KB Mall ni. Dalam hati terdetik juga, dah cantik nanti mesti makin ramai. Habis la beratur sampai ke escalator pulak. Tapi apa yang terjadi sebaliknya dan boom !

INTERIOR MACAM DALAM TAMAN


#MCDONALDSKBMALL
#MCDONALDSBERUBAHWAJAH

Bila masuk je ruangan tempat duduk, terpukau terus mata ni. Allahu, memang lawa McDonalds KB Mall. Tak jumpa lagi outlet McDonalds yang lawa macam ni. Aside, yang McDonalds Wakaf Che Yeh tu lain pula designnya. Tak sama. So, dalam satu negeri ada dua design untuk McDonalds. So walaweih ! Ambik gambar dalam taman, ke McDonalds KB Mall. Nak yang macam ala Bukit Bintang sila ke McDonalds Wakaf Che Yeh.


#MCDONALDSKBMALL
#MCDONALDSBERUBAHWAJAH

Cosy sangat. Korang datang in big group meja besar panjang dah ada. Tak perlu sambung-sambung meja seperti dulu. Kalau datang berempat boleh duduk di mana-mana seat yang avail sebelah kiri dan kanan bahagian. Suka juga bila ada sofa sebab kadang anak tidur, so boleh baringkan mereka atas sofa tu. Memang memudahkan manusia sejagat actually.


#MCDONALDSKBMALL
#MCDONALDSBERUBAHWAJAH

Datang sorang? No hal, nak hadap phone sambil makan boleh duduk diruangan ini. Tak perlu satu meja tapi duduk sorang je. Mek bagi rating 4 bintang for this interior sebab setiap ruangan ada kepentingan masing-masing.

ORDERING KIOSK DITERAPKAN


#MCDONALDSKBMALL
#MCDONALDSBERUBAHWAJAH

Dah testing 3 bulan di McDonalds Wakaf Che Yeh, nampaknya rakyat Kelantan dapat menerima Ordering Kiosk ni dengan baik maka di KB Mall juga management decide untuk pasangkan Ordering Kiosk ni. Jimat banyak masa pekerja dan juga jimat masa bagi mereka yang nak order. Tak perlu nak takut-takut dengan akak kaunter lagi dah. Akak kaunter pun semenjak ada Ordering Kiosk ni dah senyum elok je. Senyuman ikhlas gitu. Antara perubahan lain yang ada di McDonalds KB Mall adalah kemunculan McCafe ! Tapi basic sahaja. No cakes. Just latte, mocha and americano. Dah cukup okei untuk layan tekak yang teramat sukakan McCafe Latte ! Korang kena try, put double sugar and double creamer. Menitik air liur.


#MCDONALDSKBMALL
#MCDONALDSBERUBAHWAJAH

Bila dah order, dah bayar siap-siap, tunggu je pesanan korang siap. Then ambik makan. Kalau korang dine in, nanti staff McDonalds akan hantarkan pada korang. Mek suka sangat dengan step yang dibuat ni. Tak menyusahkan banyak pihak. Mungkin bagi mereka yang tak suka dengan Ordering Kiosk, korang kena bagi masa dekat diri untuk belajar. Dulu pun tak suka whatsapp kan? Sekarang tak boleh hidup pulak tanpa whatsapp, ye dak?


#MCDONALDSKBMALL
#MCDONALDSBERUBAHWAJAH

McDonalds KB Mall, first day buka dah sibuk macam biasa. Cuma kali ni mek nampak wajah-wajah gembira kakitangan McDonalds dalam melayani tetamu. Agaknya dah kurang stress sebab tetamu tak beratur depan mata dah kan. Standart la manusia, ada perasaan. Bila penat nak senyum pun dah tak ikhlas. Kalau kurang penat, senyuman tu akan jadi lebih manis. Ye tak?

LEBIH SISTEMATIK DAN TERATUR


#MCDONALDSKBMALL
#MCDONALDSBERUBAHWAJAH

Bila orang pun tak bersesak-sesak, lebih teratur, kita pelanggan juga akan rasa lebih selesa dengan restoren itu. Staff juga begitu, nampak pelanggan ceria, dia pun akan turut ceria juga. Aura positif tu dapat di-transfer kepada mereka yang lain untuk turut senyum. Mek lupa mana mek baca tentang tu tapi memang ada satu positif charge yang boleh di-transfer kepada orang lain untuk be more positif. So, jom senyum, lenyapkan stress.


#MCDONALDSKBMALL
#MCDONALDSBERUBAHWAJAH

Bahagian aiskrim di tingkat dua KB Mall juga dah berubah wajah. Lebih 'open' gitu style-nya. Ruangan ni memang terhad dan pembeli aiskrim memang ramai. Bab beratur memang tak boleh nak bendung lagi sebab yang mek pergi pun sampai ke kedai beraturnya. Terima lah hakikat bahawa asikrim McDonalds ni sedap sebab tu rela beratur panjang. Evergreen favorite adalah vanilla cone !

BRAVO TEAM MCDONALDS PANTAI TIMUR


#MCDONALDSKBMALL
#MCDONALDSBERUBAHWAJAH

Antara mereka yang menjayakan McDonalds KB Mall dan juga McDonalds di sekitar Kelantan. Alhamdulillah, pertemuan dengan team management McDonalds bukan sekadar memberi satu 'rakan niaga' yang baru kepada mek dan team blogger pantai timur malah memberi satu hubungan yang sweet madu gitu. Tak semua orang boleh terima celoteh blogger yang selalunya akan bertanya, bergambar, bervideo dan kadang agak kepho nak tahu in between atau perkara lain lagi yang related. Alhamdulillah, Cik Safna, Wahida (my bie), Mira and lain-lain lagi yang mek tak ingat nama mereka, korang memang layan semua pelanggan macam tetamu. Teruskan team. Korang akan lebih berjaya.


#MCDONALDSKBMALL
#MCDONALDSBERUBAHWAJAH

Bae. Love ue always.

**********

Korang dah berkunjung ke McDonalds KB Mall ke belum? Korang yang di Kelantan boleh la bertandang dan jadikan tempat untuk korang borak-borak santai dengan kawan-kawan. Since dah banyak sangat perubahan, mek rasa McDonalds KB Mall boleh dijadikan satu 'cafe hipster' untuk korang FOTD nanti ❤


Sekian ..


#MCDONALDSKBMALL
#MCDONALDSBERUBAHWAJAH
#MCDONALDSDALAMTAMAN

8 comments

  1. wah lawonya tema dalam taman!! Gi KB nanti wajib singgah ngopi nih!

    ReplyDelete
  2. dulu2 keberatan nak makan di Mcdee kb mall sbb penuh sokmo. Lalu abe kie pun gi Kok Lanas je sbb org x ramai n selesa.

    ReplyDelete
  3. Dah lama teman tak layan fast food kat McD nie... kalau teman teringin sangat nak makan burger... teman lebih suka pergi ke Burger King... hidangannya lebih segar...

    ReplyDelete
  4. Konsep yang diperkenalkan menarik.. lebih cepat dan mudah..

    ReplyDelete
  5. depresjon behandling
    Takk for at du delte en så fantastisk blogg. Jeg synes det er veldig nyttig og lærer mye av det.

    ReplyDelete