MERTUA QUEEN CONTROL APA NAK BUAT?

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Macam kencang pulak entry kali ni tapi niat mek hanyalah nak berkongsi mengenai perihal ini. Tak semua antara kita yang mengalami masalah ini dan tak juga semua antara kita yang bertuah dapat mertua yang baik. Kalau yang dapat tu alhamdulillah. Kalau tak dapat tu, kenalah banyak berdoa supaya dilembutkan hati orang tua tu untuk tidak menjadi queen control, conquer hak anak mutlak.

Pun begitu, kadang menantu ni tak pandai nak 'tarik tali'. Kalau mek sekalipun yang jenis kesabaran kurang, mahu terbakor rumah bergaduh dengan spouse kalau dia di'ikat' oleh mak dia. Tapi benarkan semua permintaan ibu kepada pasangan kita, dianggap sebagai queen control? Secara rasional memang tak. Queen control ni ada caranya tersendiri. Takat minta tolong betulkan mentol, itu tak la.

JENIS 'QUEEN CONTROL'


#MERTUAQUEENCONTROL
#MERTUAJUGAIBU

Queen control boleh didefinisikan sebagai apa jua yang keluar daripada mulut dia adalah sebagai satu permintaan yang kena ditunaikan. Kalau tak tunai, mampuih. Contohnya, kalau dia cakap nak makan Kenny Rogers, so memang kena makan kat situ. Kalau dia cakap minggu ni nak pergi Tesco, kena pergi jugak. No negotiable dah oii. Antara kata lain, queen control ni kau kena letak dia as priority.

ANAK LELAKI MILIK IBU SELAMANYA


#MERTUAQUEENCONTROL
#MERTUAJUGAIBU

Mengikut kata Rasulullah, anak lelaki adalah milik ibu selamanya. Ini berdasarkan beberapa perkara. Paling utama kerana sifat lelaki yang berani dan menjadi pelindung serta berperanan sebagai ketua keluarga, membuatkan anak lelaki perlu menjaga ibunya selama hayat mereka ada. Terlebih lagi jika anak lelaki tu yang sulung, lagi la ibu akan bergantung harap pada mereka untuk menjadi pelindung.

SUAMI PERLU BIJAK


#MERTUAQUEENCONTROL
#MERTUAJUGAIBU

Pun begitu, bukanlah alasan untuk melebihkan kepada ibu sehingga terabai isteri dan anak-anak. Terkadang, cerita yang mek dengar beri duit kepada ibu namun melebihi nafkah kepada isteri dan anak-anak. Beri duit tak salah bahkan seberapa duit yang kau ada boleh bagi kepada ibu kamu namun jangan lupa kepada perempuan yang kau nikahi. Kerana dia juga 'priority' dan sebahagian dari kamu.

HORMATI PRIVACY MASING-MASING


#MERTUAQUEENCONTROL
#MERTUAJUGAIBU

Ibu dan isteri kena pandai jaga privacy masing-masing. Tak semua ibu boleh kongsikan cerita dan tak semua menantu boleh kongsikan cerita rumahtangga. Maka, korang kenalah sama-sama menghormati hak masing-masing. Bukan berebut ye. Ibu pun nak juga anak dia bawa dia ke mana-mana, isteri apatah lagi. Tapi mesti pandai tolenrasi. Ibu kena faham, menantu kena faham and anak lelaki juga.

**********

Korang pernah ada masalah dengan mertua korang? Macam mana korang handle situasi bila mertua korang asyik minta anak lelakinya menuruti apa yang dia nak? Share di ruangan komen jom ❤


Sekian ..


Jangan lupa like dan follow FB MEK
Jangan lupa like dan follow IG MEK


#MERTUAQUEENCONTROL
#MERTUAJUGAIBU
#SAYANGIMERTUA

4 comments