HAMIZAH HOMESTAY APARTMENT CAMERON HIGHLAND SESUAI UNTUK SEISI KELUARGA

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Berkunjung ke Cameron Highland memang ada dalam setiap list individu yang sukakan trip. Sebut je Cameron Highland dah terbayang kedinginan angin suasana di sana. Juga sinonim dengan Cameron Highland adalah jem ! Tempat tumpuan tapi jalan tak boleh nak dibesarkan. Maka terpaksa la juga menghadap jem untuk menikmati kedinginan suasana ala di negeri orang putih gitu. Sejuk !

Pun begitu, bila ke sana, daytrip memang boleh tapi agak penat sebab sekarang Cameron Highland dah banyak tempat untuk dilawati. Jadi kalau boleh, paling least kena juga stay for one night. Kalau tak, mana nak merasa Pasar Malam Brinchang, ye tak? Mek ada penginapan untuk recommedation.

APARTMENT DENGAN TIGA BILIK TIDUR



#HAMIZAHHOMESTAYCAMERON

Master Bedroom. Dilengkapi dengan bilik air. Sesuai sangat untuk gegirl dalam bilik ni. Yang mana lelaki boleh mandi di toilet yang ada di dapur. Bilik ni juga spaces. Kalau korang nak tidur dalam lima orang pun boleh. Bentangkan aje toto dan bantal, then boleh tidur sama-sama in same room. Yela, banyak gak pillow talk yang nak diluahkan, kan? Time gathering macam ni la curi masa.


#HAMIZAHHOMESTAYCAMERON

Second Bedroom. Bagi mek bilik ni agak spaces cuma dia tak ada bilik air je la. Sesuai untuk the boys yang duduk. Bilik ni pun mek rasa boleh muat sehingga lima orang jugak kalau dibentangkan toto dan bantal. Kalau yang ada anak-anak kecil macam mek, boleh la letak diaorang dalam satu bilik dengan kita je. Tak perlu dah nak bagi satu bilik dekat dia, boleh bagi dekat atuk dan nenek pulak.


#HAMIZAHHOMESTAYCAMERON

Third room. Memang muat dua orang sahaja. Sebab spaces dia terhad. Sesuai untuk anak-anak yang tak ada komitmen nak kena urus pasal beg. Atau mereka yang dewasa dengan backpack. Tapi sure bila korang masuk Hamizah Homestay ni, korang akan tahu mana nak place korang punya team keluarga. Lagi pula korang datang nak berehat dan sight seeing, kan? Hamizah Homestay can help !

KAPASITI SEPULUH ORANG TETAMU



#HAMIZAHHOMESTAYCAMERON

Limit untuk penempatan dalam Hamizah Homestay ni setakat 10 orang sahaja. Owner tak nak korang tak selesa sebenarnya. Disebabkan itu, owner just sediakan bantal dan extra toto yang dapat memuatkan jumlah yang ditetapkan. Korang jangan kecam owner pulak. Mek percaya, apartment tiga bilik kalau masuk sampai 15 orang, korang kena tidur kat dapur. Tak seronok weih. Berebut bilik air.


#HAMIZAHHOMESTAYCAMERON

So kalau datang in kapasiti sepuluh orang pun dapat lah korang tidur depan TV atau mek lebih suka gelarkan ruang keluarga sebab biasa tempat keluarga berkumpul adalah depan TV. Dengan toto dan bantal yang telah disediakan oleh Hamizah Homestay, korang dah tak payah susah-susah angkut toto dan tilam daripada rumah lagi. Channel TV yang ada semestinya siaran yang jelas, cukup la kan.

BERDEKATAN DENGAN BANYAK TEMPAT MENARIK



#HAMIZAHHOMESTAYCAMERON

Hamizah Homestay ni memang dekat dengan semua tempat tarikan. Plus, Tanah Rata heart of Cameron Highland. Banyak juga tempat yang korang boleh visit kalau stay Hamizah Homestay antaranya Mardi Agropark, Bharat Tea dan lain-lain yang berdekatan dengan Tanah Rata. Kalau dengan Pasar Malam Brinchang took around 10 - 12 minit je. So takde la rasa jauh ketinggalan.

KELENGKAPAN DAPUR YANG COMPLETE SET



#HAMIZAHHOMESTAYCAMERON

Ruang dapur di Hamizah Homestay ni tak besar sangat tapi cukup la korang yang nak masak tu. Takkan nak berjemaah macam majlis rewang pulak, kan? Bagi mek memang cukup bagus bila Hamizah Homestay membenarkan tetamunya untuk memasak sebab sesetengah tetamu datang lebih dua hari dan mereka tak all the time makan di kedai, nak jugak memasak sayur segar Cameron, kan?


#HAMIZAHHOMESTAYCAMERON

Peti ais tu berfungsi dengan elok jadi kalau korang beli barang boleh simpan dalam tu dulu. Takada la nanti sayur atau strawberry korang rosak. Cuma korang jangan la sengaja tinggalkan makanan dalam peti ais tu. Takkan la owner nak ambik pula. Membazir pula bila dibuang. Jadi, be wise ye. Korang datang dengan peti ais tu kosong so balik pun kosongkan peti ais tu. So no one will get hurt in these.


#HAMIZAHHOMESTAYCAMERON

Meja makan juga turut ada untuk korang minum dan makan. Kalau mek dan rakan blogger yang lain, meja makan macam ni menjadi keutamaan kami bila menginap di homestay sebab ianya menjadi tempat kami buat kerja blogging kami. Lagi satu senang kalau anak makan, makan di meja. Tumpah ke bersepah ke, lap disitu sahaja. Takada la nanti nak checkout kena mop satu rumah. Penat mummy !

 RUANG PARKING YANG TIDAK TERHAD



#HAMIZAHHOMESTAYCAMERON

Kalau korang datang tiga family mungkin akan datang dengan tiga atau dua kereta, kan? Di Hamizah Homestay takada limitation dalam parking. Korang boleh park di mana-mana ruangan parking sekitar Hamizah Homestay ni. Lagi pula, korang tak perlu risau sangat dengan kenderaan korang sebab korang boleh view daripada tingkap Hamizah Homestay je. Cuma parkingnya tidak berteduh je la.

**********

Korang pernah dah ke singgah Hamizah Homestay Cameron Highland ni? Kalau ada jangan lupa share pengalaman korang diruangan komen. Seronok bila bercuti dapat duduk serumah dengan keluarga atau kawan. Ikatan tu makin lebih erat dengan riuh rendah suara anak-anak. Tak sabar nak ke next trip pula ❤

Korang boleh call Pn Yana, owner Hamizah Homestay Apartment : 0126114815

Sekian ..


Jangan lupa like dan follow FB MEK
Jangan lupa like dan follow IG MEK


#HAMIZAHHOMESTAYCAMERON
#HOMESTAYTANAHRATA
#APARTMENTHOMESTAYCAMERON

6 comments

  1. Haa, homestay nie akak penah usha-usha masa pegi Cameron aritue, tapi dah penuh.. Tengok review awak lagilah akak rasa nak booking sekali lagi.. hihihi

    ReplyDelete
  2. Setakat ni 3 kali pergi cameron mmg dok Rosa Pasadena je..jalan kaki sikit je nak ke Pasar Malam Brincang.hihi
    Kalau nak g dgn family ramai2 mmg lagi seswai homestay la kot

    ReplyDelete
  3. rabia pergi dah cameron highland.rabia ikut lawatan sekolah ayah rabia.tapi tak tidur kt homestay.tidur kt lain rasanya.

    ReplyDelete
  4. Menarik, kalau dapat dengan keluarga boleh singgah homestay ni

    ReplyDelete