Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Cameron Highland, tempat tarikan dan kalau ke sana dalam kepala mesti keluar buah Strawberry. Daripada yang boleh makan, sehinggalah bantal, baju dan souvenir untuk kawan-kawan, Strawberry je yang paling sinonim dengan Cameron Highland. Mek pun begitu juga. Kalau ke sana, buah tangan kepada kenalan mestilah buah Strawberry. Untuk anak-anak mesti ada juga baju gambor strawberry.
Tapi bila pergi kali ni, mek dapat detect satu kelainan untuk dirasai dan dibawa pulang. Ni semua mek ketahui melalui medium rakan blogger yang share di mana bila berkunjung ke Cameron Highland there's something new that you have to try. Mek dengan spouse daripada masa plan nak ke sana memang dah masuk list, kena try this rare things dekat Cameron Highland. If not, tak complete!
SERUNDING STRAWBERRY MENJADI TARIKAN
#SERUNDINGSTRAWBERRY
#TAMANAPPLECAMERON
Serunding Strawberry. Pernah dengar tak? Ke mek je yang lambat tahu perkembangan ini? Menurut pekerja Taman Apple Cameron, produk ni agak baru tapi idok lerr baru sebulan dua. Di atas permintaan orang ramai, maka Taman Apple Cameron keluarkan satu produk inovatif untuk korang merasai kelainan bila berkunjung ke Cameron Highland lebih-lebih lagi ke Taman Apple Cameron.
#SERUNDINGSTRAWBERRY
#TAMANAPPLECAMERON
Nasi Briyani Ayam Goreng Berempah Serunding Strawberry. Ini adalah pilihan mek pada sesi breakfast sebab mek darah keling sikit so compare to nasi lemak, nasi briyani is more attractive to me. Semestinya set Nasi Briyani Serunding Strawberry ni tidak mengecewakan mek daripada nasi hingga ke sambal belacan. Serunding strawberry mek tak makan dengan nasi, mek ratah sahaja.
#SERUNDINGSTRAWBERRY
#TAMANAPPLECAMERON
Nasi Lemak Serunding Strawberry. The most popular menu in town. Ini adalah pilihan spouse sebab katanya nasi lemak dia lawa warna hijau. Unik. Dengan sambal, ikan bilis goreng dan serunding strawberry tu memang katanya lengkap hidangan Nasi Lemak Taman Apple Cameron. Kalau boleh nak mek masak macam ni. Tapi itu mustahil. Tang serunding strawberry tu je yang lulus, beli satu!
KEDUA A-MUST HAVE DI TAMAN APPLE CAMERON
#SERUNDINGSTRAWBERRY
#TAMANAPPLECAMERON
Kambing Bakar Ala Carte. Ni sengaja order asing tak nak kongsi dengan siapa-siapa termasuklah spouse. Masa tengok menu, oh, ada kambing. Try la mana tahu sedap. Biasa ada kedai sedap ada tak. Sekali kambing depan mata, makan dengan tangan je la takyah pisau. Mak aihh, lembutnya! Letak dalam mulut, bulat mata nak telan. Sedap sangat weih. Perapan dia guna bahan apa ni? Ketagih !
#SERUNDINGSTRAWBERRY
#TAMANAPPLECAMERON
Soto Ayam. Sup di Taman Apple Cameron ni memang sedap. Mek sendiri bukanlah peminat soto. Order soto ni sebab nak bagi Amani dan Amzar makan. Bila dah suapkan anak-anak, jadi terhidu lerr bau sup. Sekali bau tak endah, dua kali tak endah. Masuk kali ketiga, meh mummy try sikit. Slurrpp. MasyaAllah, sedapnya cukup rasa. Sup ni kalau tak pandai buat, memang macam hirup air sejuk la.
#SERUNDINGSTRAWBERRY
#TAMANAPPLECAMERON
Nasi Set Sotong Bakar. Ini juga antara tarikan yang ada di Taman Apple Cameron. Menu nasi dan bakar-bakar ni ada pada sesi lunch sahaja. Sebab malam fully steamboat dan pagi more kepada mood sarapan. Kalau korang datang jam 11 pagi untuk brunch, maka korang beruntung dapat try terus yang ni. Jangan lupa order serunding strawberry untuk dinikmati bersama. Korang rugi besar kalau tak try.
#SERUNDINGSTRAWBERRY
#TAMANAPPLECAMERON
Set Nasi Ayam Bakar. Bagi mereka yang tak makan kambing dan sotong, korang boleh order ayam bakar ni untuk menikmati nasi set pada tengahari. Nasi set ni sebenarnya di datangkan sekali dengan air Strawberry Lemonade dan this set berharga RM16.90 sahaja. Berbaloi lah kalau order yang sebab kenyang! Portion dia just nice and dah include air. Lengkap satu hidangan untuk luncheon. Awesome!
#SERUNDINGSTRAWBERRY
#TAMANAPPLECAMERON
Nasi Kambing Bakar. Yang ni kalau nak lebih kenyang kena makan dengan nasi. Kalau tengahari elok ambik set nasi macam ni sebab tengahari biasanya perut memang akan lapar. So isikan dengan set Nasi Kambing Bakar ni sebelum korang keluar explore Cameron Highland. Set tengahari dibuka dari jam 11 pagi hingga 4 petang - banyak masa korang nak isi perut. Jangan risau, pakat try semua.
BER-STEAMBOAT DI CAMERON HIGHLAND
#SERUNDINGSTRAWBERRY
#TAMANAPPLECAMERON
Sup, sebelum dipanaskan. Bau dia dah cukup buat perut jadi lapar. Mek macam wonder kenapa la sup di Taman Apple Cameron ni sedap sangat. Daripada soto sehinggalah ke sup steamboat. Kenapa mek tak boleh buat sup sebaik ini. Okei, takpe. At least dapat bagi makan dekat spouse and anak-anak yang sedap-sedap pun dah puas hati. Yelah, reward diri dan family gitu. Tapi, bukan sup aje yang ada.
#SERUNDINGSTRAWBERRY
#TAMANAPPLECAMERON
Ini pulak kuah Tomyam yang belum mendidih. Masa tomyam ni sampai mek dengan anak-anak sis gee dah cakap dah 'sedap ni maggy tomyam!'. Tersama dengan taste diaorang daa. Sambil mek ambik gambar and video, diaorang pergi ambik apa yang perlu untuk buat steamboat. Tapi memang pesan la dekat spouse and anak-anak, ambik apa yang nak makan je dulu. Tak cukup tambah. Jangan bazirkan.
#SERUNDINGSTRAWBERRY
#TAMANAPPLECAMERON
Sayur-sayur ni Cameron Highlands memang segar sangat. Itu mek takyah cerita pun korang tahu kan. Bagi vegetarian dan peminat sayur sememangnya korang kena ambik sayuran ini lebih sikit sebab bila makan dengan sup or tomyam, memang menambah-nambah. Eyh mana mek tahu, mek tak makan sayur pun. Oh, jangan lupa kepada spouse mek yang memang layan setiap sayur terhidang.
#SERUNDINGSTRAWBERRY
#TAMANAPPLECAMERON
Ini pula pelbagai jenis cendawan. Bagi mek yang tak pandai masak ni nama saintifik untuk setiap cendawan ni memang tak tahu ler. Yang mek tahu, cendawan panjang, cendawan pendek dan itu je. Kata sis gee, cendawan yang panjang-panjang tu sedap di makan dengan tomyam. Anak-anak dia pun suka dengan cendawan tu. Mek tengok aje diaorang makan, tak sikit pun mek try dan menyesal.
#SERUNDINGSTRAWBERRY
#TAMANAPPLECAMERON
The Jagungs! Ini paling disukai oleh Amani dan Amzar. Fresh-kan jagung dia. Sebelahnya baby tomato. Ini pun Amzar suka jugak. Mek memang tak suka sangat dengan baby tomato entah kenapa. Mungkin sebab tak suka sayur kot. Kalau yang suka memang makan macam epal je kan. Pulak tu baby tomato yang fresh, nampak berkilat dia punya kulit. Korang yang suka sayur, memang heaven.
#SERUNDINGSTRAWBERRY
#TAMANAPPLECAMERON
Ni balls yang ada. Daripada isi ketam, isi daging semua ada. Yang ni diterkam oleh mek. Balls macam ni memang mek suka. Kalau makan dengan dia punya sos tu memang banyak la yang mek tambah. Kat sini korang jangan risau, makan je sampai kenyang cuma jangan membazir. Ambik apa yang nak di makan sahaja. Ingat tu. Membazir amalan syaitan serta merugikan dan menyusahkan.
#SERUNDINGSTRAWBERRY
#TAMANAPPLECAMERON
Ini pun sama. Geng the balls. Untuk suggestion, mek ambik dua setiap satu tray. Dan akan habiskan semua dahulu then baru ambik lagi. Kadang dah makan tu kenyang. Benti borak dulu dengan sis gee. Agak dah rasa macam tenang dah perut, boleh sambung makan dan try yang lain pula. Cakap dekat anak pun begitu la baru diaorang tak ambik dalam portion yang banyak. Dewasa kena pantau okei.
#SERUNDINGSTRAWBERRY
#TAMANAPPLECAMERON
Untuk korang yang tak gemarkan maggy, boleh la makan bihun. Yang ni pun sedap di makan dengan sup ataupun maggy. Spouse mek memang prefer bihun untuk kenyangkan perut malam tu. Untuk Amani dan Amzar pun mek suapkan bihun. Mek sorang je yang telah maggy. Mungkin sebab dimomokkan dengan maggy yang tidak begitu elok untuk budak, maka tidak disuapkan for them.
#SERUNDINGSTRAWBERRY
#TAMANAPPLECAMERON
The Maggys. Yang ni menjadi kegilaan mek dan anak-anak sis gee. Spouse mek tak minat sangat maggy ni sebab dia more kepada nasi. Yang ni mek je dah dua keping. Anak-anak sis gee pun agaknya dua keping jugak kot. Itu yang kami membuntal di Taman Apple Cameron. Itu tidak termasuk lauk pauk lain yang kami ambik, bakor dan makan panas-panas macam tu. There's more.
#SERUNDINGSTRAWBERRY
#TAMANAPPLECAMERON
Sebelah malam juga ada Nasi Lemak Taman Apple Cameron. Cuma serunding strawberry korang kena add on harga lain. Mana lah tahu breakfast dah ada di hotel, so korang nak juga try Nasi Lemak Taman Apple Cameron, boleh la makan bersama sesi steamboat ni. Ini adalah bahan asas yang korang kena letak sendiri dalam pinggan. Buffet style. Again, jangan ambik sambal tu jadi kuah pula.
#SERUNDINGSTRAWBERRY
#TAMANAPPLECAMERON
Ini pula sos yang akan korang dip and ngap masuk mulut. Dip je la dengan balls tu, atau dengan sayur, dengan lauk pauk yang ada. Cili dia tak pedas sangat. Just nice. Tapi korang hirup pulak, kang nanti kena keluar masuk bilik air unlimited. Bagi mek, dip and ngap ni mek apply masa makan balls je. Yang makan kambings bakar sendiri tu dah ngap alone the kambings sebab perapan dia dah best.
#SERUNDINGSTRAWBERRY
#TAMANAPPLECAMERON
Ni lah Nasi Lemak Taman Apple Cameron. Korang boleh makan dengan apa jua yang terhidang. Mek ambik juga untuk makan dengan kambings bakar sendiri. Sambil suapkan nasi kepada Amani dan Amzar. Lagi pula, ambik sikit untuk merasa. Idok lerr rasa rugi dengan bayaran. Balik menyesal, itu tak try ini tak try. Pandai-pandai lah korang atur portion tu biar kena dengan isipadu perut korang.
#SERUNDINGSTRAWBERRY
#TAMANAPPLECAMERON
Bihun juga ada. Pun mek makan dengan kambings bakar sendiri. Yang ni pun kalau korang rasa nak makan dengan kuah tomyam, atau kuah sup pun sedap. Mek ambik this bihun dalam dua sudu je. Banyak lagi benda lain nak kena try ni. Mek harap korang yang makan dalam buffet style ni pandai-pandai bajet dengan kemampuan diri. Eyh berapa kali nak pesan laa. Bukan apa, takot korang lupa.
#SERUNDINGSTRAWBERRY
#TAMANAPPLECAMERON
Tak nak Nasi Lemak Taman Apple Cameron pun tak mengapa, nasi goreng cina pun ada. Yang ni spouse mek ambik dan rasa. Mek dah tak boleh nak try sendiri dah bila masuk hidangan ketiga nasi. The balls memanggil, the kambings also memanggil so nasi goreng kena left dulu. Tapi apa pun yang terhidang di Taman Apple Cameron, tidak mengecewakan. Semuanya kena dengan lidah mek.
#SERUNDINGSTRAWBERRY
#TAMANAPPLECAMERON
Tomyam. Ini team dewasa punya. Ada udang dan sotong. Ini sebelum mek conquer dengan kambings mek. Kuah tomyam ni takde la pedas sangat sampai budak tak boleh makan. Pedas tapi very light one. Just rasa rempah tomyam tu sahaja. Amani dan Amzar ada jugak makan tapi they more prefer to soup. Seronok bila semua dapat makan apa yang diaorang nak. Takada la melopong je tengok kita.
#SERUNDINGSTRAWBERRY
#TAMANAPPLECAMERON
Ini team kanak-kanak punya steamboat. Berkuah sup dan juga isi ayam. Segala balls tu diletakkan dalam sup. Nak makan diaorang cedok aje. Dan bakar ayam tu pun mereka buat sendiri juga kecuali Amani dan Amzar la. Dua orang tu hanya menunggu anak sis gee bagi dan makan. Seronok la makan dengan kawan-kawan. Bertambah-tambah sup yang diaorang makan. Happy mummy tengok korang.
#SERUNDINGSTRAWBERRY
#TAMANAPPLECAMERON
Kambing Bakar. Perapan dia memang sempurna bagi mek. Manis gitu daging kambing ni. Mek bakar dengan butter bertambah best sebab harum butter tu menyedapkan lagi rasa kambing. Bakar dan makan terus. Ambik sup buat kuah. Minum pulak dengan air kopi panas. Memang nikmat sangat. Alhamdulillah. Sambil makan sambil borak. Tak peduli dekat spouse dah. Pandailah makan sendiri.
#SERUNDINGSTRAWBERRY
#TAMANAPPLECAMERON
Muka kenyang sis gee setelah bermangkuk-mangkuk makan tomyam dan sup. Mek makan kambing sampai puas. Plus maggy tomyam. Amani dan Amzar makan jagung bakar yang diselet dengan butter. Memang kenyang dan rasa amat berbaloi ber-steamboat di Taman Apple Cameron. Cuaca sejuk, ber'sauna' dengan steamboat memang best. Paling seronok adalah kids, diaorang pun masak.
MINUMAN YANG TASTY
#SERUNDINGSTRAWBERRY
#TAMANAPPLECAMERON
Okeih, dari kiri mek kenalkan Teh Ais Lemon, Strawberry Milkshake dan Air Strawberry Lemonade. Yang strawberry lemonade tu include dalam set yang korang ambik. Contohnya Nasi Kambing Bakar ambik yang set dah dapat this strawberry lemonade. Just RM16.90. Dapat la merasa. Strawberry lemonade ni rasa strawberry manis letak lemon yang tak masam sangat. Ok je rasanya. Tak pelik.
#SERUNDINGSTRAWBERRY
#TAMANAPPLECAMERON
Ni air untuk buffet steamboat. Korang boleh refill seberapa banyak yang korang nak. Minum ler bertukar rasa sekalipun sebab dah masuk bayaran one shot. Dalam banyak-banyak air yang terhidang ni, mek refill hampir empat gelas adalah air kopi Taman Apple Cameron. Letak ais sikit untuk jadikan suam-suam. Nikmat ! First air yang mek try mestilah air strawberry yang rasa manis buahnya.
#SERUNDINGSTRAWBERRY
#TAMANAPPLECAMERON
Tea TAC. Yang ni masyaAllah. Betul-betul ikut selera mek. Manis aiskrim vanilla, sejuk aiskrim. Love it so much. Di Kelantan bukan takada teh tarik yang sedap. Cuma mek lebih prefer teh tarik yang tiada ais. Bila minta letak aiskrim macam ni, mesti diaorang akan letak juga ais suku gelas. Dah hilang rasa manis teh tarik. Taman Apple Cameron yang first boleh buat seperti yang mek idamkan.
PENCUCI MULUT YANG SUPERB BEST
#SERUNDINGSTRAWBERRY
#TAMANAPPLECAMERON
Kek Taman Apple Cameron. Yang ni korang kalau datang sini kena ambik se-slice untuk try ye. Jangan mengilat tak nak try, kelak korang balik rumah dah turun ke daratan rumah masing-masing, baru teringatkan si hijau ni. Kek ni takada kat kedai lain. Exclusive hanya di Taman Apple Cameron sahaja. The reasons why this cake in green adalah sebab Taman Apple Cameron, tema epal hijau.
#SERUNDINGSTRAWBERRY
#TAMANAPPLECAMERON
Oreo Cheese Cake. Mungkin namanya biasa korang dengar. Dan rasanya mesti korang cakap oh ni ada dekat rumah kita je pun. But, you have to try it as a dessert sebab korang takkan kecewa dengan rasanya. Why not? Mek tak tahu siapa yang handle these desserts but semuanya sedap setaraf dengan kedai kek mahal. Harga di sini korang jangan terkejut. Mesti korang ambik se-slice sorang, tak share.
#SERUNDINGSTRAWBERRY
#TAMANAPPLECAMERON
Strawberry Pavlova. Strawberry tu semua anak-anak tak sabar nak makan. Kesudahannya kami parents ni makan pavlova tu dengan cream strawberry. Nasib sedap. Pavlova yang cair dimulut. Mek beberapa kali je pernah makan pavlova sebab mek lagi minat dengan brownies. Tapi setakat yang mek makan, ini juga antara pavlova yang masuk dalam ingatan mek. Mungkin sebab krim strawberry.
#SERUNDINGSTRAWBERRY
#TAMANAPPLECAMERON
Chocolate Indulgence. Yang ni pun setaraf dengan kedai mahal. Mek dengan sis gee saje bergosip cakap mungkin pembuat dessert di sini ex-worker kedai kek yang mahal sebab semua kek dia sedap belaka! Takada yang tak sedap. Chocolate indulgence ni pun moist elok je, rasa chocolate yang menebal. Bagi mek, kalau buat kek chocolate tapi yang rasa banyak adalah kek, itu fail. Ini lain.
#SERUNDINGSTRAWBERRY
#TAMANAPPLECAMERON
Red Velvet. Ini kegemaran sis gee. Mek tak berapa gemar sangat dengan red velvet. Just ambik sesudu. Lepas tu sesudu lagi. Lepas tu sis gee tegur kenapa dah separuh kek dia mek makan. Tak perasan banyak pulak makan red velvet padahal tak makan sangat pun sebelum ni. Alhamdulillah, maknanya kek di Taman Apple Cameron ni boleh menambat hati mek semuanya. Korang kena try.
#SERUNDINGSTRAWBERRY
#TAMANAPPLECAMERON
Strawberry Cheese Cake. Datang Cameron Highland tapi tak makan kek strawberry memang tak ummphh la kan. Jadi hidangan kek yang berasaskan strawberry adalah cheese cake. Mek harus sekali lagi memuji cheese cake yang dipersembahkan oleh Taman Apple Cameron ni sedap, cukup baik dan elok. Cheesenya gebu dan penuh mulut bila makan. Berebut se-slice ni dengan anak-anak. Redho.
#SERUNDINGSTRAWBERRY
#TAMANAPPLECAMERON
Brownies with Ice-cream. Yang ni mek suka sebab well, brownies memang memikat hati mek daripada dulu lagi. Campuran badam menambah citarasa pada brownies chocolate ni. Aiskrim vanilla tu mek biarkan dia sedikit cair dahulu supaya dapat ngap dengan brownies sebab mek tak suka aiskrim yang masih sejuk beku macam tu. Mek lebih suka aiskrim yang dah meleleh cair. Sedap !
DIKELILINGI ALAM SEMULAJADI
#SERUNDINGSTRAWBERRY
#TAMANAPPLECAMERON
Pintu gerbang Taman Apple Cameron ni pun dah menampakkan ciri-ciri alam semula jadi. Damai sangat sebab dengan cuaca yang sejuk lepas tu tengok pulak rimbunan pokok dan buah epal yang tergantung kat atas tu. Dikelilingi alam semula jadi ni buat diri kita akan berasa lebih tenang. Kalau yang kerja di Cameron Highlands, mungkin emosi dia lebih stabil compare dengan kita di bawah ni.
#SERUNDINGSTRAWBERRY
#TAMANAPPLECAMERON
Ini lah close up gambor apple cameron tu. Tapi mek lupa apa nama saintifiknya. Jangan petik tau. Tengok je. Mek tak sure buah yang diaorang tuai ni boleh makan ke idok. Mek pun tak tanyakan staf Taman Apple Cameron tentang apple yang bergantungan ni. Yang mek tahu mek terpukau dengan keindahan dekorasi semula jadi. Memang betul-betul tempat untuk tenangkan diri dan fikiran.
#SERUNDINGSTRAWBERRY
#TAMANAPPLECAMERON
Spaces. Taman Apple Cameron ada pelbagai jenis tempat duduk. Maksud mek, korang nak meja kayu, atau nak bersila semuanya ada. Pilihan mek dan sis gee semestinya bersila sebab senang nak menyusu, senang anak nak baring, anak nak main-main. Kalau korang datang dating, kena lah pilih meja yang sesuai. Ada je meja yang sesuai untuk korang ambik gambor. Mesti jadi sweet memori.
#SERUNDINGSTRAWBERRY
#TAMANAPPLECAMERON
Ini lah maksud mek yang meja makan bersila tu. Japanese style. Tapi sies, disebabkan selesa, maka lepak di sini memang hampir tiga jam setiap meal. Sejuk, kenyang perut anak pun tak mintak nak balik sebab diaorang pun selesa rest di sini. Kemudahan tandas semua ada. Jangan risau. Bagi mek kalau korang datang sini, worth to keep memories dengan thousands pictures of food and yourself.
#SERUNDINGSTRAWBERRY
#TAMANAPPLECAMERON
Tomato. Ini mek perasan dia jual dekat gerai depan sekali dengan serunding strawberry. Fresh sebab grow organically. Lagi satu memang cuaca Cameron Highlands yang support untuk tumbuhan macam ni menambahkan lagi kesegaran mereka. Selain daripada tomato, ada juga lagi tumbuhan dan bungaan lain yang diaorang hias di Taman Apple Cameron. Memang banyak port untuk bergambar.
#SERUNDINGSTRAWBERRY
#TAMANAPPLECAMERON
Dinner steamboat, memang full house. Korang kena datang agak awal, kalau boleh lepas maghrib terus ke sini. Kalau datang awal boleh la pilih seat. Tengok dalam gambor tu, kan seronok kalau bersila ramai-ramai, anak pun boleh baring. Kat meja pun apa kurangnya. Elok juga port nak ambik gambar. Lagi best nak sembang sambil makan. Ye dak. Standart la sekarang kena gambor elok for IG.
#SERUNDINGSTRAWBERRY
#TAMANAPPLECAMERON
Ini pula di bahagian sebelah hujung Taman Apple Cameron. Antara tempat tarikan kanak-kanak sebab ada Flamingo tapi yang keras punya. Selain tu ada bungaan yang menjadi tempat untuk ambik gambar. Kalau korang tak nak bersila dengan anak-anak, baby chair pun ada untuk anak korang duduk di meja. Lebih safe actually sebab diaorang tak boleh nak capai benda atas meja, tak bersepah.
LAYANAN STAFF YANG BERPENGALAMAN
#SERUNDINGSTRAWBERRY
#TAMANAPPLECAMERON
Kakitangan Taman Apple Cameron memang berpengetahuan dalam apa yang kita tanya. Contohnya, dik biasa kalau orang datang breakfast, orang order apa? So diaorang akan bagi suggestion. Bukan sorang eyh, boleh dikatakan semua macam tu bila mek tanya. Bagi yang first timer, memang agak perlu pandangan-pandangan ini sebab kita tak biasa, kita nak try so apa suggestion daripada kamu.
#SERUNDINGSTRAWBERRY
#TAMANAPPLECAMERON
Ni antara yang dah membantu kami para blogger buat kerja dengan baik. Kerjasama diaorang memang awesome walaupun owner takada kat kedai but still buat kerja dengan elok dan teratur. Kalau mek dan sis gee minta info apa-apa, diaorang sudi je luangkan masa untuk bagitahu dan tolong kami shooting. Terbaik sangat. Kepada owner TAC, bagi bonus lebih sikit pada mereka ya. Hehe.
#SERUNDINGSTRAWBERRY
#TAMANAPPLECAMERON
Korang kalau nak ke sini just maps google TAMAN APPLE CAMERON . Lokasinya bersebelahan sahaja dengan Hotel Cool Point. Area Tanah Rata. Kalau korang datang in big group and nak buat reservation boleh juga call 0162250315 . Untuk tengok gambar Taman Apple Cameron, selain daripada yang mek dah tunjuk pada korang, korang boleh KLIK DI SINI . Have fun korang !
**********
Korang pernah ke makan di Taman Apple Cameron ni? Dahulunya dikenali sebagai Taman Abang Cameron. Kalau mek datang ke Cameron next time, sure mek akan repeat sini lagi untuk hunting serunding strawberry together with the lamb ! Korang tak terliur ke ❤
Sekian ..
Jangan lupa like dan follow FB MEK
Jangan lupa like dan follow IG MEK
#SERUNDINGSTRAWBERRY
#TAMANAPPLECAMERON
#SIMERAHSERUNDINGSTRAWBERRY
owh nikmatnya makan kat siniii..
ReplyDelete