RUMAH RONALD MCDONALDS DI KUBANG KERIAN SEMAKIN MENJADI KENYATAAN

Salam alaikum para sahabat blogger mek ..

Penubuhan Rumah Ronald McDonalds di Kubang Kerian semakin menjadi kenyataan apabila projek ini telah mula giat dibangunkan mulai hujung September 2018. Perjanjian persefaham mengenai Rumah McDonalds dengan HUSM Kubang Kerian ini telah mek kongsikan DI SINI. Untuk korang yang masih samar mengenai perihal ini boleh klik pautan di atas untuk penerangan awal tentang RMHC.

Mek antara insan yang bertuah sebab dapat sama-sama menyaksikan detik bersejarah dan permulaan bagi program ini. Terima kasih untuk mereka yang terlibat kerana membuka ruang untuk mek share kepada orang ramai mengenai  Rumah Ronald McDonalds ini. Mek percaya tak ramai yang tahu dengan kewujudan RMHC. Yang kami tahu adalah McDonalds sahaja. Tiap minggu kumpul Happy Meal.

PROGRAM SOLAT HAJAT, BACAAN YASSIN & TAHLIL


RMHC DI KUBANG KERIAN SEMAKIN MENJADI KENYATAAN

 Rumah Ronald McDonalds yang bakal didirikan di HUSM Kubang Kerian ini adalah rumah kedua daripada RMHC selepas pembinaan pertamanya di PPUKM pada tahun 1999. Selepas 20 tahun, mereka kembali untuk wujudkan lebih banyak  Rumah Ronald McDonalds di Malaysia bagi membantu mereka yang amat memerlukan. terutamanya mereka yang golongan B40 dan menjaga anak yang sakit di HUSM.


RMHC DI KUBANG KERIAN SEMAKIN MENJADI KENYATAAN

Tabung warna merah yang ada disetiap outlet McDonalds di seluruh Malaysia ni adalah untuk kegunaan program-program macam gini la. Siapa pernah donate dalam tabung merah tu? Korang tak rasa yang sumbangan korang mampu meringankan beban orang lain? Besar pahalanya tu. Walaupun nilai kecil pada mata kasar tapi Allah maha tahu akan ganjaran pahala yang akan dikurniakan nanti.


RMHC DI KUBANG KERIAN SEMAKIN MENJADI KENYATAAN

Bersempena dengan permulaan projek pembinaan  Rumah Ronald McDonalds, memohon keberkatan daripada Allah itu amat diperlukan supaya perjalanan untuk siapkan  Rumah Ronald McDonalds di HUSM Kubang Kerian ini berjalan dengan lancar dan mampu disiapkan pada masa yang dijanjikan. Lagi pula, ianya akan dimanfaatkan kepada orang yang amat memerlukan. Mereka pun dah tak sabar.


RMHC DI KUBANG KERIAN SEMAKIN MENJADI KENYATAAN

01 Oktober 2018, bertempat di tapak pembinaan  Rumah Ronald McDonalds HUSM Kubang Kerian, pagi yang cerah ini dihadiri oleh para pengarah dan timbalan pengarah HUSM, pengarah serta para pegawai daripada RMHC dan juga beberapa rakan media untuk sama-sama memohon keberkatan. Pada jam 10.00 pagi, Pengarah Kampus HUSM memulakan ucapan beliau sebelum solat hajat.


RMHC DI KUBANG KERIAN SEMAKIN MENJADI KENYATAAN

Selesai ucapan tuan Pengarah Kampus HUSM, para jemputan muslimin mendirikan solat hajat yang diketuai oleh seorang ustaz. Mek tak pasti ustaz import daripada luar atau memang pegawai HUSM. Tapi syahdu je time solat hajat. Hening pagi yang mendamaikan. Walaupun panas dah mula membahang tapi kami rasa just ok untuk duduk bawah khemah. Tak rimas walaupun sekelumit.


RMHC DI KUBANG KERIAN SEMAKIN MENJADI KENYATAAN

Selepas selesai solat hajat, diteruskan pula dengan bacaan Yassin beramai-ramai termasuk muslimat sekali. Walaupun nampak macam tak ramai tapi bacaan Yassin kami kedengaran jelas. Seronok dengan event macam ni sebab biasa baca Yassin ni dalam masjid dengan jiran tetangga tapi kali ni dengan para pegawai serta rakan media. Semua macam serumpun, bersila di atas tikar. Allahu.


RMHC DI KUBANG KERIAN SEMAKIN MENJADI KENYATAAN

Ni antara pegawai pentadbiran HUSM Kubang Kerian. Mek pun baru kenal dengan diaorang tapi berborak macam dah pernah jumpa. Seronok bila mereka tanya media blogger ni macam mana kerjayanya. Mek explain jugak sepatah dua, selebihnya mek forward je apa yang mek dah buat thru blogging. Daripada situ mereka lebih cleared. Disamping menghadiri event, dapat tambah kawan.


RMHC DI KUBANG KERIAN SEMAKIN MENJADI KENYATAAN

Note book daripada McDonalds. Sebagai blogger memang mek suka kumpul note book daripada organisasi. Yang mek guna memang note book daripada BSN jela. Kalau yang kerja blog kebanyakkan mek save dalam blog terus. Kerja menulis tangan ni hanya bergerak bila di office sahaja. Menulis blog lebih selesa ketuk keyboard. BTW, mek suka sangat dengan this note book!

RUANG UNTUK ERATKAN UKHWAH



RMHC DI KUBANG KERIAN SEMAKIN MENJADI KENYATAAN

Ni wajah-wajah yang menghiasi McDonalds outlet Kota Bharu. Mek kenal mereka pun time first event dengan McDonalds hari tu then terus bersambung bila every weekend ke McDonalds Wakaf Che Yeh. Meet and greet them kat sana pulak. So ikatan yang terbina kerana McDonalds alhamdulillah memberi satu kesan yang positif ke atas diri mek. The spirit that they have, awesome !


RMHC DI KUBANG KERIAN SEMAKIN MENJADI KENYATAAN

See, walaupun ada antara kami jarang berjumpa still kakitangan McDonalds melayani kami semacam tiap-tiap hari berjumpa. Itu yang mek maksudkan tadi, they have the spirit that can help to positive's others. Pergi je mana-mana McDonalds memang diaorang akan layan kita macam sisters. Itu yang mek suka. Thats why RMHC pun dapat collect RM3.6 Juta setakat ini untuk cost  Rumah Ronald McDonalds.


RMHC DI KUBANG KERIAN SEMAKIN MENJADI KENYATAAN

With the other bloggers yang banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar. InsyaAllah akan teruskan ukhwah hingga ke akhir hayat. Tabungan RMHC masih lagi memerlukan RM400K untuk pembinaan  Rumah Ronald McDonalds di HUSM Kubang Kerian. Sumbangan daripada kita semua masih lagi diharapkan dan dialu-alukan. Kalau boleh, tabungkanlah lebih untuk pelaburan kita di akhirat nanti.


RMHC DI KUBANG KERIAN SEMAKIN MENJADI KENYATAAN

Kiri, Dr Prof. Arffin Nasir dan kanan En Azmir Jaafar (Presiden RMHC, Pengarah Urusan McDonalds Malaysia) - antara yang menjayakan  Rumah Ronald McDonalds HUSM Kubang Kerian. Memang ramai lagi yang dibelakang tabir yang terlibat secara terus dalam usaha murni ni. Yang buat paperwork, yang sign luluskan. Mek doakan semua yang terlibat ganjaran pahala untuk akhirat nanti.


RMHC DI KUBANG KERIAN SEMAKIN MENJADI KENYATAAN

Blogger with HUSM Kubang Kerian and RMHC. Seronok jumpa depa in person. Boleh borak sembang, maksudnya boleh tanya soalan apa yang terlintas time tu. Kalau sesi QnA, biasa blogger akan lebih senyap sebab kami jenis tak tahu nak tanya apa. Kena borak dulu baru ada idea nak tanya-tanya. Blogger bukan dilatih menjadi wartawan sebab tu kami bukan menulis cara berita online.

HIDANGAN MCDONALD



RMHC DI KUBANG KERIAN SEMAKIN MENJADI KENYATAAN

Alhamdulillah, kali ni dapat merasa Ayam Goreng McDonalds. Before pun disediakan juga tapi dia dah siap packging. Ada yang tapau bawak balik. Kali ni buffet style. Rasa macam kenduri yang dihidangkan dengan menu McDonalds je. Kalau makan dekat restoren, feelnya lain. Ni makan beramai-ramai dengan kawan-kawan dan kawan baru yang dikenali. Ukhwah tu rasanya lebih dekat.


RMHC DI KUBANG KERIAN SEMAKIN MENJADI KENYATAAN

Nasi Lemak McDonalds semestinya main dish that day. Siapa je yang tak suka dengan Nasi Lemak McDonalds ni. Memang mek tengok para tetamu pun begitu berselera makan Nasi Lemak McDonalds. Lebih indah bila dikongsi bersama, kan? Rezeki kalau dikongsi bersama lagi meriah dan lagi seronok. Lagi pula, memang agama mengajar kita untuk saling bantu membantu, kan?


RMHC DI KUBANG KERIAN SEMAKIN MENJADI KENYATAAN

Pihak HUSM juga ada hidangkan beberapa dish seperti mee hoon, macaroni goreng dan juga keropok keping. Menu pelbagai macam ni, makan ramai-ramai sambil borak, memang dapat hilangkan stress. Sambil tengok tapak projek yang sedang dibangunkan. In next 4 or 5 months, kalau dijemput lagi datang, akan jadi kenangan tempat makan bersila ni. Lebih bermakna yang ada pada hari ni juga ada.


RMHC DI KUBANG KERIAN SEMAKIN MENJADI KENYATAAN

Tong ni McDonalds ni dah banyak kali mek tengok tapi selalunya tak sempat nak snap gambor. This tong mereka akan guna bila buat makan-makan macam ni. Dalam sebulan ada dua tiga kali mereka akan buat makan-makan macam ni. Biasanya untuk masjid-masjid pada hari Jumaat. Ataupun untuk program-program yang melibatkan CSR. Sebab tu bagi mek, tong ni ada satu significant tersendiri.


RMHC DI KUBANG KERIAN SEMAKIN MENJADI KENYATAAN

Antara yang menjadi significant juga. Cawan ni kalau pergi McDonalds tak dapat. Sebab cawan untuk jualan adalah berbeza. Ini adalah cawan yang khas di-pair-kan dengan tong kuning di atas tu. Walaupun sekadar cawan, disebalik penggunaannya itu amat memberi makna kepada orang lain. Kiranya mek labelkan dua benda ni sebagai limited edition. Bertuah sangat kalau dapat ikut sama.


RMHC DI KUBANG KERIAN SEMAKIN MENJADI KENYATAAN

Ni yang mek ambik for that event. Pie jagung kastard yang memang tak menyesal lansung bila makan. Nasi Lemak McDonalds as told - tak mengecewakan. Alhamdulillah. Makan tu dah jadi nombor tiga, tapi sure bila ke event mata akan melilau cari hidangan dulu sebab nak tengok apakah gerangan yang bakal dingap nanti. So tak nombor tiga sangatlah kan. Lagi-lagi McDonalds yang taja.


RMHC DI KUBANG KERIAN SEMAKIN MENJADI KENYATAAN

Saling bergandingan. Kakitangan HUSM dan kakitangan McDonalds memang betul-betul serve tetamu sebaik mungkin. Tolong cedokkan mee hoon, macaroni goreng, tolong tuang air, pass-kan makanan kepada tetamu yang still tak dapat makan. Seronok tengok kerjasama macam ni. Tak bising macam pasar malam pun. Just smooth sahaja. Mungkin diaorang dah terbiasa dengan layanan ni.


RMHC DI KUBANG KERIAN SEMAKIN MENJADI KENYATAAN

Para tetamu tak lepaskan juga nak rasa hidangan daripada HUSM. Terlebih utama macaroni goreng tu yang paling laris and terhabis sebelum mee hoon. Meriah makanan kami pada pagi tersebut. Mek yang tak breakfast ni memang dalam keadaan lapar, ngap semua yang terhidang. Alhamdulillah, tengahari just lunch teman kawan makan di McDonalds. Mek just ambik Iced Latte McCafe je.


RMHC DI KUBANG KERIAN SEMAKIN MENJADI KENYATAAN

Ini yang mek maksudkan tadi, semuanya nampak serumpun. Walaupun Pengarah Kampus HUSM dan Presiden RMHC tetap makan secara bersila dengan officer dan rakan media yang lain. Terasa tiada gap antara kami. Semuanya muafakat, bersatu-padu dalam menjayakan  Rumah Ronald McDonalds di HUSM Kubang Kerian ni. Kalau boleh, nak lagi event macam ni. Ianya membantu untuk buang ego.


RMHC DI KUBANG KERIAN SEMAKIN MENJADI KENYATAAN

Semoga ukhwah yang kita jalinkan di sini tidak terhenti setakat ini. Moga juga usaha murni yang kita jalankan bersama-sama ini dapat diteruskan lagi, dikembangkan lagi untuk membantu yang lain. Sebagai blogger, spreading these news memang rasa amat bermakna. Be part of this big event pun cukup bermakna. Usaha murni kadang perlu juga diberitahu supaya mereka juga tahu kebaikan kita.

**********


Korang jangan lupa okei untuk terus menyumbang dalam tabung RMHC di McDonalds. Amat besar sumbangan korang tu. Ianya memberi senyuman kepada beribu orang yang lain. Pahala besar sangat bila kita mampu buat orang lain tersenyum disaat mereka perlukan bahu untuk menangis. So, jangan lupa untuk menabung di tabung RMHC ❤


Sekian ..


Jangan lupa follow dan like FB MEK
Jangan lupa like dan follow IG MEK

6 comments

  1. Semoga program ni berjaya dan dipermudahkan...
    lama x mkn pie mc donald... bakpo x beli mu ni sheila... hahaha...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dah mula kerja2 pembinaan rumah ni. Semoga dipermudahkan semua nya. Lagi ramai lah yang dpt dibantu lepas ni. Tahniah McD.

    ReplyDelete
  3. moga tercapat impian utk siapkan rumah ni nanti

    ReplyDelete
  4. Seronok dijamu buffet style tu 😍
    Meriahh event ni..moga rumah ini siap dalam masa ditetapkan dan dipermudahkan urusan

    ReplyDelete
  5. Pretty good post. I just stumbled upon your blog and wanted to say that I have really enjoyed reading your blog posts. Any way I'll be subscribing to your feed and I hope you post again soon. Big thanks for the useful info. McDonalds Survey

    ReplyDelete