PELUANG UNTUK MENANG JOHNSON'S BABY OF THE YEAR 2018

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Johnson's, satu jenama baby yang rasanya zaman mek dulu pun dah start guna Johnson's. Kalau siapa tak kenal memang agak hmm sikit la kan sebab hello its Johnson's. Produk yang sinonim dengan bauan bayi. Kalau produk bayi, paling wangi adalah produk keluaran Johnson's. Daripada bau minyak rambut sehinggalah bedak talkum - the top choice and selection must be Johnson's baby.

Sehinggalah ada anak sekarang ni pun, produk Johnson's masih lagi menghiasi rumah mek. Bukan setakat botol Johnson's malah wangiannya juga semerbak bila disapukan kepada anak-anak mek. Suka cium diaorang lepas mandi. Even lepas bangun tidur pun masih lagi bersisa bau bedak Johnson's pada mereka. Tak sia-sia mek setia dengan Johnson's sebab ada perkhabaran gembira !

JOHNSON'S NAK BAGI HADIAH


#JOHNSONSMY
#JBOTY2018

Untuk korang pengguna setia barangan bayi Johnson's, korang berpeluang untuk menang hadiah sehingga RM80,000 ! Tapi not in one short la of course. Alang-alang membeli barangan Johnson's, ada baiknya kalau korang cuba sertai Johnson's Baby of the Year 2018 ni. Tak rugi pun. Tiada caj untuk sertai this contest. Free je lagi pula korang boleh buat kenangan gambar anak korang tu.


#JOHNSONSMY
#JBOTY2018

Johnson's Baby of the Year 2018 ni akan berakhir pada hujung bulan ni iaitu 31 Oktober 2018. Masih lagi ada masa untuk korang join penyertaan ni. Alah, mudah sangat. Kalau korang nak selesaikan task ni hari sekaligus pun memang tercapai. Nak tahu caranya? Korang kena skrol di bawah dan baca setiap caption yang mek letak pada gambar tu. Lebih banyak penyertaan lebih cerah peluang menang.


#JOHNSONSMY
#JBOTY2018

Dengan tema The Royal Celebration for Johnson's yang ke 125 tahun, Johnson's tawarkan hadiah-hadiah yang menarik kepada si manja kita. Hadiah terbahagi kepada tiga kategori. Untuk 0 hingga 12 bulan, satu hingga 3 tahun dan 4 hingga 6 tahun. Johnson's nak 36 pemenang secara keseluruhan. Hadiah menarik okeih, RM5,000 wang tunai dan RM400 barangan hamper. Haa, mahu tak pengsan?

SERLAHKAN KECOMELAN SI MANJA ANDA


#JOHNSONSMY
#JBOTY2018

Korang jangan risau, pemenang saguhati juga ada hadiah. 10 pemenang saguhati mengikut kategori dengan wang tunai RM500 dan hamper RM400. Berbaloi sangat dah. Kalau mek dapat saguhati pun takapa dah. Untuk memilih pemenang, Johnson's akan upload gambor yang terpilih dalam FB diaorang dan sistem voting melalui like akan diguna pakai. Jadi, bersiap sedia dengan target korang.


#JOHNSONSMY
#JBOTY2018 

Untuk sertai Johnson's Baby of the Year 2018, korang kena lah membeli barangan Johnson's di mana-mana outlet yang korang suka. Cuma, korang kenalah ada resit rasmi. Jangan beli kedai runcit nanti tunjuk yang tu pulak pada team Johnson's. Beli barangan Johnson's ikut suka korang, takada minimum amount dan maximum amount. Beli apa yang korang pakai je senang. Tak membazir.


#JOHNSONSMY
#JBOTY2018

Bila dah beli, korang balik dan shoot gambor anak korang. Tak kisah ada barangan Johnson's atau pun tidak tapi lagi cantik kalau ada la kan. Lepas tu upload DI SINI . Hias anak korang cantik-cantik dengan sticker yang disediakan. Sticker ni berubah-ubah setiap minggu. Dan di atas adalah untuk si Amani mek. Walaupun menunduk tetap menjadi princess di hati mummy, gitu. Next step pulak.


#JOHNSONSMY
#JBOTY2018

Bila korang dah siap pilih sticker, korang diminta untuk mengisi penyertaan. Kalau tak silap mek, setiap nombor IC hanya dapat satu penyertaan sahaja. Jadi korang kena lah jugak guna nama bapak anak-anak kita untuk join contest. Resit asal pembelian barangan Johnson's tu simpan elok-elok ye,jangan hilangkan. Mana tahu kalau bertuah menang hadiah, pihak Johnson's nak tengok resit.

**********

Korang pengguna setia barangan Johnson's tak? Kalau ye, apa barangan Johnson's yang korang selalu guna? Kalau mek sendiri minyak rambut Johnson's yang tudung pink. Kalau untuk anak, set mandian dan juga bedak yang warna biru. Mind to share korang jugak ye ❤


Sekian ..


Jangan lupa like dan follow FB MEK
Jangan lupa like dan follow IG MEK


#JOHNSONSMY
#JBOTY2018

3 comments