FIZOMAWAR RESTOREN DI TAMBATAN DIRAJA MAMPU MENAMBAT HATI PELANGGAN

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Pernah sekali mek review FIZOMAWAR KITCHEN KOTA BHARU . Feedback daripada kawan-kawan mek selepas mereka try sendiri katanya worth any single cent. Alhamdulillah. Memang begitulah harapan mek, setiap sharing yang ditulis, direkodkan, dikongsi ke group-group sebelah mendapat feedback yang positif. Memang citarasa kita berlainan tapi tidak lah jauh beza sangat.

Bila mek dapat jemputan daripada team Fizo Omar Chanel untuk satu majlis di Fizomawar Kitchen Kota Bharu, mek dan spouse memang tak keberatan lansung walaupun malam tu adalah malam weekdays (kami kena kerja pulak besok) sebab malam yang dikatakan itu adalah satu malam yang tak sepatutnya dilepaskan peluang. Kiranya offer ni memang offer yang baik punya. Kenapa? Jom baca.

MALAM SUAI KENAL DENGAN FIZOMAWAR KITCHEN



#FIZOMAWARKITCHEN

02 Oktober 2018, lagi sekali mek dan para rakan media lain berkesempatan untuk hadiri Majlis Santai bersama Fizo Omar. Katanya En Fizo, dia ajak para media untuk datang dan cuba masakan yang dia masak sendiri malam tu sambil suai kenal antara satu sama lain. Yes, program macam ni memang media tertunggu sangat. Nak kenali muka-muka disebalik nama-nama besar dalam page.


#FIZOMAWARKITCHEN

Sebelum tu, jumpa cermin besor kita bergambar la dulu. Hari tu datang dah nak bergambor dicermin besar ni tapi malu sebab mek dan spouse je yang ada. So ni ramai-ramai tak la segan sangat. Deco Fizomawar Kitchen dari luar hingga ke dalam memang klasik dan urban. Klasik sebab menggunakan kayu untuk ruang tapi still urban mengikut citarasa dan decorations terkini. Cantik untuk bergambar.


#FIZOMAWARKITCHEN

Fizo Omar, menipu kalau tak kenal. Yang tepi dia tu mesti korang akan cakap, macam pernah nampak tapi tak perasan kat mana kan. Ni la En Talib Husin, CEO kepada Fizo Omar Chanel (FOC). Tapi dia lebih selesa kalau tidak digelar sebagai CEO. Lebih selesa jika dikatakan sebagai team FOC. Seronok dapat bercakap dengan En Fizo and En Talib. Dapat sharing ilmu secara tak lansung.


#FIZOMAWARKITCHEN

Ni lah rakan media yang turut datang memeriahkan Majlis Santai bersama Fizo Omar. Muka-muka disebalik nama besar dalam FB dan IG. Ada juga yang datang daripada team press. Ada yang mek dah pernah jumpa di event yang sekitar Kelantan. Satu perasaan yang mek rasa amat dihargai sebab dapat duduk dan makan sebaris dengan diaorang. Walaupun pada mulanya macam tertanya-tanya.


#FIZOMAWARKITCHEN

Ni pula barisan kakitangan kerajaan yang terdiri daripada Pelancongan Negeri Kelantan dan beberapa pegawai daripada jabatan yang terlibat. Mereka pun ramah mesra juga dengan media sebab dah terbiasa kalau ada event, terima jemputan dan terjumpa. Bezanya media kat barisan bawah. Officer Government kat atas pentas. Tapi bila dekat bawah, time break minum kami sembang macam biasa.


#FIZOMAWARKITCHEN

Seronok dapat jumpa macam ni. Sambil makan sambil sharing ilmu. Walaupun masing-masing digelar blogger tapi ilmu yang ada kadang tak sama. Tambah pulak semeja dengan mereka yang disebalik page-page besar di FB. Semua pakat share pengalaman and how they got millions follower. Sesi macam ni memang patut diadakan at least every half year sebab ianya amat membantu media.


#FIZOMAWARKITCHEN

Blogger with En Fizo and En Talib. Istimewanya blogger compare dengan mereka-mereka yang disebalik FB dan IG, blogger biasanya akan minta bergambar dengan owner / founder / penganjur sebab kami tulis blog memerlukan banyak gambar supaya kami tidak tertinggal info. Jadi, mek rasa malam tu, blogger paling banyak and sibuk duk mengambil gambar and shooting video. Haha !


#FIZOMAWARKITCHEN

Walaupun dah ada gambar dengan En Fizo, still kena juga ada gambar dengan En Talib. Every event ada keistimewaannya sendiri, ada memorinya yang tersendiri. Alhamdulillah dapat dipertemukan dengan En Fizo secara directly sebab boleh mek explain secara terus apa yang mek nak ketengahkan. Meeting ad-hoc gitu. Sekarang kenal En Talib pula. InsyaAllah kolaberasi akan dilebarkan lagi.

HIDANGAN SPECIALTY DARIPADA FIZO OMAR



#FIZOMAWARKITCHEN

Tom Yam ! Seperti yang mek dah try sebelum ni. Memang tak lari rasanya walaupun dibuat dalam portion yang banyak. Ketulenan rasa Tom Yam daripada air tangan En Fizo dikekalkan. Sambil makan sambil tanya blogger lain, betul tak apa mek cakap Tom Yam Fizomawar Kitchen tak sama dengan Tom Yam kedai lain. Kalau dah habis sebelanga ni, apakah maksudnya wahai readers mek.


#FIZOMAWARKITCHEN

Daging Bakar bersos-kan sos daripada En Fizo sendiri. Di Fizomawar Kitchen ni korang kena pahatkan satu term dalam kepala, mungkin En Fizo tak masak sendiri tapi semua bahan tu memang dia yang sediakan. Daripada sos hinggalah pes nak masak itu semua resipi En Fizo Omar sendiri. Disebabkan tersendiri so rasanya memang lain dengan kedai-kedai lain. Sos thai tak pernah kecewa.


#FIZOMAWARKITCHEN

Siakap masak Laprik. Dalam tiga kali jugak mek ulang tanya, kut kut salah dengar. Paprik? Bukan kak, Laprik. Again, paprik? Tak. Laprik ni masam manis pedas gitu rasanya. Kalau tiga rasa tak pedas. Yang ni pedas tu tahap mild je. Mek boleh telan. Tapi kuah dia memang best makan dengan nasi plus Siakap digoreng garing. Jangan tergigit cili tu dah sebab kalau tergigit, berderai air mata.


#FIZOMAWARKITCHEN

Siakap masak Miangkham. Mula-mula mek tak perasan yang ni Miangkham. Ingatkan goreng garing then letak kacang-kacang sebagai hiasan. Sekali ngap, eyh kenapa rasa manis-manis kacang macam sos Miangkham eyh. Tertanya la dengan team Fizomawar Kitchen katanya memang ni Siakap masak Miangkham. Sebab tu semua sos dan bahan untuk Miangkham ada dalam hidangan ni. Sedap oi !


#FIZOMAWARKITCHEN

Ayam Nasi Khoumok. Ya Allah, ini memang yang mek tertunggu-tunggu. Sedap dia tu lain macam. Kena dengan rempah ratus yang digunakan untuk perap dan goreng. Makan dengan nasi panas and kuah tomyam Fizomawar Kitchen. Kalau siapa yang makan Nasi Khoumok di Fizomawar Kitchen alamatnya kalau dapat Nasi Khoumok yang mek siam cap Rantau Panjang, memang tak pandang lah.


#FIZOMAWARKITCHEN

Kangkung di goreng rangup bersama butter. Pada mulanya mek ingatkan daun kadok (miangkham) digoreng bersama telur. Salah nak oi. Lansung tak rasa telur. Bila tanya En Fizo katanya ni adalah menu yang istimewa dia buatkan malam ni. Menu ni mek tak pernah try dan tak pernah jumpa di mana-mana kedai pun. Ni first time makan and terus jatuh cinta. Kiranya, menu yang limited edition.


#FIZOMAWARKITCHEN

Mek suka cara hidangan nasi dalam tong dan berlapikkan daun pisang. Wangi uols. Keunikan tong tu pun satu gak, sebab daripada kayu memang tahan kepanasan nasi. Maksudnya kalau buat kenduri, guna tong ni instead of guna tong yang plastik tu, elok jugak. Lagi pulak rasa lagi lawa untuk decorations. Menaikkan seri dalam hidangan. Presentation pun memainkan peranan yang penting.


#FIZOMAWARKITCHEN

Colek Buah atau dikenali sebagai Rojak Buah. Semua buah yang layak dibuat colek memang ada dalam ni. Sos dia? Memang buat korang rasa kebaboom dalam mulut. Gabungan cili pedas manis masin, cukup nikmat untuk hidangan colek buah. Paling mek suka nenas dan jambu batu. Lepas makan nasi, memang ngam sangat makan colek buah ni. Meng-nuetral-kan rasa dalam mulut kita.


#FIZOMAWARKITCHEN

Dengan pelbagai pilihan air, memang hilang haus para media malam tu. Tahu sajalah, menyembang memang lama. Dah perut kenyang pulak, masing-masing tak sedar yang dah jam 11 malam. Padahal esoknya masing-masing ada kerja hakiki masing-masing. Tapi peluang untuk berjumpa mata ini amat kami gunakan sebaik mungkin bagi menambah ilmu dan sharing pengalaman. Terima kasih team.

**********

Korang dah try ke belum Fizomawar Kitchen ni? Rugi la asyik tengok mek je makan, kan? Kalau mereka yang berada di belah-belah KL, Selangor boleh la try Fizomawar Kitchen Bangi. Dengar cerita kat sana pun dah boom sebab kata mereka, tom yam Fizomawar Kitchen tak sama dengan yang lain. Nasi Khoumok? Itu lagi lah superb. Jom serbu ramai-ramai this weekend. Weekdays pun boleh.


Sekian ..


Jangan lupa like dan follow FB MEK
Jangan lupa like dan follow IG MEK

#FIZOMAWARKITCHEN
#FIZOMAWARKOTABHARU
#KEDAIMAKANKOTABHARU

3 comments