IKAN BAKAR KUALA BESUT : KAMPUNG PACHAKAN IKAN BAKAR HIDANGAN SELERA TRADISIONAL

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Ikan bakar. Bila sebut mesti terlintas dalam kepala yang berempah, dibalut aluminium foil, atas daun pisang pulak then buka berasap semerbak baunya! Makan dengan nasi panas, insyaAllah bertambah dua pinggan nasi daripada dua senduk pada asalnya. Itu biasa. Bukan lah dah puas yang macam itu tapi kadang tekak ni nak jugak lauk pauk yang 'weih 5 minit siap'. Lauk apakah itu? Ada ke idok?

Kampung Pachakan Kuala Besut, sempadan antara Terengganu dan Kelantan, ada satu kedai yang menghidangkan ikan bakar tawar tambah nasi dua pinggan. Mek ni sebenarnya bukanlah penggemar ikan sebab ikan ni baunya hanyir. Mek is cannot eat lah with that smell. So sorry. Masa pantang pun mek mengilat makan biskut ping pong and milo. Tapi yang ni, kalau ajak repeat, tak fikir dua kali.

IKAN SEGAR DI BAKAR TAWAR


#IKANBAKARKUALABESUT
#KAMPUNGPACHAKAN

Betul lah kata spouse, bila ikan tu fresh, hanyir tu takkan bau sangat. So bila makan isi putih ikan yang lembut tu, tak terasa pun hanyir. Walaupun ianya just dibakar tanpa rempah ratus. Kuala Besut memang terkenal dengan ikan segar sebab kawasan tersebut ada jeti untuk ke Pulau Perhentian, maka ikan segar memang banyak naik di situ. Memang rambang mata tengok pelbagai jenis ikan yang ada.


#IKANBAKARKUALABESUT
#KAMPUNGPACHAKAN

Korang jangan ingat dibakar tawar macam ni tiada rasa. Manis isi ikan segar ni lain rasanya. Patut lah mereka yang suka dengan ikan ni boleh cam rasa ikan yang segar atau tidak. Seumur hidup mek, bukanlah tak pernah makan ikan segar tapi disebabkan mek tak bagi peluang untuk diri mek try, so mek tak tahu apa rasanya isi ikan segar. Dah besor anak dua baru reti beza rasa ikan segar ke idok.


#IKANBAKARKUALABESUT
#KAMPUNGPACHAKAN

But wait, kalau tak nak ikan, sotong pun ada. Sekali lagi mek harus cakap, sotong ni kalau tak segar walaupun korang bakar memang bau air lautnya tu. Kalau segar, makan macam tu rasa isi sotong semata-mata. Tak bau hanyir air laut sikit pun. Kena pulak sotong ada telur dan dibakar. MasyaAllah. Korang kena skrol lagi gambor-gambor di bawah untuk tengok pencicahnya jenis apa pulak. Slurrp!


#IKANBAKARKUALABESUT
#KAMPUNGPACHAKAN

Sebelum tu, ikan bakar Kampung Pachakan ni membakar dengan cara terdahulu. Nasib baik tak guna kayu api je. Membakar dengan bara arang memang akan ikan atau sotong masak dengan lebih baik kerana ianya tidak akan hangus setempat. Isi ikan dan sotong akan masak serata. Kalau kena bakar setempat tu memang pahit ler nak telan tang hangus tu. Jenuh elak ketepi. Tapi di sini, tidak terjadi.


#IKANBAKARKUALABESUT
#KAMPUNGPACHAKAN

Sotong yang diaorang jual pun gemuks gebus gitu. Nak kata sotong gemuk macam XL tidak la. Sotong gemuks size M gitu. Kalau dibakar isinya jadi lembut senang nak kunyah. Kalau jenis sotong besar, makin dibakar, makin keras isinya. Nak telan pun susah. Mek rasa korang pun pernah kot try beza antara sotong bersize M dan XL. Mana better, M kan? Sebab isi dia agak lembut compare to XL.

SIMPLE TAPI DUA PINGGAN NASI


#IKANBAKARKUALABESUT
#KAMPUNGPACHAKAN

Ni semua hidangan untuk makan malam mek. Nampak simple right? Tapi tahukah korang, simple macam ni buat mek tambah nasi sehingga dua pinggan. Konon habiskan nasi anak la tapi masyaAllah, kenapa tetiba jadi kebulur boleh telan nasi sehingga dua pinggan. Korang boleh gelak sekarang tapi mek sure kalau korang datang try, korang akan sama juga dengan mek bertambah nasi.


#IKANBAKARKUALABESUT
#KAMPUNGPACHAKAN

Ulam-ulaman. Ada ulam raja dan juga timun. Memang rasa masakan kampung habis lah. Mek pasti korang pun suka ulaman macam ni kan bila makan dengan nasi panas and ikan bakar tawar. Lagipun jenis makanan yang menyihatkan badan sebab tak goreng guna minyak, ulaman untuk awet muda. Cuma bila bertambah dua pinggan tu dah jadi macam tak sihat sangat. But mek cant resist it !


#IKANBAKARKUALABESUT
#KAMPUNGPACHAKAN

Pencicah Sambal Belacan kalah harimau menangis. Ini mungkin singa yang menangis. Serius, subject matter adalah ikan bakar tapi pencicah ni memang buat lidah mek tertambat untuk terus makan. Pedas tu mek. Ye, memang pedas dan korang sendiri tahu mek tak suka pedas. Sambal belacan ni nampak macam buat biasa je, sekali korang makan, korang tahulah betapa ia memberi impak tinggi.

HARGA IKAN MENGIKUT HARGA PASARAN SEMASA


#IKANBAKARKUALABESUT
#KAMPUNGPACHAKAN

Pelbagai jenis ikan. Fresh daripada laut china selatan ke Kampung Pachakan Kuala Besut. Maksud fresh ni bukan ikan yang masih hidup. Ikan fresh maksudnya turun daripada bot nelayan, terus dijual. Tak disimpan dalam ais terlalu lama. Maka isi ikan tak jadi keras. Orang pandai tengok mata ikan pun dah tahu ikan baru atau lama. Spouse cakap kalau mata ikan warna kebiruan means ikan baru.


#IKANBAKARKUALABESUT
#KAMPUNGPACHAKAN

Ni sebahagian pelanggan yang mek sempat rakam masa sesi pemilihan ikan-ikan segar. Disebabkan banyak pilihan kadang berpinar mata ingat ikan yang sama. Tapi serius syok tengok diaorang duk pilih ikan, dah nampak diaorang tak sabar nak makan lepas siap dibakar. Mek ada juga tanyakan diaorang, berapa kali dah datang sini, katanya setiap minggu mesti datang. Murah dan sedap kak.


#IKANBAKARKUALABESUT
#KAMPUNGPACHAKAN

Harga setiap ikan akan mengikut harga pasaran semasa. Korang jangan risau, penimbang ni tak menipu sebab dah setting elok macam supermarket. Bukan setiap kedai yang mengamalkan timbang ikan depan mata. Sudah makan baru tahu berapa ringgit sekor ikan yang kita makan. Ikan Bakar Kampung Pachakan memang akan timbang dan bagitahu harga terus kepada pelanggan. Terbaik, kan?

LOKASI IKAN BAKAR KG PACHAKAN


#IKANBAKARKUALABESUT
#KAMPUNGPACHAKAN

Untuk ke sini, kalau korang daripada Tok Bali, Ikan Bakar Kampung Pachakan ni akan berada di sebelah kanan korang. Landmarknya adalah pintu gerbang Selamat Datang ke Terengganu. Around 100 meter ahead kot, kedai ni is on your right. Kalau datang daripada Kuala Besut, landmarknya adalah BH Petrol. Dalam 150 meter ahead, Ikan Bakar is waiting for you on your left. Senang je.


#IKANBAKARKUALABESUT
#KAMPUNGPACHAKAN

Kedai Ikan Bakar Kampung Pachakan ni ada dua sitting. Satu dalam kedai and satu lagi bawah canopy. Korang boleh duduk di mana korang nak. Kalau di bawah canopy is more kepada open air. Best sikit. Tapi kalau ada anak kecil macam mek, elok di dalam sebab senang nak pantau. Kalau dia orang nak berlari pun dalam kawasan kedai, idok lerr takot depa ke jalan raya. Dah cukup stratergik.


#IKANBAKARKUALABESUT
#KAMPUNGPACHAKAN

Jujurnya mek bagitahu kedai ni memang nampak simple, masakan pun mungkin korang kategorikan masakan di rumah tapi dari mek duduk jam 6.00 petang, orang tak pernah putus malah silih berganti orang datang. Lepas Maghrib lagi ramai yang datang sampai meja dalam dah penuh. Another yang bagus di sini adalah, korang kalau dah masuk waktu, nak solat, boleh pinjam bilik owner. Dia bagi.

**********

Korang yang nak datang sini boleh je google maps DI SINI SAHAJA . Nombor ada sahaja di banner itu tapi saja jugak nak tulis supaya korang boleh tekan sahaja 0148427979. Ownernya nama Ijoy. Orangnya baik tak sombong. Jadi senang lah korang nak minta apa-apa, contohnya reserved meja untuk meraikan siapa-siapa ke, celebrate birthday. Jangan lupa, lalu Kuala Besut, singgah sini okei !


Sekian ..


Jangan lupa like dan follow FB MEK
Jangan lupa like dan follow IG MEK


#IKANBAKARKUALABESUT
#KAMPUNGPACHAKAN
#IKANBAKARTAWAR

1 comment