Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Membazir, satu perkataan yang rasanya hampir setiap hari kita buat. Sedar tidak sedar je kita membazir ni. Kategori membazir ni banyak dan luas. Disebabkan itu mek sabitkan perkara ini dalam banyak hal. Masa, wang ringgit, perasaan dan beberapa perkara lain lagi. Topik ini merupakan perbincangan yang hebat dalam radio ketika mek on the way nak ke tempat kerja. Kena dengan isu.
Tak dinafikan, kita ni ada yang berkemampuan, ada yang tidak. Ada yang mampu tengok, ada yang mampu nak beli tapi tak nak beli. Menjadi terlalu daif juga dilarang dalam islam namun menjadi pembazir pun juga dilarang. Islam mengajar kita untuk bersederhana dalam setiap aspek. Dalam sosio kehidupan harian, dalam pekerjaan. Sebab akhirnya, kita mati akan diuruskan oleh manusia lain juga.
AMALAN YANG MENJERUMUS KE NERAKA
#MEMBAZIRAMALANSYAITAN
#KAWANSYAITAN
Ini yang paling takut sebab Allah dah terangkan dan jelas lagi nyata bahawa perbuatan membazir adalah saudara syaitan. Membazir ni bukan dari segi wang ringgit atau harta sahaja, masa juga dibazirkan dengan perkara tidak sepatutnya, dianggap membazir juga. Lebih tepat perkara yang boleh menyumbang kepada lagha. Maka, kena selalu check, apa perkara yang lagha terus tinggalkannya.
REWARD DIRI BERPADA-PADA
#MEMBAZIRAMALANSYAITAN
#KAWANSYAITAN
Reward diri ni bagi mek, hanya kita sahaja yang tahu. Orang yang kenal kita mungkin dapat hidu itu adalah cara kita reward diri kita. Its ok. But not to tell them 'weih, see gelang aku, dapat bonus terus beli #rewardformyself ' - tak perlu rasanya nak kena heboh sampai macam tu sekali. Cukuplah reward diri itu dapat memberi kepuasan kepada diri sendiri. Contoh, dapat beli gelang mas idaman. Merecik!
FORGET ABOUT THE PRICE TAG
Dalam quran tu memang yang sahih dan nyata, seperti mana mek katakan pada permulaan entry ni. Tapi ada lagi yang menyokong dengan pandangan mek. Lagu ni terpahat dalam hati mek since 2011. Masa tu bergaul dalam kelompok ada yang kaya, ada yang mampu tengok sahaja. Daripada lagu ini mek rasa the price tag couldnt be mention again in our coversation unless she stalk herself. Haha.
**********
Mek pasti dalam kalangan kawan-kawan kita ada yang masih lagi membuat perkara ini. Kalau diberi peluang untuk tegur, tegur lah mereka secara berhemah. Bukan kerana hasad di dunia, tapi kerana api di neraka ❤
Sekian ..
Jangan lupa like dan follow FB MEK
Jangan lupa like dan follow IG MEK
#MEMBAZIRAMALANSYAITAN
#KAWANSYAITAN
#BELANJADENGANCERMAT
Terima kasih perkongsian....alhamdulillah..betul..elakkan pembaziran.
ReplyDeleteThanks atas perkongsian ni mek
ReplyDeleteGood reminder mek!!!
ReplyDeleteterima kasih peringatan untuk kita semua.
ReplyDeletePerkongsian yang menarik... Thanks yea..
ReplyDeletePeringatan yang baik mek. Thanks
ReplyDelete