Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
McDonalds Wakaf Che Yeh, since 2009 dia bertapak di sana. Daripada sebuah McDonalds yang ada pandu lalu kini dah berubah wajah seiring dengan tuntutan semasa di kawasan Wakaf Che Yeh yang senantiasa penuh dengan pengunjung dari luar dan dalam Kelantan sendiri. Sepanjang mek duk lalu lalang depan McDonalds Wakaf Che Yeh, tak pernah surut tetamu yang keluar dan masuk ke situ.
Alhamdulillah, setelah sembilan tahun, kini restoren ini dikembangkan lagi dengan satu lagi anak syarikat McDonalds iaitu McCafe. Percaya bahawa permintaan McCafe agak tinggi di sini, mereka menyediakan satu kaunter untuk penggemar kopi McCafe. Tidaklah nanti kena ke McDonalds Pengkalan Chepa kalau nak merasa Iced Latte dan seangkatannya. Kek juga tidak ketinggalan.
PEMBUKAAN RASMI MCD WAKAF CHE YEH
#MCDONALDSWAKAFCHEYEH
#MCDONALDSWAJAHBARU
20 Oktober 2018, majlis pembukaan secara rasmi kepada orang ramai dengan wajah baru McDonalds Wakaf Che Yeh telah diadakan dan kami sebagai rakan blogger untuk McDonalds Malaysia dijemput hadir bersama untuk memeriahkan lagi program ini. Dengan berbesar hati kami ke sini seawal yang mungkin untuk sama-sama turun padang demi team McDonalds Wakaf Che Yeh. So, we are here !
#MCDONALDSWAKAFCHEYEH
#MCDONALDSWAJAHBARU
Kalau korang perasan, wajah baru McDonalds ni dah urban. Tak macam dulu-dulu. Nak tunjuk gambor dulu pun tiada dalam simpanan. Seperkara lagi hasrat McDonalds adalah kalau upgrade restoren mereka nak adakan McCafe sekali sebab follower McCafe ni dah makin meningkat. Dulu tak well known sangat sebab dalam satu negeri mungkin ada satu je McCafe. Macam Kelantan, P.Chepa.
#MCDONALDSWAKAFCHEYEH
#MCDONALDSWAJAHBARU
#MCDONALDSWAJAHBARU
Mek sampai takada la awal sangat tapi 9.30 pagi tu bagi mek okei la kot pada hujung minggu. Sampai je dah nampak adik-adik, eyh anak-anak dah start program colouring. Seronok tengok diaorang meniarap khusyuk mengaler (haha) kertas yang diberikan. Ibu bapa ada yang breakfast dalam restoren ada juga yang tunggu tepi anak. Tapi insiden tolong colour-kan untuk anak, tiada.
#MCDONALDSWAKAFCHEYEH
#MCDONALDSWAJAHBARU
Majlis dibuka dengan alunan selawat kepada Rasullah. Serta ada la beberapa buah nasyid dipersembahkan. Mek tak pasti diaorang diimport daripada mana. Rasanya area Wakaf Che Yeh ni juga. Rasa sejuk je hati bila start majlis dengan alunan puji-pujian kepada allah dan rasul. Tapi di Kelantan, setiap program memang akan dibuka dengan alunan macam ni. InsyaAllah akan berterusan.
#MCDONALDSWAKAFCHEYEH
#MCDONALDSWAJAHBARU
Imam Masjid Padang Enggang. Mek lupa namanya. Tapi kemain dia melawak atas pentas sebelum membaca doa. Mengekek semua jemaah kat kerusi bawah. Pandai juga dia tarik perhatian hadirin untuk tengok dia sebelum mengaminkan doa. Kalau tidak macam biasa lah kan, al-fatihah (duk mengadap phone lagi). Imam baca doa, kita tadah tangan tapi muka imam pun tak tengok. Hmm..
#MCDONALDSWAKAFCHEYEH
#MCDONALDSWAJAHBARU
Manager McDonalds untuk Pantai Timur. Exact jawatannya mek tak sempat nak tulis. Tapi dia seseorang yang berjawatan agak tinggi dalam McDonalds. Kata emcee, tuan ni selalu sejuk sebab attire dia memang kena pakai kot. Alhamdulillah, ucapan tuan manager memang padu dan jitu mengenai pembukaan wajah baru McDonalds Wakaf Che Yeh. Harap ianya dapat dikembangkan lagi.
#MCDONALDSWAKAFCHEYEH
#MCDONALDSWAJAHBARU
Para tetamu juga dihiburkan dengan persembahan silap mata. Mek tak sure diimport daripada KL atau magician Kelantanese. Masa tengok tu macam wow sangat sebab first time tengok magic live depan mata. Part tali tu nampak la trick macam mana. Yang kain selambak keluar mulut tu memang tak tahu macam mana. Yang gitar terapung tu pun macam heran juga. Overall semua orang terhibur.
#MCDONALDSWAKAFCHEYEH
#MCDONALDSWAJAHBARU
Dan Alhamdulillah, majlis ni dirasmikan oleh Che Ragayah (lupa jawatan apa di MPKB) dan turut hadir yang baju putih pun lupa juga tapi dia antara pegawai yang inspect tahap kebersihan dan kualiti makanan di McDonalds. Turut hadir tapi tiada dalam gambar adalah En Bomba Kota Bharu yang inspect bangunan McDonalds Wakaf Che Yeh supaya bangunan tersebut selamat untuk berniaga.
#MCDONALDSWAKAFCHEYEH
#MCDONALDSWAJAHBARU
#MCDONALDSWAJAHBARU
Masa event ni, ada satu ruang untuk kanak-kanak mengisi masa lapang diaorang selain bermain slide dalam restoren. Memang this corner tak surut dengan budak-budak. Mek rasa excited sebab Amani pun turut sama dalam colouring ni. Dan mek rasa budak-budak boleh je tinggalkan gajet mereka bila diaorang tengok kawan-kawan and something to do that excite them. So, bawa colouring book okei.
MERAIKAN ANAK YATIM PENGKALAN CHEPA
#MCDONALDSWAKAFCHEYEH
#MCDONALDSWAJAHBARU
Pada Majlis Pembukaan Rasmi McDonalds Wakaf Che Yeh ni juga turut diselitkan dengan agenda penyerahan bantuan kepada rumah anak yatim di Pengkalan Chepa. Alhamdulillah. Ini adalah hasil daripada duit yang korang menabung di tabung merah McDonalds. Sekecil nilai RM0.20, dapat membantu insan yang memerlukan. Respect dengan McDonalds Malaysia sebab mampu memberi.
#MCDONALDSWAKAFCHEYEH
#MCDONALDSWAJAHBARU
Untuk adik-adik pula, ada beg sekolah baru bagi persediaan sesi perskolahan pada tahun 2019. Mek tak boleh tengok lama-lama gambor ni. Siapa yang potong bawang dalam ni pun tak tahu lah. Cuma nak bagitahu, hari ni kita tolong orang, esok lusa kita tak tahu apa nasib kita, apa nasib anak kita. Kalau anak kita dalam barisan ni, mesti kita pun mengharapkan bantuan yang sama untuk anak-anak.
#MCDONALDSWAKAFCHEYEH
#MCDONALDSWAJAHBARU
#MCDONALDSWAJAHBARU
Seronok tengok diaorang makan Happy Meals. Dapat toys sorang satu. Mesti gembira sangat hati diaorang. Alhamdulillah, moga siapa yang menjayakan program ini dapat keberkatan dan rahmat daripada Allah swt. Kalau manusia tahu betapa besarnya pahala menolong anak yatim, mesti yang mati pun sanggup bangun dan berlapar untuk bagi makan dekat anak yatim. Peluang ada, so buat ok.
PERUBAHAN WAJAH MCDONALDS WAKAF CHE YEH
#MCDONALDSWAKAFCHEYEH
#MCDONALDSWAJAHBARU
Yes, bila dah berubah wajah ni tentunya layout, warna kaunter dan beberapa aspek lain turut mengikut perubahan tersebut. Mek pernah ceritakan pasal perubahan McDonalds Wakaf Che Yeh tu DI SINI . Bila masuk memang terasa lain sebab sistem yang di-impliment dah pun berbeza dengan terdahulu. Bukan setakat terdahulu, interior macam ni hanya ada beberapa buah sahaja di Malaysia.
#MCDONALDSWAKAFCHEYEH
#MCDONALDSWAJAHBARU
Paling ketara bila ada McCafe. Kalau dulu hanya di Pengkalan Chepa yang ada McCafe. Nak minum atau nak kek choc lava, kena ke sana. Tidak lah jauh namun kalau ada dua restoren compare dengan semua restoren McDonalds di Kelantan ni ada McCafe, of course lagi menyenangkan kami sebagai peminat setia McCafe ni, kan? InsyaAllah mungkin idea mek ni akan dipertimbangkan di suatu masa.
#MCDONALDSWAKAFCHEYEH
#MCDONALDSWAJAHBARU
#MCDONALDSWAJAHBARU
Krew McDonalds Wakaf Che Yeh. Alhamdulillah, depa semua pandai jaga diri, jaga hati tetamu. Kita yang datang ni tak rasa janggal sangat. Idok lerr rasa macam rusa masuk kampung. Para krew McDonalds ada sedia untuk membantu kita dalam ordering process, sitting, delivery sehinggalah keselamatan anak-anak ketika di playland. Alhamdulillah. Almost perfect ajaran customer service.
JEMPUTAN BLOGGER PANTAI TIMUR
#MCDONALDSWAKAFCHEYEH
#MCDONALDSWAJAHBARU
Rasanya untuk kali ni dah beberapa kali berkolaberasi dengan McDonalds terutamanya RMHC dan McDonalds Kelantan. Alhamdulillah. Terima kasih kepada sis hawa yang banyak membantu dalam hal ini dan begitu juga dengan team McDonalds yang tak lupakan kami di sini. InsyaAllah ukhwah sesama kita takkan terputus. Moga ditambah baik dan diluaskan lagi rangkaian blogger pantai timur.
#MCDONALDSWAKAFCHEYEH
#MCDONALDSWAJAHBARU
Dari kiri mek, sis hawa dan cik nor. Baru berkelapangan nak jumpa cik nor. Kadang sibuk dengan tugasan buatkan batasan untuk kita berjumpa walaupun dalam satu rumpun. Seronok bila ada event, jumpa sesama blogger, berborak berkongsi ilmu, tetiba jadi reunion. Alhamdulillah. Harapnya nanti dapat meriahkan lagi dengan ahli blogger pantai timur yang lain juga dalam event yang berdekatan.
**********
#MCDONALDSWAJAHBARU
Dari kiri mek, sis hawa dan cik nor. Baru berkelapangan nak jumpa cik nor. Kadang sibuk dengan tugasan buatkan batasan untuk kita berjumpa walaupun dalam satu rumpun. Seronok bila ada event, jumpa sesama blogger, berborak berkongsi ilmu, tetiba jadi reunion. Alhamdulillah. Harapnya nanti dapat meriahkan lagi dengan ahli blogger pantai timur yang lain juga dalam event yang berdekatan.
**********
McDonalds tempat korang macam mana pula sambutannya? Biasa kalau pergi McDonalds, hidangan apa yang selalu korang ambik? Kalau mek, time lunch dengan kawan ambik Big Mac atau GCB together dengan aiskrim and McCafe Latte. Kalau weekend pulak, ambik Happy Meals untuk Amani dan Amzar. So, korang pulak macam mana? Mind to share diruangan komen ❤
Sekian ..
Jangan lupa like dan follow FB MEK
Jangan lupa like dan follow IG MEK
#MCDONALDSWAKAFCHEYEH
#MCDONALDSWAJAHBARU
#MCDONALDSMY
wah cantiknya! sini bilalah nk bukak mcd
ReplyDeleteMeriahnya! peminat kopi mesti suka dah ada mccafe kan
ReplyDeleteMeriahnya!! Tapi kita jarang pergi sanalah. Biasanya beli dekat PC ni aje
ReplyDelete