Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..
SSP, Sijil Simpanan Premium. Ramai yang tertukar dengan produk PTPTN iaitu SSPN-i. Beza mak ayah. SSP mak ayahnya nama BSN. Satu-satunya produk yang hanya ada di BSN dan tiada di bank lain. Produk yang dah bertahan sedari tahun 1978, tak pernah terlepas dalam memberi hadiah-hadiah yang menarik kepada pelanggan setia SSP. Tapi ramai yang tak nak ambik tahu keistimewaan SSP.
Bila kempen SSP, ada je soalan, dapat apa mek simpan SSP? Susah la nak menang mek oii, bukan kita sorang yang ada SSP. Mek, SSP ni bukan macam pelaburan, just simpan situ je. Hmm, betul tapi korang tak pernah tanya mek atau bagi peluang untuk mek ceritakan the inner beauty of SSP. Tahu nak potong line mek cakap je. So, mek hasilkan this entry khusus untuk korang baca dan faham.
I WANT TO BE A MILLIONAIRE !
#SSP
#BSNMALAYSIA
SEJUTA RINGGIT MALAYSIA BOLEH JADI MILIK KITA ! Kalau nak simpan duit hingga jadi sejuta, agak-agak berapa setahun portion untuk kita simpan? Tapi kalau korang simpan SSP serendah RM3,000 dah pun berpeluang untuk jadi millionaire. BSN dah pun lahirkan 12 jutawan pada 2017. Untuk sehingga Oktober 2018, dah 10 jutawan yang ada. In total 24 jutawan. Tak nak ke tergolong?
HADIAH SEHINGGA KERETA BERJENAMA MEWAH
#SSP
#BSNMALAYSIA
KERETA BERJENAMA MEWAH ! Ini kalau gaji RM10,000 sebulan baru dapat pakai kereta semi mewah. Boleh je pakai kereta mewah tapi kena bayar installment lah. Why not korang simpan SSP, untung-untung dapat BMW, dapat MERCEDES paling tidak dapat juga MYVI. Tanpa ansuran bulanan okeih. Hadiah lain pun banyak lagi. Tapi ini antara yang orang selalu aim bila beli SSP BSN.
SIMPANAN UNTUK MASA DEPAN ANDA
#SSP
#BSNMALAYSIA
SIMPANAN MENJAMIN MASA DEPAN ANDA. Tabung Haji checked. ASB checked. Dua pelaburan ni paling glam dan selalu orang compare dengan SSP. Ye betul, mereka memberi pulangan tunai kepada anda, tapi SSP juga ada ! RM10,000 (untuk 3 orang setiap bulan bagi kategori remaja berumur antara 12 -21) semata-mata nak bantu mereka dalam menggandakan simpanan mereka.
SIMPAN DAN CAGAR UNTUK PEMBIAYAAN PERIBADI BSN
#SSP
#BSNMALAYSIA
PEMBIAYAAN PERIBADI UNTUK LESTARIKAN KEHIDUPAN. Ramai yang takut dengan pembiayaan peribadi. Takut kalau korang tak disiplin, kalau disiplin dapat jadikan harta weih. Simpan SSP serendah RM5,000 dan korang layak untuk buat pinjaman dengan BSN sebanyak 95% daripada nilai simpanan korang. Lagi banyak simpan, lagi banyak boleh pinjam, berpeluang jadi jutawan lagi!
SIMPAN DAN CAGAR UNTUK KAD KREDIT BSN
#SSP
#BSNMALAYSIA
KAD KREDIT UNTUK KEGUNAAN KECEMASAN. Sekarang nak simpan cash banyak takut jugak. Tercicir, orang curi. Kad kredit antara yang perlu ada dalam dompet korang. Tapi macam mana nak apply kalau takada payslip? SSP ada nak bantu. Ada SSP bernilai RM5,000 BSN bagi sekeping kad kredit pada korang. Nah guna dengan hemah ye. Jangan risau, SSP korang takkan burn punya.
**********
Banyak je kan faedah-faedah ada SSP tapi ramai yang ambik sikap tak nak tahu dan tak nak simpan. Bila dah tahu ni, rasanya korang dah boleh start simpan kan? Nak simpan tak susah. Serendah RM10 korang boleh beli di mana-mana cawangan BSN. Lebih senang call je mek 01117850280 (whatsapp pun boleh). Simpan sikit-sikit lama-lama banyak la SSP korang. Rasa nak pakai duit, boleh je pergi ambik di mana-mana cawangan (lepas tempoh 45 hari selepas pembelian). So, ada yang tertarik? Jom whatsapp mek sekarang, kita beli SSP untuk simpanan dan insyaAllah ada rezeki, dapat hadiah lain.
Sekian ..
#SSP
#BSNMALAYSIA
#SIJILSIMPANANPREMIUM
good sharing mek!
ReplyDelete