ISTERI MAGNET REZEKI

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Isteri magnet rezeki? Yeke? Ada isteri, rezeki akan bertambah? Bukan ada isteri makin banyak kena pakai duit, makin banyak benda yang kena spend sebab dah kena spend untuk dua orang. Kalau ada anak lagi la kena spend untuk anak pulak. Betul ke isteri ada magnet untuk tarik rezeki dalam keluarga? Mesti setiap lelaki atau isteri sendiri akan mengomel bila baca tajuk ni. Sabor dulu.

Ini janji Allah pada hamba-Nya. Bukan mek sengaja reka cerita untuk up entry dalam blog mek. Firman Allah swt melalui surah An Nuur ayat 32 'Dan kahwinlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba-hamba sehayamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan mampukan mereka dengan kurniaan-Nya.' Sadakallah.

REZEKI ITU LUAS


#ISTERIMAGNETREZEKI
#ISTERIMEMBAWARAHMAT

Ramai juga yang salah tafsir bab rezeki. Katanya rezeki itu wang. Ada dalam surah annur allah cakap dia akan kayakan kita dengan wang? Takada kan? Allah akan cukupkan dengan apa yang kita perlu. Eleh mek, ada je yang terlebih kaya. Aa, ada. Yang tu diaorang terlebih usaha so dia jadi terlebih kaya. Kalau nak terlebih kaya, korang pun kena terlebih usaha. Gitu. Simple matematik je kan?

KELEBIHAN ISTERI YANG ALLAH BERIKAN


#ISTERIMAGNETREZEKI
#ISTERIMEMBAWARAHMAT

Isteri ni punya hebat allah bagi dia satu kekuatan yang mana seorang lelaki tak boleh nak tandingi. Sakit beranak, sakit dikhianati tapi isteri tetap boleh senyum layan anak elok. Tak dinafikan ada segelintir kaum hawa sekarang yang dah macam terpesong masuk dunia lain, sanggup buang anak, tinggal anak tapi kalau mereka tahu nikmat menjadi isteri bila disyurga nanti, mesti diaorang stay.

BAWA ISTERI KE TAMAN SYURGA


#ISTERIMAGNETREZEKI
#ISTERIMEMBAWARAHMAT

Suami pun, walaupun isteri kita setinggi mana pun, pimpinan nak masuk syurga tu mesti daripada ketua keluarga. Jadi, nak masuk syurga sama-sama kenalah daripada si suami dahulu. Kalau suami subuh pun jam 7.00 pagi, kena baiki lagi la tu. Sembahyang awal waktu itu sebenarnya antara tuntutan dan bila tiang agama berdiri kukuh, yang lain akan menyusul menjadi lebih baik, insyaallah.

**********

Korang rasa kita sebagai isteri ni ada tak menjadi magnet rezeki dalam keluarga? Kalau mek, mek rasa ada juga menjadi magnet dan bila berlaku mek selalu cakap 'inilah rahmat dan keberkatan daripada Allah'. Tentunya kita sebagai hamba kalau tiada keberkatan dan rahmat daripada Allah, memang takkan tenteram, terasa kosong. Jadi, cubalah cari rahmat dan berkat yang Allah sediakan ❤


Sekian ..


Jangan lupa like dan follow FB MEK
Jangan lupa like dan follow IG MEK


#ISTERIMAGNETREZEKI
#ISTERIMEMBAWARAHMAT
#ISTERIPERHIASANDUNIA

No comments