DOWNLOAD APLIKASI MCDONALD UNTUK LEBIH PENJIMATAN

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

McDonalds Apps ni dah agak lama dalam apps store masing-masing. Cuma tak ambik endah sebab ingatkan tiada apa yang menarik. Maksudnya ingatkan just install and tengok iklan je la. Kau salah mek. Till one day mek dapat tahu daripada rakan kerja mek, 'weih, kau selalu turun pergi McD, kau install tak apps dia?' mek like huh, buat apa kakkk, takada yang menarik pun la dengan apps dia.

Bila dah terpampang depan mata lepas ditunjuk oleh officemate, terus 'weih jom lunch McD hari ni.' Baru tahu yang apps McD ada offer yang buat korang rasa berbaloinya weih harga dia. Ni nak bagi makan macam tu je ke sebenarnya? So, masa untuk install tak sampai seminit dan terus zaass ke McDonalds berhampiran dengan office. Gila tak sabar ni nak redeem voucher yang superb murah.

JIMAT BERGANDA DENGAN MCD APPS


#APPSMCD
#MCDONALDSAPPS

Offer yang diberikan dalam apps McDonalds mengikut waktu juga. Dan sekali korang dah redeem, after 24 jam baru dia akan unlock untuk korang redeem balik. Macam set yang mek ambik ni offer pada waktu lunch dan dinner. Offer ni takada kot waktu breakfast. Dengan RM12.95 korang dapat semua benda di atas. Cuba korang kira harga actual kalau beli tanpa set, mahu RM20 lebih oii.


#APPSMCD
#MCDONALDSAPPS

Semua muka gembira dapat makan McDonalds dengan harga yang murah daripada biasa. Kalau lepak dengan kawan-kawan sambil menikmati offer ni rasanya boleh la bercerita banyak sikit, kan banyak makanan kat atas meja nak kena habiskan tu. Bagi mek amat berbaloi lah untuk spend RM13 bagi lunch yang boleh kenyang hingga ke Maghrib. Another part, mencipta memori dengan kawan.


#APPSMCD
#MCDONALDSAPPS

Offer yang kami ambil tu adalah burger yang tengah hangat beriklan di TV sekarang ni iaitu triple beef with double cheese. Tentunya family Big Mac. Tengok cheese dia tu weih, amat menggiurkan. Roti pulak superb lembut. Takkan korang tak tahu keenakan Big Mac, ye tak? Mek daripada GCB lover terus bertukar kasih kepada this Big Mac sebab lebih memenuhi citarasa mek iaitu cheese-nya.

MCCAFE JUGA TURUT ADA


#APPSMCD
#MCDONALDSAPPS

Offer yang ada pada McDonalds apps tidak terhad kepada makanan McDonalds sahaja, McCafe juga ada. Semenjak terjebak dengan McCafe ni, coffee lain selain Wonda dah jadi biasa-biasa la pulak. Untuk this two cup of Latte, redeem voucher melalui McDonalds Apps, dapatlah harga RM8. Jadi korang save around RM2. Nak mengopi dengan kawan sila ke McCafe pada hari rabu okei, jimat.


#APPSMCD
#MCDONALDSAPPS

Bila ada McDonalds Apps, mek rasa makin kerap mek berkunjung ke McDonalds. Kalau dulu hanya weekend untuk dapatkan Happy Meal untuk Amani dan Amzar. Sekarang ni, lunch dengan kawan dekat McDonalds. Bila offer McCafe drive thru pulak sebab malam nanti boleh mengopi dengan spouse. Yang toys budak-budak ni dah satu storage penuh. Seronok juga tengok koleksi macam tu.

**********

Korang dah download McDonalds Apps? Apa yang biasa korang grab dalam offer tu? Sejujurnya, korang rasa murah ke tidak offer melalui McDonalds Apps? Mind to share di ruangan komen okei ❤


Sekian ..


Jangan lupa like dan follow FB MEK
Jangan lupa like dan follow IG MEK


#APPSMCD
#MCDONALDSAPPS
#JIMATDENGANMCDAPPS

3 comments