RESTOREN RESEPI KITA RANTAU PANJANG DARI SARAPAN HINGGA KE SHELLOUT !

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Rantau Panjang Kelantan, jarang sangat kalau bertanya kepada kawan-kawan atau kenalan lain yang tak pernah sampai ke Rantau Panjang Kawasan Bebas Cukai ni. Akui, ada juga yang tak pernah sampai di sini malah tak pernah sampai pun di Kelantan. Tidak mengapa, mungkin nanti korang boleh rancang trip untuk ke Kelantan. Sementara tu, boleh baca apa yang menarik di Kelantan ni.


#RESTORENRESEPIKITA
#KEDAIMAKANRANTAUPANJANG

Bila rancang trip, biasanya mek akan google semua benda yang terlibat. Contohnya plan nak pergi jam berapa. Sampai kat sana nak pergi mana dulu. Nak makan kat mana. Dan of course nak tempat yang orang review elok. Kalau di google mesti nak yang rating tinggi (tapi tengok juga makanan yang disediakan). Jadi untuk korang yang ke Rantau Panjang, this entry untuk kedai makan best.

HIDANGAN SARAPAN


#RESTORENRESEPIKITA
#KEDAIMAKANRANTAUPANJANG

Beraneka pilihan makan pagi yang ada di Restoren Resepi Kita antaranya :

~Nasi berlauk ayam gulai
~Nasi kerabu ayam goreng / daging goreng
~Nasi putih ikan kicap
~Nasi putih daging goreng
~Bihun goreng
~Kuey Teow Goreng


#RESTORENRESEPIKITA
#KEDAIMAKANRANTAUPANJANG

NASI BERLAUK TELUR DADAR


#RESTORENRESEPIKITA
#KEDAIMAKANRANTAUPANJANG

NASI KERABU AYAM GORENG

HIDANGAN BRUNCH


#RESTORENRESEPIKITA
#KEDAIMAKANRANTAUPANJANG

MEE CELUP

Mee celup ni antara yang popular di Rantau Panjang so kalau korang tak cuba memagng rugi sebab this mee celup tak sama dengan mee rebus di kedai atau restoren yang selalu korang makan tu. This mee celup korang kena try !

HIDANGAN TENGAHARI


#RESTORENRESEPIKITA
#KEDAIMAKANRANTAUPANJANG

SHELLOUT ULALA

Untuk shellout ni pricenya RM35 then dapat nasi dua pinggan percuma.
Lauk yang adalah :

~Lala
~Udang
~Brokoli
~Ubi Kentang
~Jagung


#RESTORENRESEPIKITA
#KEDAIMAKANRANTAUPANJANG

Tapi kalau korang tambah another RM15, korang akan dapat dua air percuma serta sotong shellout. Bermakna, kalau korang ambik pakej RM50, korang akan dapat :

~Nasi putih dua pinggan
~Air dua gelas (boleh minta air apa aje)
~Udang
~Sotong
~Lala
~Brokoli
~Jagung
~Ubi Kentang

Murah sangat dah wei. Mana nak dapat RM25 sekepala untuk makan shellout. Kenyang perut. Boleh balik hotel dengan gembira.


#RESTORENRESEPIKITA
#KEDAIMAKANRANTAUPANJANG

Korang jangan risau, kalau korang tak nak makan shellout, mee celup, menu lain juga ada. Tomyam dan nasi goreng dengan pelbagai jenis perisa sedia untuk digoreng kepada korang. Hidangannya cukup rasa. Jadi korang tak perlu meragui tahap keenakan yang disajikan kepada korang. Kalau tak percaya, datang Rantau Panjang jangan lupa singgah Restoren Resepi Kita.

SIDE DISH PENCUCI MULUT


#RESTORENRESEPIKITA
#KEDAIMAKANRANTAUPANJANG

UDANG CELUP TEPUNG CRISPY

Yang ni side dish popular di Restoren Resepi Kita sebab RM10 dapat 40 ekor udang. Dia punya rangup hanya yang makan sahaja tahu. Yang ni mek order sekali untuk makan dengan nasi goreng, nasi kerabu. Buat lauk tambahan pula. Nak ratah macam tu pun no hal. Ada je pencicah. Sambil borak sambil ngap udang. Memang marvelous la !


#RESTORENRESEPIKITA
#KEDAIMAKANRANTAUPANJANG

CHAKOI

Chakoi ni hanya ada pada sebelah pagi. Petang bila dah habis doh dia akan pulang ke rumahnya. Ini pun sambil borak sambil makan. Mesti ada dalam family members kita yang tak nak la makan heavy, dah kenyang (oh on diet). Boleh la ambik chakoi hilang rasa kebosanan sambil tunggu yang lain makan. Kudapan katanya.


#RESTORENRESEPIKITA
#KEDAIMAKANRANTAUPANJANG

DIP THE CHAKOI IN YOUR TEH TARIK

Saje nak letak supaya korang teringat.


#RESTORENRESEPIKITA
#KEDAIMAKANRANTAUPANJANG

SOMTAM BUAH

Ini benda rare. Tak semua kedai ada jual somtam buah macam Restoren Resepi Kita jual. Masa mek di offer, tak nak cuba Somtam Buah? Mek dengan spouse somtam buah? Oh, buah betik. Sekali datang nah korang. Buah yang ada dalam ni :

~Buah apple hijau
~Buah La / buah pear
~Anggur
~Baby tomato

Bila makan ya allah sedapnya dengan gula kabung ke gula kabur korang panggil tu? Mek lupa. Asalkan korang faham gula yang manis bagai extra madu. Dicampur pulak masin udang baring atau udang garing (apa nama dia ni weih). Okeih, kena repeat this one.


#RESTORENRESEPIKITA
#KEDAIMAKANRANTAUPANJANG

BERANEKA SOMTAM RUPANYA OII

Bila syok duk makan, spouse cuit mek tunjuk banner ni. Okeih jom gelak berjemaah. Banyak weih jenis somtam di sini. Tak salah dah mek recommend korang untuk datang ke Restoren Resepi Kita bila berkunjung ke Rantau Panjang Kelantan. Dengan pelbagai hidangan thai dan melayu, mek yakin korang akan kenyang dan recommend kedai ni kepada yang lain. So ni info untuk Restoren Resepi Kita :

Waktu operasi : 06.30 pagi hingga 18.00 petang. Buka setiap hujung minggu. Weekdays hanya Selasa sahaja tutup.

Location kedai : 800 meter daripada pintu masuk Kastam (pintu 1). Sebelah kanan berhadapan dengan kedai jual basikal dan mainan budak-budak. Selajur dengan Farmasi Rantau.

Landmark : Tugu 'This is Rantau Panjang' ada tempat parking. Korang dah boleh parking kat situ. Jalan kaki je sebab kedai dalam 30 langkah daripada tugu 'This is Rantau Panjang'.

**********

Korang pernah ke datang ke Restoren Resepi Kita? Kalau pernah, menu apa yang korang order? Dan kalau korang yang pernah ke Rantau Panjang, biasanya menu apa yang korang hunting? Mind to share ye ❤


Sekian ..


#RESTORENRESEPIKITA
#KEDAIMAKANRANTAUPANJANG
#THISISRANTAUPANJANG

1 comment

  1. Pelbagai menu dia.. memang best lah.. shellout tu paling mengancam..

    ReplyDelete